27 March 2008

wahai bakal zaujd ku

2 Respon
Wahai bakal zaujd ku,
Ingin aku bertanya perihaldirimu,
Bagaimanakah keadaan iman danamal solehmu tika ini?,
Sudahkah engkau sujud menyembah ilahi?
Adakah engkau telah memberi makanan buatjiwa dan hatimu?

Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balikhijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-hentimengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memiliki rijalyang hebat,

Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yangfana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yangsementara.

Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera danpermata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi khaliqyang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akan dilihatNya.

Sebelum kau menyambut akad dari walidkesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan wanitayang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akandijadikan pembantu di sayap kiriperjuanganmu,
Berjanji bahawa kau mengejut aku dimalam hari untuk tahajud dan mendambacinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan sunnah habibullah di teratak kita,

Wahai kekasih Allah,
Aku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allahbuatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luhmahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidakberjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di kerajaan akhirat nanti
Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,Kita pasti akan bersatu jua…..

BALIK MALAYSIA~

0 Respon
Tik..menandakan 1 message receive..
‘hari rabu adik dah masuk al-quran.hari ni ubah m/s 3’..
Emak

Mesej ni adik saya,noor azrina atau ina yang taip,tapi guna handphone mak.Oh,adik dah masuk al-quran ye..tahniah!!akak tumpang happy..nanti akak balik rumah,harap2 adik dah masuk juzuk 2..alhamdulillah..rajin2 baca quran ye adik..

Hmm minggu lepas,saya sangat penat mental dan fizikal~nak tahu sebab ape??bermula hari sabtu minggu lepas,saya dan kawan rumah saya mula survey tiket untuk ke Malaysia dalam awal bulan 7 ni..dari satu travel agensi ke travel agensi yang lain,kami tanya harga tiket untuk ETIHAD dan EGYPT AIR.saya memang prefer ETIHAD.tak tahu kenapa..paling mahal yang saya dapat harga untuk etihad ialah 4850LE dan paling murah ialah 4040LE.hmm kenapa jauh sangat ye bezanya??pelik lah..saya masa tu dah jadi blurr+tension..saya bagi senarai harga ni kat kawan saya dan ‘senior’ saya.dia kata ambik je la yg murah tu..saya tak berapa nak percaya yg murah ni.takut kena tipu je.selepas maghrib,saya,aishah dan aimi meneruskan perjalanan ke ramses Hilton hotel..kat situ ada 2 hotel Hilton.tapi kami pergi ke ramses Hilton yang jauh tu.bila masuk ke shopping mall dia,tanya guard kat situ kat mana etihad center..dia pun tunjuk lah kat satu bangunan yg sangat gelap,ada beberapa lelaki kat depan bangunan tu yg sangat menakutkan.

Aishah:biar benar etihad center kat dalam tempat gelap ni!!
Saya: takpe2,biar kite tengok kat tepi2 tu,rasanya macam ada tempat yg berlampu..tu kot office dia..
Aimi: baik kite tanya lelaki2 ni..

Bila tanya,ada yg tunjuk suruh masuk ke dalam,tapi ada seorang lagi laki yg tunjuk kat nile Hilton yg satu lagi tu.adehh..penatnya nak berpatah balik..jauh pulak tu.dahlah kami bertiga je yg jalan malam2 ni..nak lintas jalan kat mesir ni satu hal pulak..kereta laju2..ish bahaya2..bila dah sampai,tanya guard tu,dia tunjuk kat dalam tu memang ada etihad office kat situ,tapi dah tutup..pakcik tu kata,kalau nak tengok boleh..jalan terus lepas tu belok kiri..hmm kena tipu lagi!jenuh pusing satu Hilton tu,buat muka tebal kat mat2 saleh yg sedang bersantai kat dalam tu..hehe..last2 jumpa jugak etihad center..kami terus beransur pulang..hari tu memang kaw2 la kena tipu..kasihan kat kami ni..

Dipendekkan cerita,saya memang bertekad nak beli dalam minggu ni.menurut kata ‘senior’ saya,sekarang ni tiket banyak habis.abah saya pun tak kesah sangat kalau beli tiket yang mahal.syaratnya,saya mesti berpakat balik dengan kawan,jangan balik sorang2..kalau beli kat main office,risiko ditipu kurang sikit.hmm saya ikut cakap abah saya lah kalau macam ni..dalam kesibukan budak2 malaysia untuk ‘merayau2’ di booth negara2 arab yg lain semasa culture day di kasr el-aini medical school,saya pula sibuk nak membeli tiket.lepas habis kelas anatomy,saya terserempak dgn ‘senior’ saya,dia tanya saya dah beli tiket ke belum..saya cakap la belum,lepas ni baru nak beli.dia pun terus lah pulang ke rumah..takpela..saya dan aimi pergi dan dapatlah tiket untuk 8 julai(saya dan aimi) dan 12 julai(chep dan aisyah)..sebelum tu banyak lagi masalah2 yang perlu saya hadapi..tapi biarkanlah..akhirnya saya dan aimi mengeluarkan sejumlah wang yang banyak,iaitu 4598LE..tak puas pegang duit banyak2..hehe..lepas beli tiket tu,memang sangat lega..sebabnya saya tak payah fikir,merunsingkan kepala nak beli tiket balik Malaysia..tak sabar rasanya..

*terutamanya kat orang tu,beli tiket cepat2 tau,nanti tak dapat tiket balik Malaysia.sian pulak.

*saya sangat sibuk sekarang ni..untuk final exam yg dah tak lama lagi..

*mak,abah doakan akak dapat better dari mid year exam hari tu ye..

*janji akak kat mak tak dapat nak tunaikan sebaiknya la..akak dalam percubaan~

SINAI

0 Respon
Alhamdulillah..itulah perkataan pertama yg saya dan kawan2 ucapkan apabila selamat di rumah semalam,lebih kurang pada pukul 11.30 malam.penat memang tak terkira la..sakit2 kaki ni.huhu..enry kali ni,saya nak ceritakan pasal pngalaman2 yg berlaku sepanjang sinai explorer 2008 bermula 27-29 januari 08. tepat jam 6 pagi,saya,fathiyah,aimi,chep dan aishah bergerak ke imarah 82.ada 2 bas yg menunggu kami untuk ke arma(tempat berkumpul).memang sangat ramai,dari muhafazah mansurah,alexandria,tanta,zaqaziq..semuanya dalam 165 orang(perempuan sahaja,lelaki dah pergi hari sebelumnya),termasuk 1 rombongan lelaki dari rusia yg menaiki coaster.dalam pukul 10 pagi,kami bertolak.agak jauh la perjalanan ke sana.dalam perjalanan tu,dapatlah tengok padang pasir,ada unta..=p..apa yg di plan ialah pergi ke TABA(sempadan Israel-mesir).kami singgah di salah el deen village di taba,untuk menunaikan solat jamak ta’khir asar-zohor.sangat lawa tempat tu.dari jauh dapat lihat sempadan 3 negara,mesir-israel-jordan.


lepas tu,kami ke masjid untuk menunaikan solat jama’ taqdim maghrib isya’,menikmati makan malam di situ juga.destinasi seterusnya ialah Israel-mesir border.dr.israq ada menerangkan entang tempat yg kami lalu tu.ada hotel Hilton kat situ,yg berada di kawasan Israel.memang betul2 dekat sangat dengan Israel.kawasan paling berbahaya!


kak suhaila dan kak liana(musyrifah kami) memberitahu yg kitorang akan ke Dahab,tempat penginapan kami.dalam 10.30 malam,kami sampai dan check in kat bilik kami.lepas tu kami terus meninjau2 kawasan Dahab tu.kami mencari tempat makan.makanan agak mahal dan standard la memandangkan itu adalah tempat pelancongan.sekali makan,tak sah kalau tak lebih 25LE ke atas untuk seorang.kami makan di Al-Fanaar Restaurant.saya,chep,aimi dan fathiyah order 2 kufta with rice,2 chicken grill..sebagai tambahan,ada sup dgn garlic bread,isyh(roti)..best sgt.seperti biasa,diorang akan memuji2 negara Malaysia.terselit jugak rasa bangga!dalam pukul 12.15,kami pulang ke bilik untuk berehat,selepas menempuh perjalanan yg sangat panjang.=)

28 januari 08

Bermula hari baru..dgn plan nak bershopping dan explore Dahab!!pagi2 lagi kami dah keluar mencari sarapan.takde tempat yg best utk breakfast la..so,kami berjalan2,tangkap gambar kat tepi2 pantai Dahab.budak laki dijadualkan balik ke cairo pada pagi tu.sebab program kitorang tak bercampur laki perempuan tapi just bertembung di kawasan penginapan di Dahab.sambil jalan2,kami mencari kedai yg ada menyediakan perkhidmatan menyewa basikal.malang sungguh nasib kami,tunggu kat depan kedai tu,tak jugak buka2.last2 kami pergi ke Ghazala Market membeli 2 Molto(roti crosssaint) dan air kotak strawberi.kami pun pergi jlan2 cari kedai basikal yg lain.jeles sangat tengok kawan2 yg lain dah dapat basikal!!cari sampai ke hujung tak dapat2,semuanya telah disewa oleh budak2 malaysia.huhu..takpelah,takde rezeki.kat alex pulak kot nak cycling.kak suhaila cakap nak kena bagi kunci bilik kat dia pukul 11 pagi.jam masa tu dah pukul 10.15pgi,so kami shopping dulu la.saya berhabis 145LE..on the way balik ke bilik,Shama ajak kami naik jeep,pusing kawasan sekitar Dahab.mula2 berat hati jugak la sebab dah nak dekat pukul 11.nasib baik ramai..takdelah risau sangat.menurut kata driver jeep tu,perjalanan kami akan mengambil masa 1 jam.tapi kami just minta setengah jam je.kesuntukan masa.kami dibawa ke Blue Lagoon.sangat cantik dan menakjubkan!!subhanallah..

Ammu tu bawak kami ke puncak bukit yg dari atas tu,kami boleh tengok seluruh kawasan Dahab.best sangat.tapi sayangnya sekejap je..shukran ya ‘amm

Di puncak bukit di dahab..

Lepas tu,terus pulang ke bilik,kemas apa yg patut,dan bertolak ke tempat penginapan di kaki gunung musa dalam pukul 12.30pm.dalam perjalanan ke tempat peninapan,singgah di maqam nabi saleh,maqam nabi harun dan kawasan lembu samiri..sampai di tempat penginapan tu dalam pukul 5.10ptg.berehat2..kawasan di situ sangatlah sejuk!!tak terkata..tambah pulak dengan angin yg bertiup kencang..nak tidur sebelum mula mendaki pun agak terseksa.tak boleh nak tidur..

29 januari 08

Hari bermula pada jam 0000..bersiap2 untuk mendaki gunung sinai dalam keadaan cuaca yg sangat sejuk tu.menunggu2 sampai pukul 1.50am,barulah kami disuruh naik bas.pukul 2 lebih baru bertolak ke kawasan permulaan pendakian.sebelum mendaki,Dr.Najib(senior tahun 2) bagi briefing.kod yg kami perlu ingat ialah MEDIC.bila ditanye sape,jawab MEDIC.naik ke atas beramai2,last2 berpecah jugak.sebab ramai yg berhenti rehat di tengah2 pendakian.penatla..jauh sangat.start pendakian dalam pukul 2.35am.saya berpecah dengan chep,aishah,fathy dan aimi.saya banyak juga naik sorang2.takde sape2 orang Malaysia sekeliling saya.takut juga..bila dah jumpa kawan2 yg lain,saya ikut la.angin tiup sangat kencang,pasir pun sampai masuk mata.memang dah ditolak pun.saya stop,bongkokkan badan..sampai di check point yg terakhir,Dr.Najib suruh tunggu kawan2 yg kat belakang.saya duduk,rehat2 jap..makan coklat.dia cakap,nak naik atas dalam 30 minit je lagi.memang berbunga2 hati ni.bila sampai kat satu tempat,kena naik tangga sebanyak 3750.dasyat tu!!tangga dia tak la proper sangat.masa naik tangga tu,saya memang ada terfikir antara hidup dengan mati je say ani.angin kencang tu hampir2 menolak saya ke gaung yg berbatu2.saya terpaksa berhenti berkali2 untuk sampai ke puncak.ada yg sampai nangis2.kesian saya tengok.nasib baik ada kawan2 yg tolong bagi semangat..mana tak nye..angin kuat,sejuk,dan penat!!saya naik bersama2 mahfuzah dan sakinah sobri.tak berani saya nak naik sorang2..takut jadi apa2 musibah yg tak diingini.saya sampai kat atas dalam waktu subuh.masuk kat tempat solat di puncak tu,pendaki2 muslim sedang menunaikan solat subuh berjemaah.saya terlambat sikit..alhamdulillah berjaya sampai di atas…pergantungan hidup saya hanya pada Allah di saat2 genting itu..saya dan pendaki2 yg lain berada di puncak sinai tu,menunggu matahari terbit.subhanallah,sangat menakjubkan bila tengok sikit-sikit matahari tu naik.ada juga yg ambil kesempatan merakam detik2 manis tu.tak lama lepas tu,kami beramai2 turun semula.saya dan kawan2 serumah saya turun lambat sikit.sempat lagi tangkap gambar..sebabnya,saya terpisah dgn diorang dalam perjalanan naik ke puncak.huhu.nak turun pun sangat mencabar.angin bertiup tak sudah2,dan menurut kata senior,tahun ni lah senior kami cakap yg angin paling kuat tahun ni.berapa kali terjatuh bila turun tu.tapi alhamdulillah selamat.kami antara last group sampai di kaki gunung sinai tu.mana tak nye,asyik2 tangkap gambar.dari pukul 7 turun,sampai bawah pukul 10 pg.balik ke tempat penginapan,kemas2 barang,pastu plan nak tidur.tapi tak sempat.pukul 12pm dah nak kena bergerak ke tempat penginapan satu lagi.kat situ,kami tumpang solat jama’ taqdim zohor asar dan lunch.perjalanan pulang menyaksikan semua penumpang2 bas tidur dgn nyenyaknya..hehe..semua penat.singgah di satu tempat,bertujuan nak bagi peluang kepada sesiapa yg belum menunaikan solat lagi dan membeli makanan.lepas tu,kami menuju ke ‘uyun musa.sekejap je singgah memndangkan dah maghrib dan cuaca tak berapa baik.’uyun tu kat tengah2 padang pasir dan ada ribut pasir kat situ.kami berhenti di Barlev Line,tempat peperangan mesir Israel,terdapatnya kubu2 israel.ada askar2 arab yg menceritakan peristiwa yg berlaku dan diterjemahkan oleh Dr.Hamdan(senior tahun 5).bas yg kami naiki jugak ada lalu di dalam Suez Canal(kawasan atas tu ialah Terusan Suez).dalam bas,Dr.israq dan kak suhaila ada menceritakan ‘hikmah kembara’ ni.salah satu cara nak mengenali seseorang adalah dengan bermusafir..dan saya memperolehinya..sampai di ARMA,lebih kurang pada pukul 11 malam.student2 yg tinggal di fustat dan sayeda zainab akan dihantar pulang terus ke tempat masing2.senang sikit kerja..=)akhirnya selamat sampai di rumah yg kurindui..hehe..

TEMAN

0 Respon

Teman,aku ingin..
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan terjalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit….

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai Penjaga….

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana…

Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut….

Aku ingin kita seteguh Ibu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengn rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga….

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegarkan dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul….

Aku cintakan pemuda Giffari,
Meentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram….

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban di perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi….

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi manfaat,
Di Mahkamah Mahsyar nanti..

Adaptasi novel Tautan HatiFatimah Syarha Mohd Noordin….