Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

28 January 2010

Pesan Emak

6 Respon

Telefon bimbit dimatikan sebab bateri sangat low dan dah bising-bising suruh charge. dalam sejam juga lah. dalam 3.55 am, saya on kan semula telefon bimbit sebab rasa macam ada mesej masuk.ceh, instinct kuat. betul, ada mesej masuk. dari emak saya

" Kerjaya doktor bukannya mudah kerana banyak cabaran. Family bangga bila ada anak yang memilih profesion ini. Jangan cepat putus asa. Kami di sini sentiasa mendoakan akak tabah adapi cabaran di sana. Amin "

oh, oh.. sangat terharu membaca sms dari emak ni.

tiba-tiba teringat perihal pada hari sebelum itu. saya telefon emak, minta restu untuk exam pada keesokan harinya. mengadu juga susah, payah, penat ambil Medik ni. mesti mak susah hati kan. bersalah pula.

apa-apa pun, memang emak dengan abah lah yang selalu bagi nasihat semua. Terima kasih banyak-banyak!

Pagi tu jawab exam dengan semangat yang tinggi! wah,wah! :P

++ Ina akhirnya mengaku yang dia merindui kakak dia ni
++ Yeay! Atiqah, Arina, Akmal Asyiqien nak datang Mesir!
++ Rasa macam nak balik Malaysia winter ni.hmm..hmm..
++ Saya sedang belajar menerima dan belajar jadi matang. Tempoh masih lama mungkin [hopefully sempat] :)

19 January 2010

sabar

9 Respon
*sigh*

lama fikir, siang malam

aku ni tak cukup bagus agaknya
itu yang Allah uji macam ni
suruh perbaiki diri kan,kan?

sabar
jangan cepat marah
banyak hikmah tersembunyi yang hanya Dia sahaja yang tahu

Ya Allah, berikan kekuatan pada diriku!

"Dan mohonlah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan solat. Dan [salat] itu sungguh berat kecuali orang yang khusyuk" Al-Baqarah: 45




20 December 2009

Cemerlang!

3 Respon

Sikap orang cemerlang:


Niat yang betul
Ada wawasan dan matlamat
Berani dan sanggup berkorban
Sentiasa menambah ilmu
Perhatian terfokus
Daya tahan yang tinggi
Bersifat warak
Sabar
Mencontohi orang berjaya
Tekun dalam membina kerjaya
Manfaatkan masa muda
Amanah dan jujur
Bekerja secara berpasukan
Sentiasa muhasabah diri

* Syukran Ya Mu'allimah! Ana Uhibbuki Fillah. Wahasytinii awii <3 <3
* Tahniah Radin! cita-cita tercapai! janji akan dilaksanakan,InsyaAllah :)
* Jom sama-sama menjadi orang cemerlang dunia AKHIRAT! :D


19 June 2009

HidayahMu kudamba

7 Respon
Terasa ada kekurangan dalam rutin hidup saya.ya,memang ada yang tak kena.saya berfikir sejenak.mencari di mana silap itu.saya 'lapar'.bukan kerna gastric juice yang merembes-rembes yang menyebabkan saya 'lapar'. Jiwa saya yang 'lapar'. Saya perlukan 'makanan' rohani untuk mengurangkan apa yang saya rasa ini. Jauh sungguh saya dengan Al-Khaliq.

"Ya Tuhan Yang Maha Pengampun, hamba ini lalai, leka dengan segala nikmat duniawi yang telah Engkau kurniakan ini. Silap diri ini sendiri. Ampuni hambaMu ini Ya Allah. Jangan Engkau tarik kembali hidayah yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Jangan biarkan aku terumbang-ambing di dunia ini sendirian. Aku perlukan bantuanMu. Semoga aku sentiasa berada di jalan yang diredhaiMu"

Astaghfirullah..

mata yang basah, menangis kerna KEHENDAK diri tidak dipenuhi
lidah yang hanya banyak di'basah'kan dengan perkara-perkara lagho

aku perlukan ini..

mata yang banyak menangis kerna sering mengingati mati, dosa-dosa menggunung tinggi..
lidah yang sentiasa mengalunkan zikrullah, bercakap soal Agama, permasalahan ummah..

bantulah daku..pimpinlah daku..

++ teringat zaman sekolah yang mengajarku apa itu erti tarbiyah. =)

***************************************
Muslimah hari esok akan kembali merenung hari semalam. Bukan semalam yang hampir, tetapi kelmarin yang jauh

saya petik ayat ini dari kitab 'Muslimah Hari Esok' karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi. saya pinjam dari Cik Roommate saya. Syukran Ya Ukhti. buku ini memang menarik. walaupun nipis,ringkas tetapi isinya padat. saya baru baca separuh. selepas menelaah kitab Histology tadi. nanti saya akan sambung lagi.

sedikit kisah menarik yang ingin saya kongsikan di sini.

wahai Muslimat..

contohilah Khansa'

Ummu kepada 4 orang anak lelaki yang mana beliau menginginkan kesemua anaknya mati syahid.(ini selepas kehidupan beliau memeluk agama Islam)

beliau mengarahkan 4 orang anaknya untuk menyertai Peperangan Al-Qadisiah yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, beliau mengingatkan anak-anaknya supya sentiasa mara tanpa berundur ke belakang, terus tetap melangkah tanpa ragu-ragu untuk mencapai mencapai Syahid di jalan Allah. Tatkala ada antara mereka yang lemah semangatnya, beliau tidak putus mengingatkan mereka supaya meneruskan perjuangan..

