Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

26 October 2009

Surprise :)

6 Respon
Pagi tadi ada kelas praktikal Pharmacology pada jam 8.semuanya kelam kabut. :D pagi tadi elektrik takde,so semua kerja tak dapat buat,so tido lagi best.haha

Semalam ada surprise party untuk saya yang housemates saya dah rancang.teliti juga plan diorang tu.sampai tak dapat nak hidu sikit-sikit pun.sampai ada manusia yang merajuk lari rumah orang sebab takde sapa yang celebrate besday dia. :P

Semalam saya ke Rab'ah.ada kelas Quran bersama Ustazah Iffat.seperti biasa,hari Ahad 4.30ptg sampai 6.30 ptg.

Dalam pukul 6.25 ptg,saya mendapat panggilan dari Cik Radin.tapi saya silent kerana masih mengaji dengan ustazah.satu lagi yang saya pelik,kenapa lah si Zack [Mahfuzah] sibuk-sibuk jawab telefon dalam pukul 6.15 ptg tu.2 kali pulak tu.

"Mungkin dia ada hal selepas kelas Quran ni kot" kata saya dalam hati

takpelah kalau camtu.biarkan je.saya teruskan bacaan saya bersama ustazah.Selepas selesai Izzati baca,kelas kami ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.cuba menelefon semula Cik Radin.

"Syila,dah habis kelas ke?kat mana tu?dah keluar dari rumah ustazah ke?" tanya Radin

"Aah,baru je habis ni.tak keluar lagi.diorang tengah sembang dengan Husna dan Wae.kenapa?" jawab saya

"Nanti Syila tunggu kat Masjid Rab'ah tu" pinta Radin

"Huh?nak buat apa?" saya kehairanan

"Kitorang nak jemput Syila.hehe"

"Huh?Kitorang?apesal ni?" haha..time ni macam-macam dah terlintas dalam kepala otak saya.

"Yela3..nanti kite tunggu depan Masjid Rab'ah tu" saya menurut perintah Radin

Lepas tu,saya terus cakap hal ni kepada Zack.Dia pun buat muka blurr.hoho.pandai hang berlakon naa~ takpa3.nanti kite balas.

Sebelum masuk lif,Zack kata "ala,ta surprise dah la.Radin dah bagitau.tadi Aimi ngan Aisyah dah call suruh buat itu ini.baru nak lambat-lambat sikit keluar dari rumah ustazah"

haha.gelak-gelak lah kami semalam.

Di masjid Rab'ah, tiba-tiba Aimi dan Fathy muncul dari belakang.terkejut! errr..masa ini ada adegan nangis-nangis terharu sikit. :P

Ok,mereka membawa saya naik tremco ke Awwal Abbas [Pizza King tempat destinasi].Radin dan Aisyah menunggu kami di stesen minyak di sana.

Sungguh saya segan!Huda ceritakan pada housemates saya! adoii..Maaf ye,saya MANJA.haha.tak celebrate pun sedih3.eh,sebenarnya sedih sebab hari lahir kita semua sibuk.rumah kosong masa 24 Oktober 2009 itu.huish~ sedih betul.dengan takde sapa yang wish.cuma Fathy je sebab ada Huda dan Cama di rumah masa malam tu.

Saya sayang kat ahli beit saya! Rancangan mereka untuk 'melukakan' hati saya berjaya sudah! namun begitu,ada yang susah hati melihat saya sedih-sedih.si dia itu juga 'depress' pabila melihat saya bermasam muka dan 'depress'.terima kasih lah.kudusnya hati kamu. :P

terima kasih Radin,Fathy,Aisyah dan Aimi! :)


24 October 2009

Selamat Hari Lahir

8 Respon

Ainul Arina Mardhiah [20]


Fairuz Aimi [20]

Noor Asyila [20]


Raihaana Rushami [18]

Selamat Hari Lahir!!

24 Oktober 2009

Moga kita menjadi insan yang lebih baik


Terima kasih mak,abah sebab sentiasa bersabar melayan karenah anakmu ini

Terima kasih kepada yang mendoakan saya

Terima kasih kerana masih mengingati saya

Moga-moga saya,Raihana,Ainul dan Fairuz Aimi sentiasa najah dalam hidup dunia akhirat
sentiasa mencuba menjadi yang terbaik buat diri
serta memberi sumbangan kepada Islam dan bangsa
Doakan kami!!

++ terima kasih hadiah [pendrive 4GB, handbag,mug macho, alat tulis,keychain]
++ terima kasih sms yang dikirim
++ terima kasih atas ucapan 'selamat hari lahir' , 'sanah helwah' dan ' hepi besday'
++ terima kasih kepada ahli rumah Hasanah dan Natasha yang secara tak langsung memberi ruang dan peluang untuk saya mengisi perut pada hari lahir ini :P

ni hadiah dari orang JAUH untuk saya

http://www.123greetings.com/send/view/10024009703811306246


16 June 2009

16 June

14 Respon
Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,pukul 9 tadi selesai sudah oral exam untuk subjek Biochemistry.saya dan Aisyah lambat juga ke lab tadi.pukul 8.10 am baru tiba di Universiti.bergoyang kaki dahulu di rumah.(mentang-mentang rumah dekat dgn U) masuk-masuk lab dah penuh dah dengan budak2 batch.

pergghhh..lambat dah kita ni Aisyah.adeh..

di satu sudut, nampak saudari Ayu Amiza sedang 'ditemu bual' oleh seorang Professer wanita.saya tk ingat nama beliau.tapi beliau pernah mengajar sekali sahaja.

dalam hati terdetik..

'amboi, bestnye Ayu.pukul 8 datang U, 8.15 da boleh balik rumah'

masa tu masih kelam kabut kerana ada doctor practical(mungkin) menyuruh kami melihat nombor group kami.bergegas ke tingkat 3.

mata melilau kat satu kertas berbahasa arab.cari punya cari...2095..haa,dah jumpa.group 11.

makcik tu cakap kat atas.naik atas balik.huh! pening kepala saya.bertambah pening.aaaa!!

tunggu punya tunggu.

'alahai,lambatnya turn aku
.'

group lain dah nak habis dah.perasaan cemburu menguasai diri.Aisyah di sebelah menenangkan saya.takpe, kejap je tu.

buku terus dibaca.sambil telinga dipasang.mendengar soalan2 yang keluar dari mulut profeser lelaki di hadapan saya.(tapi, saya bukan ditemubual dengal prof tu pun!)

huh! kali ini kadar kawalan amat tinggi.sesiapa yang sudah habis ditemubual itu, mereka akan diikuti oleh seorang doktor praktikal demi memastikan soalan-soalan yang ditanya oleh prof tadi tidak bocor.hehe..takpe je..

lebih kurang pukul 8.45 am, nama saya disebut.

fuh fuh..tarik nafas..maniskan muka..=)

'what is....blablablablabla..'

ada la dalam 6-7 soalan.

ayat yang dinanti-nantikan..

'ok,thank you Asyila.you can go now.'

Alhamdulillah...

**************

10.45 am

'semua sila bersiap ye!' jerit 'kakak' kami.

'ye..ye..nak bersiap la nih!' mata masih mengadap laptop, tangan masih ligat menekan papan kekunci.

'ok semua, pelbagaikan niat kita nak keluar ni kerana apa!'-->thanks for this reminder..

11 am

ke stesen metro Sayeda Zainab di belakang rumah kami.

12 pm

tiba di City Star. berpanas sebentar dalam perjalanan berjalan kaki untuk pergi ke tempat tu.(takpe,panas dunia ni sikit je..akhirat nti,sejengkal je matahari atas kepala kita)

*tanak terlibat dlm pergaduhan dalam tremco tadi.blah camtu je.

berjalan-jalan sekitar city star sehingga pukul 4.30 ptg.penat2..niat di hati pada mulanya untuk makan malam kat food court sana je.tetapi ada halangan-halangan tertentu.takpela,tkde rezeki..boleh jimatkan duit. =P

5 pm

pulang ke rumah dengan menaiki teksi berwarna kuning. semua terlelap dek kerana kepenatan yang amat sangat sehingga patella-rasa-macam-nak-tercabut je plus kepeningan kepala yang merosakkan mood untuk bershopping.

