Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

01 August 2011

Guru saya (2)

0 Respon
Guru-guru SKCL 2 :)

Dari kiri:
Cikgu Rosniah, Cikgu baru (tak kenal), Ustazah Sazila, Ustaz Khalil, Motivator Amin Idris, Cikgu baru (tak kenal), Cikgu baru (tak kenal), Cikgu Saidatul, Cikgu Zainon



Ramadhan Kareem buat semua umat Islam di seantero dunia!

Sudah lama tidak kemaskini blog ini dengan hasil tulisan sendiri.
Nak sambung entry Guru saya yang tergendala dahulu.

Guru 2: Puan Rosniah Binti Zainol Abidin

Dari zaman abang sulung saya sehingga sekarang, beliau masih berkhidmat dengan setianya dan cemerlangnya di sekolah yang sama. Kagum dengan kegigihan beliau. Sangat!

Beliau mengajar pelajaran Sains. Zaman saya dahulu, panggil Cikgu Ros. Sekarang ni, Teacher Ros. Ya lah kan, zaman sudah berubah. pelajaran sains dahulu menggunakan bahasa melayu, kini bahasa inggeris. Maka panggilan untuk guru yang mengajarnya juga bertukar lah kan.

Beliau mula mengajar saya di sekolah dari darjah 5. tapi saya sudah mula tusyen dengan beliau dari darjah 4 kalau tak silap. Suaminya mengajar bahasa melayu, beliau mengajar Sains dan Matematik kot (lama sangat tinggal zaman sekolah rendah)


Semasa revolusi bulan Januari dahulu, beliau jugak lah yang risau-risau kan saya sehingga call ibu bapa s
aya. Terharu dapat cikgu macam ni. :')
Sampai sahaja di Pulau Pinang, ayah saya menceritakan semuanya dan saya pun mengkhabarkan tentang selamatnya saya tiba di tanah air. Terus dapat panggilan dari beliau.

Semasa sekolah rendah, beliau antara guru (selain cikgu Saidatul) yang banyak 'sokong' saya tatkala ada 'suara-suara' tak best semasa hari anugerah kecemerlangan semasa tahun 6. Banyak kisahnya, takpe. Itu kisah lama. Allah knows the best. Sebenarnya tak perlu ada dengki mendengki dan memerli atas kelayakan seseorang itu. Dan saya tahu, kenapa dan kenapa Allah tetapkan sedemikian, dan itu membuktikan siapa saya sekarang. Pilihan guru yang membuat keputusan tidak salah. Saya yakin! :')

Ok, abaikan kisah di atas. hihi


Satu yang cukup membuatkan saya terharu.
Semasa cuti musim panas tahun lepas, kebetulan saya pergi beraya di Perak dan menginap di sebuah hotel di Sitiawan. Saya pun mesej lah kedua-dua guru saya (Cikgu Saidatul, dan cikgu Rosniah) ni tentang kehadiran saya di situ, dengan harapan dapat berjumpa dengan mereka. Tetapi cikgu Saidatul ada di Tapah. Maka tiada rezeki untuk berjumpa lah macam tu. Cikgu Rosniah pula, kebetulan pergi ke Manjung pagi tu, untuk membeli barang. Sitiawan dan Manjung sebelah-sebelah je. Apabila saya sudah check out hotel, beliau masih berada di Manjung. Saya dan keluarga bergerak ke Manjung untuk breakfast dan ke rumah sepupu saya di sana. Cikgu pula ke Sitiawan, ke supermarket yang berdekatan dengan hotel saya itu. Bersilang-silang dah. Kecewa juga lah tak dapat berjumpa. Saya pun meneruskan perjalanan ke rumah sepupu saya. Sedang-sedang makan dan berehat di rumah sepupu saya, tiba-tiba dapat panggilan dari cikgu Rosniah, bertanyakan alamat rumah sepupu saya. Beliau nak juga berjumpa.Sudah dalam perjalanan katanya. Tak lama kemudian, beliau sampai dari apabila ditanya, dari mana, beliau cakap

Tadi dah sampai kat Kampung Koh dah pun. tapi bila fikir-fikir semula, rasa macam kena jumpa jugak, sebab lepas ni tak tahu bila lagi dapat jumpa

Kampung Koh tu dah separuh jalan dah nak sampai ke rumah beliau di Seberang Perak tu. Sanggup cikgu patah balik. Kasih guru terhadap anak muridnya. huu~ :')
Tersenyum lebar dan rasa terharuuu sangat apabila dapat guru yang sebegini. Walaupun sudah lama saya tinggalkan zaman sekolah rendah, tapi hubungan masih baik.

