Salam wbt
Segala puji bagi Allah kerana tidak putus-putus memberi nikmat kepada hambaNya :)
Raudhatus Sakinah.
Seronok sangat! Satu tempat yang sangat-sangat tenang. Taman Ketenangan. seperti namanya.
Sedikit huru-hara berlaku pagi tu, apabil selepas subuh baru perasan SMS dari Kak Syiqeen, minta saya memandu pada pagi tu ke RS kerana ada seorang sister dari Sungai Petani mahu ikut serta program kami ini. Alhamdulillah, mak dengan abah benarkan. Makanya, bawa 2 kereta ke pejabat. Pagi-pagi dah siap, ikut abah ke pejabat. Dijangka bertolak ke RS pada jam 9 pagi.
Pagi tu, cuba untuk contact sister tu, tapi call tidak dijawab, mesej tidak direply. Akhirnya, pada jam 0850, kami bergerak terus ke RS. Maaf ye, tak dapat tunggu. Tak memandu pun ke sana. Jimat duit minyak dan tol. Skuad dari Bukit Mertajam adalah saya [Egypt] , Kak Syiqeen [Notts] dan Wan Aisyah [London]. Di Seberang Perai sendiri pun sudah sesat, perjalanan ke Tol Jawi yang sepatutnya hanya mengambil masa 30 minit, tapi ditambah 15-20 minit. takpelah, Allah nak suruh kami, budak-budak Penang tahu jalan kat negeri sendiri. Ngee~
Skuad dari Ipoh, Kak Tom Fatimah[Belfast] dan Kak Farhanin[UIA] sudah pun menunggu kami di Tol Jawi itu. Kemudian, sama-sama sesat pula mencari RS itu. Asyik sesat je semalam. Takpe, banyak belajar, senang sikit ingat jalan lepas ni. Akhirnya kami tiba di RS pada jam 1015 dengan bantuan Kak Inayah.
Kami dijemput oleh warden RS. Mengenai peraturan, aktiviti, keadaan, jumlah penghuni dan sebagainya. Kami memulakan program kami dengan taaruf sesama kami berlima. Bukan kenal semua lagi. Kemudian, susun program, sesi taaruf dengan penghuni RS dan ada sharing Ramadhan. Kami teruskan dengan cek PAFA mereka.
Semasa sesi taaruf, apa yang perlu diperkenalkan adalah nama, umur, asal dan sifat diri. Rata-rata pemalu dan sensitif. Penghuni di sana adalah dalam lingkungan 14-24 tahun. Semua ada masalah masing-masing.
Semasa sharing Ramadhan itu, Alhamdulillah, semua berjalan lancar ^_^. Allah memudahkan saya untuk berkata-kata. Mendapat taklifan ini daripada Kak Syiqeen [Aisyah kate, kak Syiqeen suke buli adik-adik. hehe, peace kak!]
Seronok dengar pengalaman mereka di sini, apa yang mereka lakukan sepanjang Ramadhan. Menurut warden, mereka dah 2 kali khatam Al-Quran. Malu kami, sekali pun tak lepas, ini kan pula nak cecah 2 kali. qiamullail tiap-tiap hari, solat rawatib penuh insyaAllah, solat jemaah lagi. huu, beruntungnya mereka!
Ada yang baru nak kenal Tarawih itu apa,
Ada yang baru nak kenal Solat itu apa,
Yang penting, mereka sangat-sangat enjoy dan bahagia di sini!
Mula-mula mereka malu-malu jugalah, kami masuk je ke rumah tu, disalami dan dicium tangan. Tengok muka mereka, ada rasa tenang menyusup dalam diri kami :)
Sesi seterusnya adalah memeriksa PAFA mereka.
Setiap seorang dari kami, perlu memeriksa 3-4 orang penghuni. Seronok tengok kerenah mereka, saya faham yang ada kekurangan itu ini. Saya pun ada kekurangan jugak
Dari syahadah, cara berwuduk, mandi wajib, solat, doa-doa hafazan, tayammum dll.
Satu persatu saya cek, ada satu part, saya tanya
'Solat boleh?'
'Hmm, tak boleh kak. saya baru belajar solat'
'oo, takpe, awak cuba je. dah pernah solat kan? kalau salah, nanti akak betulkan ye'
'Ok kak, saya cuba ye.'
Saya senyum. Semua dari mereka sangat bersungguh. Siap kata, akak, kalau sempat nanti kami nak buat lagi sekali tau.
'Baek dik :)'
Ada juga saya tanya sikit-sikit perihal mereka secara personal. Mereka dengan rela hati berkongsi perasaan itu. Terima kasih dik, sebab percayakan saya.
Sesi PAFA dari pukul 11.30am-1.30pm. Selepas itu, solat zohor secara berjemaah. Mereka berkumpul di satu tempat. Sementara tunggu semua siap, mereka mengalunkan zikir Asma' Ul-Husna. Sedap, secara jujurnya, kami kakak2 ni, tak dapat pun nak tangkap sangat dengan alunan tu, selalu zikir cara lain, ni cara lain pula. Mereka bersemangat. Habis zikir, solat rawatib ditunaikan. Salah seorang dari kami menjadi imam.
Masa untuk berpisah kian tiba. Hati terusik. Ada sesi tangkap gambar, ucapan dari mereka. Mereka sungguh-sungguh ajak kami datang lagi ziarah mereka, buat kuih raya bersama mereka. Adik-adik yang tasmi' dengan saya tadi, mereka peluk saya dengan erat. terasa kasih sayang itu. Sedih ingin meninggalkan. Rasa macam nak luangkan lebih banyak masa bersama mereka, tapi apakan daya, peraturannya, kami hanya dibenarkan sehingga selepas zohor sahaja.
Di luar rumah, banyak bersembang dengan warden-warden dan kebanyakan mereka adalah bekas pelajar Kolej Jayaputra.
Kami adakan pula sesi tangkap gambar sesama kami di luar kawasan RS itu. hee~
InsyaAllah, ada rezeki, kami ke sana lagi menjenguk kalian. Sayang kalian! semoga menjadi insan yang lebih baik, untuk diri kami juga. Amin.
Jzkk Kak Tom dan Kak Farhanin. kami berpisah mengikut destinasi masing-masing. Semoga dapat bertemu kalian kelak insyaAllah.
Dalam kereta, di mana Aisyah yang menjadi driver nya, kami ada jugak bincang sikit-sikit, muhasabah sedikit sebanyak apa yang kami dapat. bak kata kak Syiqeen, apa yang dia dapat sepanjang di RS adalah suatu tarbiyah yang luar biasa. Setuju dengan ukhti :)
Suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Seronok dan berguna. memasang azam untuk datang lagi.
Setakat ini sahaja. Jom rebut pahala ramadhan yg masih berbaki beberapa hari sahaja lagi ni!
Wallahua'lam :)






















