16 June 2011

Ceramah pagi

3 Respon
Alhamdulillah, tengah pagi ni berkesempatan dengar ceramah pagi kat radio IKIM.fm :)

Maka, nak berkongsi serba sedikit mana yang dapat.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Bismillahirrahmanirrahim..

Seseorang itu, apabila ada rasa kehambaan, apabila diuji, dia akan rasa dia layak diuji


Ada seorang Imam berkata (tak ingat Imam mana)

Seseorang itu dikira memberontak dengan Allah, apabila dia menghilangkan kebiasaan yang ada dalam dirinya

Contohnya,
Kita diberi ujian, kita masuk bilik, berkurung dalam bilik lama-lama. atau bunuh diri atau macam-macam yang pelik kita buat, beerti kita memberontak dengan Allah pada ketika itu.

Cubaaa bayaangkan betapa banyak kita dah buat benda-benda tak selalu kita buat apabila kita down???

Ada satu kisah ini,

Ada seorang hamba Allah, membeli sebiji tembikai dan membawanya pulang ke rumah, tatkala si isteri memotong buah tembikai itu, rupanya tawar. Si isteri pun berang.

Si suami berkata,
"Kamu marah dengan siapa? Dengan saya? saya membeli buah tembikai ini, dengan harapan buah itu manis, begitu juga dengan penjual dan petani. Semua mahu yang terbaik. Kamu marah begini, beerti kamu marah, memberontak dengan Allah"

Ulang lagi,

Seseorang itu, apabila ada rasa kehambaan, apabila diuji, dia akan rasa dia layak diuji

Jom fikir-fikirkan dan Selamat beramal! :D

p/s: tak sempat tengok gerhana bulan. Tapi tengok video pun dah rasa sebak, kalau tengok live, lagi lah kan? SubhanAllah!

09 June 2011

Jangan kacau

7 Respon
Salam wbt,

Alhamdulillah,

hampir sebulan berulang-alik ke Central Telekom ni Saad Zaghloul untuk menguruskan masalah line telefon kami, dengan kerenah yang bermacam-macam, akhirnya selesai juga pada hari isnin lepas, tetapi line internet pula bermasalah. Sehingga pakcik makcik di central telekom tu, dah kenal dah saya, radin dan wae ;P

urusan line internet pula, terima kasih buat Effa dan seorang senior yang sudi meluangkan masa untuk mencuba untuk betulkan line.

Terima kasih semua, yang sudi menumpangkan kami serumah, merempat di rumah-rumah kalian, menumpang internet. Gara-gara musim peperiksaan, nota-nota banyak yang dikongsikan. sedikit tekanan kerana antara yang lambat tahu :'(

Moga-moga dengan ujian yang Allah bagi ini, semakin meninggikan lagi tahap sabar kami. Sabar itu mana ada hadnya, cuma kita yang nak atau tidak untuk cuba bersabar kan? :)

Secara rasminya, Final exam untuk pelajar tahun 4 akan bermula pada hari Ahad ini, 12 Jun 2011.

12 Jun 2011- 17 Julai 2011

Ini tempoh musim peperiksaan, maka, izinkan saya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran saya (eceh :P )

Saya minta maaf atas segala salah silap, yang sengaja mahupun tidak.

Nak berkongsi apa yang saya dapat pagi tadi :)

"Tertundanya pemberian setelah engkau mengulang-ulang permintaan, janganlah membuatmu berpatah harapan. Allah menjamin pengabulan do'a sesuai dengan apa yang Dia pilih buatmu, bukan menurut apa yg engkau pilih sendiri, dan pada saat yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yg engkau ingini"

[Al-Hikam, Ibnu 'Athaillah As-Sakandari]


Kerana Allah tahu yang terbaik :)
Serahkan pada DIA, setelah kita berusaha. Tawakkal.


Bittaufiq wannajah buat sahabat, adik-adik, kakak abang yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan! Saling mendoakan ya!

p/s: sebulan sebelum exam, saya buat benda separa gile, haha. nasib baik recover masa nak exam ni dan tak terganggu, alhamdulillah :D