copy paste dari blog anisah shamilah
jazakallaukhairankhathira ya ukhti. =)
Post kali ini aku tujukan khas buat sahabat2 yg aku sayangi sebagai manusia,
sebagai hamba kpd tuhan sgala hamba,
yg terumbang-ambing mencari jln bagaimana ingin mengubah diri menjadi lebih hampir kepada-NYA.
Aku menulis berdasarkan secebis ilmu dan secarik pengalaman seorang anak muda.
Soalan ini pernah suatu ketika menyesakkan akalku,
Pernah satu ketika mencocok2, mendesak2 diriku meminta jawapan diberikan segera,
Sudah tidak terkira, betapa banyak air mata yg mengalir kerna persoalan ini.
Takut2, aku tidak sempat lagi untuk berubah.
Bimbang yg teramat, masa sudah tiba untuk bertemu dgn DIA YG BERKUASA.

Jalan ini, aku terserempak dengannya dari ceramah seorang ust yg sangat aku kagumi dirinya.
Biarlah hanya aku yg tahu siapa dia.Ustaz itu mengupas ttg hadith satu.
Kufikirkan ia hanya kupasan biasa seperti yg seringkali aku dengar dahulu.
rupa-rupanya, sangkaanku meleset sama sekali.
Ternyata, kupasannya masuk menyelinap ke setiap rongga kalbuku.
DRPD AMIRUL MUKMININ ABU HAFS, UMAR BIN AL-KHATTAB r.a. berkata :
aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
"Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat ( pahala) berdasarkan apa yg dia niatkan.
Sesiapa yg berhijrah kerana Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya.
Sesiapa yg berhijrah kerna dunia yg akan diperolehinya,atau kerana perempuan yg ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kpd apa yg dia niatkan.
Hadith di takhta pertama dlm hadith 40 yg disusun imam nawawi.
Hadith menceritakan ttg niat.
Baru aku sedar, hadith ini juga banyak menceritakan ttg hijrah..BERUBAH..
”ala, aku budak biasa. Family aku pon biasa2. bukannya budak sekolah agama pon, boleh ke aku jadi baik ?”
Pernah soalan2 seperti ini bermain2 di fikiranku dulu.layakkah aku untuk berubah. Aku ragu2.
MAHA SUCI ALLAH, aku diperkenalkan dgn perawi hadith ini, dia yg aku kagumi sehingga kini,
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB.

Dikala jahiliyyahnya, dialah samseng segala samseng,
dialah kapla segala otai2, bengis, menakutkan, garang.
Kehadirannya kegusaran hebat bagi ummat islam ketika itu.
Dia sgt digeruni. Dia sanggup mengikut ke mana sahaja Rasulullah s.a.w. pergi supaya dapat mengacau dakwah rasul. Menghalang orang lain dari mendengar dakwah rasul.
Betapa kejamnya dia!
Dia, dia, dan dialah umar orang yg sanggup membunuh anak sendiri! Menanam anak hidup2!
Tetapi MAHA SUCI ALLAH, SEBESAR2 PUJIAN HANYA UNTUK ALLAH...
Ketika islamnya dia, dialah panglima islam yg sangat digeruni musuh.
Dialah umar yg meluaskan islam ke seluruh pelusuk dunia.
Dialah yg menyampaikan sinaran islam ke merata dunia termasuk mesir dan palestin itu sendiri.
Dialah tergolong dlm 10 SAHABAT YG DIJANJIKAN SYURGA.
Ranking nya no 2 dikalangan sahabat.
Dia khalifah yang kedua memimpin umat islam seluruh alam selepas kewafatan nabi.
Dialah AL-FAROUQ! Dialah pemisah kebenaran dan kebatilan.
Tiada siapa dapat menipu umar ttg kebatilan dan dosa kerna dia sendiri pernah menjadi kumpulan elit di situ.
umar yg siangnya tangkas, berani seperti singa raja di rimba,
mlmnya bagai pendeta, menunduk menghina diri di hadapan tuhan segala hamba,
tangisannya kerna takutkan dirinya tidak layak utk ke syurga..
Nah, ingin aku tanyakan kepadamu.
adakah aku dan engkau sekejam umar ketika jahiliyyahnya dia?
Jika umar boleh berubah, mengapa tidak kita?
”aku x naklah berubah sebab perempuan”
”aku x naklah berubah sbb aku belajar kat mesir, stereotype, kat mesir mesti jadi baik”
”aku x naklah berubah sbb itu, sbb ini”
Aku pernah berfikir, aku x nak lah berubah sbb lelaki.
Adakah dgn alasan itu aku mahu berhenti berubah?
Bukankah "muhajir ummu quwais" berhijrah ke madinah kerna wanita (ummu quwais) yg ingin dikahwininya?
Niatnya itu mmg salah tetapi, bukan perbuatan.
Maka niat itu yg perlu diubah bukan perilaku!
Mungkin itu cara Allah ingin memberi hidayah kpd dia dan kpd kita.
Maka perbaiki niat kita jika kita tahu kita sudah tersalah,
bukannya berhenti berubah kekal di takuk lama kerana alasan2 sebegitu.
Allah dan Rasul-NYA x akan tinggalkan manusia yg ingin mendekatkan diri kepada DIA.
Dalam hijrah rasulullah s.a.w. sudah mengajar bagaiman cara ingin berubah.
Aku pernah mengaplikasikannya, ternyata impaknya sangat meyakinkan.
Bagaimana menjadikan semangat kita berubah sebesar semangat rasulullah berhijrah dahulu?
Lihatlah apa yg baginda lakukan ketika hijrah.
1)pembinaan masjid (hubungan dgn Allah).
Maka binalah, jagalah hubungan dgn Allah.
Carilah DIA, mintalah hanya pada DIA, mengadulah pada DIA,
Kerna DIA penjaga terbaik. Pemberi pertolongan terbaik. Tiada siapa dpt menghalang jika DIA mahukan kebaikan bagi kita.

2)persaudaraan ansar dan muhajirin
Binalah ukhuwah dgn orang2 yg baik. Bina bi’ah solehah. Cari sahabat2 yg boleh support kita, bantu kita berubah ke arah kebaikan. Yang menginginkan kebaikan nuat kita di syurga-NYA kelak.
BUKAN sahabat yg membuatkan kita merindui jahiliyyah kita.
BUKAN sahabat yg akn memulaukn kita kerna perubahan kita.
BUKAN sahabat yg berkawan kerna kepandaian, kecantikan, kekayaan, atau pangkat yg kita ada.
Sahabat yg baik, yg bila kita melihatnya, bersamanya, akan mengingatkan kita kepada Allah yg Maha Esa.
3) piagam madinah
Berdisiplinlah wahai mereka yg ingin berubah. Listkan jahiliyyah / keburukan yg ingin ditinggalkan.
Listkan kebaikan / perubahan yg ingin dilakukan. Jadualkan.
Bayangkan ke arah mana kita ingin berubah. Siapa yg kita ingin jadi?
Maka rancanglah perubahan kita.
Hanya ini yg mampu aku kongsikan. Semoga ia memberi manfaat.
Berubahlah wahai diri, wahai kawan-kawan.
Jgn jadi MANUSIA DUNIA. Bumi bukan berputar di sekeliling kita.
Diriku dan dirimu bukan perkara yg paling penting dlm dunia.
Masih ada islam yg dipijak hina.
Masih ada mereka di palestin, iraq, indon , thailand yg nyawanya semurah seekor nyamuk,
Masih ada mereka di malaysia yg hidupnya berkaitan pakwe dia, makwe dia, course dan kerja dia, keseronokan dia, dan benda2 yg berkaitan dgn dia semata. Hidup dia adalah dunia dia.
Lupakah kita rasul pernah bersabda,
”sesiapa yg tidak mengambil peduli ttg ummat islam , maka dia bukan dari kalangan mereka”
Lupakah kita celaka bagi mereka yg hari ininya lebih teruk dari semalam, dan beruntung mereka yg esoknya lebih baik dari hari ini.
Terlekakah kita bahawa KERJA dan tanggungjawab pertama dan utama kita adalah hamba dan KHALIFAH di muka buminya?

Aku hanya insan biasa yg sering lupa, dan kamu juga begitu.
Aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu bahawa islam xkan rugi tanpa kita berjuang menegakkannya, ISLAM pasti akan tertegak!itu janji Allah.
Cuma kita yg rugi jika tidak bersama-sama dlm perjuangan menegakkan islam.
aku merasa terpanggil untuk mengingatkanmu ttg hinanya dunia, dan manisnya syurga.
jika aku terlupa ttg itu, maka ingatkanlah aku. rantailah aku, seretlah aku jika aku terpesong ke jln yg akan membawaku ke arah nerakanya. dunia ini hina tetapi ia kelihatan indah sekali. ingatkan wahai sahabat yg ku kasihi dan mengasihiku kerna ALLAH..
ALLAH did not promise that life would be easy..but HE did promise that HE would be with you in every single step of your life. As long as you want HIM to be,
manisnya hidup jika cinta-NYA shaja menjadi pujaan...