++ sempat ke Cinnabon merasai strawberry banana milk shake. ^.^
++ saya dan aisyah hanya masuk ke kedai-kedai dan saya pula sibuk mencuba pelbagai kasut yang harganya 300 LE ke atas. cuba je,nak beli tak mampu. kasut termahal cuba tadi adalah berharga 735 LE. (bapak mahal.baik makan je dari beli kasut ni)
++ esok mahu ke Hussein pula.beli hadiah untuk mereka di Malaysia~

Hari ini hari lahir yang ke 26 tahun Cik Wani@Anne.hehe..

beliau adalah guru PLKN saya.sampai sekarang baik dengan beliau.rindu benar saya dengan dia ni.tahun lepas tak sempat jumpa.harap-harap cuti kali ini, sempat la nak lepaskan rindu ini.selalu berkongsi cerita.

*sekarang beliau still jadi cikgu PLKN tapi dah berpindah pusat dari Sik ke Baling.

hepi besday cikgu anne!

take care.

Ummu Ammar ada menulis sesuatu dalam blog anakandanya.silakan membaca --> Dalam Jiwa Hamba

06 April 2009

sanah helwah arina

0 Respon
happy 19th birthday
~NUR ARINA~


MySpaceni gambar muslimat 501.arina yang hujung sekali.berkaca mata,tudung cream.baju maroon.

sahabat bertepuk tampar semasa di KISAS.
mula rapat ketika ditempatkan dalam satu kelas yang sama,501
teman berkongsi cerita dari zaman sekolah sampai ke universiti.
susah nak faham dia ni.
makin lama makin 'complicated'.
diam-diam ubi berisi budak ni.hmm~

tercapai juga hasrat saya ketika kedatangan saya ke JORDAN pada cuti musim sejuk akhir bulan 1 baru-baru ni.salah satu tujuan saya,menziarahi ARINA dan sahabat-sahabat lain.dapat juga jumpa si kembar saya si AINUL ARINA (ni arina yang lain).

kami berjumpa ketika hari kedua saya di JORDAN.sebelum naik bas untuk menyertai Jelajah Jordan.dengan tahap rabun saya ni,saya masih lagi dapat cam insan bernama ARINA.hehe.berlarian saya mendapatkan budak tu.kami berpelukan.bergenang air mata!dah lama tak jumpa.pelukan dilepaskan apabila kami terpaksa naik bas(sebab kami adalah orang yang paling lambat).fikir saya,lepas ni insyaAllah dapat jumpa lagi.

setibanya di Amman,saya membeli sim card sana,terus menelefon dan mesej budak ni.berceloteh panjang tapi disekat pula dengan kematian bateri handphone dia.dengki la tu.haish~

kadang-kadang dalam bas dari satu tempat ke satu tempat lain,ber'sms' sahaja kami.sebelum ke Syria,sempat lagi bergayut panjang.dia sakat saya,saya sakat dia.bagus betul kami ni~

kami tidak dapat berjumpa lagi lepas pagi tu.sebabnya masing-masing berjaulah ke Syria cumanya group kami berbeza.tak terserempak langsung kat sana.hmm..takpelah,tkde rezeki.

Arina,bila2 kita jumpa lagi eh.nanti balik Malaysia bulan 8,jemputlah ke Penang.kot-kot la ada kenduri kendara dari kita ke,ko datang la ye.kita jemput awal-awal ni! hihi

buat sahabatku Arina,
moga segala impianmu tercapai.
moga apa yang kamu lakukan seiring dengan redha Ilahi.
moga kamu berbahagia dengan kehidupan kini dan mendatang.
moga mendapat jodoh yang baik.
moga mendapat zuriat yang cumel2 dan soleh solehah.
jaga diri di bumi Syam itu.kita sentiasa doa dan ingat kamu..

Sanah Helwah Ya Gamilah~