Showing posts with label takde keje. Show all posts
Showing posts with label takde keje. Show all posts

30 January 2010

Wahai gadis yang bercahaya

3 Respon


Wahai gadis yang bercahaya
jgn biarkn hatimu direndam duka
sedang dunia dan isinya dipenuhi hilai ketawa
kenapa pula anda masih memalingkan muka

Wahai gadis yang wajahnya bercahaya
adakah hatimu masih ada ruang
untuk segala pujuk rayu ini berjuang
memenangi kembali perasaanmu yg telah hilang?

Wahai gadis yang wajahnya bercahaya
kumohon maaf andai kata ku hambar
jika hatimu belum terubat dan juga pedihnya belum pudar
tapi sudilah berbicara dgnku walau sepatah sekadar...

hahak,hihik,huhuk..
gelak-gelak je baca 'puisi' ni.belek-belek tadi,jumpa :P

++ yeay! tinggal Microbiology je lagi! menghitung hari untuk bersama-sama mereka~ :)

18 January 2010

kahwin, kahwin ^_^

16 Respon
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him


++ Tahniah buat sesiapa yang bakal berkahwin semasa winter break ni, juga summer depan, yang telah selamat melangsungkan serta akan akan datang :P

++ Permudahkan urusan kami :)

++ Study rajin-rajin untuk exam nanti, jangan fikir nak kahwin je ye [tau je ramai yang angau lepas tgok KCB 2. haha]

08 December 2009

Tahniah!

2 Respon

Tahniah dan Takziah kepada AJKT baru yang telah diumumkan nama mereka semalam. Ramai yang menanti-nanti keputusan pilihan raya keluar. Ada yang tunggu tepat jam 2100.tapi tak muncul-muncul pun.Kata mereka [AJK JPP], ada mesyuarat. takpe lah,dimaafkan :D


Dari Gen 7 sendiri,ada 7 orang yang menjadi AJKT PERUBATAN! 4 daripadanya adalah auto-AJKT dan 3 muka baru

Mereka adalah:

Siti Nur Redzuani Shafii
Sabihah Inche Ibrahim
Muhd Hazwan Rusli

Radin Rahmah Radin Monawir
Aimi Athirah Azmi Murad
Ahmad Ibrahim Yahaya
Mohd Khairul imdad Muhammad Yusuff

Selamat menjalankan tugas ye kalian! :D

haha..skema gile ayat-ayat atas ni~

sebenarnya nak ucapkan 'TAHNIAH' kat Radin sebab 3 orang anak buah dia dari Jabatan Perhubungan Awam BPP ditarik jadi EXCO PERUBATAN. Sila cari orang baru ye :P *evil laugh*

haaa..sapa suro hang lobi anak buah sendiri? :P

ni entry nak kenakan roommate sendiri ni.Radin ni bercita-cita untuk pegang jawatan Timbalan Bendahari untuk sesi depan.

Adakah hasrat beliau ini akan tercapai?

kita nantikan keputusan mesyuarat AJKT nanti ye.

p/s: Radin,doa la banyak2 ye kalau nak pegang Timbalan Bendahari dan kalau kamu nak merasa kita belanja makan! hehe :D

++ ok,mid year exam diawalkan.haih~ cuak3!

06 July 2009

'Hadiah'

6 Respon
1. Bekas kekasih saya adalah :
kalau saya perempuan,jawapannya lelaki.
kalau saya lelaki,jawapannya perempuan.
kan3?

2. Saya sedang mendengar :
pelakon cilik bercakap-cakap dalam cerita Geng Bas Sekolah [Ina yang bukak channel Ceria ni]

3. Mungkin saya patut:
ke AEON.haha..perabih duit.

4. Saya suka :
menyakat Ina sampai dia akan mencebikkan mulut dia lantas dia akan menangis

5. Sahabat-sahabat baik saya :
membantu saya dalam susah dan senang. Terima kasih kamu semua!

6. Saya tak paham :
kenapa masih ada manusia yang berpura-pura baik dengan saya padahal dia ada perkara yang disembunyikan dari pengetahuan saya.

7. Saya kehilangan:
kucing kesayangan saya 'Si Merah' semasa saya darjah 6

8. Ada yg berkata:
Cinta itu buta.betul ke? haha..[sori,tadek jawapan yang lebih waras keluar dari otak]

9. Makna nama saya :
Cahaya .....................

10. Cinta itu adalah :
Sesuatu yang dianugerahkan oleh Pencipta kita tetapi kita sebagai hambaNya jangan salah gunakan kurniaan ini. =)

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
ada manusia masih tidur.ngaa~

12.Saya akan cuba :
memanfaatkan masa cuti ini dengan sebaiknya

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
abadan abada

14. Telefon bimbit saya :
masih bertahan sehingga sekarang.makanya tiada alasan untuk menukar telefon bimbit baru.hihi.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
tengok jam kat handphone yang sentiasa jadi teman sepanjang tidur

16. Saya paling tak suka apabila :
menghadapi manusia yang hipokrit

17. Pesta/Parti adalah :
besday party.best dapat makan kek yang sedap.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
tikus kecil.haha

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
bawah 20.orang kata kalau dah ada angka 2 kat depan tu,dah tua.kan3?

20. Hari ini :
Ina teman saya kat rumah.dia tak pergi sekolah.

21. Malam ini saya akan :
bersama-sama keluarga menonton TV. >.<
eh,malam ni abah saya ajak makan kat luar.

22. Esok pula saya akan :
keseorangan di rumah

23. Saya betul2 ingin:
cepat habis tahun 6

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
tak tengok cermin lagi rini.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
tempat yang best untuk shopping!

26. Makanan Barat atau Jepun :
tak suka dua2.tk suka makan benda-benda pelik

27. Bilik yang terang atau gelap :
bilik terang= miosis [constriction of the pupil]
bilik gelap= mydriasis [dilatation of the pupil]

28. Makanan segera adalah :
maggi,indomie,mi sedap.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
'adik,bukak la channel Ria!'

30. Siapa yang anda nak Tag?
tanak tag sape2..sekian

*terima kasih paan sebab kasik hadiah ni.sori bertangguh.
*kak nadiah, nanti syila jawab tag akak tu ye.

21 June 2009

Al kisah selepas exam.

13 Respon
Sepatutnya meng'update' 3 jam yang lepas,tetapi katil memanggil-manggil saya.heh.

2 hari lepas,berkesempatan menonton movie Perempuan Berkalung Sorban.cerita Indonesia.dengan kelajuan internet yang sederhana dan mampu juga untuk meng'loading' 12 part kat YouTube sekaligus. dah lama dah cerita ni. cuma tiba-tiba tangan gatal untuk menonton cerita itu walaupun buku Histology tidak lagi habis dihadam ketika itu dan exam pula hanya pada hari lusanya. selamba betul!

pelakon yang saya cam adalah Si Bawang Putih. Nia Ramadhani kalau tak silap nama dia.dia heroin.

Hero nya saya tk pasti siapa.

bukanlah mahu menceritakan keseluruhan jalan cerita itu,tetapi pengajaran yang paling penting.

1. Lelaki perlulah menghormati wanita dan jangan menjadikan kaum Hawa ini sebagai 'binatang'
2. Wanita juga perlu pandai mengawal emosi. walau menderita mana pun, tidak wajar untuk kita lakukan perkara yang di luar kawalan+haram di sisi Syarak
3. Rata-rata yang menonton cerita ini mengatakan lelaki yg kedua(selepas bercerai) itu sungguh Cool dan menenangkan. No offense ok! >.<

ok sudah.sudah..kalau nak tahu cerita ni lebih lanjut,sila tonton sendiri.hehe..

****************
setiap kali menelefon mak dan abah di Malaysia tu, mesti musim buah-buahan yang disebut-sebut. sekarang ni musim buah durian eh? mak cakap,pokok durian di kampung (kat Kulim) dah luruh. pagi tadi sahaja, dapat 4-5 biji. (eh, sikitnya! pokok pun 2-3 batang je). Mane entah sesatnya pokok durian 2-3 batang tu tiba-tiba muncul kat tepi sungai tu. yang saya ingat tahun lepas, mak ngan abah saya akan ke kampung tu setiap hujung minggu. sarapan di luar, kemudian terus ke Kulim.dekat sangat rumah saya dengan kampung saya tu. kalau tak mak abah saya, pakngah saya yang akan ke sana. Adik beradik pun 3 je.kalau maklong saya, tak kot nak pergi. dia kat Bukit Gantang tu. pokok manggis,rambutan,langsat,durian berlambak-lambak tepi rumah.huhu.

takpe,insyaAllah dalam masa 9 hari lagi ni, sempat lagi nak rasa buah-buahan tu. tak sempat nak habis lagi kan musim buah dalam tempoh sesingkat ini? hihi.

perihal kampung di Alor Star pula. takde langsung pokok durian atau rambutan atau langsat. yang ada cuma bendang kat belakang rumah Pak Ngah( belah abah) dan Pak Jang saya tu. dah menguning ke padi di belakang rumah tu? (errr..)

apa-apa je lah. yang penting, insyaAllah kalau dipanjang umur, saya akan ke dua-dua kampung saya di Kulim dan Alor Star itu melihat sendiri perubahan-perubahan di sana.hih.

