29 March 2009

semalam~


semalam,hari minggu memerlukan saya dan sahabat-sahabat lain ke kelas physiology atas sebab silibus yang masih banyak untuk dihabiskan.kami akur.korbankan masa hujung minggu ke kelas,menuntut ilmu.ya,mungkin apabila hanya 'melepak' di rumah,banyak masa terbuang.mungkin!tiada lagi istilah 'main-main' buat masa sekarang.semua kena kerja keras!tanya senior,mereka akan katakan tahun dua sangat tough!masa tahun 1 lagi dah dengar macam tu.gerun!tapi mengapalah masih ramai yang main-main.haih~(nasihat buat diri saya sendiri)


motor nervous system.atau lebih specific,motor function of the brain stem dan posture.itu topik yang kami pelajari.sesungguhnya,graf hidup saya semalam sangat jatuh merudum! apa nak jadi ni? kamu kena muhasabah diri.mengadu pada yang selayaknya.Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

selepas solat zohor,saya dan beberapa sahabat yang lain bergegas ke Rab'ah untuk sesi syarah qiraat bersama Sheikhah Iffat.Hamdallah..sedikit suntikan semangat dititipkan oleh beliau buat anak-anak murid tercinta.syukran ya Ustazah! semoga kami semua menjadi seperti mereka.cemerlang perubatan,cemerlang dalam ilmu Al-Quran.Amin Ya Rabb..

saya sekarang sedang mendidik diri dari pelbagai sudut.terima kasih sangat-sangat kepada dia.kalau tidak kerana dia,mungkin banyak lagi kesilapan yang saya lakukan.

'Ya Allah,thabatkan hati hambaMu ini di jalan yang benar.jauhi aku dari terlalu lancang dalam berkata-kata.pelihara lisanku,penglihatanku,pendengaranku,hatiku dari asyik berburuk sangka dalam segala hal.permudahkan segala urusan.aku memohon ketenangan dariMu Ya Rahman.."

--------------------------------------------------------------

hari ini,kelas biochemistry habis awal.pukul 10.sejam sahaja kelas hari ini.saya punya 2 jam masa terluang.pada mulanya berhajat untuk mengulangkaji di perpustakaan tetapi malangnya penuh.hampa! beli sedikit juadah dari cafe,mengalas perut yang tidak makan apa-apa dari pagi melainkan segelas cappucino dan sedikit coklat.kemudian,mencari port yang best untuk study.saya dan huda ke padang depan Learning Resource Center.nampak beberapa kumpulan pelajar-pelajar Malaysia sedang bersila dalam bulatan.ada yang bersembang,ada yang khusyuk membaca buku.kami menyertai kumpulan emhoho dan heno.terima kasih ye! teringat pada mak,memberi 1 sms,memohon secebis motivasi daripada beliau.tiada balasan sms diperoleh.mak sibuk barangkali.pukul 1.36pm,saya dapat panggilan telefon dari abah.tapi saya sedang berada dalam kuliah.saya miscall kembali abah saya.(nak call guna hp, kena cas mahal). panggilan selama 12 minit 20 saat itu penuh dengan kata-kata yang berharga!nasib baik tiada air mata yang keluar tadi.=D semangat melambung-lambung naik!sayang mak.sayang abah!

(ehem,kepada sapa2 yg tengah naik tangga,nampak saya tgh bergayut td tu, jgn salah faham ye)

*hari ni,practical biochem yang terakhir.tapi kami akan hadapi final exam dalam 2 minggu lagi (12 April 2009).doakan kami ye~

sekian sahaja coretan saya pada petang ni.undur diri dulu..

assalamualaikum..=)

MySpace

0 Respon: