Maaf lambat kemaskini. tiada mood dan keletihan untuk berbuat demikian.
Saya, Khadijah Nizam dan Aisyah Idrus berjalan sakan di KL. merantau dan menumpang dari satu rumah ke rumah yang lain [4 malam, 4 rumah]
Terima kasih kalian kerna sudi bermusafir bersama :)
Hari pertama, 28 Julai 2010:
Sampai di Stesyen bas Bukit Jalil, Aisyah sudah setengah jam menunggu. Maaf Aisyah. kami terus menuju ke Mid Valley setelah berpenat lelah mencari idea untuk letak beg kami. akhir sekali, berulang alik dari stesen LRT ke stesen bas. kemudian naik LRT ke Mid. malangnya, kami sesat.haha, tak tengok peta betul-betul. Sangat letih sebab tak lunch, terlajak sikit dari LRT Bukit Jalil, turun kat Sri Petaling, makanya, kami perlu berjalan dari Sri Petaling ke Bukit Jalil. tengah letih-letih tu, rezeki kami, jumpa kedai makan. Alhamdulillah, kumpul tenaga. Misi seterusnya, ke rumah Naqibah dorm saya semasa saya tingkatan satu di SMKASAS, Kak Noriza Ariffin @ Ija. Dia suruh kami berhenti di Taman Melati. Nasib baik tak sesat dah. Dia jemput. sangat gembira bila dapat bersua kembali setelah 8 tahun berpisah! Jazakillah Khair kak Ija, atas jasa baik akak kepada kami, sang musafir.
*kami sangat nampak macam rusa masuk kampung. Ah, segannye!*
Hari kedua, 29 Julai 2010:
Terlebih berehat, sebab keletihan. hihik. keluar ke SOGO untuk misi besar. Naik PUTRA ke Taman Melati. Satu insiden best berlaku. di Dang Wangi, tiba-tiba train berhenti. lampu bukak tutup, ada orang jatuh. Akhirnya, semua penumpang perlu keluar dari train tersebut. Disuruh mengambil bas. Erk, dah la tak tahu apa-apa pasal jalan kat KL ni, lagi-lagi kat Dang Wangi. kat mana tu? Saya telefon Abang Apis [tak pernah-pernah telefon, tiba2 call, mintak tolong], Khadijah call maksu dia. Kak Ija dah risau-risau dah kat kami. Akhirnya, kami naik monorail dan Kak Ija ambil di Titiwangsa. Dah lah kunci rumah Kak Ija ada kat saya, tak masuk rumah Kak Ija, sampailah Kak Raja balik. Maaf Kak Ija :(
Malam tu, bergerak terus ke Selayang Baru, rumah Opah Khadijah.
Hari Ketiga, 30 Julai 2010:
Ke Jusco Wangsa Maju. berjanji dengan dia untuk bertemu memandangkan dia takde kelas pada hari jumaat. Juga, buat temujanji dengan Kak Farah Ayuni, kakak naqibah saya masa form 4. 5 tahun tak berjumpa. Terima kasih! happy sangat. Alhamdulillah.
Sempat lagi ke KLCC. tetapkan masa dari 4-5.30 petang je. Sampai Selayang dengan kelam kabut untuk bersiap sedia ke Majlis akad nikah Puan Fathiyyah. Terima kasih Pak Ndak Khadijah yang menghantar kami ke rumah Huda Mustoffa :)
Alhamdulillah, malam tu, sahabat saya, Wan Fathiyyah selamat bergelar Puan. Tahniah! :D*Thia, awak sangat cantik!*
Hari ketiga, 31 Julai 2010:
Alhamdulillah, Alhamdulillah. dapat berjumpa dengan ramai orang. Sahabat-sahabat KISAS dan Gen 7.
Juga dapat berjumpa dengan Dr. Sarah Shukor.
Saya: Eh, kak Sarah! KS: Erkk.. [sambil muka blurr] Saya: Hehe, akak tak kenal saya, saya je kenal akak. saya Asyila [haha, sangat tak malu memperkenalkan diri] KS: Ooo, awak ke Asyila..
^^
Semasa sesi tangkap gambar pengantin di dalam rumah, Bro Acai [photographer rasmi Fathiyyah] tegur saya,
Bro: Eh, macam pernah tengok Saya: Semalam kot, masa majlis akad nikah Bro: [dengan muka berkerut-kerut] haa, kat blog Fathiyyah! Saya: [senyum sambil tahan rasa nak gelak]. Puan Fathiyyah oo Puan Fathiyyah.
* Adakah saya kena guna khidmat Bro Acai ni semasa Majlis saya nanti? :P*
Barakallahulakuma Puan Thiaa. Tumpang gembira untuk anda.
Hari kelima, 1 Ogos 2010:
Semalam kami tidur di UIA. menyelinap. Terima kasih Cik Falihin yang hantar kami ke Mahallah Safiyyah :)
Pukul 10am, kami gerak ke Terminal PUTRA, Gombak. Kak Uda dan Abang Emi datang ambil saya dan Khadijah untuk dihantar ke Hentian Duta. Terima kasih menemani kami ke Hentian Duta, dah serik dah sesat ni. Kami semua menghala ke utara. cuma bas lain-lain.
*saya sangat sebak sebenarnya semasa nak pulang ke Penang, bagi SMS kat Puan Fathiyyah, cakap nak balik dah. tak sangka, kawan saya yang sorang ni dah jadi milik orang. :)*
Sangat banyak kami hutang budi dengan orang. Terima kasih kalian! sangat penat tetapi menarik!
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syari’atMu. Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu. Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu. Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.
++ oke,saya tido dengan hati yang tenang semalam :) ++ Moga Allah memakbulkan cita-cita dan impian kamu. Saya juga akan turut berdoa :)
Ada rindu Ada sayang Ada resah dan gelisah jika tidak 'bertemu' walaupun sehari Dia hadir tanpa kuduga Tidak pernah bersua muka Hanya menggunakan orang tengah Kami punya 'cerita belakang' Di sebalik 'cerita' itu, ikatan ini telah terjalin Perancangan Allah itu sangat teliti
Rasa cinta itu wujud tanpa diundang Mudah sungguh diri ini memendam rasa Rupanya dia juga sepertiku Syukur!
Terima kasih Allah Terima kasih.. kerana hadirkan dia dalam diriku
Terima kasih kamu Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menerima diri ini menjadikan diri ini antara insan yang paling hampir dengan kamu aku rasa sungguh bertuah sungguh bukan hanya manis di bibir tetapi ia tulus ikhlas dari hati
saya sayang kamu kerana Allah kita jadi insan yang saling ingat mengingati ye?
Buat Kak Atikah Adnan, terima kasih kerana menjadi 'dia' itu untuk saya. :)
Alhamdulillah,selesai sudah Cairo Sport's Day yang diadakan pada 26 Mac yang lepas. Lega dan puas hati tengok majlis sudah sampai ke penghujung setelah sebulan bertungkus lumus. Memang banyak kelemahan dan kecacatan program ni, tapi serba sedikit, dari pihak saya sendiri,banyak benda baru yang dipelajari. Terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada 'keluarga' CSD ni.
Terima kasih buat semua AJK pelaksana program.Kalian memang terbaik lah! buat kerja sungguh-sungguh, takde yang curi tulang pun. Senang kerja saya :P
Terima kasih buat Ketua Kontijen Ikhwah mahupun Akhawat bagi setiap universiti yang sanggup bekerja keras sepanjang Cairo Sport's Day berlangsung.Terima kasih buat peserta-peserta yang menyertai acara yang dipertandingkan. kalau takde kalian, tak jadi la CSD ni.
Buat Ex-Officio, Taqiuddin dan Sabihah dan juga ketua saya, iaitu Tuan Pengarah, Khaliq Isa yang sangat bersungguh-sungguh, dan tak kenal erti putus asa [rasanya, kalau buat gempak2 punya program, bole botak diorang ni].
terima kasih kerana sudi bertandang ke Mesir *rindu*
pertemuan yang tidak dirancang
err..macam buruk je makanan ni.tapi sedap sangat!!
*candid*
ex-SMKASAS-Jordan-Mesir majlis akad nikah Abang Isra' dan Naimah Zakaria
aktiviti semasa musim peperiksaan dan semasa winter break. terima kasih kepada rombongan dari Jordan yang bertrip-trip tu. sangat seronok dapat jumpa kamu semua!
Mabrouk Kak Naimah [senior SMKASAS] dan Abang Isra'! semoga bahagia hingga ke SYURGA! doakan kami juga~ :D
Esok, 8 Feb sehingga 10 Feb 2010, saya dan rakan-rakan akan ke Bahriya. camping di padang pasir! sangat adventure [org kata].
winter break yang sangat padat jadualnya.Moga dapat manfaat dari semuanya. ^_^
* Niat nak tolong orang, tapi kita pula yang kena marah. salah cara mungkin. ok,lepas ni tak masuk campur dah! serius!
* sori la chep, lambat plak update.tkde idea la..huhuk. chep,dating @Bahriya!
pagi-pagi,baca entry Cik Princess [kantoi lambat baca post dia], memang gelak-gelak.hehe :P
ok,sini kite nak balas post kamu ni ye
Bukan nak promote pil kurus ke apa ni.Sebab rasanya tak perlu kot pil-pil ni.
Daripada sejam sebelum subuh sampai lebih kurang 4 jam lepas subuh
Waktu ini,semua orang tidur, kalau bangun waktu ni,memang sangat senyap. So,macam-macam bunyi akan kita dengar. Dengar orang lari-lari atas rumah kita la. Sungguh ni! Satu fakta, rumah saya adalah yang paling atas, kiranya atas ni adalah bumbung [sutuh]. Err.. siapa ye yang lari-lari? huhu
Dengar orang berjalan, bunyi alarm handphone, bunyi kenderaan di jalanan, suara pakcik-pakcik arab yang pagi-pagi sudah keluar mencari rezeki. Kadang-kadang pakcik zibalah [tukang kutip sampah] bunyikan loceng rumah sebelum subuh, mintak sampah kat kita. kalau dalam pukul 1-2 pagi, ada derapan kaki anak tuan rumah yang baru pulang. Pulang dari bekerja mungkin.
Kalau waktu azan, anjing juga akan turut menyalak-nyalak. Tapi, jika di Imarah 9, pagi-pagi ada bunyi ayam berkokok tau! macam di kampung pula. best! Di sini, masjid dekat-dekat, kalau waktu solat dah masuk, banyak azan dari masjid-masjid berdekatan
Jogging dan tak tido lepas subuh unless keadaan x mengizinkan.. Best jogging pagi2. Salu orang laen start jogging kol 7 kn. Kite g awal sket xde org dan leh jakun kuar asap cam orang merokok..haha.. Sedut asap kenderaan pastu kuarkan asap anda di mulut.. (^_^)
Cik Huda, kalau rajin, ajak la kite jalan-jalan tepi Sungai Nil lagi ye. Pagi-pagi yang mendamaikan! Berjalan sampai ke jambatan menghala ke Dokki,Mohandisin. Oh, saya tak jogging pun, cuma berjalan-jalan. Layan perasaan sendiri, hilangkan stress, emosi yang tidak stabil
tengok movie2 lawak or tengok movie2 sedih tapi nangis bukan sebab movie..hihi..(teringat fustat..hahahahha..sape ntah nangis 16 kali tengok MV yang same. Orang laen cool jer..ngahaha..) Yang ni, oppss.. siapa ye? haha,yang penting bukan saya la. :P
Ade lagi die pegi lepak2 umah orang laen sambil wat projek resepi hari ini (syilaaa bile nak kek orange nii..)
itu projek nak buat birthday cake untuk Cik Radin la, maaf lah Radin, kite tipu kamu, kata pergi Smart Circle di rumah huda, berpakat dengan budak-budak rumah sendiri dan rumah Huda. Yang ke kedai itu pun saya tipu, padahal kite pergi sambung buat kek. Lepas tu balik rumah, tak masuk bilik, duduk bilik Fathiyyah, menyorok bawah sweater siapa entah bila Cik Radin masuk bilik. [kite tahan nafas ok masa tu. Muka merah padam lepas radin keluar bilik,punya lah lama melepak dalam bilik.haih~]
p/s: kek oren nanti la ye, tunggu rajin.ke Fathy nak buat? ritu dia kata 'ya!'. hehe :P Jadi mari pegi umah orang dan merayu die masak makanan yang kite teringin makan. e.g:Syila punye pajeri sangaaaaaaaaaaaat la sedap. Beli nenas. Beli kelapa. tolong syila wat kerisik. Pastu wat muke comel syilaaaa nak pajeri.. :D
Huda, adakah ini contoh? bukan betul ke kamu pernah minta suruh buat semasa final exam tahun lepas? haha,itu zaman otak tengah tak betul masa final exam [written]. Nanti pujuk lah sampai kita rajin nak buat lagi ye :P
Tapi satu care yang sangat berkesan dan xpenah x berkesan is mengingati Allah. Ade orang penah pesan kat kite, dengan mengingati Allah tu kan hati akan jadi tenang.. Lagi orang pesan, Dun say Allah, we have BIG problems.. Say Problem we have GREAT Allah! :D
setuju! kalau hati tak tenang,mengadu pada Allah dulu~ bukak Al-Quran, tadabbur, ambil masa muhasabah diri sendiri.
Ujian semasa musim peperiksaan sangat berat. betul, tak tipu. tengok orang sekeliling dan diri sendiri. Walaupun pada zahirnya nampak ok, tetapi dalamannya? Kenapa Dia beri ujian itu? Sebabnya, Allah sayang kita! Usah putus asa dengan rahmatNya ye! :)
Saya sayang semua! All the best for this becoming mid year exam! Do pray for us! Mintak maaf kat sesiapa yang saya ada buat salah. :(
Saya membuka facebook kawan saya [tak ingat page siapa], terlihat pada friend list, ada nama Tajrie.Oh, dia senior saya. Ketua Umum ketika saya tingkatan 1 di SMKA Sultan Azlan Shah.ada yang panggil abangKU.haha.dah kahwin dah dia. :P
ok,jom kita belek-belek lagi.
cari kat friend list abg Tajrie pula.jumpa Kak Husna Kamarul Bahrin! Timbalan BADRI [Badan Dakwah dan Rohani] semasa saya tingkatan satu juga.wah,excited saya!
jom cari lagi..
jumpa Kak Solehah,Kak Solehani,Kak Dyana Mastor,Kak Erma, Kak Shahaliza.yang paling mengujakan, saya jumpa facebook Kak Ija [Noriza Ariffin]! saya sangat-sangat lama tak berhubung dengan dia.Kangen bangat sama dia! Dia kakak naqibah dorm Juwairiyah.dorm semasa saya tingkatan satu.Tapi malangnya Kak Ija tak approve lagi saya :(
Kak Ija,approve Syila ye.nak sembang-sembang dengan akak.
Seorang lagi yang saya nak cari ialah Kak Siti Arfah.Naqibah dorm saya juga.apakah khabarmu wahai Kak Siti yang comel? :(
* siapa-siapa yang ada contact Kak Siti,beritahu saya ye :D
balik dari kelas tadi,terus mengadap laptop.saya sekarang tengah cari senior SMKASAS saya.kenapa ye saya begitu bersemangat cari mereka?
