09 May 2012

Duduk, beriman sejenak

Seorang kepenatan, baru pulang dari OT (Operation Theatre)
Seorang bergegas datang dari Abbasiyyah walaupun pada waktu paginya, kesihatannya terganggu
Seorang berpeluh-peluh selepas menjadi 'suri rumah' selepas pulang dari kelas
Seorang lagi, tiba di rumah, meneruskan jihadnya mengulangkaji pelajaran sementara menunggu yang lain
Dua orang yang paling lewat tiba, baru sahaja pulang dari kelas tambahan

Semuanya tidak sempat lagi pun untuk bersenang lenang berehat di rumah. Selepas selesai satu tugasan, terus membuat satu tugasan @ kewajipan yang lain pula. 

Seperti surah As-Syarh, ayat 7

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)"

Tak kisah lah urusan apa pun, asalkan semuanya mendapat redha Allah.

Seperti semalam, selepas masing-masing dengan urusannya, semuanya berkumpul dengan tujuan yang satu, dan  seakan teringatkan kata-kata sahabat,

"Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak"

Betul, iman manusia yang sentiasa naik dan turun, sangat membutuhkan peringatan. sangat perlu T_T

Semalam bersama-sama mengingatkan satu sama lain, tentang hari Qiamat dalam surah Al-Haqqah. Allahu Allah

Sangat terkesan dengan bagaimana Allah menurunkan ayat Quran dalam uslub penegasan. Penegasan untuk mengingatkan manusia tentang Hari Qiamat itu pasti tiba! dan janganlah jadi seperti kaum-kaum terdahulu, yang mempertikaikan bilakah dan bagaimanakah hari Qiamat itu datang? 

Moga kita terus termasuk dalam mereka yang diberi hidayah oleh Allah.

Dan moga dengan peringatan tentang hari Qiamat, membuatkan kita bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah. 

Terima kasih untuk mereka semalam. selepas mendapat makanan rohani, isi pula perut dengan makan malam pula. Makin ramai pula yang join masa makan malam semalam. betul-betul rasa macam keluarga :')

p/s: terfikir, nanti kalau sudah bekerja (doktor pula tu) tambah pula ada keluarga dah, bagaimanalah keadaan penatnya masa sampai bulatan gembira ye?  Nak doa dapat qowiyyul jismi tuuu! 

0 Respon: