Alhamdulillah 3ala kulli hal, Astaghfirullah 3ala kulli zanbin
Setelah sebulan berhempas pulas selama sebulan untuk study week (err month kot), akhirnya pada 7 Julai 2012, berakhir lah peperiksaan akhir tahun 5. Moga Allah mudahkan perjalanan hidup saya untuk menjadi seorang doktor yang berbaki setahun setengah sahaja lagi (Ameen Ameeen)
Ingatkan sebulan tu lama, tapi macam tak cukup pun untuk ulangkaji hanya 2 subjek. Dua je. haih. Tapi banyak dan beratnya, huu. Tapi tahun 6 lagi berat.
JazakunnaAllah khair untuk ahli rumah saya, Radin Rahmah, Zawani Zaini, Fatimah (Wae), Huda Mustoffa atas kesanggupan melaksanakan tugasan masing2, iaitu memasak breakfast dan dinner walaupun pada hari peperiksaan. Bukan senang nak berkorban untuk masak pada pagi peperiksaan. Tapi saya yakin mereka akan dapat pahalaa yang melimpah ruah tanpa sempadan kerana bersabar untuk memasak pada pagi peperiksaan. Ni3ma ajrul 3amilin. Sayang ahli rumah saya lillahitaala :')
InsyaAllah, esok (9 Julai 2012) akan bergerak pulang ke Malaysia.
Doakan saya dapat susun waktu cuti saya dengan sebaiknya. Kurang lagha, dan dapat perbaiki diri sebaiknya.
Dan moga dapat melalui satu fasa baru dengan sebaiknya dan dengan kesabaran yang tinggi. Hanya Allah, tempat bertawakkal.
Mabrouk sahabat-sahabat gen 07, yang lebih dari sedozen akan mendirikan rumah tangga semasa cuti musim panas ini. Saya tumpang gembira! Moga Allah berkati usaha kalian melaksanakan salah satu wasilah untuk semakin dekatkan diri kepada Allah. ^__^
Doakan, doakan, doakan saya :)
Jumpa di Malaysia nanti insyaAllah!

