happy 19th birthday
~NUR ARINA~

ni gambar muslimat 501.arina yang hujung sekali.berkaca mata,tudung cream.baju maroon.
~NUR ARINA~

sahabat bertepuk tampar semasa di KISAS.
mula rapat ketika ditempatkan dalam satu kelas yang sama,501
teman berkongsi cerita dari zaman sekolah sampai ke universiti.
susah nak faham dia ni.
makin lama makin 'complicated'.
diam-diam ubi berisi budak ni.hmm~
mula rapat ketika ditempatkan dalam satu kelas yang sama,501
teman berkongsi cerita dari zaman sekolah sampai ke universiti.
susah nak faham dia ni.
makin lama makin 'complicated'.
diam-diam ubi berisi budak ni.hmm~
tercapai juga hasrat saya ketika kedatangan saya ke JORDAN pada cuti musim sejuk akhir bulan 1 baru-baru ni.salah satu tujuan saya,menziarahi ARINA dan sahabat-sahabat lain.dapat juga jumpa si kembar saya si AINUL ARINA (ni arina yang lain).
kami berjumpa ketika hari kedua saya di JORDAN.sebelum naik bas untuk menyertai Jelajah Jordan.dengan tahap rabun saya ni,saya masih lagi dapat cam insan bernama ARINA.hehe.berlarian saya mendapatkan budak tu.kami berpelukan.bergenang air mata!dah lama tak jumpa.pelukan dilepaskan apabila kami terpaksa naik bas(sebab kami adalah orang yang paling lambat).fikir saya,lepas ni insyaAllah dapat jumpa lagi.
setibanya di Amman,saya membeli sim card sana,terus menelefon dan mesej budak ni.berceloteh panjang tapi disekat pula dengan kematian bateri handphone dia.dengki la tu.haish~
kadang-kadang dalam bas dari satu tempat ke satu tempat lain,ber'sms' sahaja kami.sebelum ke Syria,sempat lagi bergayut panjang.dia sakat saya,saya sakat dia.bagus betul kami ni~
kami tidak dapat berjumpa lagi lepas pagi tu.sebabnya masing-masing berjaulah ke Syria cumanya group kami berbeza.tak terserempak langsung kat sana.hmm..takpelah,tkde rezeki.
Arina,bila2 kita jumpa lagi eh.nanti balik Malaysia bulan 8,jemputlah ke Penang.kot-kot la ada kenduri kendara dari kita ke,ko datang la ye.kita jemput awal-awal ni! hihi
buat sahabatku Arina,
moga segala impianmu tercapai.
moga apa yang kamu lakukan seiring dengan redha Ilahi.
moga kamu berbahagia dengan kehidupan kini dan mendatang.
moga mendapat jodoh yang baik.
moga mendapat zuriat yang cumel2 dan soleh solehah.
jaga diri di bumi Syam itu.kita sentiasa doa dan ingat kamu..
Sanah Helwah Ya Gamilah~

0 Respon:
Post a Comment