Alhamdulillah. Allah lah yang mengikat hati-hati kami.


Satu
yang saya pegang dalam diri. walaupun zaman sekolah rendah kita sudah lama ditinggalkan, tapi mereka lah yang banyak mendidik kita. Dari tadika ke sekolah rendah, itu adalah fasa untuk membentuk 'manusia'. Teringat kata-kata seorang murabbiyah,

Kalau saya jadi pemerintah, gaji termahal adalah guru tadika (dan sekolah rendah juga bagi pendapat saya sendiri)

Saya setuju sangat dengan beliau. Kalau dari kecil, unsur-unsur tak baik dah menyerap masuk dalam diri budak-budak kecil, rosak lah besarnya. Guru yang mendidik anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang sangaat tinggi. Mendidik dengan sebaiknya, dengan izin Allah, besarnya menjadi s
yabab/ fatayaat yang hebat!

Guru-guru lain, saya tak lupakan jasanya. Semua guru yang pernah mengajar dari tadika sehingga zaman universiti ini adalah murabbi yang hebat-hebat semua. Dari mereka saya belajar erti kehidupan, tidak putus asa dalam hidup. Dari mereka juga banyak unsur tarbiyah yang saya dapat. Terima kasih Allah kerana kurniakan mereka yang baik hati budi! Sayang mereka kerana Allah


## Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fatin Fasihah yang meninggal dunia pada malam 1 Ramadhan. Sempatkah kita sempurnakan Ramadhan kali ini dan berjumpa dengan Ramadhan tahun akan datang?

## Alhamdulillah, dapat sambut Ramadhan kedua di bumi Anbiyaa' ini. teruja nak sambut. Tapi dapat 5 hari sahaja. Masa tahun 1 dahulu, takde feel sangat nak sambut ramadhan kat sini. Duduk pun terpencil nun jauh di Fustat, tak dapat suasana sebenar Ramadhan tu.

## 4 hari bermusafir, penuh dengan sukaduka serta hikmah. Sayang semua


Andai ada air mata yang mengalir hari ini, kenangkan lebih banyak air mata yang pernah mengalir dahulu sehinggakan ada darah dan nyawa yang terkorban.

Moga terus kuat semua!


03 July 2011

Guru saya

0 Respon


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dah habis 3 subjek (tak termasuk oral Forensic&Toxicology pada 5 Julai nanti) setakat hari semalam. Ramai yg lega mungkin lepas habis written exam semalam. tak terkecuali saya :)

Sejam terakhir semasa menjawab soalan semalam, fokus untuk menjawab soalan dah berkurang. Tiba-tiba Allah uji dengan sakit. Habis exam, tangkap-tangkap gambar batch. Balik rumah terus terbaring atas katil sehingga maghrib. Nak bangun pun, tak berdaya. Takpe, baru sikit. Housemates tolong, hehe. best~ Pagi ini pula, sakit kepala. Doakan saya sentiasa dikurnikan nikmat sihat sehingga habis exam dan selamanya sihat ye supaya dapat tunaikan tanggungjawab yang sangat banyak sebelum ajal menjemput saya. Betullah kalau nikmat sihat ditarik, nak beribadat pun takde semangat. T__T

p/s: Terima kasih Wani yg call dari Saad tanya khabar saya. terharu k! :D

Ni Pau dan kuih apa entah (makanan korea kot) yang Wae buat. sila terliur dan jeles ;P

Entry ni saya pendam dari tengah study untuk Forensic&Toxicology. Sebab F&T sangat lah banyak dan memeningkan kepala, saya tangguhkan dahulu hingga ke hari ni (sepatutnya semalam).

Tengah-tengah study, saya teringat guru-guru sekolah rendah saya. Saya masih rapat dengan mereka. Alhamdulillah. Macam mana boleh rapat? Guru-guru saya di sekolah saya, kebanyakannya adalah isteri atau suami kepada kawan-kawan ibu bapa saya semasa di Perak dulu. Dan mereka mengajar saya adik beradik dari abang-abang saya, sehingga ke saya dan adik saya :)

Yang paling saya rapat ada 2,

Guru 1: Puan Saidatul Akma

Beliau adalah guru Matematik saya. Antara faktor saya boleh rapat adalah saya suka sangat subjek Matematik (dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.tapi taktau kenapa ambik Medic =.=" ) Beliau adalah guru kelas saya dari darjah 4 hingga 6. Alhamdulillah, sepanjang darjah 4-6, prestasi semakin baik dan mula serius untuk belajar. Oh, kecik-kecik dulu saya nerd tau.Skema sangat saya rasa. Dan jadual belajar lagi tersusun dari sekarang T__T.

Lama tak berjumpa dengan beliau semenjak saya bersekolah menengah, yakni dari tingkatan 1-5. Tingkatan 2, saya dan keluarga sudah berpindah dari Perak ke Penang, maka semakin susahlah untuk berjumpa dengan cikgu. Sebelum saya 'terbang' ke Mesir ni, saya ambil kesempatan untuk berjumpa dengan guru-guru saya di SKCL 2. Ramai yang dah berpindah. Mencari-cari kelibat guru matematik saya ni, tiada. Tak silap, saya ada beritahu beliau yang saya akan datang, beliau sudah berpindah ke bilik khas SPBT. Saya bersama sahabat saya, Adjla (yang dah lama juga tidak berjumpa) ke sana. Bersembang sakan dengan cikgu. Macam-macam cerita keluar~

Selepas itu, hanya berhubung melalui telefon sahaja, sehinggalah akhir tahun 2, apabila emak dan abah membawa saya ke kawasan Teluk Batik dan Lumut, ambil angin sekejap. Kebetulan beliau memang akan ke rumahnya yang tetap di Manjung setiap kali hujung minggu, maka saya ambil kesempatan untuk berjumpa. Baru buat temujanji pagi tu kalau tak silap. Allah beri peluang untuk kami berjumpa, Alhamdulillah ^__^.

Itu adalah yang terakhir berjumpa sehingga kini, harapnya ada kesempatan lepas ni. Setiap kali pulang, tak pernah terlupa untuk adakan niat ke Perak, ziarah guru-guru. Tapi selalu tak sempat. Sama ada saya sendiri mahupun family saya. Bukan dekat Perak-Penang kan?

Setiap kali balik, mesti ada hadiah yang sampai ke rumah saya melalui pos laju. Dari cikgu Saidatul. Oh, terharuunyaa. Cuti summer tahun 2, saya dapat Telekung dan baju t-shirt labuh. Cikgu kata,

saya bagi telekung, nanti masa solat, awak ingat saya, dan boleh doakan cikgu

Aah, sehingga sekarang apabila pakai telekung itu, saya teringatkan beliau. Besar impaknya kan?

Cuti summer tahun 3 pula, saya dapat sebuah buku. Tak sempat-sempat lagi nak habiskan bacaan. Tajuknya, Travelog seorang Daie'



Baru baca suku. sekarang dah habis tahun 4 dah. cane ni? cuti ni habiskan~
Cikgu sangat memahami saya!~

Terima kasih cikgu!

Kalau dulu, sembang dengan cikgu, pasal Matematik sahaja, sekarang ni, dah boleh share pasal kawen-kawen dah ;P

Dia share macam mana dia kenal dengan suami, proses bertunang dan sehingga berkahwin. :D

Semasa revolusi bulan 1 lepas, dia antara yang risaukan saya. Beliau cuba menghubungi saya, tapi gagal kerana line telefon yang disekat, nak mesej pun tak sampai. Allahuu~ hanya doa yang beliau panjatkan pada Allah untuk keselamatan saya. :')

Sampai Malaysia, terus saya hubungi beliau. Lega sangat!

Harap-harapnya lepas raya, dapat ke sekolah, ziarah guru-guru lagi. Moga Allah mudahkan!

Hari tu saya mesej cikgu,

Saya: Cikgu, rinduuu lah kat cikgu.
Cikgu: Waah, patut lah bulu mata cikgu asyik jatuh je.
:D


++ Sambung entry lain hari, dah penat.hehe ^_^
++ Jom study! Sudah-sudahlah tu berehat >.<
++ Dear kamu yang jauh di mata dekat di hati (yang call tadi) , always remember, "if Allah brings you to it..Allah will brings you THROUGH it". I know how hard it is. Be strong!