21 August 2010

Bawa diri

5 Respon
Saya teringat, hari terakhir saya ke hospital adalah hari selasa lepas. Sepatutnya Jumaat adalah hari terakhir, tapi atas sebab-sebab tertentu, saya tak pergi dah :D

Masa selasa lepas, saya cuba untuk manfaatkan sehari ini di hospital, supaya tak bosan.

Seperti biasa, letak beg di bilik kakitangan Wad 9. Bawak buku log O&G, buku nota, pen dan diletakkan dalam poket white coat saya. Di wad tu, tiada seorang doktor pun, makanya, saya terus ke katil seorang patient ni, baca fail dia. Tengok, round mereka pada hari itu adalah pukul 7.40am. Oh, saya terlepas.

Takpelah, kemudian saya ke Bilik Bersalin. Penuh pulak doktor di situ. Dari specialist, MO, HO semua ada. Masa nak masuk, terserempak dengan Dr.Juliana dan Dr.Yusainov. Ada juga Dr.Sharmini. Masa tu, tunduk setunduknya muka, supaya Dr.Sharmini tak perasan dengan kehadiran saya. Hee, sangat takut dengan Dr.Sharmini. Dia garang!

Bosan juga, tiada delivery masa tu, adeh, apa saya nak buat ni. Sekali, Dr.Ghan dan Dr.Victor panggil saya. Mereka adalah HO.

"Eh, u student kan, come here!"

saya pun masuklah, mengikut arahan.

Dia mengajar saya tentang ARM [Artificial Rupture of Membrane]. Proses yang diorang nak buat nanti. Dr.Victor tanya beberapa soalan. dapat belajar sesuatu masa pagi tu. Alhamdulillah.

Kemudian, ke dewan bedah yang bertentangan dengan Bilik Bersalin tu, masuk-masuk, kena jerit dan halau dengan staff nurse di situ. sebab tak pakai baju khas semasa di OT. Padan muka saya jugak, diarahkan keluar, kena masuk ikut pintu lain. bila nak tekan loceng bilik salin baju tu, tak boleh pulak, lama jugak tunggu, dalam 15 minit. Akhirnya, saya give up. Masuk balik bilik kakitangan wad 9, bukak white coat, ambil buku protokol O&G dan "Di Mana DIA Di hatiku". Bawa diri ke taman refleksologi di depan hospital tu. Perasaan macam tak best macam tu. serabut. takde mood masa tu. Maaflah, saya ponteng. Duduk di situ sejak pukul 9 sampai 10.30 pagi. Lama duduk situ, baca buku, termenung, belek-belek hp. Macam-macam gelagat orang saya tengok masa tu. Semuanya dilihat tanpa perasaan. Parah betul kecil hati ni. T__T

Bila dah tenang sikit tu, saya masuk wad 4, Gynaecology ward. Tertarik dengan wanita bertudung labuh, yang bawa seorang baby yang berusia 14 hari. Tanya kakak tu kenapa masuk balik, dia kata, ada doktor pakar buat ultrasound kat hospital swasta, ada lagi placenta yang tertinggal dalam perut. Tu yang masuk semula. Sembang2 sikit pasal sakit, kemudian dia banyak bertanyakan pasal diri. :D

Pukul 11.20 pagi, masuk wad 9 balik, bukak white coat, then siap2 untuk balik. Hee, seperti biasa, pergi ke Carefour di sebelah hospital tu. Kalaulah saya kerja di situ, tiap2 hari kot pergi sana. haha. Sampai sana, dapat hadiah dari abah :D

Terima kasih abah, bagi hadiah masa tengah-tengah badmood tu, tersenyum semula :)

p/s: Dah masuk fasa kedua bulan ramadhan, Cepat je masa berlalu.Huhu.
p/s: nanti dah jadi doktor, kena pandai kawal perasaan, jangan layan emosi sangat. Kalau tak, asyik bawa diri lah ke taman di hospital tu. Kebal bila kena marah. huu~

05 August 2010

Pengalaman di Hospital Seberang Jaya

3 Respon
Assalamualaikum wbt.

Hari ini sudah masuk hari keempat sebagai pelajar elektif di O&G Department.

Semangat yang naik turun. :-l

Day 1:

Keseorangan. terus ke Pejabat Pentadbiran Hospital Seberang Jaya, melaporkan diri. Menyerahkan surat kepada kerani di situ, dan mereka menyuruh saya tunggu kerana mereka ada perhimpunan bulanan. Dalam beberapa minit kemudian, 3 orang wanita masuk, sambil memegang labcoat.

"Pelajar seperti saya mungkin", saya bermonolog.

Kemudian, ada seorang perempuan cina, duduk di sebelah saya, juga seorang lelaki cina. saya duduk di tengah-tengah. berbual dengan mereka berdua, kedua-duanya pelajar perubatan di Rusia.

Pada jam 9 pagi, surat untuk Ketua Jabatan untuk posting masing-masing sudah siap. Kami masing-masing ke Jabatan yang ditetapkan. Saya dan Heah [pelajar lelaki cina itu] ke O&G Department.

Kami berjumpa dengan Dr. Shamini. Kami sepatutnya berjumpa dengan Dr.Juliana, tetapi dia tidak kelihatan. makanya, kami berdua melihat seorang doktor pakar yang sangat baik hati, Dr. Samuel. Kami panggil Dr.Sam. Dia sangat rela hati mengajar kami. Mula-mula memang tak faham. belajar O&G pun belum. Nasib baik si Heah sudah belajar, lepas doktor terangkan tu, saya minta Heah terangkan semula pada saya. Tengok doktor scan, cek fetus position, fetal heart activity [guna daptone], perkara utama yang perlu dikenalpasti semasa physical examination seperti blood pressure, thyroid level dll. muka saya sangat blur la masa tu kan, yang menjawabnya hanya Heah. Thanks Heah!

Kemudian, kami ke Labour Room. Ada nurse yang panggil kami untuk lihat seorang wanita berbangsa India yang sedang bersalin. Excited! ni kali kedua kot selepas 3 tahun yang lepas. Betapa susahnya dia untuk melahirkan anak, sampai kena marah dengan sister. Dah letak air 'magic' pun susah jugak. [nota kaki: air magic=air selusuh]

Dari bersalin, keluarkan placenta&membrane, dan jahit kami tengok. Masa tengah tengok nurse tu jahit, mata dah berpinar dah. rasa macam tak stabil. cepat-cepat bergerak. pergi ke bilik sebelah pula, ada lagi yang sedang berusaha untuk lahirkan anak. Berdiri. Pandangan jadi kabur, gelap dan telinga pun macam berdesing. Tiada tenaga, lemah dan pucat! Yang saya ingat, kali terakhir jadi macam ni semasa darjah 6 semasa perhimpunan. Terus saya duduk dan picit-picit kepala sendiri. Tak mahu biarkan diri terjatuh, nanti segan dekat doktor dan nurse. Agak-agak dah ok, saya bangun dan Heah tanya, 'pening ke?'.

Lepas lunch, kami ke Antenatal Ward. Ikut round doktor-doktor di situ. Bosan. Berniat untuk cabut dan lari.haha, memang buat betul-betul pun. pukul 3, dah balik. :D

Letih yang amat! Malam tu, tidur dengan sangat awal, dalam pukul 10 malam. minta emak kejutkan pukul 3 pagi, tapi terlajak jadi 4.30 pagi. Gara-gara paksa diri untuk study O&G sikit-sikit. *rasa macam dah mula life macam kat mesir* :D

Day 2:

Tunggu Heah di depan wad 9 dan 10. Ikut round doktor MO dan HO. tak faham pun. ikut je la diorang. Lepas habis round, saya ke katil seorang kakak ni.

Saya tanya sebab dia masuk wad. Dia kata, mula-mula ada pendarahan, then doktor detect ada ketumbuhan, Sebesar ibu jari. Saya mengagak itu adalah polyp. Memang polyp. Kakak tu cerita, doktor tarik polyp tu guna tali@benang la. Menarik, nak tengok one day kalau ada kes, moga ada peluang. Baru 7 bulan mengandung.

Ada lagi 2 orang wanita bersama dengannya. Mereka banyak tanya asal usul saya, belajar, lahir mana, plan masa depan. Sambil bual tu, ada seorang kakak tu, adalah Ex-KISAS SPM '93. Sekarang sedang sambung belajar, ambil PhD di USM. Tak sangka! seronok jugak lah. Banyak yang mereka nasihatkan pada saya.

Paling penting, pasal senyum

"Nanti dah jadi doktor, senyum tau, baru hilang beban pesakit, beban sendiri pun hilang"

Dia pun ceritalah, doktor-doktor O&G ni, baik-baik. Ya, tak dinafikan, memang mereka baik-baik. takde pun yang garang-garang.

Dia tambah lagi, nanti nak cari jodoh, cari yang dekat, nanti senang nak balik kampung, jenguk mak ayah. apply kerja kat Hospital Seberang Jaya juga. hehe, InsyaAllah kak, perancangan memang begitulah!

Sentiasa optimis, positif dengan apa yang berlaku. Jaga iman.

Hati terketuk dengan nasihat kakak ni. Sangat friendly! Terima kasih banyak-banyak! :D

Pagi itu, saya dan Heah ke OT [Operation Theater], untuk melihat LSCS [Lower Segment Caesarian Section]. Ada 3 kes hari tu, tapi terlepas yang pertama. Sempat lihat yang kedua dan ketiga je. Pengalaman menarik! :D

Petang tu, Heah ajak saya berdiskusi dengan seorang doktor HO yang bernama Lim. Tanya tips belajar, how to manage life, yang penting, enjoy in everything what you do. Dia datang ke hospital pagi tu pukul 4.30 pagi dan ada on call, pulang ke rumah selepas jam 2 petang keesokan harinya. Oh, sangat penat!

Pulang dengan perasaan yang puas. Cukup untuk hari ini! banyak perkara baru belajar.

Day 3:

Kami ke Klinik Pakar 1. Tiba-tiba terjumpa Dr. Shamini. kena marah lah kami pagi tu. nasib baik tak rasa apa-apa. salah kami juga. tapi lepas tu rasa macam nak gelak plak. *macam jahat plak*

Duduk di Labour Room dari pagi sampai petang atas arahan Dr Shamini. Sangat penat sebab saya pakai salah kasut. tak sesuai untuk orang yang kena berdiri lama dan berjalan ke sana sini.

Berkenal-kenalan dengan nurse yang baik hati. Paling rapat dengan Kak Amyra. Ke sana sini saya ikut dia.

Hari tu, ada 3 normal deliveries. kalau yang primate, konfem-konfemlah susah nak bersalin. sangat mengambil masa yang panjang. Kena bg ubat untuk induce delivery. Hari ni, saya tak pitam dah. dah biasa, sampai bosan plak nak tengok orang bersalin.huhu.

Hari tu, ada satu kes single parent, means that mengandungkan anak luar nikah. Baca buku pink dia, saya sedih. takde nama suami. saya agak ia anak luar nikah. betul lah. sedih dan sebak. saya cuba dekatinya, sembang-sembang, bagi nasihat sikit-sikit. ikut scan kat klinik Pakar 1. Dapat pengalaman macam mana nak jadi profesional.

Semasa pulang dari klinik Pakar 1, terjumpalah pula dengan Dr Shamini. Dia tanya saya sama ada dah berjumpa dengan Dr Juliana atau tidak. Bila saya cakap, 'tak', dia buat muka geram dengan reaksi nak cubit saya. Tapi dia takde dah nak marah-marah. Heah yang beriya-iya cakap taknak terserempak, tapi nasib saya pulak yang kena. takpe, ok je :D

Pulang ke rumah dengan hati yang tak berapa best. dengan harapan, dapat berjumpa lagi dengan patient tadi tu.

Day 4:

Saya dan Heah lambat ke Hospital hari ini. Cadangnya awal-awal pagi ni nak ikut pelajar Penang Medical College buat round and teaching session. tapi tak jadi. Kami ikut round Dr.Yuhainov dan doktor yang lain di Antenatal ward. Dah dapat arahan dari doktor pakar, maka untuk minggu seterusnya, sudah ada plan.

Habis sahaja round, Heah ajak ke Klinik Pakar 1, ke Combined Clinic. Ada Dr Samuel dan Dr Syafiq Husni. Combined Clinic ni, untuk pregnant woman yang ada penyakit lain. Seriously, sangat menarik!

Belajar diagnose dan cara ambil history. Tak belajar O&G, tapi untuk general disease, semua pernah belajar. Ada jugak yang kantoi-kantoi dengan doktor. tak dapat jawab soalan tu, short form tak ingat. kena gelak kot dengan doktor. haha. tapi tak kisah, mereka sangat best!

Tadi ada HbH disease [thalassemia], PDA [Patent Ductus Arteriosus], SLE [Systemic Lupus Erythematosus], Acute Cholethiasis, thyrotoxicosis [ni common in pregnancy].

Tak sedar pun dah pukul 1 tengahari. Cepat betul masa berlalu. Saya rasa, hari ini adalah hari yang paling best. Then, ke labour room. mencari juga patient semalam, sudah tiada, cari namanya di antenatal dan postnatal, tiada juga. sudah pulang ke rumah agaknya. doa saya insyaAllah ada untuk anda.

Tadi kami diuji macam-macam oleh seorang HO tu, macam biasa, tak dapat jawab. hehe, dia suruh baca buku kat rumah. :D
*memang tak boleh tinggal membaca walaupun semasa cuti, memang lupa habis lah.otak berkarat*

Esok sudah hari kelima. Minta mak ambil dalam waktu zohor. Rasanya esok takde apa-apa kot. Kalau ada PCM student, saya akan ikut. :)

Sekian sahaja. maaflah ayat tunggang langgang. cuma untuk catatan pengalaman saya. supaya tak lupa dan boleh ambil iktibar mana-mana.

Doakan semangat saya tak turun walaupun dikecam hebat oleh doktor di sana kerna saya bukan clinical student lagi.

Thanks a lot Heah! Esok merupakan hari terakhir Heah akan berada di O&G Department. After this, he will be at Medical Department. Dia sangat rajin dan bersemangat tanya itu ini kat doktor. Hoho, saya perlu ambil semangatnya untuk terus survive sorang-sorang nanti.

* Pengalaman paling best bila sembang dengan dia tentang agama dan pendapat dia tentang isu anak luar nikah. :)

* Selamat malam Malaysia

03 August 2010

Jalan-jalan+Thia's Wedd

4 Respon

Assalamualaikum wbt.

Maaf lambat kemaskini. tiada mood dan keletihan untuk berbuat demikian.

Saya, Khadijah Nizam dan Aisyah Idrus berjalan sakan di KL. merantau dan menumpang dari satu rumah ke rumah yang lain [4 malam, 4 rumah]

Terima kasih kalian kerna sudi bermusafir bersama :)


Hari pertama, 28 Julai 2010:


Sampai di Stesyen bas Bukit Jalil, Aisyah sudah setengah jam menunggu. Maaf Aisyah. kami terus menuju ke Mid Valley setelah berpenat lelah mencari idea untuk letak beg kami. akhir sekali, berulang alik dari stesen LRT ke stesen bas. kemudian naik LRT ke Mid. malangnya, kami sesat.haha, tak tengok peta betul-betul. Sangat letih sebab tak lunch, terlajak sikit dari LRT Bukit Jalil, turun kat Sri Petaling, makanya, kami perlu berjalan dari Sri Petaling ke Bukit Jalil. tengah letih-letih tu, rezeki kami, jumpa kedai makan. Alhamdulillah, kumpul tenaga.
Misi seterusnya, ke rumah Naqibah dorm saya semasa saya tingkatan satu di SMKASAS, Kak Noriza Ariffin @ Ija. Dia suruh kami berhenti di Taman Melati. Nasib baik tak sesat dah. Dia jemput. sangat gembira bila dapat bersua kembali setelah 8 tahun berpisah! Jazakillah Khair kak Ija, atas jasa baik akak kepada kami, sang musafir.

*kami sangat nampak macam rusa masuk kampung. Ah, segannye!*

Hari kedua, 29 Julai 2010:

Terlebih berehat, sebab keletihan. hihik. keluar ke SOGO untuk misi besar. Naik PUTRA ke Taman Melati. Satu insiden best berlaku. di Dang Wangi, tiba-tiba train berhenti. lampu bukak tutup, ada orang jatuh. Akhirnya, semua penumpang perlu keluar dari train tersebut. Disuruh mengambil bas. Erk, dah la tak tahu apa-apa pasal jalan kat KL ni, lagi-lagi kat Dang Wangi. kat mana tu? Saya telefon Abang Apis [tak pernah-pernah telefon, tiba2 call, mintak tolong], Khadijah call maksu dia. Kak Ija dah risau-risau dah kat kami. Akhirnya, kami naik monorail dan Kak Ija ambil di Titiwangsa. Dah lah kunci rumah Kak Ija ada kat saya, tak masuk rumah Kak Ija, sampailah Kak Raja balik. Maaf Kak Ija :(

Malam tu, bergerak terus ke Selayang Baru, rumah Opah Khadijah.

Hari Ketiga, 30 Julai 2010:

Ke Jusco Wangsa Maju. berjanji dengan dia untuk bertemu memandangkan dia takde kelas pada hari jumaat. Juga, buat temujanji dengan Kak Farah Ayuni, kakak naqibah saya masa form 4. 5 tahun tak berjumpa. Terima kasih! happy sangat. Alhamdulillah.

Sempat lagi ke KLCC. tetapkan masa dari 4-5.30 petang je. Sampai Selayang dengan kelam kabut untuk bersiap sedia ke Majlis akad nikah Puan Fathiyyah. Terima kasih Pak Ndak Khadijah yang menghantar kami ke rumah Huda Mustoffa :)


Alhamdulillah, malam tu, sahabat saya, Wan Fathiyyah selamat bergelar Puan. Tahniah! :D
*Thia, awak sangat cantik!*

Hari ketiga, 31 Julai 2010:

Alhamdulillah, Alhamdulillah.

dapat berjumpa dengan ramai orang. Sahabat-sahabat KISAS dan Gen 7.


Juga dapat berjumpa dengan Dr. Sarah Shukor.


Saya: Eh, kak Sarah!

KS: Erkk.. [sambil muka blurr]

Saya: Hehe, akak tak kenal saya, saya je kenal akak. saya Asyila [haha, sangat tak malu memperkenalkan diri]

KS: Ooo, awak ke Asyila..


^^


Semasa sesi tangkap gambar pengantin di dalam rumah, Bro Acai [photographer rasmi Fathiyyah] tegur saya,


Bro: Eh, macam pernah tengok
Saya: Semalam kot, masa majlis akad nikah

Bro: [dengan muka berkerut-kerut] haa, kat blog Fathiyyah!

Saya: [senyum sambil tahan rasa nak gelak]. Puan Fathiyyah oo Puan Fathiyyah.


* Adakah saya kena guna khidmat Bro Acai ni semasa Majlis saya nanti? :P*

Barakallahulakuma Puan Thiaa. Tumpang gembira untuk anda.

Hari kelima, 1 Ogos 2010:


Semalam kami tidur di UIA. menyelinap. Terima kasih Cik Falihin yang hantar kami ke Mahallah Safiyyah :)


Pukul 10am, kami gerak ke Terminal PUTRA, Gombak. Kak Uda dan Abang Emi datang ambil saya dan Khadijah untuk dihantar ke Hentian Duta. Terima kasih menemani kami ke Hentian Duta, dah serik dah sesat ni. Kami semua menghala ke utara. cuma bas lain-lain.


*saya sangat sebak sebenarnya semasa nak pulang ke Penang, bagi SMS kat Puan Fathiyyah, cakap nak balik dah. tak sangka, kawan saya yang sorang ni dah jadi milik orang. :)*

Sangat banyak kami hutang budi dengan orang. Terima kasih kalian! sangat penat tetapi menarik!

yang penting, SABAR! :D

*gambar banyak-banyak, kemudian ye. keletihan*