Di Malaysia sudah Maghrib dan takbir sudah pun dilaungkan. 10 Zulhijjah menjelma lagi :)
Ini sudah masuk kali ke-3 beraya di Mesir.Meriah! cukup meriah.beraya bersama-sama sahabat di sini,dengan komuniti rakyat Malaysia yang ramai,membuatkan saya lupa akan 'kegembiraan' beraya di Malaysia itu.bukan bermakna saya melupakan keluarga,sanak saudara..Tapi peluang di sini,melihat budaya arab yang begitu meraikan Aidil Adha ini,memberikan pengalaman yang cukup bermakna!
Selepas Isyak nanti,akan diadakan majlis takbir dan pengisian. Jom datang! Sayukah? huhu~
Eid Mubarak Kullu sanah wentu toyyibin :)
++ Esok ada kerja melapah[ikhwah] dan menghiris daging[akhawat].selamat bekerja semua! ++ saya nak serbu rumah mereka-mereka yang buat makanan sedap-sedap :P
sudah kelewatan.huda dah tunggu di bawah rumah.janji pukul 1415.maaf ye huda.
menahan teksi.
dapatlah seorang pakcik yg terlebih ramah.baguslah,boleh tambah vocab arab [konon].huda je la yang sembang.saya dan radin buat hal masing-masing.destinasi yang dituju adalah Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah [DMAK] kerana ada perjumpaan dengan AJK Jabatan Perhubungan Awam BPP.
Ketika di Tahrir,jalan raya sesak.kereta bergerak perlahan-lahan.Tiba-tiba..
"Baaamm!!"
tersentak kami dalam teksi tu.kereta belakang langgar.
eksyen pemandu kereta tersebut.dari segi penampilan,macam orang kaya.[memang kot].kereta lawa.lampu teksi tu pecah kot.dari yang kami dengar,mereka gaduh-gaduh dan pemandu eksyen tu hanya nak bayar 10LE.what the~
macam mengganggu lalu lintas pula.so,mereka bawa kereta ke tepi jalan.sambung gadoh.saya biarkan saja.melayan novel sejarah Salahuddin Al-Ayyubi lagi bagus.akhirnya selesai.pakcik tu kewl je masuk teksi.
Alhamdulillah,sampai DMAK,pakcik tu tak mintak cas lebih.selalu kalau jadi macam tu,angin diorang tak baik,macam-macam boleh jadi
Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.Terima kasih Dahlia,Shahira,Hani,Huda,Radin.sempat habis sebelum maghrib :)
[1730]
Ambil teksi ke Rab'ah.saya bersama Huda ketika itu.ada kelas Tajwid bersama Ustazah Iffat.kelas habis pukul 8 malam.masing-masing punya perancangan sendiri selepas itu.saya dan beberapa sahabat lain ke Sayyeda Zainab menaiki metro.sampai di satu stesen ni [tak ingat stesen apa], semua lelaki diarahkan keluar dari gerabak Sayyidat.huh.betul jugak tindakan tu.jam belum menunjukkan 9 malam.mana boleh campur lagi.huru-hara juga masa tu
"Ya Ustaz,itla' barrah!" arah polis-polis di situ.
kami sedikit cuak dengan keadaan sebegitu.takut jadi apa-apa
akhirnya selamat sampai di Sayyeda Zainab.mata dah mengantuk sangat-sangat.zzz..
201109
[0730]
ke kelas arab.lambat sebenarnya.hehe.buat hal pulak,tak bawak buku.sapa la manusia tu.
"ana asifah ya Ustaz"
Ustaz bawak kamus Arab-BM! ustaz sangat semangat nak belajar bahasa melayu :)
[0945]
ambil teksi,terus ke DMAK.ada penamaan calon.saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai ahli PERUBATAN.antara yang terakhir juga kami ni.tinggal berapa borang je.huhu
211109
[0550]
bergegas mencari teksi menuju ke Rab'ah.ada kelas Quran pada jam 6.nasib baik jalan kosong.journey 45 minit jadi 10 minit.best~
Ya Allah,berkati hidup kami.permulaan hari yang moga-moga punya Rahmat :)
221109
[0800]
ke Mugamma' [tempat buat visa].seperti biasa,ada juga masalah.masalah tarikh yang tak tertulis bawah tandatangan kerani universiti.huh!
pergi U,mintak tarikh,pergi Mugamma' balik,setel
'terima kasih makcik'
[haha,malas nak cerita apa yang jadi.rumit.sabar ye]
[0940]
ada kelas Pharmacology pada jam 10.sepatutnya 2 jam jadi sejam.syukur :)
balik rumah.zzzz :P
p/s: sabar ye bila diuji dengan ujian yang kecil.senyum! :)
Saya membuka facebook kawan saya [tak ingat page siapa], terlihat pada friend list, ada nama Tajrie.Oh, dia senior saya. Ketua Umum ketika saya tingkatan 1 di SMKA Sultan Azlan Shah.ada yang panggil abangKU.haha.dah kahwin dah dia. :P
ok,jom kita belek-belek lagi.
cari kat friend list abg Tajrie pula.jumpa Kak Husna Kamarul Bahrin! Timbalan BADRI [Badan Dakwah dan Rohani] semasa saya tingkatan satu juga.wah,excited saya!
jom cari lagi..
jumpa Kak Solehah,Kak Solehani,Kak Dyana Mastor,Kak Erma, Kak Shahaliza.yang paling mengujakan, saya jumpa facebook Kak Ija [Noriza Ariffin]! saya sangat-sangat lama tak berhubung dengan dia.Kangen bangat sama dia! Dia kakak naqibah dorm Juwairiyah.dorm semasa saya tingkatan satu.Tapi malangnya Kak Ija tak approve lagi saya :(
Kak Ija,approve Syila ye.nak sembang-sembang dengan akak.
