22 April 2012

O&G

0 Respon
C: Doktor ni kena ada sense banyak lah, kena banyak bagi psychological support kat patients. Tak boleh tinggal macam tu je.

Itulah realiti di Mesir ini, mungkin kerana terlalu ramai ibu atau bakal ibu yang ingin melahirkan anak, doktor yang bertugas di labour room itu, sedikit, maka ditinggalkan sahaja patient yang berada dalam keadaan tidak sedar (atas sebab general anaesthesia) atau sedar (selepas selamat melahirkan anak secara normal), keseorangan di dalam bilik bersalin ataupun operation theater. Yang macam sedikit geram, apabila patient berada dalam keadaan yang tidak 'proper'. Takut-takut pesakit menghadapi tekanan. 


Kes 1:

Kakak itu, berjalan memasuki ke bilik bersalin keseorangan dari bilik menunggu. Tiada kerusi roda mahupun sesiapa pun yang mengiringi beliau. Kami terkejut. Salah seorang dari kami (para pelajar) memimpin kakak itu, apabila ditanya kepada semua orang yang lalu lalang di situ untuk masuk ke bilik yang mana satu, tiada seorang pun yang layan. Akhirnya, kami masukkan sahaja ke dalam satu bilik untuk normal vaginal delivery. Kami tak tahu apa status kakak itu. Dia yang naik katil sendiri, dia yang terus berada dalam  lithotomy position (kedudukan biasa untuk bersalin). Tiada pekerja yang membantu. Sementara kami mencari doktor yang ditugaskan untuk makcik ini. Lama kami cari, tiada dan tidak tahu. 

Apabila disoal selidik dengan kakak ini, rupanya kakak ini ada IUFD (intrauterine fetal death/ baby mati dalam perut) yang pada masa itu berusia 4 bulan. Kakak ini sakit, dah di induce kan oxytocin dan prostaglandin kot untuk memudahkan proses D&C (dilatation&curretage). 

Lama dia tunggu, tiada juga doktor datang. Kami yang pelajar ini dah tak tahu nak buat apa. Kakak ini turun dari katil, menuju ke arah pintu. Dia menangis, sedih sebab kenapa biarkan dia macam tu keseorangan. Anak dalam perut dah mati, dibuat begitu pula. Tak lama kemudian, staff nurses bawa masuk ke dalam satu bilik. Baru lah doktor datang. Moga Allah kuatkan kakak itu. 

Hati saya sayu dan sedih.  T_T



Kes 2: 

Saya mengambil History pesakit yang ada Anti-Phospholipid Syndrome. yang disebabkan oleh thrombosis dalam decidual vessels. (hehe, boleh google kot). Sesiapa yang ada penyakit ini, berpotensi untuk gugur berkali-kali. 

Seorang kakak ini, dah mengandung 4 kali. 3 kali sebelum ini, gugur. (Recurrent Pregnancy Lost/Habitual Abortion: 3 successive loss of pregnancy).

Apabila ditanya tentang anak perempuan yang comel itu, dia berkata,

Ini adalah rahmat dari Allah. 

Mengenai 3 bayi yang gugur sebelum ini, dengan tenang dia menjawab,

Mereka semua sudah bertemu dengan Allah dan berada di sisi Allah.

Saya senyum. Tabahnya seorang wanita ini untuk hadapi 3 kali gugur. Wanita manalah yang tidak mahu punya zuriat? Kali keempat, dia usaha lagi. Dan Allah kurniakan rezeki anak selepas mengambil nasihat dan rawatan daripada doktor. Syukur hanya pada Allah, sebaik-baik pemberi nikmat dan rezeki. Mabruk kak :)


Selepas belajar Obstetrics & Gynaecology ini, semangat tanya mak tentang labour history untuk kami adik-beradik. Terima kasih mak ^_^

Jom lah ramai-ramai kita meramaikan doktor perempuan yang menceburi pakar dalam bidang O&G ini. 

Final exam dah makin dekat, doakan kami ye! 


12 April 2012

Jatuh Cinta

0 Respon

Saya jatuh cinta.
Ya, jatuh cinta dengan seorang wanita solehah yang saya sangat terinspirasi dengannya. Bagaimana dia sangat menyandarkan hidupnya hanya pada Allah. Bagaimana dia melalui liku-liku hidup yang sukar selama beberapa tahun.

Pertemuan singkat 2 bulan yang lepas, pada pagi itu selepas bangun dari tidur, dan bersarapan pagi, kemudian mula berjaulah bersama-sama. Pernah dengar nama sebelum ke tempatnya. Apabila bertemu secara realiti, hanya dengan beberapa minit, sudah jatuh hati. Jatuh hati pada akhlaknya. Sungguh, tak tipu. Cinta pandang pertama bak kata orang. :P

Seronok berkongsi cerita. Tenung dia dari jauh serta pada ketika diri hendak memulakan perbualan dengannya, air mata saya bergenang.

"Dia sangat tabah"

Dan ada yang berkata begini apabila saya bercerita kepada orang,

"Orang yang sabar, Allah akan menampakkan 'cahaya' di wajah mereka. Tenang di mata manusia lain, dan Allah redha akan mereka"

Sangat setuju. Setelah apa yang dia lalui fasa 'sukar' dalam hidupnya, dia berhak untuk mendapat kesenangan di Syurga nanti insyaAllah.

Kak, Allah akan berikan balasan tanpa batas bagi mereka yang sabar. Dan juga Allah permudahkan segala-galanya :')

Kak, jazakillah khair. Sayang akak kerana Allah.

p/s: Hepinyeee hari ini sebab dapat dating lama-lama dengan dia. Moga Allah pertemukan kami semula di dunia dan Syurga insyaAllah.