19 September 2009

Eid Mubarak

2 Respon
Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat semua umat Islam sama ada di Malaysia atau di luar negara.

jemput datang ke rumah di Bukit Mertajam ni ye.available hanya sehingga hari raya ke-5. =.=

p/s: jangan sedih-sedih raya kat sana.

++pernah juga merasa raya di perantauan.nasib baik komuniti orang Melayu ramai di Bumi Anbiya' itu..

12 September 2009

Travel sorang-sorang

3 Respon
Alhamdulillah..selamat sampai rumah pada jam 4 petang semalam.[12 september]

10 September 2009

bermula perjalananku ke Pudu secara berseorangan.ini kali ketiga ke Pudu.tahu juga la selok belok di Pudu itu.bagaimana nak naik STAR dan tukar naik PUTRA pula..bila dah travel sorang-sorang ni,kena la buat muka tak tahu malu.rajin bertanya itu ini.orang kata, 'malu bertanya sesat jalan'.pada awalnya mahu bertemu dengan naqibah usrah di KISAS dulu,Kak Farah di KL Sentral.tapi dibatalkan kerana beliau ada kerja lain.oleh itu,saya dan Asiah berpakat untuk berbuka di kolej dalam UM je instead of Mid Valley.lagipun UM ramai je budak2 sekolah SMKASAS yang ada dalam tu.sorry guys tk buat time weekend.ada je makcik2 yang nak balik rumah time weekend.heh

Dari Masjid Jamek, pergi ke Stesen Universiti.dijemput oleh Asiah di sana.naik RapidKL ke rumah sewanya.berehat sebentar di sana,pukul 6.20 petang,saya dan Asiah ke Kolej 6 untuk berbuka puasa.Oh,ini boleh juga dikira Reunion budak2 SMKASAS.tapi tak ramai.ada Azlan,Atoi[waa,aku tk ingat nama betol ko!] dan Rusydan.It seems like a taaruf day.haha.macam2 disoal.macam tak pernah duduk satu sekolah.tak sempat nak jumpa orang-paling-sibuk-di-dunia-mengalahkan-menteri.plan punya plan,dia ada kerja yang tak setel lagi pasal kelab penyayang dia tu.tidak mengapa,ada rezeki,boleh jumpa lagi.[tk balik penang pulak dia ni]

bertarawih di kolej 6,balik ke rumah sewa asiah naik teksi pada jam 10 malam.[aish,kalau kat mesir,mesti kena marah dah ni].sorila tak sempat nak abiskan temubual tu.hihi

berbual-bual dengan Asiah.cadangnya nak tidur awal malam tu.pukul 12.30 malam.dah layu dah mata masa tu.tapi punyalah sakan bersembang dan sesi meluahkan perasaan, tengok2 dah pukul 3 pagi.seronok kenang memori silam! terus bersahur,dan tidur pada jam 4 pagi.selepas subuh,terus siap-siap ke kelas DPHS[kalau tk silap la]

keluar kelas tu pada jam 9 pagi.[kantoi Lan baru sampai kelas time tu.ish3].Asiah hantar sy PPUM,ambil teksi ke KTM Angkasapuri.Angkasapuri-Klang.tiba-tiba dalam KTM tu ada operasi memberkas penyeluk saku.[mungkin ini fenomena biasa]

10.30 am,tiba di Klang.ingatkan dah lambat dah.rupanya sy yg menunggu org.tkpe,saya tk kesah sy tunggu orang.tak suka org menunggu kita.[kadang-kadang kantoi juga]

sambil menunggu,membaca novel Bilal Bin Rabah,ada satu komuter sampai.saya sangkakan Kak Ain,tapi tiada.seperti kukenal 2 orang insan yang lalu di depanku.rupanya si Sidi Firdaus dan Ashraf Marwan.oh,mereka mahu ke KISAS juga.bagi laluan dulu pada mereka.heh!

Kak Ain sampai untuk komuter seterusnya.bersinar-sinar muka saya!haha


padang ragbi kesayangan muslimin.haha

di KISAS,mencari ustazah Zakiah yang pertama.call ustazah,jumpa cikgu2..tapi bukan semua cikgu dapat jumpa.sebab masa tu hari jumaat,masa pendek.tk sempat jumpa dan sembang lama.rupanya ada tujuan ustazah zakiah 'paksa' juga saya ke KISAS walaupun pada mulanya berat hati sebab tkde teman.saya sudah faham ustazah! ;)

bak kata aimi,lepas ni takdela adegan lari-lari redah hujan dah

melawat di sekitar sekolah berseorangan.pelajar muslimin ke Masjid Sultan Sulaiman untuk menunaikan solat jumaat manakala pelajar muslimat ke dewan kuliah untuk kuliah jumaat.ustazah hayati yang menyampaikannya.tangkap-tangkap gambar.[ini pun atas arahan orang suruh update pasal KISAS.rindu agaknya]

dewan terbuka [meriah kan?]

dah tk tahu nak buat apa selepas solat di musolla,lantas saya ke depan pagar sekolah,menunggu teksi untuk ke rumah mak angkat saya.mintak maaf ustaz Lah,sebab tak guna jejantas.junior lelaki tu pelik kot tengok senior diorang buat perangai macam ni.haih~

gymnasium

Alhamdulillah,selamat sampai di rumah mak angkat.nasib baik pakcik teksi tu baik dan tahu selok belok rumah mak angkat saya.saya ikut je.kalau kena bawak lari jauh pun saya ikut jugak kot sebab saya memang tak tau langsung tempatnya.harap hint sikit-sikit dari mak angkat saya.huhu.[bahaya sungguh!]

sememangnya saya 'pengsan' di rumah mak angkat saya dari asar sehingga berbuka.wah3..kaver tidur yang semalamnya.bersembang dengan mereka.sungguh!hilang rasa rindu di hati ini.seronok bangat!

rasa terkilan di hati sebab tak sempat nak habiskan novel yg saya sempat baca 3/4 malam tu.pagi tu tak sempat habiskan.huhu..emak,abg amat dan syarafina hantar saya ke Klang Sentral.sudah jauh tempat bas ekspress ni.di Meru.bak kata ustazah zakiah,jauh lagi baik dari stesen bas di Atabah.gelak-gelak baca mesej ustazah.memang betul pun.hik3

bosan perjalanan 4 jam setengah itu.boleh saja saya nak berhenti di Juru.lagi mudah ayah saya nak ambil.tapi saya ni degil sikit.tunggu driver bus tu stop betul-betul kat Penang Sentral tu.saya sendiri ambil bas RapidPenang 702 menghala ke Perda.mahu berhenti di depan Masjid Perda,solat jama' dan ke bazar ramadhan.ada tujuan lain sebenarnya di situ.tapi tak jadi.sebab ada konflik di situ.turun-turun je bas,ayah saya dah ada kat belakang.dari mana entah datangnya.solat si rumah saja.hee~

Alhamdulillah,Allah permudahkan perjalanan saya ke sana sini tanpa sebarang kesulitan. :)

Terima kasih Asiah dan housemate nya..You guys are very nice! sempoii je stay up sampai 3-4 pagi.

Terima kasih mak,abah sebab kasik akak pergi KL sorang-sorang.[jenuh pujuk ni]

++ budak2 oversea [luar mesir] kena kuarantin 8 hari bila dah sampai Mesir.so,kelas tangguh seminggu lepas tu la!yeay!haha..tiba-tiba rasa nak entend tiket lambatkan balik sana.haih~

asyila
13 september 2009

06 September 2009

Mak Jah

4 Respon
baru dapat panggilan dari mak angkat[Mak Jah] saya dari Klang.

saya: Assalamualaikum mak

Mak Jah: waalaikumsalam,Ila [heh] sihat?

saya: alhamdulillah,sihat..mak?

Mak Jah: sihat gak.hmm,ila,mak tak dapat balik Perak la raya ni.

saya: huh?[dengan nada terkejut] kenapa plak?

Mak Jah: Kak Nani sakit buah pinggang.keluar masuk hospital.nanti Ila tak payah la balik Perak ye,nanti datang rumah mak,tkde orang pulak

saya: hmm.. ok..[sedih]

Mak Jah: Ila ada beli barang yang mak pesan tak?

saya: ada2..

Mak Jah: haa..macam mana ye nak ambik?

saya: mak,kebetulan Ila nak pergi Klang dalam masa terdekat ni,nak pergi sekolah jap,nanti Ila pergi rumah mak ye,kasik barang tu

Mak Jah:ok la kalau macam tu..

Blablablabla....

Serius,saya rasa macam nak rebah tadi bila dengar berita yang kak nani sakit buah pinggang.
Muda-muda dah sakit macam tu.moga-moga dia cepat sihat.
ya,bertambah semangat saya nak pergi ke Klang dan saya yakin mak dan abah saya akan automatik beri kebenaran untuk saya ke Klang keseorangan.[kalau setakat nak pergi KISAS je tu,mereka macam berat hati]

saya tak jumpa lagi mak angkat saya.Rindu!

Ya Allah,permudahkan urusanku ke sana.

p/s: ada sesiapa yang nak join saya ke KISAS dalam masa terdekat ni bersama Kak Ain?roger cepat2 ye!

++ kesian kat diri ni sbb rupanya mak tahan marah kat kt.alasannya terkantoi gambar cincin kat laptop.mak ingat ada orang yang kasik cincin tu kat daku.haih~[gelak besar bila abah cerita]
jgn risau mak,tkde nye orang nak kasik cincin mahal2 lagi ni.belajar dulu. :D

05 September 2009

CUTI

6 Respon
Dek kekurangan idea untuk menulis bak air bertakung bila duduk dirumah,makanya Kata Hati ini dibiarkan bersawang sahaja.

pejam celik pejam celik,dah bulan lebih dah duduk di Malaysia ni.tak lama dah nak balik Mesir untuk menyambung pengajian tahun 3.semalam,sembang-sembang dengan Sakinah Rasat dalam kereta,masing-masing macam tak bersedia lagi nak balik sana.cuti tak puas kot! [kadang-kadang bosan jugak sebab tak ada apa yang nak buat kat rumah]

kosong!
cuti ni kurang sedikit rasa bebannya berbanding cuti yang lepas.
tak tahu lah bagaimana mahu dijelaskan.haih laa~

bila diri diselubungi perasaan inferior dan takut untuk menghadapi sesuatu,kepala akan jadi serabut!
serabut sangat!!! [abes farmville jadi mangsa untuk lepas geram tu]
hanya dengan zikrullah,hati dan perasaan akan menjadi tenang..

cuti 3 hari ni,banyak menghabiskan masa dengan keluarga.keluar mencari keperluan dan persiapan untuk hari raya.ala kadar sahaja.tidak perlu meriah2 sangat.dah 20 tahun raya.

buat emak,

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 47!!
semoga hidup sentiasa diberkati dan dirahmatiNya..
Amin Ya Rabb..


Ini untuk emak dari kakak,mirul dan sorang lagi [hehe]

[korang2 yang bising2 dalam FB tu,jangan salah sangka plak dengan cincin yang tertayang tu.bukan cincin tunang!tu cincin utk mak]

SAYANG MAK!