25 August 2008

0 Respon
oh kenapa saya dah bukak kembali blog saya??
entahlah..
sebabnya,semua kekusutan saya rasakan sudah terlerai..
terima kasih kpd semua yg banyak mebantu dan menyokong~
kehidupan saya sudah kembali normal..
InsyaAllah..
(kalau saya tutup blog saya nii..bermakna saya ada problem la tu ek)

kepada anonymous:thanks atas segalanya..bukan semua orang dapat menerima apa yg kita katakan..sama2 muhasabah diri ye~(tiada dendam di hati)


1707
250808

0 Respon
assalamualaikum..wbt



sekadar ingin berkongsi bersama..
dipetik dari buku PENYEJUK JIWA karangan DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI

salah satu perbuatan yang menunjukkan ketaqwaan adalah BERSAHABAT DGN ORANG SOLEH..
berkunjung kpd mereka dgn rasa cinta dgn melihat mereka..

di sini ada beberapa persoalan yang diketengahkan oleh penulis..

bagaimana seseorang itu boleh bertaqwa kepada Allah keran selalu bersahabat dgn orang2 yang berbuat keji??

bagaimana seseorang itu bertaqwa kepada Allah sementara org tersebut mencintai orang yang melakukan kerosakan di muka bumi?

bagaimana seseorang itu bertaqwa kepada Allah selama masih mensia-siakan waktu orang yg melakukan kerosakan kepada Allah SWT?

dan demikian itu Ali r.a. berkata:"wahai manusia,hendaklah kamu bersahabat dgn org2 yg salih, kerana mereka penolong kamu di dunia dan akhirat"

mereka bertanya:" wahai Abu Hassan jika berteman dgn mereka akan mendatangkan kebaikan di dunia,maka bagaimana mereka dapat menolong di akhirat?"

ia menjawab: apakah kamu tidak mendengar Allah SWT berfirman:

"teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali org2 yg bertaqwa"


al-zuhruf:67

Imam Syafie berkata dalam risalahnya bagi Imam Ahmad:

"saya menyukai berteman dgn org2 yg soleh dan sementara saya tidak termasuk dari mereka, moga2 saya mendapatkan syafaat dari mereka..saya membenci perdagangan org2 berbuat maksiat,jikalau kita masih sama melakukan kesalahan dgn mereka dlm berdagang."

maka demi Allah,hendaklah kamu bersahabat dgn org2 yg soleh, mengambil manfaat dari mereka, duduk bersama mereka, melakukan dakwah bersama mereka, kerana perbuatan itu paling mulia yg dapat menolong kita di dunia dan akhirat berpandukan ketaqwaan..

sama-sama kita hayati,renungi apa yg dicoretkan oleh penulis..

"friendship is not created by what we give, but more by what we share..it makes a whole world easier to bear"

19 August 2008

0 Respon
Assalamualaikum w.b.t..

baru sahaja pulang dari kelantan dan terengganu..jauh tu berjalan..ada sebab utama saya dan family ke kelantan tu..sambil2 tu kami bercuti di sana..vacation kami bermula pada:

16 ogos 2008

Ayah saya ikut BKE highway..ikut permatang pauh..aduss..salah jalan plak ikut sini..sebabnya pagi tu sibuk dengan penamaan calon.kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas..jalan raya sesak sangat..hampir sejam kami kat tempat yang sama..tak bergerak2 pun..nak ke highway tu,dari 3 lorong,jadi 1 lorong je.2 lorong dijadikan tempat parking kenderaan2 pengundi dan penyokong..'raya' bendera kat permatang pauh tu..dalam tempoh penamaan calon sampai 26 ogos nanti,kawasan tu akan sentiasa dibanjiri oleh orang ramai..

Kira2 pukul 11 pagi, baru lah kami dapat bergerak dengan lancarnya..sampai di pulau banding dalam pukul 12 lebih..berhenti makan..ambil angin kat situ.tangkap2 gambar..tasik tu cantik..tapi ada la seorang kenalan saya cakap, malam2 lagi 'lawa'..hmm paham2 sendiri la ye..kawan ayah saya, yang menetap di machang jemput kami sekeluarga tido kat rumah dia..sebab esoknya,kami ada 'hal' penting untuk dilakukan..hehe..

17 ogos 2008

Selepas zohor,kami ke bachok untuk selesaikan 'hal' tu..kira2 pukul 6 petang,semuanya selesai dan kami mula mencari hotel..jenuh gak cari hotel sebab yg full,cuti sekolah la katakan..last2,dapat gak cari tempat penginapan untuk 2 malam..grand river view hotel..malam tu semuanya berehat di dalam bilik je..kami sekeluarga makan2 depan tv,sambil tengok lee chong wei beraksi dalam badminton lelaki perseorangan..tak mengapalah,dapat gak pingat perak..daripada takde langsung pingat untuk malaysia..

18 ogos 2008

After having breakfast,kami ke jerteh,terengganu untuk ke rumah abang adam,'kawan' satu ofis parent saya..act,umur dia 25 tahun sebaya dengan abang saya..sampai jugak la ke terengganu tapi dekat2 dgn sempadan kelantan laa..makan nasik kat rumah dia..sembang2 sikit..kalau makan kat rumah orang kelantan dan terengganu ni tak sah kalau takde budu..haih~walau apa pon,saya tetap tak reti makan benda2 pelik ni..dalam pukul 3.30 petang,kami ke tempat yang banyak dengan keropok losong*..borong la keropok2 kat situ.hehe..

Pukul 6.45 ptg sampai di hotel semula,mandi2,rehat2..malam tu makan2 dengan encik mat zain(kwn ayah yg dok kat machang tu) dan ke pasar malam wakaf cek yeh..takdela beli apa sangat malam tu..

Masa di hotel tu,ada satu insiden yang menyebabkan saya mengalami sedikit kecederaan..haih~nasib badan..hanya insan2 tertentu saja apa insiden tu..sabar je la syila ek..

19 ogos 2008

Bangun2 pagi je,adik saya yg bongsu(ina) ajak2 saya ke swimming pool..saya malas nak teman dia..last2,mak saya turun temankan dia..lepas breakfast,kami check out..terus menuju ke pasar besar siti khadijah, kedai emas..jalan2 macam tu je..cuci2 mata tengok barang dia.takde mood nak bershopping..dalam kereta,semuanya tido..kesian abah drive sorang2,takde sape nak sembang dgn abah..sampai kat tanah merah untuk lunch..pastu ke bukit bunga untuk sambung shopping..saya dan adik saya berpakat untuk membeli bantal spongebob dan patrick..hehe..habis je shopping,dok dalam kereta,apa lagi..aktiviti biasa la~tengok2 dah sampai kulim..pastu makan char kueytiow..nak alas perut jek.saya sebenarnye teringin nak makan pisang goreng..takpela..laen kali pulak.sampai rumah maghrib,angkat2 barang..rehat2 jap..sapu sampah,lipat baju..sambil tengok cerita 'ku milikmu' di tv3,saya dan mak makan nasik pulak..mak saya suruh saya goreng keropok lekor..melantak lagi..waahh..banyak betol kamu makan ye syila..hik3..

**ramai kawan saya cakap sakan saya berjalan cuti ni..biasalah..kalau duduk rumah je,bosan taw..
*plan saya selepas ni..
-bbq dengan pakngah kat kampung
-pergi kenduri kawan saya
-pergi shopping kat jaya jusco yg baru nak bukak 22 ogos ni
-mengajar pada hujung minggu
-ke perak..(sekolah rendah,nak kna bagi talk kat adik2 darjah 6 dan ke smkasas)
-ke kl..(amik sijil spm kat kisas dan jumpe kawan2 lama)
*bulan puasa saya dok rumah je kot..tak pergi mana2..

15 August 2008

0 Respon


Ya Allah

Jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku pada seseorang

Yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…


Ya Muhaimin,

Jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang

Yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang CINTA NAFSU…


Ya Rabbana,

Jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling daripada hati-MU…


Ya Rabbul Izzati,

Jika aku rindu

Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMu…


Ya Allah,

Jika aku menikmati cinta kekasihmu,

Janganlah kenikmatan itu

Melebihi kenikmatan

Indahnya bermunajat

Di sepertiga malam terakhirku…


Ya Allah,

Jika aku jatuh hati pada kekasihmu,

Jangan biarkan aku

Tertatih dan terjatuh

Dalam Perjalanan panjang

Menyeru manusia kepadaMu


Ya Allah,

Jika Kau halalkan aku merindui kekasihmu,

Jangan biarkan aku melampaui BATAS….!!

Sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki

Dan rindu abadi

Hanya kepadaMu....Ameen...

(ciplak ni)

08 August 2008

0 Respon
Assalamualaikum..w.b.t

Galeri jalan2 bersama mahfuzah dan hidayah ismail..a very nice day..we gathered together in hidayah's house..lunch there..afta dhuhr,her father sent us to PEKAN RABU..hehe..ape lagi,SHOPPING...SHOPPING..SHOPPING..huhu




















Seronok bila masing-masing bercerita tentang perkembangan diri yang terbaru..cerita pasal tempat belajar..kenang zaman 'kanak-kanak' dulu..belajar sama2..thanks to hidayah ismail..hope we'll meet again(raya maybe)..luv u so much~

1.43am
090808

06 August 2008

0 Respon
Assalamualaikum..

Just bingung dengan diri sendiri..saya tak reti nak tido awal..
Biological time saya adalah 2@3 pagi masa utk saya tido..
Even ramai yg cakap.."bad habit"..saya tak tahu nak buat macam mana..
Bila tanya kawan2 pasal benda ni,diorang akan menjawab..'ko ni insomnia ea syila??'
huhuhu..risawnye saya..
Rasa macam perlu jumpa doc, mintak nasihat..makan ubat tido..haha..
Terseksa diri saya ni..mata mengantuk, badan penat..tapi tetap tak boleh tido..cmne ye??
Pendapat kawan2??

*terdengar hot tips dari hot.fm yg berkaitan dgn kisah saya ni..bagus dan mungkin boleh diamalkan..

03 August 2008

0 Respon
Assalamualaikum w.b.t..

Risau+runsing+penat..inilah keluhan dari seseorang yang baru beberapa kali bergelar pendidik..(saya la tu)..saya hanya menggantikan guru tuisyen yg berhenti sebab sambung blaja..

Baru saya tahu betapa letihnya seorang guru melayan berpuluh-puluh atau beratus-ratus 'student' dia..saya yang baru 3 kali mengajar ni pon (2 jam pulak tu sehari)dgn hanya 6 orang 'student', huh!!tak tahu nak cakap apa..sedih pon ada..hari ni penat..penat sangat..hampir pening saya dibuatnya..

Adakah saya tak cukup matang untuk mengawal budak2 ni??ataupun kanak2 ni yg tak memang tak matang..semua hero!!yang baik ok la..ni yang agak nakal,adeh..

<9 september 2008>

Ini adalah tarikh peperiksaan UPSR bermula..maksudnya, tinggal sebulan seminggu je lagi..saya yang risau..apa yang patut saya lakukan supaya mereka semua dapat result yg cemerlang??dalam masa sebulan ni (pecutan terakhir), latih tubi je yang saya bagi..saya nak bagi banyak2,mereka mengeluh..huh..kepada pembaca2 blog saya ni, mintak berikan pendapat kalian, membantu saya yg agak kebuntuan nii..

Kalau datang kelas, asyik2 tanya jam..nak balik jek..(saya terfikir,cara saya ajar mereka salah+tak besh ke??).macam tadi,buat science paper 2..dari awal sampai akhir soalan,saya bagi jawapan+bincang sikit..nak harapkan mereka berfikir,sampai esok pun tak siap lagi..saya risau macam mana mereka nak jawab soalan masa real exam nanti?soalan yang mereka paling tak suka ialah soalan 'inferens'.then,mereka cepat2 mintak saya buat maths.saya tahu mereka suka math.paling senang nak ajar adalah subjek ni.yang terror tu cepatlah buat.saya kasihan pada yg kurang faham+tak tahu nak solve question tu.kalau boleh nak je saya selalu jumpa dia,ajar personally satu2 soalan macammana nak jawab.tapi jauh sangat tempat tu.(pengakuan ikhlas dari saya..huhu)

Apa lagi cara nak 'memikat' hati mereka supaya bersemangat untuk belajar di saat-saat genting ni??*haih*

Kepada semua warga pendidik,
Baru saya faham betapa susahnya untuk menjadi seorang pendidik..
Baru saya faham bagaimana perasaan kalian pabila pelajar2 kalian mengeluh tatkala kalian berhasrat untuk melanjutkan sikit masa dalam sesi pembelajaran..
Baru saya faham bagaimana kalian perlu bersabar dalam melayan kerenah 'kanak-kanak ribena'...
Baru saya faham betapa risaunya kalian pabila anak-anak muridmu kurang faham dan tak menunjukkan prestasi yang baik dalam belajar...
Baru saya faham yang kalian akan amat-amat gembira apabila anda dihargai...
Terima kasih tak terhingga saya ucapkan....