
'korang..jangan lupa bawak lab coat!' kata chep kepada saya,radin dan aimi sambil meneguk air karkadeh.
'alamak,malasnya.bukannya doctor cek pun.doctor lelaki tu tak skema sangat pun suruh kita pakai labcoat ni' balas saya.radin dan aimi setuju.
'hari ni kan buat urine test.bawak je.sekali doctor tu cek.buat naya je!' chep berkata lagi.
'hmm..yela2' saya terus meluru ke bilik,mengambil lab coat.

semasa di depan pintu rumah, chep mengingatkan 'cita-cita' kami untuk membeli lab coat baru.gelak-gelak je saya bila dengar chep cakap macam tu.
ya,memang itu impian kami sejak dari tahun satu lagi.sejak lab coat kami ada 'kerosakan yang kekal' yang tidak mungkin dapat diperbaiki.kami tangguh sehingga habis practical anatomy.sehingga ke awal tahun 2 ni.sehingga sekarang dah nak final exam practical dah pun.
tahun ni,kami jarang pakai lab coat berbanding tahun satu dulu.wajib pakai lab coat ketika sesi practical anatomy dan biochemistry. nak kata kedai yang jual labcoat tu jauh,takdelah sangat.tiap-tiap pagi hari sekolah kami lalu.kalau pergi balik universiti-rumah,dah 2 kali lalu kedai tu.kadang-kadang 3@4 kali lalu.hmm..kenapalah kami tak tertarik pun untuk singgah kedai tu.nak kata mahal,takdelah jugak,cukup je duit.paling mahal lab coat dalam 30LE.(mungkin la.dah lupa harga betul masa beli awal-awal tahun 1 dulu)
biarlah lab coat tu berkhidmat dengan semaksima mungkin buat kami berdua!
nampaknya tahun ni,gagal lagi untuk saya dan chep merealisasikan impian itu.tunggulah tahun depan pula.berjaya atau tidak? doakan kami terbuka hati untuk membelinya ye!! =D

* esok (4 April 2009) pelajar tahun 1 dan 2 ada 2nd midterm exam (biochemistry).
tahun 1 (9.00 am)
tahun 2 (11.00 am)
tempoh masa: 20 minit=20 soalan
*dialog di atas mungkin ada tokok tambah.
* tahniah buat sahabat saya di mesir, khairah yang sudah selamat diijabkabulkan pagi tadi.tahniah juga buat husna zaini yang bakal mendapat cahaya mata.baru 6 minggu khabarnya.. =)

0 Respon:
Post a Comment