09 May 2012

Duduk, beriman sejenak

0 Respon
Seorang kepenatan, baru pulang dari OT (Operation Theatre)
Seorang bergegas datang dari Abbasiyyah walaupun pada waktu paginya, kesihatannya terganggu
Seorang berpeluh-peluh selepas menjadi 'suri rumah' selepas pulang dari kelas
Seorang lagi, tiba di rumah, meneruskan jihadnya mengulangkaji pelajaran sementara menunggu yang lain
Dua orang yang paling lewat tiba, baru sahaja pulang dari kelas tambahan

Semuanya tidak sempat lagi pun untuk bersenang lenang berehat di rumah. Selepas selesai satu tugasan, terus membuat satu tugasan @ kewajipan yang lain pula. 

Seperti surah As-Syarh, ayat 7

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)"

Tak kisah lah urusan apa pun, asalkan semuanya mendapat redha Allah.

Seperti semalam, selepas masing-masing dengan urusannya, semuanya berkumpul dengan tujuan yang satu, dan  seakan teringatkan kata-kata sahabat,

"Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak"

Betul, iman manusia yang sentiasa naik dan turun, sangat membutuhkan peringatan. sangat perlu T_T

Semalam bersama-sama mengingatkan satu sama lain, tentang hari Qiamat dalam surah Al-Haqqah. Allahu Allah

Sangat terkesan dengan bagaimana Allah menurunkan ayat Quran dalam uslub penegasan. Penegasan untuk mengingatkan manusia tentang Hari Qiamat itu pasti tiba! dan janganlah jadi seperti kaum-kaum terdahulu, yang mempertikaikan bilakah dan bagaimanakah hari Qiamat itu datang? 

Moga kita terus termasuk dalam mereka yang diberi hidayah oleh Allah.

Dan moga dengan peringatan tentang hari Qiamat, membuatkan kita bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah. 

Terima kasih untuk mereka semalam. selepas mendapat makanan rohani, isi pula perut dengan makan malam pula. Makin ramai pula yang join masa makan malam semalam. betul-betul rasa macam keluarga :')

p/s: terfikir, nanti kalau sudah bekerja (doktor pula tu) tambah pula ada keluarga dah, bagaimanalah keadaan penatnya masa sampai bulatan gembira ye?  Nak doa dapat qowiyyul jismi tuuu! 

06 May 2012

Allah Pemberi Rahmat dan Nikmat

0 Respon

Mercy.
Allah’s Mercy.
It’s what we crave. It’s what we pray for. It’s the only means for getting into Paradise. We know that we are constantly sinning and that without His Mercy, none of these sins will be forgiven. We know that without His Mercy, not only will our entire lives be filled with misery, but also the afterlife. If we knew how to get it, surely we’d do everything within our human capacity to ensure it. If only we knew how to get it.

2 hari lepas, saya membaca artikel ini, dari laman Suhaibbweb.com

Rasa macam ditembak bertalu-talu, sangat terkesan. 
Allah Maha Pemberi Rahmat

Hanya dengan Rahmat Allah, kita boleh masuk Syurga. Walaupun berapa banyak pun ibadah kita, tapi kalau bukan kerana Rahmat Allah itu, tiada gunanya. 

Hanya dengan Rahmat Allah, dosa-dosa kita diampunkan. Setiap hari pasti akan ada sahaja dosa yang kita lakukan. Cuba bayangkan, kalau sesama manusia, sekali dua buat salah, boleh lah kita nak maafkan, tetapi kalau tiap-tiap hari, kita pun dah naik meluat jugak kot kan? Oh, Allah sangat-sangat baik :')

Dengan Rahmat dan baiknya Allah itu, hidup kita tidak hanya diselubungi oleh kesedihan sepanjang hayat. Ada naik turunnya. Cuba kita timbang tara antara sedih dan gembira dalam hidup kita. Mana yang lebih banyak? Mesti gembira kan? 



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alhamdulillah, betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi sepanjang hidup saya ini. Sama ada cara saya menunjukkan rasa Syukur itu, sudah setimpal atau tidak dengan nikmat yang Allah bagi itu?

"Maka nikmat  Tuhanmu yang manakah yang kamu hendak dustakan lagi?"
(Ar-Rahman: 13)

Apabila ditenung-tenung, duduk diam-diam. Terasa sangat bahawa sepanjang dua tahun ini, banyak benda yang Allah nak ajar saya.

Betullah Allah dah cakap dalam Al-Quran, 

"Dan sesungguhnya bersama kesulitan, ada kesenangan" 
(As-Syarh:5)

2 kali Allah ulang ayat yang sama, dalam surah As-Syarh ayat 5 dan 6. Sesuatu yang sangat realistik :')

Semalam 'berjalan-jalan' dengan usrahmate saya, cik ehem2. Dalam teksi, saya bercerita itu ini dengannya. Keadaan tahun lepas dengan tahun ini, laiiinn sangat. Heh, kehidupan yang agak sadis (bagi saya lah) bertukar kepada sesuatu yang menyenangkan. Alhamdulillah. Dan saya tahu itu adalah sebab Allah, Allah yang Maha Berkuasa untuk membuat segala sesuatu.

Bukanlah tak pernah tahu bahawa Allah uji sebab Allah nak tengok kita beriman atau tidak kepada Dia. 
Bukanlah tak pernah tahu mengenai hadith " Sabar itu pada ketukan/tamparan pertama"

Itulah hakikatnya manusia ini, lemah sangat. lemah iman dan rasa bergantung serta yakin pada Allah itu tak kuat lagi. T_T

Oh, tolong doakan saya untuk jadi lebih kuat dan hanya Allah yang merajai hati saya ye!

Sesi tadabbur usrah 2 minggu lepas,

"Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagiNya, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri(muslim)'"

(Al-An'aam:162 & 163)

Kita baca routinely dalam setiap solat kita, doa iftitah. Adakah rutin hanya rutin? tanpa penghayatan?
Ayat ini sangat menunjukkan macam mana Aqidah dan Tauhid kita pada Allah. Sepatutnya seorang Muslim perlu lakukan

Ok, define Muslim? 

Berserah diri pada Allah.
Allah semata-mata. dengan sepenuh jiwa, seluruh kehidupan kita.

Allahu Ghayatuna
Ar-Rasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturna
Syahid Fi Sabilillah Amanina


Toleh kiri, toleh kanan, tengok depan, pusing belakang.
Ada tak yang kita boleh lari dari lihat nikmat Allah?

Terima kasih Allah,

Jom manifestasikan rasa syukur dan cinta kita kepada Allah atas nikmat dan kurniaan dengan menggunakan seluruh panca indera kita dengan sebaiknya. Jangan zaliminya! 

countdown 1: 75 hari nak berjumpa dengan Ramadhan :)
countdown 2: 64 hari nak balik Malaysia ^_^

nota 1: Cikgu Nik Ramli (muallim KISAS), sedang dalam keadaan tak sedarkan diri akibat stroke dan brain death. Mohon doa kalian. Syafahullah wa 3afahu.

p/s: Saya sangat jeles dengan orang-orang Malaysia dapat ke program hebat (MUKIM & Muzakarah Salam Iraq) 5&6 Mei. Jeles, jeles T_T