Hamdallah masih diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ini,di bulan Ramadhan ini dengan nikmat iman dan Islam.
Sepatutnya hari ini akan pulang ke kampung di Alor Janggus,Kedah kerana Pak Ngah saya berhajat untuk membuat majlis sedikit.Majlis kesyukuran sempena pertunangan sepupu saya@kak chik pada pagi ni.Semuanya mengejut.Sempat semalam sembang-sembang sikit dengan Kak Chik.Tiba-tiba dapat rombongan meminang dari si dia yang baru pulang dari Sabah.Kenapa ya bulan puasa jugak yg dipilih?semua org mempersoalkannya..huhu.kasihan Ngah kena attack.haha.sebabnya si dia itu hanya pulang setahun sekali dan raya ni dah tak dapat balik dah.
kira-kira pukul 12 tengahari,emak saya telefon saya,suruh bersiap-siap utk balik kampung lepas solat jumaat.Pak Lang saya meninggal dunia semalam.sakit tua.katanya mati dalam keadaan tenang.Alhamdulillah..urusan pun sudah selesai dan lancar sahaja walaupun sedikit renyai.
abah saya cerita,kanak-kanak ramai yg datang solat jenazah sebabnya ada dua orang pakcik yang sedang berdiri di tepi pintu sambil menghulurkan duit.
tk sempat tgok jenazah sebab sampai-sampai je jenazah sudah siap untuk dibawa ke masjid untuk disolatkan..arwah meninggal dalam bulan mulia,hari mulia.moga ditempatkan dalam golongan yg tinggi darjatnya di sisi Allah.Amin.kita pula bagaimana??Al -Fatihah
pukul 6.30 pagi,kami sudah bergerak pulang ke Penang
++ Kak Chik,sori tk dapat tengok Kak Chik disarung cincin.Moga urusan selepas2 ni dipermudahkan.seronok dengar orang yg dah mula nak bina masjid ni.=)
++ semalam dalam perjalanan ke Alor Star,nampak 3 kemalangan.kereta,lori dan bas.semua terbabas..
++ seharian hujan.
