Showing posts with label KISAS. Show all posts
Showing posts with label KISAS. Show all posts

12 September 2009

Travel sorang-sorang

3 Respon
Alhamdulillah..selamat sampai rumah pada jam 4 petang semalam.[12 september]

10 September 2009

bermula perjalananku ke Pudu secara berseorangan.ini kali ketiga ke Pudu.tahu juga la selok belok di Pudu itu.bagaimana nak naik STAR dan tukar naik PUTRA pula..bila dah travel sorang-sorang ni,kena la buat muka tak tahu malu.rajin bertanya itu ini.orang kata, 'malu bertanya sesat jalan'.pada awalnya mahu bertemu dengan naqibah usrah di KISAS dulu,Kak Farah di KL Sentral.tapi dibatalkan kerana beliau ada kerja lain.oleh itu,saya dan Asiah berpakat untuk berbuka di kolej dalam UM je instead of Mid Valley.lagipun UM ramai je budak2 sekolah SMKASAS yang ada dalam tu.sorry guys tk buat time weekend.ada je makcik2 yang nak balik rumah time weekend.heh

Dari Masjid Jamek, pergi ke Stesen Universiti.dijemput oleh Asiah di sana.naik RapidKL ke rumah sewanya.berehat sebentar di sana,pukul 6.20 petang,saya dan Asiah ke Kolej 6 untuk berbuka puasa.Oh,ini boleh juga dikira Reunion budak2 SMKASAS.tapi tak ramai.ada Azlan,Atoi[waa,aku tk ingat nama betol ko!] dan Rusydan.It seems like a taaruf day.haha.macam2 disoal.macam tak pernah duduk satu sekolah.tak sempat nak jumpa orang-paling-sibuk-di-dunia-mengalahkan-menteri.plan punya plan,dia ada kerja yang tak setel lagi pasal kelab penyayang dia tu.tidak mengapa,ada rezeki,boleh jumpa lagi.[tk balik penang pulak dia ni]

bertarawih di kolej 6,balik ke rumah sewa asiah naik teksi pada jam 10 malam.[aish,kalau kat mesir,mesti kena marah dah ni].sorila tak sempat nak abiskan temubual tu.hihi

berbual-bual dengan Asiah.cadangnya nak tidur awal malam tu.pukul 12.30 malam.dah layu dah mata masa tu.tapi punyalah sakan bersembang dan sesi meluahkan perasaan, tengok2 dah pukul 3 pagi.seronok kenang memori silam! terus bersahur,dan tidur pada jam 4 pagi.selepas subuh,terus siap-siap ke kelas DPHS[kalau tk silap la]

keluar kelas tu pada jam 9 pagi.[kantoi Lan baru sampai kelas time tu.ish3].Asiah hantar sy PPUM,ambil teksi ke KTM Angkasapuri.Angkasapuri-Klang.tiba-tiba dalam KTM tu ada operasi memberkas penyeluk saku.[mungkin ini fenomena biasa]

10.30 am,tiba di Klang.ingatkan dah lambat dah.rupanya sy yg menunggu org.tkpe,saya tk kesah sy tunggu orang.tak suka org menunggu kita.[kadang-kadang kantoi juga]

sambil menunggu,membaca novel Bilal Bin Rabah,ada satu komuter sampai.saya sangkakan Kak Ain,tapi tiada.seperti kukenal 2 orang insan yang lalu di depanku.rupanya si Sidi Firdaus dan Ashraf Marwan.oh,mereka mahu ke KISAS juga.bagi laluan dulu pada mereka.heh!

Kak Ain sampai untuk komuter seterusnya.bersinar-sinar muka saya!haha


padang ragbi kesayangan muslimin.haha

di KISAS,mencari ustazah Zakiah yang pertama.call ustazah,jumpa cikgu2..tapi bukan semua cikgu dapat jumpa.sebab masa tu hari jumaat,masa pendek.tk sempat jumpa dan sembang lama.rupanya ada tujuan ustazah zakiah 'paksa' juga saya ke KISAS walaupun pada mulanya berat hati sebab tkde teman.saya sudah faham ustazah! ;)

bak kata aimi,lepas ni takdela adegan lari-lari redah hujan dah

melawat di sekitar sekolah berseorangan.pelajar muslimin ke Masjid Sultan Sulaiman untuk menunaikan solat jumaat manakala pelajar muslimat ke dewan kuliah untuk kuliah jumaat.ustazah hayati yang menyampaikannya.tangkap-tangkap gambar.[ini pun atas arahan orang suruh update pasal KISAS.rindu agaknya]

dewan terbuka [meriah kan?]

dah tk tahu nak buat apa selepas solat di musolla,lantas saya ke depan pagar sekolah,menunggu teksi untuk ke rumah mak angkat saya.mintak maaf ustaz Lah,sebab tak guna jejantas.junior lelaki tu pelik kot tengok senior diorang buat perangai macam ni.haih~

gymnasium

Alhamdulillah,selamat sampai di rumah mak angkat.nasib baik pakcik teksi tu baik dan tahu selok belok rumah mak angkat saya.saya ikut je.kalau kena bawak lari jauh pun saya ikut jugak kot sebab saya memang tak tau langsung tempatnya.harap hint sikit-sikit dari mak angkat saya.huhu.[bahaya sungguh!]

sememangnya saya 'pengsan' di rumah mak angkat saya dari asar sehingga berbuka.wah3..kaver tidur yang semalamnya.bersembang dengan mereka.sungguh!hilang rasa rindu di hati ini.seronok bangat!

rasa terkilan di hati sebab tak sempat nak habiskan novel yg saya sempat baca 3/4 malam tu.pagi tu tak sempat habiskan.huhu..emak,abg amat dan syarafina hantar saya ke Klang Sentral.sudah jauh tempat bas ekspress ni.di Meru.bak kata ustazah zakiah,jauh lagi baik dari stesen bas di Atabah.gelak-gelak baca mesej ustazah.memang betul pun.hik3

bosan perjalanan 4 jam setengah itu.boleh saja saya nak berhenti di Juru.lagi mudah ayah saya nak ambil.tapi saya ni degil sikit.tunggu driver bus tu stop betul-betul kat Penang Sentral tu.saya sendiri ambil bas RapidPenang 702 menghala ke Perda.mahu berhenti di depan Masjid Perda,solat jama' dan ke bazar ramadhan.ada tujuan lain sebenarnya di situ.tapi tak jadi.sebab ada konflik di situ.turun-turun je bas,ayah saya dah ada kat belakang.dari mana entah datangnya.solat si rumah saja.hee~

Alhamdulillah,Allah permudahkan perjalanan saya ke sana sini tanpa sebarang kesulitan. :)

Terima kasih Asiah dan housemate nya..You guys are very nice! sempoii je stay up sampai 3-4 pagi.

Terima kasih mak,abah sebab kasik akak pergi KL sorang-sorang.[jenuh pujuk ni]

++ budak2 oversea [luar mesir] kena kuarantin 8 hari bila dah sampai Mesir.so,kelas tangguh seminggu lepas tu la!yeay!haha..tiba-tiba rasa nak entend tiket lambatkan balik sana.haih~

asyila
13 september 2009

20 July 2009

Reunion Gua Tempurung Gen 51

22 Respon

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah kerana telah melancarkan segala apa yang telah saya dan sahabat-sahabat lain rancang.=)

18 JULAI 2009
5.30 am: mereka yang menaiki bas dikejut seawal ini. Terima kasih Shamel kerana sanggup mengorbankan kredit mengejut mereka semua.haha

6.45 am: Fathiyyah mengambil kami(Asyila, Fatin Nadiah,Hidayah, Sarah, Aisyah Saleh, Fiqi) di UIA, menghantar kami ke LRT PUTRA.

7.30 am: tiba di KL Sentral

8.15 am: bergerak ke Gua Tempurung

aktiviti dalam bus:
sharing,taaruf..pengalaman masing-masing.
ambil light breakfast.
*ada manusia curi suratkhabar Berita Harian saya!

10.45 am: tiba di Gua Tempurung (hanya kelibat kami yang menaiki bas kelihatan)

Di Perkarangan Gua Tempurung:

kami pihak muslimat berkumpul di satu tempat untuk makan-makan nasi lemak+roti kaya yg telah disediakan oleh Shamel and the geng

sambil menunggu rombongan dari UTP dan geng Aisyah Tahir.mereka lambat sedikit.tapi tidak mengapa.dimaafkan.heh

12.30 pm: ekspedisi dimulakan.yeay!!

kami diberi penerangan oleh pakcik guide kami. ada world cup,hantu,kereta,monyet dll.sori,saya tak nampak sangat apa-apa yang pakcik tu tunjuk.kerana keterlupaan untuk memakai cermin mata. dengar je la ye. untuk makluman lagi,saya tk nampak juga manusia-manusia dalam gua tu.maaf ye.

ada satu tempat tu, kami terpaksa menggelongsor untuk turun ke bawah. masa inilah kita dapat lihat sikap kerjasama dan sokongan dari semua. yang membantu untuk sambut sahabat-sahabat di bawah. takut-takut ada yang terlajak gelongsor.huhu..bangga dengan semua

kemudian,kawasan yang berair.huh.basah baju-baju.kawasan sempit yang memerlukan kami merangkak,'berenang'.haha..new experience.mungkin gara-gara ini menyebabkan almost muslimat sakit-sakit badan.salah satu sebab, mungkin tidak warm up sebelum memulakan ekspedisi.

panorama gua batu kapur yang mengasyikkan.kadang kala menjumpai batu kristal, kawasan wind tunnel yang kami rasa tk nak keluar dari kawasan tu.mana entah datangnya angin tu.Subhanallah.=)

terima kasih Mr Monofar yang menangkap gambar-gambar eksklusif dalam gua.

3.00 pm: keluar dari Gua Tempurung.sempat lagi tangkap gambar.hee~

4.15 pm: bergerak ke Lata Kijang. rombongan bas, kereta Paan, Geng UTP je yang dapat join. Nani,Adilah,Nadiah,Aisyah Tahir, Farieha, Raudhah, Fathin Izzati, kawan Nani(Shasha dan seorang lagi) tak dapat sertai kami ke Lata Kijang.huhu.terkilan sedikit.tkpela.terima kasih korang sebab sudi datang dari jauh.=D

5.00 pm: tiba di Lata Kijang.baru nak makan tengahari.(maaf sebab muslimat lambat bersiap)

aktiviti bebas.
Muslimin bermandi manda di air terjun
Muslimat bermain game, bertukar cerita, menyediakan roti sosej, tangkap-tangkap gambar.

6.30 pm: Majlis diadakan.Ucapan, tangkap gambar semua yang hadir. terima kasih bro yang tolong ambilkan gambar kami!

7.00 pm: bergerak pulang ke KL Sentral.

maaf kepada yang rasa tidurnya terganggu dek kerana kekecohan manusia-manusia dalam bas tu. heh~

9.45 pm: tiba di KL Sentral.kami menunaikan solat Jama' Takhir di surau.

kami berpisah di situ.sedihnya.setiap pertemuan diakhiri dengan perpisahan.Redha.
Terima kasih tak terhingga sebab sudi datang.Sayang korang semua!
InsyaAllah jika diizinkan,tahun-tahun akan datang,kita buat lagi best ye!
moga-moga pertemuan ini diberkati Allah..

Sebenar-benarnya ini kali pertama menguruskan program begini.tetapi hasil pertolongan Aizuddin Paiman,Megat,Shamel,Aimi dan lain-lain,Alhamdulillah berjaya juga diadakan.tak tahulah apa feedback mereka.harapnya baik-baik belaka.

mungkin akan diperbaiki segala kekurangan pada masa-masa akan datang.
plan terpaksa diubah last minute.sebab nak cari tempat picnic yang best.tapi ok je kan kat Lata Kijang tu?

Mohon seribu kemaafan kepada semua andai ada kekurangan sepanjang saya dan sahabat-sahabat lain menguruskan Reunion ni.

segala kritikan insyaAllah akan diterima dengan hati terbuka. =)

ada sedikit gambar yang dipaparkan.malas nak edit dan letak kat celah-celah tulisan ni.maaf ye~

sumber gambar boleh didapati di sini:

http://s440.photobucket.com/albums/qq129/zisasic/Reu%20Gua%20Tempurung%202009/?

Shamel: http://www.facebook.com/photo.php?pid=2127826&id=736987146&comments#/album.php?page=1&aid=94461&id=736987146

Zetty: http://www.facebook.com/album.php?aid=2029149&id=1476150533&saved#/album.php?aid=2028646&id=1002607405&ref=nf

Paan: http://www.facebook.com/album.php?aid=2029149&id=1476150533&saved#/album.php?aid=2032808&id=1227506265&ref=nf

Asyila: http://www.facebook.com/album.php?aid=2029149&id=1476150533&saved#/album.php?aid=2029149&id=1476150533

Amiruddin: http://www.facebook.com/album.php?aid=2029149&id=1476150533&saved#/album.php?aid=2014073&id=1351908120&ref=nf




ex- classmate 403

::Muslimin::

::Muslimat::

ni la Gua yang kitorang masuk!haha



Banner sponsored by Mr Monofar








K.A.M.I


Jumpa lagi nanti!

27 June 2009

pembetulan (reunion)

6 Respon
Buat Gen50 SPM 06, ada pertukaran maklumat dari yang diberitahu sebelum ini.

Tempat: Gua Tempurung
Tarikh: 18 Julai 2009
Tempoh masa: balik hari
Target: 1 bas penuh (40 orang) -->maybe terpaksa campur

++ segala maklumat akan diberitahu kemudian. masih dalam perancangan =)
++ moga segalanya berjalan lancar dan diberkatiNya. Amin