++ saya sedang memikirkan mangsa buli saya masa saya balik ni. Cikgu Anne ngan sepupu kat USM tu.boleh??

++ tadi habis exam pukul 9 jugak. tinggal 1 lagi.tak sabar rasanya untuk menghabiskan yang satu tu.tapi yang satu tu la (Physiology) yang paling mencabar. harap-harap dapat soalan yang mudah.

++ saya rasa dalam masa 5 hari selepas 25 Jun ini, hari bakal menjadi sibuk. ada program dan tugas-tugas yang perlu diselesaikan sebelum saya pulang ke tanah air.

MySpace

baca buku ni sampai juling! haha..mata kartun ni buat saccadic movement la. =.=

oh ya! satu promosi untuk sahabat-sahabat KISAS SPM 06
--> ada satu plan untuk buat reunion. ini atas persetujuan beberapa manusia yang join conference YM hari tu la.

tempat: Gua Tempurung,Perak
masa : awal bulan 8 (hari sabtu, 8 @ 15 Ogos 2009)
sasaran: semua ex-KISASIAN SPM 06 (muslimin dan muslimat)
target: sekurang-kurangnya 40 orang muslimat (1 bus), asing-asing bus. tamau campur.
objektif: nanti akan diberitahu di Yahoo Group ok? kalau ada sesiapa yang setuju, sila respon atau kasik nama kat saya (Asyila) @ Aimi Jamaludin.

yang menjalankan tugas~

17 June 2009

Tag dari Emhoho

14 Respon

1.Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

2.Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini

1. seorang yang macho. beliau adalah satu geng dengan chep+radin

2. senyap je pun.datang rumah dia, serius je muka.haha

3. Dunia Plurk merapatkan ukhuwah kami. lol =.=

4. ada keturunan cina

5. nama beliau ni special sikit. ada 'hoho' kat belakang tu. EMHOHO. nak tahu kenapa? pegila temuduga beliau.hehe

3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

1. baru je pagi tadi menghabiskan misi sebelum pulang ke Malaysia. oh apa ya misi-misi itu? saya perlu lunaskan 'hutang' saya pada emak saya. belajar masak kek coklat, kek pisang, cheese cake. Alhamdulillah. akhirnya tahu juga saya buat semua itu.paling penting, dah tak kekok guna oven. selalunya akan 'lari' dari oven. sebab oven panas. O.O

2. akan pulang ke Malaysia pada 1 Julai 2009, 3 am

3. ingatkan balik Malaysia kali ni adalah balik paling melenggang dari tahun lepas.tetapi jangkaan meleset. ramai pula yang memesan itu dan ini. padahal ini adalah kali kedua pulang ke Malaysia. InsyaAllah. doakan segalanya lancar ya.

4. tahun 2 adalah tahun mencabar. memang mengajar saya erti kesabaran, tabah dan menjadi seorang yang kuat. homesick je tahun ni. tahun 1 takde la plak. siap rasa tanak balik Malaysia tahun lepas

--> tapi radin, kt tk bole terima dgn apa yg radin ckp pasal keadaan kt masa malam oral exam utk biochemistry hari tu. uish~ saya mahu membantah!

5. kalau emhoho sudah kemas beg, saya belum lagi. tengah tunggu Radin turunkan beg yang dah berhabuk dari atas almari. saya takut untuk turunkan sendiri lantaran diri ini yang lebih 'tinggi' dari cik roommate saya. cuma mengelak kejadian yang tidak diingini terjadi. >.<

6. abah saya pernah kasik sms ni. 'akak mimpi ka apa?' sebagai balasan kepada sms saya 'selamat hari bapa' pada 16 Jun hari tu. saya tak salah. mak saya yg cakap 16 Jun.saya pun ikut je la. sori abah. seronok buli abah.haha..(teringat kejadian 2@3 minggu lepas, habis kena gelak dengan ahli beit)

7. seronok melayan kerenah semua 'hero-hero' darjah 6 semasa cuti tahun lepas.

8. masih tinggal 2 oral exam.tapi malasnya MasyaAllah..tolong nasihatkan saya banyak!

9. saya sedang berusaha untuk contact kembali kawan-kawan sekolah rendah dan sekolah menengah (SMKA Sultan Azlan Shah). saya rindu bangat sama mereka. ingat nak buat reunion sama-sama balik ni.tapi semua tak cuti..haih~

10. masih lagi belajar untuk 'bangun' semula selepas 'jatuh' dalam sebulan yang lepas. Gambate Syila!

10 org bkl kne tag:

1. Arina
2. Ainul Arina
3. Aimi Athirah
4. Huda Mustoffa
5. Roommate comel, Radin Rahmah
6. Megat Kulim. ^.^
7. Rasyiid
8. Kak Alia
9. Ain Farhana
10. Fais Azli si ketua batch medicairo07 yang berdedikasi. >.<

sekian sahaja jawapan tag kali ini.

sebenarnya bertimbun-timbun tag yang tak jawab.nanti I check balik draft blog ye. tengok2 balik.hehe

ada manusia yang tengah berbara-bara semangatnya nak main basketball.semalam baru beli bola kat City Star.esok pagi-pagi nak main kat bawah.ada sapa2 nak join?

14 June 2009

Tukar lagi...

13 Respon
Saya tengah rajin ni.tukar template

dalam musim exam ni, 2 kali dah tukar.huhu..
yang ritu,suram colour dia.
so, tukar lah yang lain..

++ Fathy mahu jahit tudung lagi siang nanti. saya sudah siap jahit kedua-duanya!yeay~ I menang.nanti Fathy belanja ais krim kat kite ye..

++ ah, satu misi tertangguh semalam. disebabkan kekurangan satu bahan. aiyaa~

31 May 2009

kata-kata

4 Respon
kes 1:

'D, aku nak naik sutuh( nota kaki: bahagian paling atas kat bangunan.boleh tambah-tambah lagi bilik kat atas tu) jap, nanti kalau aku tak balik lagi lepas beberapa jam, jenguk-jenguklah kat sutuh tu.kalau takde, tengok kat bawah tu.' kata Z kepada D

'huh? ah, ko jangan nak ngade. aku nak ikut ko naik sutuh' D membalas

makanya, naiklah kedua-dua manusia itu ke atas sutuh. study

kes 2:

'haih, nasib baiklah aku tak sampai buat benda tu!' kata si Z

'eh,aku pernah terfikir macam tu masa ada 'kes' dulu.' D menyampuk

'weii, korang ni, cakap benda bukan-bukan. aku cabai mulut korang nanti!' si T pula memberi arahan.

akhirnya, gelak terbahak-bahak manusia itu di ruang tamu.

++ nota: membunuh diri itu haram. nanti tak dapat masuk Syurga Allah.
++ gila ka apa nak sampai buat macam tu!

hari peperiksaan:


'sepanjang aku exam kat sini, tak pernah sunyi dewan exam ni. mesti ada je bunyi di sekeliling aku ni dari awal exam sampailah ke kertas dikutip semula. lagi-lagi masa kertas soalan diedarkan. bercampur aduk arahan. di sana bahasa arab, di sini bahasa Inggeris. pening aku!'
monolog si Y.

'Dr Nadia! saya nak buat aduan. Pengawas-pengawas peperiksaan bising! mereka bersembang-sembang dan membuat panggilan telefon ketika exam sedang dijalankan. yang jadi mangsa adalah kami-kami yang duduk di barisan hadapan. mereka siap bergelak ketawa pula. ada gangguan!' inilah yang ingin diperkatakan oleh si Y kepada Vice Deen di tempat dia belajar suatu hari nanti. bila entah.

++ saya baru pulang dari Tahrir. pergi ke sana untuk membeli buku sebenarnya. tapi sempat pula ke Cook Door dahulu sebabnya kami bertiga sudah tahap starvation dah. hehe

++ musim peperiksaan ini, kalau tension belajar, hilangkanlah dengan memasak resepi baru ye. kek pisang dan pajeri nenas sudah berjaya dicuba. gara-gara request si princess.

++ tinggal paper Anatomy dan Pyschology. selamat berperang dengan buku-buku yang berlambak tu ye kawan-kawan!

++ pesanan buat seseorang: tolonglah jangan provok saya dengan membuatkan saya teringat kenangan silam. please ye....

++ selamat pengantin baru buat Kak Liza.lepas ni Abang Ajib dan Kak Ani pula. melepas lagi. kenapalah tak buat masa saya ada kat Malaysia.