28 February 2009

anime merapu

0 Respon
baru lepas abes exam anatomy.tawakkal.usaha dah dilakukan MySpace.berjalan-jalan terus menuju ke kedai a'sir.dengan mood yang tidak berapa baik hari ni, rasa macam nak bunuh orang je. MySpace .nasib baik masih lagi waras.boleh lagi gelak-gelak dengan kawan. MySpace

saya malas nak ambil peduli dengan apa yang orang dah buat pada saya MySpace .sedih tu memang sangat sedih MySpace .

saya nak keluar berjalan-jalan dengan aisyah ni.ada siapa2 nak ikut??

ok..bye then..sob3
MySpace

*baru balik dari tempat tu.rasa macam mahu tidur..MySpace

27 February 2009

23 February 2009

gambar saja

0 Respon
[[TIADA KATA TERUCAP]]

koleksi gambar-gambar dari album syria dan hadiqah..

::maqam abi darda'::

::burung merpati yang bebas berterbangan di sekitar masjid omawi::
::masjid omawi::
::tugu salahuddin al-ayyubi::
::bandar damascus dari atas bukit::
::gaya pro mengambil gambar::
::tartous::pulau arwaad,syria::
::kubu salahuddin al-ayyubi di syria yang dikelilingi oleh tumbuhan hijau::
::tumbuhan yang menghijau::
::hijau::
::damsyik::damascus::dimasyh::
::tak disuruh bergambar pun,mereka sudah bersiap 'beratur' untuk diambil gambar::(bijak..bijak)
::peta hadiqah yang sangat luas::(siapa rajin,sila explore sendiri taman ni)
::salah satu jalan utama di hadiqah::
::this pic was captured by shukriah::tak tahu kenapa
::riang mereka bermain::

*mak,abah,ina,pakngah dan ikin sihat-sihat sahaja sekarang ni.alhamdulillah,ada kemudahan untuk berhubung.tidak perlu risau lagi.=)

*sedang bersiap sedia untuk menghadapi exam sabtu ini.doakan kami ya~!!

21 February 2009

selamat beribadah~

0 Respon
[[21 februari 2009]]

akhirnya tarikh ini muncul jua.kudoakan semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.baru lepas menghubungi abah,mak dan ina.kecoh-kecoh ina di talian menyakat saya pasal mesej yang saya hantar pada mak malam semalam.*blushing*

insyaAllah abah,mak,pakngah,ina(adik bongsu) dan ikin(sepupu saya) dijadualkan 'terbang' ke Arab Saudi untuk menunaikan UMRAH.perancangan pada awalnya lain dan akhirnya lain yang jadi.dengan penuh redha,saya menerima.kita merancang,Allah merancang tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

saya cemburu akan Ina.kecil-kecil lagi sudah berkesempatan menjadi tetamu Allah.sehingga kini saya dan mak mencari-cari ruang masa untuk pergi bersama-sama,tetapi ada sahaja halangannya.

selamat beribadah buat kalian.bawakan sekali doa-doa saya dan sahabat saya ke sana ya.hati-hati di sana.

*semasa majlis penutup hari keluarga penang berlangsung,hati sayu teringatkan mereka ini. :-(

20 February 2009

berpagi-pagian

0 Respon
selamat pagi semua..=)

tinggal sehari sahaja lagi saat itu akan tiba.saya cemburu.cemburu melihat mereka.tidak mengapalah,bukan rezeki saya.mungkin lain kali.

weekend bermula.lega rasanya setelah seminggu sibuk dengan kuliahnya.minggu pertama selepas cuti.apa yang jadi ya?terdapat beberapa tugasan(luar bidang) yang perlu saya lakukan.alhamdulillah hampir selesai semuanya.

hari ini hanya berehat di rumah.harapnya saya memanfaatkan setiap detik yang berlalu itu.'masa itu ibadah'.saya ternampak ayat ini pada status ym senior saya.terima kasih ingatkan diri yang lalai ini~
*mungkin akan ke rumah penang kerana ada program sedikit*

spotting exam(anatomy) akan dijalankan pada 28 feb 2009 nanti.minggu hadapan.doakan kami semua dapat jawab dengan mudah ya!!

*pagi-pagi lagi saya dah diingatkan makan ubat.terima kasih.

17 February 2009

kisah semalam

0 Respon
[[KISAH SEMALAM]]]

semalam sy ke hospital.kenapa?sebab kena jumpa doctor la.hehe.usah ditanya sakit apa.sy mahu menceritakan gelagat-gelagat manusia di hospital semalam.ini kali ke 4 mungkin saya ke hospital al hikmah sepanjang saya berada di tahun dua ini.banyaknya.mungkin itu yang keluar dari mulut kalian ketika membaca 'kali keempat'.mana tidaknya,baru beberapa bulan di mesir(selepas pulang bercuti di Malaysia).sebenarnya,saya baru kali kedua ke hospital atas urusan peribadi.dua kali lagi itu saya hanya menemani kawan rumah saya,fathiyyah dan aimi.kali terakhir,saya ke hospital adalah pada 1 disember 2008.kenapa saya ingat tarikh ini?fathiyyah dan huda tahu apa yang saya lakukan pada jam 6 petang itu.=D

saya dan aisyah ke hospital pada jam lebih kurang 5.10 petang.tiba di sana dalam 5 minit kemudian.dekat bukan?saya mendaftarkan diri untuk pemeriksaan doktor dengan bayaran LE20.berjumpa nurse,ambil nombor giliran.16.nurse itu berkata,doktor akan tiba pada jam 1800.kami pulang ke rumah dahulu,solat dan makan.

jarum pendek menunjukkan angka 6 manakala jarum panjang berada pada angka 4.kami sudah lambat!!kelam kabut kami ke sana.masuk ke klinik pesakit luar,sy terasa semua mata memandang ke arah kami.ya,memang benar!saya kaget sebentar.apa yang disembangkan bersama aisyah tadi terberhenti begitu sahaja.kami berbaju kurung.bertutur dalam bahasa melayu yang asing bagi mereka.rupa kami bukan dari kalangan timur tengah seperti mereka.mungkin tiga sebab ini yang menyebabkan kami dipandang sebegitu.tidak mengapalah,fenomena sebegini sudah biasa bagi kami.

ada kerusi kosong di tengah-tengah antara seorang pakcik dan makcik.aisyah memberikan saya peluang untuk duduk di kerusi itu.dia hanya berdiri bersandarkan dinding.diam.tak tahu mahu lakukan apa.ikutkan hati mahu sahaja saya buka mulut bertanyakan itu ini kepada pakcik itu.tapi kelihatan beliau sangat letih.saya batalkan niat itu.saya dan makcik hadapan saya berbalas senyuman.beberapa kali kami lakukan sedemikian.=)

makcik sebelah saya.kasihan saya tengok beliau.sekejap sekejap bangun,berjalan-jalan ke sana ke sini sambil mulut berkata-kata.tidak silap saya,dia sudah lama menunggu dan tak masuk-masuk lagi ke dalam bilik doktor itu.kemudian beliau duduk kembali.saya terlihat ada beberapa orang yang seperti mentertawakan beliau.*tak tahu nak cakap apa*

saya beranikan diri untuk bertanyakan nombor giliran pesakit yang baru masuk ke bilik doktor.takut-takut saya terlepas.

'lau samahta,dilwakti raam kam??'tanya saya sambil memaniskan muka.

beliau memulakan jawapan sambil tangannya menunjukkan isyarat supaya saya membuka resit saya dan menunjukkan nombor giliran.'sitta asyar.lissa.ana arba'ata asyar'

saya mengangguk tanda faham.'syukran'

makin lama,makin ramai pula manusia yang hadir.warga emas.rasa bersalah menyelubungi hati.lantas,saya bangun dan mendapatkan aisyah yang sedang khusyuk menonton CSI di tv yang disediakan di bahagian atas.saya berdiri di sebelah beliau.kadang-kadang rasa sakit itu muncul.tapi saya boleh lagi tertawa.(tak tahu kenapa kalau duduk dengan aisyah asyik nak gelak je).nurse datang lagi.membacakan nama-nama yang akan mengambil giliran selepas pesakit yang sedang dirawat oleh doktor safwaat yousuf kadwaanii itu.huh.nama saya masih jauh lagi.12.tak silap saya itu giliran sekarang.tak larat dah nak menunggu.sambil membaca buku embryology yg dibawa bersama supaya masa tidak terbuang begitu sahaja.

terdengar suara wanita menjerit.pandang ke kanan.nampak seorang wanita sedang dipapah sambil terhenjut-henjut dek kakinya kanannya yang seperti punya masalah.dia menghampiri saya.seperti memerlukan pautan lantas saya mencapai tangannya untuk membantu sedaya mungkin.seorang wanita tua.mungkin ibunya,yang bertindak seperti mahu mendukung beliau.seorang lelaki bangun dari tempat duduknya dan memberi ruang pada wanita itu tadi.*sedih saya memandang keadaan beliau*

eh,ada kerusi kosong lagi!semua orang tidak mahu duduk.kata mereka,giliran mereka sudah hampir tiba.tidak mengapa.beberapa makcik arab memandang saya dan menyuruh saya duduk.terima kasih.sebelah saya adalah makcik yang senyum-senyum pada saya awal-awal tadi.saya yang kononnya ramah,bertanya kepada makcik itu maksud satu perkataan arab yang terlekat pada pintu bilik.tak pasal-pasal dengan hanya satu perkataan tu,kawasan tu menjadi kecoh.semua tertumpu kepada saya(lagi??).dengan semangatnya makcik tu menjawab..blablabla..(saya yg tak faham makcik ke makcik ni yang tak faham soalan saya?)akhirnya,baru makcik tu faham yang saya hanya bertanyakan apa itu...dan bukannya mahu pergi ke bahagian itu.maaf ye makcik atas salahfaham itu. =(

lebih kurang 7.30 malam,giliran saya pula untuk masuk dan bertemu doktor safwaat itu.kami berkomunikasi dalam bahasa inggeris.alhamdulillah.senang sikit nak complain.tiada apa yang serius.cumanya doktor cakap saya hypotension.tak teruk pun.saya kena buat pemeriksaan susulan pada hari isnin akan datang.beliau akan beri vitamin.nasihat beliau 'makan sayur yang telah dimasak'.saya dan aisyah gelak-gelak je.hihi..terima kasih doktor.

saya keluar dari bilik tanpa memandang sesiapa.terus meluru keluar mencari farmasi.
pengalaman yang menarik sepanjang berada di hospital semalam!

*maaf kerana entry kali ni sangat panjang.
*saya selalu terlupa untuk makan ubat sebelum ambil breakfast,lunch atau dinner.tolong ingatkan saya ya!!
0 Respon
hari ini 17 februari 2009. aku menghitung detik itu.lebih kurang 5 hari dari sekarang.ya,5 hari..InsyaAllah.moga segalanya urusan mereka dipermudahkan.AMIN..

21 februari 2009
12 pm waktu malaysia
KLIA


*all the best untuk exam esok..segala 'pergolakan' harap tidak mengganggu konsentrasi masing-masing.bittaufik wannajah~

16 February 2009

0 Respon
[[AZHAR PARK]]


khusyuk budak kecik ni main pasir.sampai shuk tangkap gambar berkali-kali pun tidak disedarinya


assalamualaikum wb.t..


hari ini sudah hari kedua persekolahan bermula.alhamdulillah sesi pembelajaran bermula dengan lancarnya walaupun pada mulanya nampak macam ramai yang 'blur' dek terlalu enjoy dengan cuti selama 2 minggu.hehe..hari ini juga adalah hari ketiga saya kurang sihat.tidak tahu apa sebabnya.harap-harapnya bukan masalah yang serius.doakan sy cepat sembuh ye.=)

minggu lepas,setibanya saya di mesir dari bumi jordan,rumah kosong.radin dan sahabat-sahabat dari jordan(yang menetap di rumah sy sepanjang keberadaan mereka di sini) pergi ke sinai dan dahab.keesokan malamnya baru mereka tiba di rumah.meriah tiba-tiba ada husna dani dan shukriah di rumah saya ni.habis kisah-kisah lama keluar.(husna dani was my classmate 501 and shukriah was my dormmate f4,f5).seronok!!satu perkataan yang boleh saya katakan apabila mereka ada.kami tidur lambat malam tu.konon-kononnya nak tengok cerita cartoon.sy tak ingat tajuk apa dan yang penting cartoon itu versi arab.tapi arab fushah.sy suka.tapi syuk tak mahu untuk teruskan tontonan.ingatkan nak tengok keesokan harinya.tapi.....hehe

12 februari 2009


pagi-pagi lagi,semua telah berbincang-bincang destinasi untuk disinggah pada sepanjang hari itu.keputusannya adalah, fathiyyah akan membawa kak nora,husna dani,sod dan syida ke genina mall manakala saya dan shukriah ber'dating' di hadiqah azhar(azhar park).kata shukriah,beliau mahu melihat-lihat kehijauan tumbuhan di mesir ini memandangkan di jordan kekurangan sumber alam yg itu.(betul,sy tk menafikan sebab saya sudah menyaksikannya sendiri.masa shuk cakap tu,baru sedar yang mesir banyak jugak pokok).

setibanya di hadiqah azhar itu(azhar park),kebetulan group huda juga dah sampai.tetapi,shukriah tetap mahu berjalan-jalan sendirian.tahun lepas,semasa musim bunga saya sudah ke tempat ini.subhanallah.banyak bunga dan pemandangan cantik.tapi kali ini saya pergi untuk kali keduanya pada musim sejuk pula.bunganya tak sebanyak masa saya pergi tahun lepas.kali ini puas ber'tawaf' di hadiqah itu.penat kaki melangkah.hati terhibur melihat kerenah dan telatah manusia yang pelbagai.takjub dengan keindahan Islam yang dipraktikal di sini,kesepaduan umat Islam itu juga.

terima kasih ye shukriah sebab sepanjang hari berjalan-jalan dari hadiqah ke kasr el-aini medical school kemudian ke ibn-hamidi seafood restaurant dan akhirnya 'tumbang' bersama-sama..hihi..nice journey~





* hari ini kelas embryology yang menarik.development of face~subhanallah
* sebentar lagi saya akan ke hospital.doktor akan tiba pada jam 1800.makanya saya dan aisyah pulang ke rumah dahulu selepas mengambil giliran.

08 February 2009

jelajah jordan dan syria

0 Respon
[[JELAJAH JORDAN]]

assalamualaikum w.b.t...


hamdallah..selama 10 hari berada luar dari ardhul kinanah ni, merantau ke jordan dan syria, banyak pengalaman telah diperoleh..


hati-hati diikat dgn mahabbahNya..pelbagai pengajaran diambil dari pengembaraan kami di sana..insyaAllah..

setibanya di AMMAN AIRPORT,kami (sy,fathy,aisyah,husna,k.sharifah nurulhidayah,k.nadiah,k.mufidah,k.sakinah kamil,k.hafizah) dijemput oleh sahabat-sahabat dari jordan..gembira tak terkata apabila sahabat yg sudah hampir 2 thn tidak bersua,berkesempatan bersama mereka pada ketika itu.. =)

antara kawasan yg diziarahi ialah:

-umm
u qays
-ajloun-kota Ar-Rabad

-jerash
-Qasr Kharranah
-Qasr Amrah
-Gua Ashabul Kahfi
-Philadelphia (Jabal Qala'ah)
-Muzium kereta diraja Jordan

-Makam Nabi Yusha bin Nun
-Makam Nabi Syuaib a.s

-Tugu peringatan peperangan Karamah
-Laut Mati (hotspring)
-Mount Nebo (tempat persinggahan Nabi Musa a.s)
-Qasr Qatranah

-Mata air Nabi Musa a.s
-Kota Nabatean Petra
-Aqabah
-Wadi Rum


kebanyakan orang yg sy tanya tempat yg paling best masa JJ (Jelajah Jordan), rata-rata memberikan jawapan yang hampir sama..WADI RUM..

::sy bersama fathiyyah::::mesir dan jordan::
::aisyah,kak sakinah dan husna sedang 'study' peta::

::bergambar bersama pahlawan-pahlawan di Ajloun::
::mereka::(husna,aisyah,atiqah dan fathy)
::bersama sahabat-sahabat jordan::
::qasr kharranah::
::saya dan atiqah::
::koleksi kenderaan di Muzium Kereta Di Raja Jordan::
::Petra::
::kawasan di sekitar Petra::
::lagi kawasan Petra::
::kami::
::saya dan atiqah di Aqabah::
::husna dan aisyah::
::wadi rum::
::kami di wadi rum::
::track yg dilalui oleh jeep kami::
::batu::
::kami bertiga di ummu qays::


setakat ini sahaja..insyaAllah lepas ni akak menyusul pula kisah kami di Syria =.=


mahu kisah kami di jordan lebih lanjut, sila ke blog
fathiyyah ini..

salam..