Betapa tingginya iman beliau tatkala menerima berita kehilangan 4 orang putera sekaligus. Beliau tidak menangis.tidak juga beliau meratapi dengan ratapan jahiliyyah.dengan keimanan mengatasi kesedihan, beliau mengucapkan kata-kata ini..

Segala puji bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kematian mereka dan menjadikan mereka sebagai pemberi syafaat bagiku di akhirat kelak
Kental sungguh hati si ibu,Khansa', wanita yang pada jahiliyyahnya dia hampir membunuh diri tatkala saudara tirinya, Sakhr meninggal dunia tetapi apabila telah memeluk agama Islam, peribadi beliau sangat mengkagumkan.

kisah ini membuatkan saya teringat pada Ummu Ammar.beliau redha dengan kematian anaknya itu.InsyaAllah, Syurga itu tempat arwah.Amiin..

semangat si ibu ini perlu dicontohi oleh semua wanita. banyak lagi sejarah Islam (kelmarin yang jauh) yang boleh dijadikan iktibar.

jika mahu menjadi seperti mereka, Islahkan diri dahulu. Jadi yang terbaik dan contoh teladan buat anak-anak kita. =)

--> buat semua muslimat dan bakal zaudj ku, nanti kita hantar permata hati kita belajar berenang, memanah dan menunggang kuda ya! biar mereka jadi pejuang Syiar Islam yang hebat. InsyaAllah. =P

Dan Allah tidak akan menunda(kematian) seseorang apabila kematiannya datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan
-Al-Munafiquun:11-

selamat pagi semua!

Asyila
0500
19 Jun 2009

29 May 2009

Temuramah bersama adik-adik darjah 4

7 Respon
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

sudah 4 jam setengah saya dihidupkan selepas mati buat sementara seusai menunaikan solat Maghrib semalam.

menelaah pelajaran.. Biochemistry terchenta. (Ahad ni exam!)

Azan Subuh dilaungkan.0411

menggerakkan yang mana masih 'mati'.=)

Sujud Sajadah dan Mathurat selesai dijalankan. Hamdallah..

Niat di hati untuk menutup laptop ini dan sambung menelaah pelajaran+tido jap. tapi, window cikgu Rosniah (cikgu Sains sekolah rendah) muncul.

oh, rupa-rupanya kena temuramah dengan cikgu yang sedang bersama-sama pelajar tahun 4 Anggun (kelas lama saya tu).adeh..dah la kena speaking English. tunggang langgang la jawabnya..

Zassss...layan je laa~ (abaikan segala kesalahan tatabahasa.malas nak edit)

rosaz167: syila could you please respond me cz im with my students wright now
asy24_girlz: yes
asy24_girlz: ye cikgu
asy24_girlz: sori,td solat subuh
rosaz167: Syila im with y4 students
asy24_girlz: oo
asy24_girlz: ok
rosaz167: they want to know what time now at your place
asy24_girlz: oh
asy24_girlz: now 5 am
rosaz167: it is 10.00 am in Changkat Lada
asy24_girlz: yes, about 5 hours btween Egypt n Malaysia
asy24_girlz: who are with u right now? i means their names
rosaz167: all pupils in year 4 anggun
rosaz167: there are 32 pupils
asy24_girlz: oo
rosaz167: k.syila why are you staying in Egypt?
asy24_girlz: further my study in medicine
asy24_girlz: for about 6 years
rosaz167: How many year left?
asy24_girlz: about 4 years InsyaAllah
asy24_girlz: i'm now having my final exam for second year
rosaz167: Ariif: Have you been in Mecca?
asy24_girlz: not yet
rosaz167: Amirul: Have you married?
asy24_girlz: not yet. (married while studying? it is a hard job to do)
rosaz167: Iqmal: Is there any pyramid around you?
asy24_girlz: yes. pyramid is situated at Giza, nearby my university but i haven't go there
rosaz167: Irfan: Where is you family, now?
asy24_girlz: at Bukit Mertajam, Penang
rosaz167: Nukman: Have you taking your breakfast?
asy24_girlz: not yet. usually taking breakfast at 9am
rosaz167: Farhan: What is the famous food there?
asy24_girlz: Tokmaiyah.
asy24_girlz: it is similar to masalode
asy24_girlz: take it with wheat bread+ vegetables
rosaz167: Aiman: Do you have any Malaysian friends in Egypt?
asy24_girlz: yaa..there are a lot of Malaysians. as my classmates are all Malaysians
rosaz167: Syafina: How can I be like you? study in Egypt.
asy24_girlz: ok
asy24_girlz: make sure u study hard n smart
asy24_girlz: get the best results in exam
asy24_girlz: every exams n maintain the excellent result
asy24_girlz: starting from now ok?
rosaz167: Mustakizah: are you happy staying there?
asy24_girlz: yes. I can explore other country and get new experiences while communicates with Egyptians. seeing their behaviour.take the good n leave the bad
rosaz167: Azam: How old are you?
asy24_girlz: 20 years old
rosaz167: thanks syila for spending your time with them
rosaz167: do you have class today
asy24_girlz: welcome
asy24_girlz: no
asy24_girlz: now is study leave
rosaz167: maybe we can meet you another time
asy24_girlz: as exams are juz around the corner
asy24_girlz: insyaAllah
asy24_girlz: do pray for me ya Cikgu!
rosaz167: I thought that you had your exam already
rosaz167: Insyaalah Syila you still the best and will be the best forever
asy24_girlz: i had my 2 papers last week and left 3 more papers
asy24_girlz: insyaAllah Amin
asy24_girlz: tq cikgu
rosaz167: we also have our semester break for two weeks
asy24_girlz: starting from?
rosaz167: Students: Hope u can answer alla questions well
rosaz167: start from tomorrow
asy24_girlz: tq to all of u!
asy24_girlz: happy holiday!
rosaz167: assalammualaikum see u again
asy24_girlz: send my regards to them
asy24_girlz: waalaikumsalam

takdela lama sangat melayan diorang ni.wohooo..budak-budak ni dah start cuti sekolah! saya sangat cemburu! saya masih lagi berperang dengan buku-buku di Bumi Nil ini.

++ sebenarnya saya ada tugas oleh cikgu Rosniah tapi saya tk buat sangat pon.sori cikgu..

tidak mengapalah..hanya sebulan sahaja lagi.31 hari lagi InsyaAllah akan kujejakkan kaki ke Penang! dah terbayang-bayang dah aktiviti-aktiviti yang bakal saya lakukan sementelah pulang ke Malaysia. best2..hehe

jaga diri, jaga iman!
semoga segala urusan dipermudahkan. [[buat saya, dia dan kamu]]

Wassalam..

14 May 2009

Cebisan Motivasi

0 Respon
Assalamualaikum wbt..

kurang dari seminggu lagi kami 2nd year student Fakulti Perubatan Universiti Kaherah untuk menghadapi 'written exam'. bermula dengan subjek Physiology.hmm, subjek yang agak 'berat' jika dibandingkan dengan subjek lain.saya yakin semuanya sedang tekun menelaah pelajaran.

saya sedang berehat sebentar setelah saya 'dihidupkan' semula pada jam 0148 tadi. menunaikan kewajipan dan mula menelaah pelajaran.

harap-harap usaha yang saya dan sahabat-sahabat saya lakukan ini diberkatiNya.macam mana sekalipun cara 'study' kalian, yakinlah,itu adalah apa yang kalian mampu.usah gelisah melihat cara belajar kawan-kawan lain.kita sudah ada perancangan sendiri.maka lakukanlah!

--> jangan cepat putus asa
--> jangan mengeluh (sebab bertimbun kena baca)
--> sentiasa berfikiran positif
--> tajdid niat kita setiap kali mula belajar
--> selamat bermujahadah!

jika salah satu daripada semua ini 'lenyap', mengadulah pada Yang Maha Mendengar.merintihlah padaNya. InsyaAllah kita akan jumpa penyelesaian kepada 'masalah' itu.

++ ketepikan masalah peribadi anda.(ceh,pandai kamu nasihat orang lain ye Asyila)
++ lakukan yang terbaik dalam segala hal.
++ jangan abaikan hak insan-insan di sekeliling anda.
(sori ahli anonymous suite kalau kt ada buat salah)

sedikit cebisan motivasi di kala fatrah imtihan ini. ^.^

+ + terima kasih kepada mereka-mereka (salah sangat penggunaan tatabahasa saya ni) yang selalu memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk terus berjuang.especially kepada emak dan abah saya yang selalu mendengar aduan dari anak mereka ni.
(hampir setiap hari ucapan 'good luck exam' datang kepada saya.jzkk. T_T )

+ + terima kasih kepada sahabat-sahabat sama ada ikhwah atau akhawat yang sudi berkongsi nota dan tip-tip kecemerlangan.

++ buat sahabat-sahabat semua, tahun depan kita sama-sama naik tahun 3 ye! jangan ada yang 'tercicir'. Gambate!

++ lakukan pecutan terakhir dalam masa 6 hari ini!

++ semalam adalah hari yang saya rasa sangat happy.mood sangat-sangat baik.tak tahu kenapa.(ahli beit sendiri pun pelik) @_@

asyila
0947
14 May 2009