Seorang lagi yang saya nak cari ialah Kak Siti Arfah.Naqibah dorm saya juga.apakah khabarmu wahai Kak Siti yang comel? :(
* siapa-siapa yang ada contact Kak Siti,beritahu saya ye :D
balik dari kelas tadi,terus mengadap laptop.saya sekarang tengah cari senior SMKASAS saya.kenapa ye saya begitu bersemangat cari mereka?
--> mereka lah yang banyak memberi tunjuk ajar saya semasa saya tingkatan satu.walaupun dimarahi [biasa lah kena 'basuh' masa form 1 tu], tapi memang betul pun apa yang mereka marahkan.benda betul kan?
'melentur buluh,biarlah dari rebungnya'
betul.dari tingkatan satu ni lah kalau nak bentuk manusia.masa sekolah rendah,banyak main-main.so,nak jadi manusia betul-betul manusia tu,memang kena bentuk betul-betul lah.di situlah tahu apa itu mathurat, hafal surah-surah, disiplin.teringat zaman kanak-kanak dulu.puterinya,muka baik-baik je,comel semua.putera pula, kudus juga muka.masuk-masuk sekolah,dapat tarbiah dari abang dan kakak.semuanya ikut kata.tapi bila makin besar,makin tunjuk belang pula masing-masing.
Sungguh,mereka sangat berjasa.sayang mereka! rindu~
Takziah buat Kak Shahaliza[Timbalan BADRI semasa saya form 2] atas kehilangan suami pada 21 Oktober 2009 yang lepas.saya baru tahu dia dah berkahwin dan sudah ada 2 orang anak.dia baru approve saya tadi.baru tahu semuanya.minta maaf ye akak.Kak Liza memang seorang yang tabah.dari zaman sekolah lagi,macam-macam menimpa dia.Dia kuat amat!
++ current mood: bercampur baur ++ saya sudah ada orang yang nak tolong deklamasi entry lepas.kan Nunu kan? :P ++ Alhamdulillah.Pharmacology test dah lepas tadi *-* ++ banyak perancangan dalam kepala otak ni.tapi memang kena mintak bimbingan dari senior saya yang saya sebut ni sebab mereka yang 'membesarkan' kami setahun. :)
-tulisan dalam gambar tiada kena mengena dengan entry ini-
kau, jangan bersedih ya kutahu ia sangat pahit untuk ditelan
berlikunya jalan kau banyak onak duri sepanjang perjalanan itu aku tak setabah kau untuk harungi liku-liku kerna kupasti, aku akan menangis walau terkena sedikit tusukan duri itu
kau kuat kau cekal kau tak mudah berputus asa
aku yang tahu cabaran yang kau hadapi ini pun sudah tercalar dan tersentuh hati inikan pula kau yang hadapinya sendirian
sungguh, aku kagum dengan kau
ya,aku kagum aku mahu ambil secebis kekuatan dari kau boleh?
biar mereka mencemuh biar mereka memandang sinis biar mereka menghina kau kau malu aku tahu
usah runsing aku tidak mahu jadi seperti mereka aku tidak akan berubah fikiran aku akan tetap memaut kau agar kau tidak jatuh lagi
kau aku menangis kalau tidak pada zahirnya,tapi pada batinnya aku menangis aku sedih aku tak mampu bantu kau sehabis baik aku tahu kau hanya berpura-pura di hadapanku itu bukan dirimu yang sebenarnya pada kala ini tapi aku tahu kepura-puraan ini adalah kau yang dulu aku mahu kau jadi kau yang dulu biarpun ia suatu usaha biarpun ia hanya kepura-puraan aku tak kisah daripada kau terus bermuram durja
kau, maafkan aku kerna aku mungkin terlepas pandang dari masalah yang satu ini aku tahu aku gagal menjadi seorang yang peka dengan keadaan sekeliling
aku biarkan kau 'berdiam diri' untuk seketika ya,aku redha kerna kutahu apa yang kau inginkan dari 'larinya' kau dari aku dan orang sekeliling aku doakan kau moga semua diberkati dan dipermudahkan :)
++ buat sahabat-sahabat tahun 3, 3alaikum bittaufiq wannajah untuk Pharmacology test :) ++ jazair menang ke semalam? jiran sekeliling sangat bising bersorak masuk goal. semalam pakcik kedai suruh saya dan Fathiyyah ikut dia bersorak 'Ya Rabb,lilmisr binnasr'
“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”