02 April 2009

1 April

[[1 APRIL]]

tarikh yang saya sentiasa semat dalam ingatan saya ni.bukan kerana saya mahu menyambut April Fool.tapi tarikh ini adalah hari lahir sahabat baik saya.

ASIAH BT ABDULLAH.

bermula perkenalan kami ketika sama-sama menyambung pelajaran sekolah menengah di SMKA Sultan Azlan Shah,Seri Iskandar,Perak.kami ditempatkan di dorm Juwairiyah dan kebetulan di kelas yang sama 1 Ibnu Khaldun.

serba sedikit mengenai ASIAH ABDULLAH..

anak bongsu

panggilan di sekolah: Asiah A (sebab ada seorang lagi asiah.Asiah Binyamin.kami panggil sorang lagi ni, Asiah B)

panggilan di rumah: Ucu Siah (erkk.betul kan asiah? panggilan oleh anak saudara beliau)

menetap di Kampung Bahagia,Teluk Intan,Perak (bila nak pergi rumah kamu ni??!!)

menyambung pelajaran di Fakulti Perubatan,Universiti Malaya.

tingkatan 2,2004

kami masih satu kelas walaupun streaming.Alhamdulillah,kami sama-sama naik ke kelas 2 Al-Bukhari.tapi, kami tidak lagi satu dorm.saya di dorm L dan Asiah di dorm M.sebelah sahaja.katil beliau selalu saya jadikan mangsa untuk 'melepak' pada waktu petang.sori ye Asiah! masih lagi study sama-sama masa prep.jumpa cikgu sama-sama jika tak faham.kami juga telah ditaklifkan memegang satu jawatan yang sama dalam satu organisasi yang besar.(hmm..layak kah saya?). sama-sama menjalankan tugas.

tingkatan 3,2004

kami masih di kelas yang sama.duduk bertiga bersama akmal asyiqin.duduk di row paling belakang.asyik bergosip je.isk3.apa nak jadi dengan kami ni.itu kisah lama.jadikan teladan dan pengajaran.akmal asyiqin sekarang berada di Jordan,menyambung pelajaran dalam bidang perubatan juga.

kami bertiga pernah berjanji.tidak akan keluar dari SMKA Sultan Azlan Shah sampai habis tingkatan 5, dapatkan result cemerlang dalam SPM.semasa isi borang SBP,kami isi main-main je.terutamanya saya.dengan alamat rumah yang tak lengkap.haish~

haa..jodoh saya dgn asiah masih kuat.kami ditempatkan di dorm yang sama.dorm N(Nailah).lagi lah kami asyik 'melekat' je.kami kawan baik.tiada apa-apa yang perlu diragukan.=D

28 Disember 2004,kami ke sekolah untuk mengambil keputusan PMR.setibanya di dewan sekolah, di mana majlis sedang berlangsung,tiba-tiba nama saya diumumkan sebagai salah seorang yang berjaya mendapat 9A.nama Asiah yang disebut sebelum saya,tapi beliau tak sampai lagi.huh?saya jadi orang pertama naik pentas?masa tu,bercampur baur perasaan.'marah' asiah sebab dia tak datang lagi.nasib baik tak keseorangan,kawan-kawan saya yang lain dipanggil naik juga.kalau tak,terpinga-pinga saya atas pentas sorang-sorang.rasanya saya tak sempat nak jumpa dia.parent saya ajak pulang ke Penang awal.3 jam perjalanan Perak-Penang.(kenapalah duduk jauh-jauh)

Tahniah Asiah!

Tingkatan 4,2005

berjumpa kembali selepas 10 hari result keluar.kali ni,dorm kami sebelah-sebelah pula.tak sama.tapi seperti biasa,tempat dia,tempat saya juga!! kelas masih sama.tapi saya sempat masuk kelas sehari untuk minggu kedua.minggu pertama,kami ada orientasi.

semasa minggu orientasi, Amira Najihah mengkhabarkan kepada kami bahawa dia dapat tawaran belajar di KISAS. saya dan beberapa sahabat yang lain,mencuba juga semak nama kami di internet. Asiah tidak ketinggalan.saya mintak mak saya semak nama. keesokan harinya,saya telefon kembali mak saya, saya dapat satu berita. saya ditawarkan belajar di KISAS! sama seperti Amira Najihah.masa tu,Amira dah pulang ke rumahnya untuk persiapan ke KOLEJ baru itu.macam tak percaya.memang tak percaya!beberapa kali saya tanya mak saya. adakah ini berita baik atau buruk? DILEMA bermula. mahu sahaja terima tawaran tu,tapi bagaimana dengan janji saya dengan Asiah tu? adakah perlu saya memungkirinya? saya memberitahu semua kawan-kawan saya kecuali ASIAH! kenapa saya bertindak sebegini?

petang tu,seperti biasa saya ke dewan makan.tapi saya tak ajak Asiah pun.saya jenguk ke bahagian katil dia,nampak ada beberapa orang atas katil tu.saya tak pasti mengapa.tapi saya tak sedap hati.balik dari makan,Liyana memberitahu saya perihal Asiah.apa yang terjadi.serta merta saya pergi berjumpa Asiah.slow talk dengan Asiah.sedih,sayu.paling saya ingat kata-kata dia pada petang tu, 'pergilah syila.kite ok je.' terima kasih Asiah!

air mata kamu mengiringi pemergian kite masa hari last kita kat SMKASAS tu.

kami berpisah di sini.jarang sekali dapat peluang untuk berjumpa.cuma sekali dua sahaja selepas tingkatan 4 tu.masing-masing jauh.walaupun jauh,kite tetap ingat kamu asiah.

Asiah,sepanjang kite kat KISAS,kite tunggu je kamu datang.mana tahu, kamu dapat tawaran kedua@ ketiga.tapi,tiada rezeki dan jodoh.kamu tetap berjaya.Ya,kita sama-sama berjaya.Alhamdulillah.

semasa di KISAS, saya selalu telefon Asiah. masing-masing memberi semangat.bertanya khabar diri dan kawan-kawan yang lain.berita-berita terbaru.mengenai taklifan yang kami sama-sama pegang dulu.perkembangannya dan AJK baru.last jumpa semasa saya dan akmal di INTEC.kami berjalan-jalan di KLCC. kita berpisah di dunia.insyaAllah kita berjumpa kembali di Syurga Allah itu ya!

My Dearie Asiah..

HAPPY 20th BIRTHDAY!

semoga dengan pertambahan umur ni,dapat mematangkan diri kamu ye!
tingkat ibadah,ilmu..


*ada ke patut masa call die pukul 12 tghmalam(waktu Malaysia),dia ajak pergi UM masa tu jugak.isk3.saje je kamu ye.tahulah tengah makan kek.agak2 la nak ajak orang jauh ni pun. =(

*gambar kami berdua dah hilang!sedihnya..nanti saya mahu mintak dari beliau.

*Asiah,kalau kamu dah baca entry ni,wajib komen taw!!

0 Respon: