14 April 2009

atuk

[[atuk]]

saya tak punya atuk sejak kecil.ya, sejak lahir! 2@3 hari lepas,tiba-tiba hati teringat-ingat akan dia. semalam,saya telah diingatkan sekali lagi tentang 'atuk'.pilu hati masa tu.

pernah saya lihat sekeping gambar atuk. sekeping sahaja. itupun hitam putih.menandakan sudah lama beliau meninggalkan saya dan adik beradik yang lain. saya tak dapat 'cam' wajah itu. oh ya! itu atuk sebelah ibu. atuk sebelah bapa saya, langsung tidak pernah lihat fotonya.

cemburu dengar cerita teman-teman pasal atuk masing-masing.sayu hati. bagaimanalah rasa kasih sayang dari seorang atuk kan? saya betul-betul rindu nak mendapat 'hadiah' itu. :-(

sejak kecil, memang nenek lah tempat saya dan adik beradik yang lain tempat bermanja selain ibu bapa kami. saya panggil mereka TOK. tok sebelah emak pernah lepaskan saya dari 'ikatan' gara-gara saya tidak mahu ke sekolah (garang juga abah saya). tok sebelah abah pula selalu buat makanan kesukaan saya. ada ubi rebus, kelapa dan gula. makanan kampung tapi sedap sangat!

semasa saya darjah 5, tok sebelah mak saya meninggal dunia depan mata saya. beliau memang dah sakit beberapa bulan sebelum itu. tak silap saya, paru-paru berair mungkin.saya tak ingat, masa tu saya masih kecil. saya lihat betapa tabahnya ibu saya hadapi kenyataan ini. saya menjadi saksi kepada abah saya yang menelefon pak ngah saya yang ketika itu berada di pahang.bergegas beliau dan anak beranak ke bukit gantang,perak sebelum jenazah dikebumikan. dasyat,hanya 4@5 jam sahaja perjalanan berbanding 6@7 jam perjalanan. saya yang tika itu masih keanak-anakan, tidak bersedih kah? kurang matang mungkin.

perihal nenek sebelah bapa pula. kami semua panggil 'tok bunga'. selalu sahaja dia ke rumah saya di Perak. tengok-tengokkan kami.rindukan anak cucu dia. tak lama juga kami bermanja, dia jatuh sakit sejak saya masih bersekolah rendah. hanya terbaring di atas katil. semuanya diuruskan oleh insan di sekeliling dia. semasa saya di SMKASAS, tiba-tiba ibu bapa saya hadir ke sekolah untuk mengambil saya. katanya mahu ke kampung di Alor Star masa itu juga.memang terkejut bukan kepalang! cemas.dengan hujan lebatnya lagi. kata mereka, tok bunga sedang tenat.takut apa-apa terjadi, saya dipanggil pulang. alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku. TAPI... 2 minggu selepas itu, berita pemergian tok bunga sampai ke telinga saya. saya rasa saya jadi orang last. ibu bapa saya pulang ke kampung tanpa pengetahuan saya.selepas sehari dua,mereka datang ziarah saya di sekolah seperti biasa, baru saya diberitahu.

ayat abah,' nasib baik sempat sampai.abah dari kampung ni'
'huh?? buat apa balik kampung?'
'tok bunga meninggal', tenang sahaja abah berkata-kata
'tipuu!!!!!!!!!' jerit saya sambil berjurai-jurai air mata.

sungguh,perasaan saya masa itu,hanya Allah sahaja yang tahu.saya dah hilang kedua-dua nenek saya tambah pula memang dari kecil tiada TOK WAN@ ATOK.

Al-Fatihah buat mereka semua.moga-moga mereka ditempatkan di syurga bersama-sama para solehin..Aminn Ya Rabb..

+sedikit down semalam.tangan gatal nak menulis kisah ini.tapi ditangguh sehingga pagi sebab saya dah memang penat+ tak boleh bukak mata dah sejak tiba di rumah dari kelas quran pada pukul 11.45 malam.lewat bukan?
++ sanah helwah ya Atiqah Nazeri.(15 April 2009)
+++becoming exam: histology, 19 April 2009


0 Respon: