Ni Kak Ani [sepupu saya] yang berkahwin tahun lepas.
Ni si kecil Ina. comel! :)
Mabrouk 'Alaikum :)
++ Abang Ajib,nanti Syila balik Malaysia,perkenalkan kakak ni dekat Syila ye.hehe
++ Abang Ajib ni anak kepada sepupu saya. Baru berkahwin pada hari Sabtu yang lepas [19 Disember 2009]. Selamat Pengantin Baru.Moga peroleh keberkatanNya
++ Anak Pak Ngah saya, dua-dua guna tema hijau.wah3~ keluarga hijau ni. [Adakah saya perlu memilih tema hijau untuk masa hadapan? :P]
Niat yang betul Ada wawasan dan matlamat Berani dan sanggup berkorban Sentiasa menambah ilmu Perhatian terfokus Daya tahan yang tinggi Bersifat warak Sabar Mencontohi orang berjaya Tekun dalam membina kerjaya Manfaatkan masa muda Amanah dan jujur Bekerja secara berpasukan Sentiasa muhasabah diri
* Syukran Ya Mu'allimah! Ana Uhibbuki Fillah. Wahasytinii awii <3 <3 * Tahniah Radin! cita-cita tercapai! janji akan dilaksanakan,InsyaAllah :) * Jom sama-sama menjadi orang cemerlang dunia AKHIRAT! :D
Tahniah dan Takziah kepada AJKT baru yang telah diumumkan nama mereka semalam. Ramai yang menanti-nanti keputusan pilihan raya keluar. Ada yang tunggu tepat jam 2100.tapi tak muncul-muncul pun.Kata mereka [AJK JPP], ada mesyuarat. takpe lah,dimaafkan :D
Dari Gen 7 sendiri,ada 7 orang yang menjadi AJKT PERUBATAN! 4 daripadanya adalah auto-AJKT dan 3 muka baru
Mereka adalah:
Siti Nur Redzuani Shafii Sabihah Inche Ibrahim Muhd Hazwan Rusli
Radin Rahmah Radin Monawir Aimi Athirah Azmi Murad Ahmad Ibrahim Yahaya Mohd Khairul imdad Muhammad Yusuff
Selamat menjalankan tugas ye kalian! :D
haha..skema gile ayat-ayat atas ni~
sebenarnya nak ucapkan 'TAHNIAH' kat Radin sebab 3 orang anak buah dia dari Jabatan Perhubungan Awam BPP ditarik jadi EXCO PERUBATAN. Sila cari orang baru ye :P *evil laugh*
haaa..sapa suro hang lobi anak buah sendiri? :P
ni entry nak kenakan roommate sendiri ni.Radin ni bercita-cita untuk pegang jawatan Timbalan Bendahari untuk sesi depan.
Adakah hasrat beliau ini akan tercapai?
kita nantikan keputusan mesyuarat AJKT nanti ye.
p/s: Radin,doa la banyak2 ye kalau nak pegang Timbalan Bendahari dan kalau kamu nak merasa kita belanja makan! hehe :D
Ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita.ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya maka pergilah lelaki itu bersamanya.Sesampainya di kampung yang sunyi ketika orang-orang kampung telah tidur, maka lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itupun menyahut,"Lihat,apakah orang-orang telah tidur semuanya?"
Dengan demikian,lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak.Setelah jelas semua orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, "Benar,semua orang telah tidur."
Lalu wanita itu bertanya,"Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini, Dia juga tidur?"
Lelaki itu menjawab, "Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur."
Wanita itu lalu berkata, " Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidu lelap dan tidak melihat kita.Oleh kerananya,Dia lebih berhak kita takuti."
Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana takutkan Allah. Dia segera pulang ke rumahnya dan bertaubat.
Setelah dia meninggal dunia, ada seseorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, : "Apakah yang dilakukan Allah kepadamu?"Lelaki itu menjawab,"Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosaku."
-dipetik daripada Kitab Mukasyafah al-Qulub,karangan Imam al-Ghazali,muka surat 7-
++ Tundukkan dan ikhlaskan hati dalam setiap aktiviti perhambaan kita kepada Allah SWT :)
Di Malaysia sudah Maghrib dan takbir sudah pun dilaungkan. 10 Zulhijjah menjelma lagi :)
Ini sudah masuk kali ke-3 beraya di Mesir.Meriah! cukup meriah.beraya bersama-sama sahabat di sini,dengan komuniti rakyat Malaysia yang ramai,membuatkan saya lupa akan 'kegembiraan' beraya di Malaysia itu.bukan bermakna saya melupakan keluarga,sanak saudara..Tapi peluang di sini,melihat budaya arab yang begitu meraikan Aidil Adha ini,memberikan pengalaman yang cukup bermakna!
Selepas Isyak nanti,akan diadakan majlis takbir dan pengisian. Jom datang! Sayukah? huhu~
Eid Mubarak Kullu sanah wentu toyyibin :)
++ Esok ada kerja melapah[ikhwah] dan menghiris daging[akhawat].selamat bekerja semua! ++ saya nak serbu rumah mereka-mereka yang buat makanan sedap-sedap :P
sudah kelewatan.huda dah tunggu di bawah rumah.janji pukul 1415.maaf ye huda.
menahan teksi.
dapatlah seorang pakcik yg terlebih ramah.baguslah,boleh tambah vocab arab [konon].huda je la yang sembang.saya dan radin buat hal masing-masing.destinasi yang dituju adalah Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah [DMAK] kerana ada perjumpaan dengan AJK Jabatan Perhubungan Awam BPP.
Ketika di Tahrir,jalan raya sesak.kereta bergerak perlahan-lahan.Tiba-tiba..
"Baaamm!!"
tersentak kami dalam teksi tu.kereta belakang langgar.
eksyen pemandu kereta tersebut.dari segi penampilan,macam orang kaya.[memang kot].kereta lawa.lampu teksi tu pecah kot.dari yang kami dengar,mereka gaduh-gaduh dan pemandu eksyen tu hanya nak bayar 10LE.what the~
macam mengganggu lalu lintas pula.so,mereka bawa kereta ke tepi jalan.sambung gadoh.saya biarkan saja.melayan novel sejarah Salahuddin Al-Ayyubi lagi bagus.akhirnya selesai.pakcik tu kewl je masuk teksi.
Alhamdulillah,sampai DMAK,pakcik tu tak mintak cas lebih.selalu kalau jadi macam tu,angin diorang tak baik,macam-macam boleh jadi
Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.Terima kasih Dahlia,Shahira,Hani,Huda,Radin.sempat habis sebelum maghrib :)
[1730]
Ambil teksi ke Rab'ah.saya bersama Huda ketika itu.ada kelas Tajwid bersama Ustazah Iffat.kelas habis pukul 8 malam.masing-masing punya perancangan sendiri selepas itu.saya dan beberapa sahabat lain ke Sayyeda Zainab menaiki metro.sampai di satu stesen ni [tak ingat stesen apa], semua lelaki diarahkan keluar dari gerabak Sayyidat.huh.betul jugak tindakan tu.jam belum menunjukkan 9 malam.mana boleh campur lagi.huru-hara juga masa tu
"Ya Ustaz,itla' barrah!" arah polis-polis di situ.
kami sedikit cuak dengan keadaan sebegitu.takut jadi apa-apa
akhirnya selamat sampai di Sayyeda Zainab.mata dah mengantuk sangat-sangat.zzz..
201109
[0730]
ke kelas arab.lambat sebenarnya.hehe.buat hal pulak,tak bawak buku.sapa la manusia tu.
"ana asifah ya Ustaz"
Ustaz bawak kamus Arab-BM! ustaz sangat semangat nak belajar bahasa melayu :)
[0945]
ambil teksi,terus ke DMAK.ada penamaan calon.saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai ahli PERUBATAN.antara yang terakhir juga kami ni.tinggal berapa borang je.huhu
211109
[0550]
bergegas mencari teksi menuju ke Rab'ah.ada kelas Quran pada jam 6.nasib baik jalan kosong.journey 45 minit jadi 10 minit.best~
Ya Allah,berkati hidup kami.permulaan hari yang moga-moga punya Rahmat :)
221109
[0800]
ke Mugamma' [tempat buat visa].seperti biasa,ada juga masalah.masalah tarikh yang tak tertulis bawah tandatangan kerani universiti.huh!
pergi U,mintak tarikh,pergi Mugamma' balik,setel
'terima kasih makcik'
[haha,malas nak cerita apa yang jadi.rumit.sabar ye]
[0940]
ada kelas Pharmacology pada jam 10.sepatutnya 2 jam jadi sejam.syukur :)
balik rumah.zzzz :P
p/s: sabar ye bila diuji dengan ujian yang kecil.senyum! :)
Saya membuka facebook kawan saya [tak ingat page siapa], terlihat pada friend list, ada nama Tajrie.Oh, dia senior saya. Ketua Umum ketika saya tingkatan 1 di SMKA Sultan Azlan Shah.ada yang panggil abangKU.haha.dah kahwin dah dia. :P
ok,jom kita belek-belek lagi.
cari kat friend list abg Tajrie pula.jumpa Kak Husna Kamarul Bahrin! Timbalan BADRI [Badan Dakwah dan Rohani] semasa saya tingkatan satu juga.wah,excited saya!
jom cari lagi..
jumpa Kak Solehah,Kak Solehani,Kak Dyana Mastor,Kak Erma, Kak Shahaliza.yang paling mengujakan, saya jumpa facebook Kak Ija [Noriza Ariffin]! saya sangat-sangat lama tak berhubung dengan dia.Kangen bangat sama dia! Dia kakak naqibah dorm Juwairiyah.dorm semasa saya tingkatan satu.Tapi malangnya Kak Ija tak approve lagi saya :(
Kak Ija,approve Syila ye.nak sembang-sembang dengan akak.
Seorang lagi yang saya nak cari ialah Kak Siti Arfah.Naqibah dorm saya juga.apakah khabarmu wahai Kak Siti yang comel? :(
* siapa-siapa yang ada contact Kak Siti,beritahu saya ye :D
balik dari kelas tadi,terus mengadap laptop.saya sekarang tengah cari senior SMKASAS saya.kenapa ye saya begitu bersemangat cari mereka?
--> mereka lah yang banyak memberi tunjuk ajar saya semasa saya tingkatan satu.walaupun dimarahi [biasa lah kena 'basuh' masa form 1 tu], tapi memang betul pun apa yang mereka marahkan.benda betul kan?
'melentur buluh,biarlah dari rebungnya'
betul.dari tingkatan satu ni lah kalau nak bentuk manusia.masa sekolah rendah,banyak main-main.so,nak jadi manusia betul-betul manusia tu,memang kena bentuk betul-betul lah.di situlah tahu apa itu mathurat, hafal surah-surah, disiplin.teringat zaman kanak-kanak dulu.puterinya,muka baik-baik je,comel semua.putera pula, kudus juga muka.masuk-masuk sekolah,dapat tarbiah dari abang dan kakak.semuanya ikut kata.tapi bila makin besar,makin tunjuk belang pula masing-masing.
Sungguh,mereka sangat berjasa.sayang mereka! rindu~
Takziah buat Kak Shahaliza[Timbalan BADRI semasa saya form 2] atas kehilangan suami pada 21 Oktober 2009 yang lepas.saya baru tahu dia dah berkahwin dan sudah ada 2 orang anak.dia baru approve saya tadi.baru tahu semuanya.minta maaf ye akak.Kak Liza memang seorang yang tabah.dari zaman sekolah lagi,macam-macam menimpa dia.Dia kuat amat!
++ current mood: bercampur baur ++ saya sudah ada orang yang nak tolong deklamasi entry lepas.kan Nunu kan? :P ++ Alhamdulillah.Pharmacology test dah lepas tadi *-* ++ banyak perancangan dalam kepala otak ni.tapi memang kena mintak bimbingan dari senior saya yang saya sebut ni sebab mereka yang 'membesarkan' kami setahun. :)
-tulisan dalam gambar tiada kena mengena dengan entry ini-
kau, jangan bersedih ya kutahu ia sangat pahit untuk ditelan
berlikunya jalan kau banyak onak duri sepanjang perjalanan itu aku tak setabah kau untuk harungi liku-liku kerna kupasti, aku akan menangis walau terkena sedikit tusukan duri itu
kau kuat kau cekal kau tak mudah berputus asa
aku yang tahu cabaran yang kau hadapi ini pun sudah tercalar dan tersentuh hati inikan pula kau yang hadapinya sendirian
sungguh, aku kagum dengan kau
ya,aku kagum aku mahu ambil secebis kekuatan dari kau boleh?
biar mereka mencemuh biar mereka memandang sinis biar mereka menghina kau kau malu aku tahu
usah runsing aku tidak mahu jadi seperti mereka aku tidak akan berubah fikiran aku akan tetap memaut kau agar kau tidak jatuh lagi
kau aku menangis kalau tidak pada zahirnya,tapi pada batinnya aku menangis aku sedih aku tak mampu bantu kau sehabis baik aku tahu kau hanya berpura-pura di hadapanku itu bukan dirimu yang sebenarnya pada kala ini tapi aku tahu kepura-puraan ini adalah kau yang dulu aku mahu kau jadi kau yang dulu biarpun ia suatu usaha biarpun ia hanya kepura-puraan aku tak kisah daripada kau terus bermuram durja
kau, maafkan aku kerna aku mungkin terlepas pandang dari masalah yang satu ini aku tahu aku gagal menjadi seorang yang peka dengan keadaan sekeliling
aku biarkan kau 'berdiam diri' untuk seketika ya,aku redha kerna kutahu apa yang kau inginkan dari 'larinya' kau dari aku dan orang sekeliling aku doakan kau moga semua diberkati dan dipermudahkan :)
++ buat sahabat-sahabat tahun 3, 3alaikum bittaufiq wannajah untuk Pharmacology test :) ++ jazair menang ke semalam? jiran sekeliling sangat bising bersorak masuk goal. semalam pakcik kedai suruh saya dan Fathiyyah ikut dia bersorak 'Ya Rabb,lilmisr binnasr'
Pagi tadi ada kelas praktikal Pharmacology pada jam 8.semuanya kelam kabut. :D pagi tadi elektrik takde,so semua kerja tak dapat buat,so tido lagi best.haha
Semalam ada surprise party untuk saya yang housemates saya dah rancang.teliti juga plan diorang tu.sampai tak dapat nak hidu sikit-sikit pun.sampai ada manusia yang merajuk lari rumah orang sebab takde sapa yang celebrate besday dia. :P
Semalam saya ke Rab'ah.ada kelas Quran bersama Ustazah Iffat.seperti biasa,hari Ahad 4.30ptg sampai 6.30 ptg.
Dalam pukul 6.25 ptg,saya mendapat panggilan dari Cik Radin.tapi saya silent kerana masih mengaji dengan ustazah.satu lagi yang saya pelik,kenapa lah si Zack [Mahfuzah] sibuk-sibuk jawab telefon dalam pukul 6.15 ptg tu.2 kali pulak tu.
"Mungkin dia ada hal selepas kelas Quran ni kot" kata saya dalam hati
takpelah kalau camtu.biarkan je.saya teruskan bacaan saya bersama ustazah.Selepas selesai Izzati baca,kelas kami ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.cuba menelefon semula Cik Radin.
"Syila,dah habis kelas ke?kat mana tu?dah keluar dari rumah ustazah ke?" tanya Radin
"Aah,baru je habis ni.tak keluar lagi.diorang tengah sembang dengan Husna dan Wae.kenapa?" jawab saya
"Nanti Syila tunggu kat Masjid Rab'ah tu" pinta Radin
"Huh?nak buat apa?" saya kehairanan
"Kitorang nak jemput Syila.hehe"
"Huh?Kitorang?apesal ni?" haha..time ni macam-macam dah terlintas dalam kepala otak saya.
"Yela3..nanti kite tunggu depan Masjid Rab'ah tu" saya menurut perintah Radin
Lepas tu,saya terus cakap hal ni kepada Zack.Dia pun buat muka blurr.hoho.pandai hang berlakon naa~ takpa3.nanti kite balas.
Sebelum masuk lif,Zack kata "ala,ta surprise dah la.Radin dah bagitau.tadi Aimi ngan Aisyah dah call suruh buat itu ini.baru nak lambat-lambat sikit keluar dari rumah ustazah"
haha.gelak-gelak lah kami semalam.
Di masjid Rab'ah, tiba-tiba Aimi dan Fathy muncul dari belakang.terkejut! errr..masa ini ada adegan nangis-nangis terharu sikit. :P
Ok,mereka membawa saya naik tremco ke Awwal Abbas [Pizza King tempat destinasi].Radin dan Aisyah menunggu kami di stesen minyak di sana.
Sungguh saya segan!Huda ceritakan pada housemates saya! adoii..Maaf ye,saya MANJA.haha.tak celebrate pun sedih3.eh,sebenarnya sedih sebab hari lahir kita semua sibuk.rumah kosong masa 24 Oktober 2009 itu.huish~ sedih betul.dengan takde sapa yang wish.cuma Fathy je sebab ada Huda dan Cama di rumah masa malam tu.
Saya sayang kat ahli beit saya! Rancangan mereka untuk 'melukakan' hati saya berjaya sudah! namun begitu,ada yang susah hati melihat saya sedih-sedih.si dia itu juga 'depress' pabila melihat saya bermasam muka dan 'depress'.terima kasih lah.kudusnya hati kamu. :P
Terima kasih mak,abah sebab sentiasa bersabar melayan karenah anakmu ini
Terima kasih kepada yang mendoakan saya
Terima kasih kerana masih mengingati saya
Moga-moga saya,Raihana,Ainul dan Fairuz Aimi sentiasa najah dalam hidup dunia akhirat sentiasa mencuba menjadi yang terbaik buat diri serta memberi sumbangan kepada Islam dan bangsa Doakan kami!!
++ terima kasih hadiah [pendrive 4GB, handbag,mug macho, alat tulis,keychain] ++ terima kasih sms yang dikirim ++ terima kasih atas ucapan 'selamat hari lahir' , 'sanah helwah' dan ' hepi besday' ++ terima kasih kepada ahli rumah Hasanah dan Natasha yang secara tak langsung memberi ruang dan peluang untuk saya mengisi perut pada hari lahir ini :P
Masa tu masih kanak-kanak lagi.adik saya yang Adzmin tu pun masih kecil.tak masuk sekolah rendah lagi rasanya.tak ingat bila.Keluarga saya dan Keluarga Paksu saya beraya di Alor Star.Seperti kebiasaan,kami akan berkonvoi berjalan raya.Orang-orang tua bergosip di dalam rumah.Kami yang kecil-kecil ini [saya,Tarmizi(sepupu),Adzmin dan Atiqah(sepupu)] bermain-main di luar.rumah di tengah-tengah sawah padi.kebetulan pula masa itu hujan.makanya,lecak la tanah di luar rumah Mak Lang saya itu.ada satu 'lubuk' di hadapan rumah mak lang saya,kami bermain-main di tepi itu dan tiba-tiba Adzmin tergelincir ke dalamnya.Memang kelam kabut lah masa itu.Cepat-cepat kami mencari kayu untuk adik saya tu paut.hampir separuh badan juga la tenggelam.Memang rasa antara boleh diselamatkan atau pun tidak.Sadis betul! Alhamdulillah,semuanya selesai.kayu cepat dipaut.Semua menarik nafas lega.Memang semua dah serik dah nak main kat situ!
p/s: mizi,ko ingat lagi tak peristiwa ni?
Nostalgia 2:
Semasa saya kecil juga.Zaman tadika-tadika mungkin.Peristiwa malam raya.
Pelita elok dipasang di tepi-tepi jalan.seronok! Zaman kanak-kanak yang sangat teruja untuk berkejar-kejaran,bermain bunga api,mercun.[nama je paksu tu polis,mercun dan bunga api layaaann je..anak polis 2x5]haha
Di tengah kesyokan bermain bunga api,tiba-tiba saya rasa ada benda yang meyelinap masuk kat selipar saya.maksudnya kaki saya berada atas bendalah tu la.sambil memercik-mercik.MERCUN!! menjerit tak ingat apa dah masa tu.bertuah sungguh budak-budak yang main mercun tu.sepupu saya yang main.BULAT,nama panggilan.dah kahwin pun sekarang ni.naya ja dia kena marah dengan abah saya,pak2 menakan.kaki saya dah lebam-lebam dah akibat terkena mercun tu.meletup kat kaki saya juga.haih~ memang sakit tak terhingga.menangis teresak-esak itu benda wajib la bila dah jadi macam tu.
Tapi bila ingat balik peristiwa tu,macam best pulak.kelakar pun ada.
Pengajaran dari cerita ini adalah jangan main mercun! kalau nak main,pastikan kat depan tu tiada manusia.aniaya orang je.huhu
Nostalgia 3:
Yang ini berlaku pada raya ketiga baru-baru ini.macam cerita 'I know what U did Last Raya' pula.
Alkisahnya,keluarga saya dan keluarga Pak Ngah saya bersama-sama ke rumah Mak Long saya di Bukit Gantang.Selepas makan tengahari,saya,Ikin dan Ina[sepupu saya] ke sungai sambil memakai baju raya.Kak Long,Ajim,Ina[adik saya] serta Ikhwan ke sungai terlebih dahulu.kami bertiga berniat untuk mengambil wudhu' untuk solat zohor.Air sungai makin cetek.dah tak best dah.pada hari itu,kami membuat sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ni.meng'explore' sungai itu sampai ke belakang.dulu takut,sebab dalam serta dengar cerita-cerita ada ular la apa la [biasa la,kecik-kecik dulu mudah sangat percaya orang cakap]. usha-usha kat dalam sungai tu,ada udang sikit,ikan sikit.tapi tak tangkap pon.sebab tak bawak sauh.hee~
Ok,sedang kami bersiap-siap hendak berwuduk,tiba-tiba ternampak lah seekor kambing putih di atas tebing tinggi sungai itu.macam kelam-kabut je kambing tu.Dengan tidak semena-mena,kambing itu pun melompat lah ke dalam sungai.Hilang punca atau pun dia tengah sawan lompat dari tempat tinggi.haa..dia melompat ke atas badan dan kepala Ikin!! warghhh!!sakitnya..tertiarap si Ikin itu ke dalam air sungai.Maka,basah kuyup la dia bersama baju rayanya itu.Kambing putih yang gemuk lagi bertanduk itu berlari ke arah saya dan Ina pula.Menjerit-jerit lah kami.Orang di depan tu[Ajim,Kak Long,Ikhwan dan Ina] dengar lah jeritan kami.tapi takde apa-apa pun.jauh kami berjalan masuk ke dalam sungai itu.Tak lama kemudian,kambing itu pun muncul di hadapan mereka dan berlakulah adegan lari-lari ke tebing atas.Cuma Ajim yang tunggu kami.
Kelakar-kelakar juga.cuma kami je yang tahu perasaan cemas masa itu.haha
Memang kenangan yang tak boleh dilupakan.Naik rumah,semua kecoh pasal kambing itu.Ikin jadi bahan.kasihan.nasib baik tk jadi apa-apa yang teruk.Saya tak dapat bayangkan kalau kambing tu lompat ke atas saya.masuk hospital dan tak balik-balik Mesir lagi kot.huhu~
Wahai Encik Kambing,kalau nak lompat,lompat la kat tempat lain.takkan ko terkejut kot tengok 3 orang anak dara kat tengah-tengah sungai tu kot.haih~
p/s: eh kambing,ko jantan ye? 0_o
++ sori ye lambat cerita pasal raya ni.dah habis dah pun syawal..
Alhamdulillah..selamat sampai rumah pada jam 4 petang semalam.[12 september]
10 September 2009
bermula perjalananku ke Pudu secara berseorangan.ini kali ketiga ke Pudu.tahu juga la selok belok di Pudu itu.bagaimana nak naik STAR dan tukar naik PUTRA pula..bila dah travel sorang-sorang ni,kena la buat muka tak tahu malu.rajin bertanya itu ini.orang kata, 'malu bertanya sesat jalan'.pada awalnya mahu bertemu dengan naqibah usrah di KISAS dulu,Kak Farah di KL Sentral.tapi dibatalkan kerana beliau ada kerja lain.oleh itu,saya dan Asiah berpakat untuk berbuka di kolej dalam UM je instead of Mid Valley.lagipun UM ramai je budak2 sekolah SMKASAS yang ada dalam tu.sorry guys tk buat time weekend.ada je makcik2 yang nak balik rumah time weekend.heh
Dari Masjid Jamek, pergi ke Stesen Universiti.dijemput oleh Asiah di sana.naik RapidKL ke rumah sewanya.berehat sebentar di sana,pukul 6.20 petang,saya dan Asiah ke Kolej 6 untuk berbuka puasa.Oh,ini boleh juga dikira Reunion budak2 SMKASAS.tapi tak ramai.ada Azlan,Atoi[waa,aku tk ingat nama betol ko!] dan Rusydan.It seems like a taaruf day.haha.macam2 disoal.macam tak pernah duduk satu sekolah.tak sempat nak jumpa orang-paling-sibuk-di-dunia-mengalahkan-menteri.plan punya plan,dia ada kerja yang tak setel lagi pasal kelab penyayang dia tu.tidak mengapa,ada rezeki,boleh jumpa lagi.[tk balik penang pulak dia ni]
bertarawih di kolej 6,balik ke rumah sewa asiah naik teksi pada jam 10 malam.[aish,kalau kat mesir,mesti kena marah dah ni].sorila tak sempat nak abiskan temubual tu.hihi
berbual-bual dengan Asiah.cadangnya nak tidur awal malam tu.pukul 12.30 malam.dah layu dah mata masa tu.tapi punyalah sakan bersembang dan sesi meluahkan perasaan, tengok2 dah pukul 3 pagi.seronok kenang memori silam! terus bersahur,dan tidur pada jam 4 pagi.selepas subuh,terus siap-siap ke kelas DPHS[kalau tk silap la]
keluar kelas tu pada jam 9 pagi.[kantoi Lan baru sampai kelas time tu.ish3].Asiah hantar sy PPUM,ambil teksi ke KTM Angkasapuri.Angkasapuri-Klang.tiba-tiba dalam KTM tu ada operasi memberkas penyeluk saku.[mungkin ini fenomena biasa]
10.30 am,tiba di Klang.ingatkan dah lambat dah.rupanya sy yg menunggu org.tkpe,saya tk kesah sy tunggu orang.tak suka org menunggu kita.[kadang-kadang kantoi juga]
sambil menunggu,membaca novel Bilal Bin Rabah,ada satu komuter sampai.saya sangkakan Kak Ain,tapi tiada.seperti kukenal 2 orang insan yang lalu di depanku.rupanya si Sidi Firdaus dan Ashraf Marwan.oh,mereka mahu ke KISAS juga.bagi laluan dulu pada mereka.heh!
Kak Ain sampai untuk komuter seterusnya.bersinar-sinar muka saya!haha
padang ragbi kesayangan muslimin.haha
di KISAS,mencari ustazah Zakiah yang pertama.call ustazah,jumpa cikgu2..tapi bukan semua cikgu dapat jumpa.sebab masa tu hari jumaat,masa pendek.tk sempat jumpa dan sembang lama.rupanya ada tujuan ustazah zakiah 'paksa' juga saya ke KISAS walaupun pada mulanya berat hati sebab tkde teman.saya sudah faham ustazah! ;)
bak kata aimi,lepas ni takdela adegan lari-lari redah hujan dah
melawat di sekitar sekolah berseorangan.pelajar muslimin ke Masjid Sultan Sulaiman untuk menunaikan solat jumaat manakala pelajar muslimat ke dewan kuliah untuk kuliah jumaat.ustazah hayati yang menyampaikannya.tangkap-tangkap gambar.[ini pun atas arahan orang suruh update pasal KISAS.rindu agaknya]
dewan terbuka [meriah kan?]
dah tk tahu nak buat apa selepas solat di musolla,lantas saya ke depan pagar sekolah,menunggu teksi untuk ke rumah mak angkat saya.mintak maaf ustaz Lah,sebab tak guna jejantas.junior lelaki tu pelik kot tengok senior diorang buat perangai macam ni.haih~
gymnasium
Alhamdulillah,selamat sampai di rumah mak angkat.nasib baik pakcik teksi tu baik dan tahu selok belok rumah mak angkat saya.saya ikut je.kalau kena bawak lari jauh pun saya ikut jugak kot sebab saya memang tak tau langsung tempatnya.harap hint sikit-sikit dari mak angkat saya.huhu.[bahaya sungguh!]
sememangnya saya 'pengsan' di rumah mak angkat saya dari asar sehingga berbuka.wah3..kaver tidur yang semalamnya.bersembang dengan mereka.sungguh!hilang rasa rindu di hati ini.seronok bangat!
rasa terkilan di hati sebab tak sempat nak habiskan novel yg saya sempat baca 3/4 malam tu.pagi tu tak sempat habiskan.huhu..emak,abg amat dan syarafina hantar saya ke Klang Sentral.sudah jauh tempat bas ekspress ni.di Meru.bak kata ustazah zakiah,jauh lagi baik dari stesen bas di Atabah.gelak-gelak baca mesej ustazah.memang betul pun.hik3
bosan perjalanan 4 jam setengah itu.boleh saja saya nak berhenti di Juru.lagi mudah ayah saya nak ambil.tapi saya ni degil sikit.tunggu driver bus tu stop betul-betul kat Penang Sentral tu.saya sendiri ambil bas RapidPenang 702 menghala ke Perda.mahu berhenti di depan Masjid Perda,solat jama' dan ke bazar ramadhan.ada tujuan lain sebenarnya di situ.tapi tak jadi.sebab ada konflik di situ.turun-turun je bas,ayah saya dah ada kat belakang.dari mana entah datangnya.solat si rumah saja.hee~
Alhamdulillah,Allah permudahkan perjalanan saya ke sana sini tanpa sebarang kesulitan. :)
Terima kasih Asiah dan housemate nya..You guys are very nice! sempoii je stay up sampai 3-4 pagi.
Terima kasih mak,abah sebab kasik akak pergi KL sorang-sorang.[jenuh pujuk ni]
++ budak2 oversea [luar mesir] kena kuarantin 8 hari bila dah sampai Mesir.so,kelas tangguh seminggu lepas tu la!yeay!haha..tiba-tiba rasa nak entend tiket lambatkan balik sana.haih~
baru dapat panggilan dari mak angkat[Mak Jah] saya dari Klang.
saya:Assalamualaikum mak
Mak Jah:waalaikumsalam,Ila [heh] sihat?
saya:alhamdulillah,sihat..mak?
Mak Jah: sihat gak.hmm,ila,mak tak dapat balik Perak la raya ni.
saya:huh?[dengan nada terkejut] kenapa plak?
Mak Jah:Kak Nani sakit buah pinggang.keluar masuk hospital.nanti Ila tak payah la balik Perak ye,nanti datang rumah mak,tkde orang pulak
saya:hmm.. ok..[sedih]
Mak Jah: Ila ada beli barang yang mak pesan tak?
saya:ada2..
Mak Jah:haa..macam mana ye nak ambik?
saya:mak,kebetulan Ila nak pergi Klang dalam masa terdekat ni,nak pergi sekolah jap,nanti Ila pergi rumah mak ye,kasik barang tu
Mak Jah:ok la kalau macam tu..
Blablablabla....
Serius,saya rasa macam nak rebah tadi bila dengar berita yang kak nani sakit buah pinggang. Muda-muda dah sakit macam tu.moga-moga dia cepat sihat. ya,bertambah semangat saya nak pergi ke Klang dan saya yakin mak dan abah saya akan automatik beri kebenaran untuk saya ke Klang keseorangan.[kalau setakat nak pergi KISAS je tu,mereka macam berat hati]
saya tak jumpa lagi mak angkat saya.Rindu!
Ya Allah,permudahkan urusanku ke sana.
p/s: ada sesiapa yang nak join saya ke KISAS dalam masa terdekat ni bersama Kak Ain?roger cepat2 ye!
++ kesian kat diri ni sbb rupanya mak tahan marah kat kt.alasannya terkantoi gambar cincin kat laptop.mak ingat ada orang yang kasik cincin tu kat daku.haih~[gelak besar bila abah cerita] jgn risau mak,tkde nye orang nak kasik cincin mahal2 lagi ni.belajar dulu. :D
Dek kekurangan idea untuk menulis bak air bertakung bila duduk dirumah,makanya Kata Hati ini dibiarkan bersawang sahaja.
pejam celik pejam celik,dah bulan lebih dah duduk di Malaysia ni.tak lama dah nak balik Mesir untuk menyambung pengajian tahun 3.semalam,sembang-sembang dengan Sakinah Rasat dalam kereta,masing-masing macam tak bersedia lagi nak balik sana.cuti tak puas kot! [kadang-kadang bosan jugak sebab tak ada apa yang nak buat kat rumah]
kosong! cuti ni kurang sedikit rasa bebannya berbanding cuti yang lepas. tak tahu lah bagaimana mahu dijelaskan.haih laa~
bila diri diselubungi perasaan inferior dan takut untuk menghadapi sesuatu,kepala akan jadi serabut! serabut sangat!!! [abes farmville jadi mangsa untuk lepas geram tu] hanya dengan zikrullah,hati dan perasaan akan menjadi tenang..
cuti 3 hari ni,banyak menghabiskan masa dengan keluarga.keluar mencari keperluan dan persiapan untuk hari raya.ala kadar sahaja.tidak perlu meriah2 sangat.dah 20 tahun raya.
buat emak,
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 47!! semoga hidup sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.. Amin Ya Rabb..
Ini untuk emak dari kakak,mirul dan sorang lagi [hehe]
[korang2 yang bising2 dalam FB tu,jangan salah sangka plak dengan cincin yang tertayang tu.bukan cincin tunang!tu cincin utk mak]
Hamdallah masih diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ini,di bulan Ramadhan ini dengan nikmat iman dan Islam.
Sepatutnya hari ini akan pulang ke kampung di Alor Janggus,Kedah kerana Pak Ngah saya berhajat untuk membuat majlis sedikit.Majlis kesyukuran sempena pertunangan sepupu saya@kak chik pada pagi ni.Semuanya mengejut.Sempat semalam sembang-sembang sikit dengan Kak Chik.Tiba-tiba dapat rombongan meminang dari si dia yang baru pulang dari Sabah.Kenapa ya bulan puasa jugak yg dipilih?semua org mempersoalkannya..huhu.kasihan Ngah kena attack.haha.sebabnya si dia itu hanya pulang setahun sekali dan raya ni dah tak dapat balik dah.
kira-kira pukul 12 tengahari,emak saya telefon saya,suruh bersiap-siap utk balik kampung lepas solat jumaat.Pak Lang saya meninggal dunia semalam.sakit tua.katanya mati dalam keadaan tenang.Alhamdulillah..urusan pun sudah selesai dan lancar sahaja walaupun sedikit renyai.
abah saya cerita,kanak-kanak ramai yg datang solat jenazah sebabnya ada dua orang pakcik yang sedang berdiri di tepi pintu sambil menghulurkan duit.
tk sempat tgok jenazah sebab sampai-sampai je jenazah sudah siap untuk dibawa ke masjid untuk disolatkan..arwah meninggal dalam bulan mulia,hari mulia.moga ditempatkan dalam golongan yg tinggi darjatnya di sisi Allah.Amin.kita pula bagaimana??Al -Fatihah
pukul 6.30 pagi,kami sudah bergerak pulang ke Penang
++ Kak Chik,sori tk dapat tengok Kak Chik disarung cincin.Moga urusan selepas2 ni dipermudahkan.seronok dengar orang yg dah mula nak bina masjid ni.=)
++ semalam dalam perjalanan ke Alor Star,nampak 3 kemalangan.kereta,lori dan bas.semua terbabas..
Bulan ramadhan bulan yang mulia bulan rahmat dan bulan berkat bulan kebajikan pahala berganda bulan keampunan doa diterima bulan keampunan doa diterima
bulan ramadhan quran diturunkan utk panduan hidup manusia di dalamnya ada lailatul qadar kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan
bulan ramadhan pintu neraka di tutup mereka yang diazab kubur direhatkan iblis dan syaitan kakinya dirantai sebagai memuliakan bulan ramadhan
berlumba-lumbalah mencari keredhaan puasa di siang hidupkan malam banyakkanlah doa lebihkan sedekah kawallah diri drpd dosa-dosa banyakkanlah doa lebihkan sedekah kawal diri drpd dosa-dosa
beritikaflah kesepuluh akhir ramadhan jika ada peluang masa pun ada kerana ialah sunat yang digalakkan rasulullah tidak pernah meninggalkan kerana ia sunat yang digalakkan rasullulah tidak pernah meninggalkan ramadhan ramadhan ramadhan…. bulan rahmat
baru dapat berehat dengan keadaan yang agak 'lega' sejak emak,abah dan ina ke Serdang hari Sabtu yang lepas.semua tugas rumah diserahkan kepada saya.penat juga!huhu..
Saya dijaga oleh 2 orang abang saya di rumah.sorang-sorang perempuan di rumah.hujung minggu yang agak bosan bila tiada teman(perempuan) untuk berbicara.petang itu,Amirul,abang saya yang baru pulang dari Muar mengajak saya keluar.hantar Amin ke asrama dan kami berjalan-jalan sehingga malam.
Hari Ahad pula ada tetamu jauh datang.=) Ahlan wasahlan..tetamu datang membawa berkat.
Selepas Subuh,saya,emak dan Amirul ke KOMTAR.tetamu jauh itu nak lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sebagai jururawat masyarakat.
ada sedikit rungutan serta komen mengenai sistem pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia(walaupun saya juga bakal bekerja di bawah kementerian ini)
1. Jururawat itu tidak dimaklumkan tempat (hospital/klinik kerajaan) yang spesifik.mereka hanya mengetahui bahawa mereka bakal bekerja di Pulau Pinang.
2. Mereka hanya mengetahui tempat bekerja mereka setelah melaporkan diri di KOMTAR.makanya segala urusan tempat tinggal hanya boleh diuruskan pada hari terbabit (tempoh:satu hari). Untuk mengelakkan kelam kabut macam tadi,sepatutnya segala maklumat-maklumat penting perlu diberitahu awal.(Sister pun last minute baru nak cari bilik@rumah kosong)
sungguh saya tak berpuas hati dengan keadaan tadi.sangat kelam kabut dan tidak sistematik.haih~
penat setelah seharian berjalan.ditambah pula dengan satu masalah tu.keluar dari jam 6.45 pagi sehingga 7.20 petang. Selepas maghrib,kami sekeluarga keluar lagi,makan-makan..=)
++ sekadar mahu mengupdate supaya tidak dibiarkan bersawang.huhu.. ++ Jauhkan aku dari perasaan buruk sangka.hmm.... ++ Cikgu,saya ponteng kelas tadi,tangguh dulu ya.. ++ Kak Nurmalawati dan Kak Azimah,selamat berkhidmat kepada masyarakat.bekerja dengan seikhlas hati ya di Hospital Balik Pulau tu.Ada rezeki,4 tahun lagi,Syila posting situ jugak ke..hehe ++ Esok akan ke USM dan Balik Pulau lagi.
Kelak engkau akan dipaksa berpisah dengan kelazatan
Kematian akan mencampakkanmu dengan nista
Dari kampung halamanmu
Sedarlah semampu dirimu dari kesalahanmu
Dengan taubat yang ikhlas
Jadikanlah kediamanmu terbebas dari neraka jahim
Maka sebaik-baik pendosa adalah orang yang berhasil meraihnya
++ saja mahu kongsi 'puisi' ini dari kertas yang diedarkan kepada mereka yang singgah di salah satu booth di UIA.dapat kertas ini ketika saya berkunjung ke UIA. =)
kehormatan apa lagi yang tersisa untuk kaum terhormat sdang dirimu adalah ratu orang-orang terhormat
kemuliaan apa lagi yang tertinggal untuk kaum mulia sedang dirimu adalah tumpuan orang-orang mulia
keluhuran apa lagi yang tinggal sehingga orang-orang yang luhur turut bersamamu
kecerdasan apa lagi yang kurang darimu sedang dirimu faham betul kedudukan penghulu para nabi
puncak keutamaan apa lagi yang tidak tergapai kepada kaum bijak engkau pemimpin perempuan Quraisy ratu Mekah dambaan dan idola pemilik kemuliaan
perempuan di puncak keagungan nan kukuh perempuan subur penyemai kelembutan cinta perempuan suci penebar kesucian perempuan mulia penebar kemuliaan
mata tunduk tidak sanggup menatap ketinggian darjatnya hati bergetar girang kala mengingatinya jelmaan isteri penuh pesona laksana ibu sang suami rekah rona cinta laksana mempelai tidak sirna setiap saat dalam genggaman keanggunan kasih
ratu terpelihara yang menyeru sekitar Mekah dengan kesucian dan kesuburannya bak mentari setia dan sedia dalam segenap duka untuk sang suami dan nabi tercinta
Mendapat jemputan ke walimah NorJannah (kakak Muhammad Nor Farhan aka Paan) di Manjung. Secara jujurnya,ini kali pertama saya ke kenduri kahwin sejak saya pulang ke Malaysia sebulan yang lalu.Makan nasik kenduri.Sedap..sedap..lama tak makan.Ada menu istimewa semasa kenduri itu (bak kata DJ kenduri tu) iaitu ayam organik HPA.ngaa~
Kedatangan saya dan keluarga ke sana sama waktu dengan ketibaan pengantin yang serba kehijauan.Khemah pun hijau >.< .Smart2! Budak-budak UTP tidak dapat hadirkan diri sebab kena kuarantin.*simpati* Terima kasih Paan.Nanti tunggu jemputan walimah dirinya sendiri pula ya!
Budak merajuk yang tiba-tiba muncul di depan mata saya
Bergerak ke Lumut.Check-in hotel dan berehat sebentar.
Jam 1600,kami sekeluarga menuju ke Teluk Batik yang sudah 6-7 tahun tidak ke sana.Banyak perubahan.Lumut juga.sempat berpicnic selama sejam setengah.
Jam 1730,sesuatu yang saya tunggu-tunggu.Saya ke rumah seseorang yang saya sayang,rindu.Yang selalu memberi semangat ketika saya memerlukannya. Hanya mampu tersenyum apabila nampak seseorang yang bertudung labuh keluar dari pintu rumahnya di Fasa 3B.Bahagia.Itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan perasaan tika itu.Mahu sahaja menjerit "Cikgu Saidatul!!!".Tapi mulut terkunci.Meluru ke arah cikgu Saidatul yang sedang mendukung anak bongsunya yang berumur setahun dan bersalaman.Comel!
Cikgu Saidatul Akma adalah guru Matematik dan guru kelas saya sejak darjah 4 sampai darjah 6 di SKCL 2.Seseorang yang amat berjasa pada diri saya.Seseorang yang lemah lembut dan sabar ketika mengajar.Sayang cikgu! Bersembang dengan cikgu pasal cerita terbaru cikgu-cikgu sekolah rendah dahulu.Anak teacher Zarina yang berumur 12 tahun sedang terlantar kesakitan akibat kanser tulang yang dihadapinya.Saya diam sahaja ketika itu.Sama-sama doakan dia ya.Moga-moga ada harapan lagi untuk sembuh. Sekejap sahaja singgah di rumah cikgu.
Tahun-tahun depan, ada rezeki kita jumpa lagi ya! (Sungguh,sms yang cikgu berikan malam itu sangat-sangat menyentuh jiwa!Terima kasih cikgu!)
Berjalan-jalan sekitar Lumut.banyak gambar yg diambil.
2 Ogos 2009
Pagi itu,saya ke pantai keseorangan.menikmati udara pagi.sudah kelihatan juga mereka yang memancing di sana.Di tepi pantai itu juga,saya menelefon seseorang yang akan meninggalkan tanah air dan menetap di Myanmar untuk sebulan.(ikut mak dia la).Seseorang itu adalah si Princess.Waa!rindulah kami nanti.Jangan lupa ya janji kamu!hehe..
Tiba di Penang pada 1800 selepas singgah di pelbagai tempat.Pantai Remis,Ayer Tawar,Bukit Gantang.Penat..penat..sakit kepala.tiba-tiba ada motion sickness pulak.
Buku teks Biologi dibiarkan terbuka.Pensel hanya dipegang tanpa ada gaya-gaya untuk menulis.Matanya bulat memandang ke arah buku itu.Dalam pandangannya itu.Tapi jelas terpancar dari riak wajahnya itu,dia bukan sedang berusaha memahami isi kandungan buku itu,tetapi seperti seseorang yang bermasalah.Sejak pulang dari sekolah tadi,tiada ukiran senyuman di wajahnya.
"Misha,kenapa si Rita tu panjang je aku tengok muncungnya?" tanya Asma' kepada Misha,jiran katilnya.
" Entah,aku tengok sejak balik sekolah tadi macam tu ja.cuba la hang tegoq,tanya dia apa masalah dia.Aku tak berani aih nak bukak mulut kalau nampak dia masam-masam muka lagu tu" Jawab Hidayah sambil menjuihkan bibirnya ke arah Fatimah yang sedang termenung panjang itu.
" weih,aku pun tak berani la!" bertolak-tolak pula mereka ini.haih~
Akhirnya, si Asma' menuju ke arah Rita. Sambil memegang bahu Rita,dia memulakan bicaranya.
"Rita,kamu ada masalah ke? Cerita la kat kami.Kita kan dah macam adik-beradik.Takyah segan-segan.InsyaAllah,kami semua akan bantu sebaiknya."
Tiada butir kata langsung yang keluar dari mulut Rita.hanya sedu-sedan yang kedengaran.Semakin lama semakin kuat esakan itu. Kepala Rita 'hinggap' di bahu Misha. Risaunya tidak terkira pada sahabatnya, Si Rita itu.
"Rita,kenapa ni? Menangis lah sepuas-puasnya.Nanti kalau dah sedia nak cerita kat aku,kamu cerita je ye" Dicapainya Asma' sehelai tisu di atas katilnya dan terus dilapkan pada muka Rita.Lagak seperti seorang kekasih.
Ya,memang aku mengasihinya.Mengasihinya kerana Allah.Bersama-sama dia lah aku mengharungi susah senang dari kecil sehingga berumur 17 tahun ini.Kami ibarat adik-beradik.Sementelah ibu bapa kami masing-masing telah menemui ajal,kami ditempatkan di Rumah Penyayang ini.Rumah ANAK-ANAK YATIM.
Suasana kini diam.
"Asma', aku ni menyusahkan korang semua ke?" Rita bertanya kepada Asma',kepalanya didongakkan,memandang Asma'.
"Uish,mana ada! kenapa kamu cakap macam tu? Siapa yang cakap? Meh aku siat-siat kulit dia!" reaksi muka Asma' menunjukkan perasaannya yang sedang geram.
"Tak la, ke mana aku pergi pun, ramai yang ejek-ejek aku,hina-hina aku. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Aku tak ramai kawan. Siapalah yang nak berkawan dengan aku ni. Dahlah hodoh, tak pandai pulak tu" Luah Rita.
Muka Rita mengalami sedikit kecacatan kesan daripada kebakaran yang berlaku ke atas rumahnya.Ibu bapanya adalah mangsa kebakaran,meninggal di tempat kejadian.Betul, dia sering diejek-ejek oleh budak-budak nakal di sekolah. Walaupun sudah diberi amaran berkali-kali,mereka ni tak makan saman.Ramai juga kawan-kawan sekelas yang sering menjauhkan diri darinya.Tak tahu kenapa. Mereka ni berkawan atas dasar rupa kah?
Air mata Asma' pula yang jatuh berguguran.Sedih bila sahabat sendiri diperlakukan sebegini.Dia yakin,Rita sekarang sangat tertekan dengan keadaan yang dialaminya.Lagi-lagi peperiksaan SPM tinggal 2 bulan sahaja lagi.Banyak perkara yang masih mengganggu fikirannya.
"Asma', aku ada kamu,Misha dan budak-budak bilik ni sahaja.korang lah yang banyak bantu aku.Maaflah kalau selama kehadiran aku menyusahkan korang semua.Aku dah takde siapa-siapa.Terima kasih banyak-banyak ye Asma',korang semua...Aku rindu mak dengan ayah aku.."
Misha yang dari tadi mendengar perbualan mereka hanya memandang dari jauh.Ada juga butir-butir jernih yang keluar dari matanya.Dia semakin menghampiri mereka berdua.Mereka saling berpelukan.
"Rita,kamu jangan cakap macam tu lagi tau! InsyaAllah kami sentiasa ada bersama-sama dengan kamu.Kamu adalah sahabat dunia akhirat kami.Kami sayangkan kamu Fatimah.Jangan dihiraukan dengan perangai mereka itu.Kami sentiasa sokong kamu!" giliran Misha pula berkata-kata.Asma' di sebelah mengangguk tanda setuju.
"Dah,dah..jom ke kantin! aku belanja makan.Tapi sebelum tu,kita kena janji dulu yang kita akan sama-sama berusaha untuk exam kita nanti ya!"tutur Asma',semangat.
Nota 1: Maafkan diriku andai tidak menjadi seorang yang bernama sahabat. Nota 2: Sebenarnya nak buat entry lain.tiba-tiba lain pulak jadinya.Layaaan~ Nota 3: Geram dengan manusia-manusia yang 'bermain-main' di Jamming Studio tatkala azan Maghrib berbunyi dan kelas tuisyen dijalankan di bangunan sebelah.Tidakkah mereka ketahui bahawa mereka itu kurang adabnya?Grrr..... Nota 4: Ya Allah,jauhi kami dari perkara-perkara syirik. Nota 5: Ada orang nak potong hidung kalau tak dapat fullmark.memang tak dapat.so,sila tunaikan janji.waa~ Nota 6:Weekend is family time.Akan ke negeri kelahiran hujung minggu ini sambil makan angin.heh~
Ikin rupanya di talian.Dia sepupu saya yang sedang belajar di Matriks Changlun,Kedah. Pak Ngah saya mengajak saya ke rumahnya di Kulim.
Pukul 12 tghari, Ikin dan PakNgah mai rumah,jemput saya. kebetulan si Iwan,Kak Long dan Abg Nizam menyusul pula datang. (Oh,mereka adalah pensyarah di Politeknik Seberang Perai.pusat pengajian itu ditutup disebabkan oleh kes H1N1 selepas UiTM Penang)
Apa lagi,Si Iwan@Ikhwan yang ganas itu bertendang,bertumbuk dengan saya.Pada mulanya malu-malu,menyorok bila nampak saya.Lama-lama dah ada keserasian antara kami(eceh).Dari ruang tamu ke bilik Kak Ngah yang penuh teddy bear ke bilik Ikin berlari-lari (saya yg lari dari dia).Habis dicengkam muka saya,aksi-aksi kaki kat atas,tangan kat lantai semua ada.Ganas sungguh!
Kasihan lah makcik mu ini wahai Iwan.huhu~
Keluar juga aksi BIONIK dia tu.(oh,saya tak pernah tengok cerita ini). Sampai luka-luka jari manis belah kiri dia.dia kata saya yang buat.betul ke ek?kalau ye pun,mungkin terkena geseran cincin saya kat jari dia tu.Sori Iwan!
Keletihan bermain,masing-masing melelapkan mata pada waktu petang.Bertuah betul! Sempat lagi dia lompat kat saya masa saya tidur.isk3..Dia pula yang jadi mangsa kacau bila saya sudah bangun.Heh~
Jumpa lagi ye Iwan!
++ Comel tengok dia boleh pulak mulut terkumat-kamit menyanyi lagu tema Drama Aqso dan Madinah sambil mata masih lagi terpejam(baru terjaga dari tido)
++ Tiba di rumah pada jam 10 malam. ++ Risau pulak banyak institusi pengajian,pusat PLKN,sekolah ditutup sebab ada kes H1N1.Harap-harap tiada yang serius.Jaga Kesihatan semua!
*mak,abah akak dah belanja makan tadi kan?wahaha...kira hadiah la tu ek~ * jenuh cari gambar mereka,payah betul nak dapatkan yang best.haha. *You Are My Sunshine~
Tadi menjenguk ke blog Izzah Sakinah. ada lirik You Are My Sunshine. Lagu ni comel sangat-sangat!
You are my sunshine my only sunshine You make me happy when skies are grey You'll never know dear how much I love you So please don't take my sunshine away
The other night dear as I lay dreaming I dreamt that you were by my side Came disillusion when I awoke dear You were gone and then I cried
You are my sunshine my only sunshine You make me happy when skies are grey You'll never know dear how much I love you So please don't take my sunshine away
You told me once dear there'd be no other That no one else could come between But now you've left me to love another You have broken all my dreams
You are my sunshine my only sunshine You make me happy when skies are grey You'll never know dear how much I love you So please don't take my sunshine away
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah kerana telah melancarkan segala apa yang telah saya dan sahabat-sahabat lain rancang.=)
18 JULAI 2009 5.30 am: mereka yang menaiki bas dikejut seawal ini. Terima kasih Shamel kerana sanggup mengorbankan kredit mengejut mereka semua.haha
6.45 am: Fathiyyah mengambil kami(Asyila, Fatin Nadiah,Hidayah, Sarah, Aisyah Saleh, Fiqi) di UIA, menghantar kami ke LRT PUTRA.
7.30 am: tiba di KL Sentral
8.15 am: bergerak ke Gua Tempurung
aktiviti dalam bus: sharing,taaruf..pengalaman masing-masing. ambil light breakfast. *ada manusia curi suratkhabar Berita Harian saya!
10.45 am: tiba di Gua Tempurung (hanya kelibat kami yang menaiki bas kelihatan)
Di Perkarangan Gua Tempurung:
kami pihak muslimat berkumpul di satu tempat untuk makan-makan nasi lemak+roti kaya yg telah disediakan oleh Shamel and the geng
sambil menunggu rombongan dari UTP dan geng Aisyah Tahir.mereka lambat sedikit.tapi tidak mengapa.dimaafkan.heh
12.30 pm: ekspedisi dimulakan.yeay!!
kami diberi penerangan oleh pakcik guide kami. ada world cup,hantu,kereta,monyet dll.sori,saya tak nampak sangat apa-apa yang pakcik tu tunjuk.kerana keterlupaan untuk memakai cermin mata. dengar je la ye. untuk makluman lagi,saya tk nampak juga manusia-manusia dalam gua tu.maaf ye.
ada satu tempat tu, kami terpaksa menggelongsor untuk turun ke bawah. masa inilah kita dapat lihat sikap kerjasama dan sokongan dari semua. yang membantu untuk sambut sahabat-sahabat di bawah. takut-takut ada yang terlajak gelongsor.huhu..bangga dengan semua
kemudian,kawasan yang berair.huh.basah baju-baju.kawasan sempit yang memerlukan kami merangkak,'berenang'.haha..new experience.mungkin gara-gara ini menyebabkan almost muslimat sakit-sakit badan.salah satu sebab, mungkin tidak warm up sebelum memulakan ekspedisi.
panorama gua batu kapur yang mengasyikkan.kadang kala menjumpai batu kristal, kawasan wind tunnel yang kami rasa tk nak keluar dari kawasan tu.mana entah datangnya angin tu.Subhanallah.=)
terima kasih Mr Monofar yang menangkap gambar-gambar eksklusif dalam gua.
3.00 pm: keluar dari Gua Tempurung.sempat lagi tangkap gambar.hee~
4.15 pm: bergerak ke Lata Kijang. rombongan bas, kereta Paan, Geng UTP je yang dapat join. Nani,Adilah,Nadiah,Aisyah Tahir, Farieha, Raudhah, Fathin Izzati, kawan Nani(Shasha dan seorang lagi) tak dapat sertai kami ke Lata Kijang.huhu.terkilan sedikit.tkpela.terima kasih korang sebab sudi datang dari jauh.=D
5.00 pm: tiba di Lata Kijang.baru nak makan tengahari.(maaf sebab muslimat lambat bersiap)
aktiviti bebas. Muslimin bermandi manda di air terjun Muslimat bermain game, bertukar cerita, menyediakan roti sosej, tangkap-tangkap gambar.
6.30 pm: Majlis diadakan.Ucapan, tangkap gambar semua yang hadir. terima kasih bro yang tolong ambilkan gambar kami!
7.00 pm: bergerak pulang ke KL Sentral.
maaf kepada yang rasa tidurnya terganggu dek kerana kekecohan manusia-manusia dalam bas tu. heh~
9.45 pm: tiba di KL Sentral.kami menunaikan solat Jama' Takhir di surau.
kami berpisah di situ.sedihnya.setiap pertemuan diakhiri dengan perpisahan.Redha. Terima kasih tak terhingga sebab sudi datang.Sayang korang semua! InsyaAllah jika diizinkan,tahun-tahun akan datang,kita buat lagi best ye! moga-moga pertemuan ini diberkati Allah..
Sebenar-benarnya ini kali pertama menguruskan program begini.tetapi hasil pertolongan Aizuddin Paiman,Megat,Shamel,Aimi dan lain-lain,Alhamdulillah berjaya juga diadakan.tak tahulah apa feedback mereka.harapnya baik-baik belaka.
mungkin akan diperbaiki segala kekurangan pada masa-masa akan datang. plan terpaksa diubah last minute.sebab nak cari tempat picnic yang best.tapi ok je kan kat Lata Kijang tu?
Mohon seribu kemaafan kepada semua andai ada kekurangan sepanjang saya dan sahabat-sahabat lain menguruskan Reunion ni.
segala kritikan insyaAllah akan diterima dengan hati terbuka. =)
ada sedikit gambar yang dipaparkan.malas nak edit dan letak kat celah-celah tulisan ni.maaf ye~
“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”