--> mereka lah yang banyak memberi tunjuk ajar saya semasa saya tingkatan satu.walaupun dimarahi [biasa lah kena 'basuh' masa form 1 tu], tapi memang betul pun apa yang mereka marahkan.benda betul kan?
'melentur buluh,biarlah dari rebungnya'
betul.dari tingkatan satu ni lah kalau nak bentuk manusia.masa sekolah rendah,banyak main-main.so,nak jadi manusia betul-betul manusia tu,memang kena bentuk betul-betul lah.di situlah tahu apa itu mathurat, hafal surah-surah, disiplin.teringat zaman kanak-kanak dulu.puterinya,muka baik-baik je,comel semua.putera pula, kudus juga muka.masuk-masuk sekolah,dapat tarbiah dari abang dan kakak.semuanya ikut kata.tapi bila makin besar,makin tunjuk belang pula masing-masing.
Sungguh,mereka sangat berjasa.sayang mereka! rindu~
Takziah buat Kak Shahaliza[Timbalan BADRI semasa saya form 2] atas kehilangan suami pada 21 Oktober 2009 yang lepas.saya baru tahu dia dah berkahwin dan sudah ada 2 orang anak.dia baru approve saya tadi.baru tahu semuanya.minta maaf ye akak.Kak Liza memang seorang yang tabah.dari zaman sekolah lagi,macam-macam menimpa dia.Dia kuat amat!
++ current mood: bercampur baur ++ saya sudah ada orang yang nak tolong deklamasi entry lepas.kan Nunu kan? :P ++ Alhamdulillah.Pharmacology test dah lepas tadi *-* ++ banyak perancangan dalam kepala otak ni.tapi memang kena mintak bimbingan dari senior saya yang saya sebut ni sebab mereka yang 'membesarkan' kami setahun. :)
Pagi tadi ada kelas praktikal Pharmacology pada jam 8.semuanya kelam kabut. :D pagi tadi elektrik takde,so semua kerja tak dapat buat,so tido lagi best.haha
Semalam ada surprise party untuk saya yang housemates saya dah rancang.teliti juga plan diorang tu.sampai tak dapat nak hidu sikit-sikit pun.sampai ada manusia yang merajuk lari rumah orang sebab takde sapa yang celebrate besday dia. :P
Semalam saya ke Rab'ah.ada kelas Quran bersama Ustazah Iffat.seperti biasa,hari Ahad 4.30ptg sampai 6.30 ptg.
Dalam pukul 6.25 ptg,saya mendapat panggilan dari Cik Radin.tapi saya silent kerana masih mengaji dengan ustazah.satu lagi yang saya pelik,kenapa lah si Zack [Mahfuzah] sibuk-sibuk jawab telefon dalam pukul 6.15 ptg tu.2 kali pulak tu.
"Mungkin dia ada hal selepas kelas Quran ni kot" kata saya dalam hati
takpelah kalau camtu.biarkan je.saya teruskan bacaan saya bersama ustazah.Selepas selesai Izzati baca,kelas kami ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.cuba menelefon semula Cik Radin.
"Syila,dah habis kelas ke?kat mana tu?dah keluar dari rumah ustazah ke?" tanya Radin
"Aah,baru je habis ni.tak keluar lagi.diorang tengah sembang dengan Husna dan Wae.kenapa?" jawab saya
"Nanti Syila tunggu kat Masjid Rab'ah tu" pinta Radin
"Huh?nak buat apa?" saya kehairanan
"Kitorang nak jemput Syila.hehe"
"Huh?Kitorang?apesal ni?" haha..time ni macam-macam dah terlintas dalam kepala otak saya.
"Yela3..nanti kite tunggu depan Masjid Rab'ah tu" saya menurut perintah Radin
Lepas tu,saya terus cakap hal ni kepada Zack.Dia pun buat muka blurr.hoho.pandai hang berlakon naa~ takpa3.nanti kite balas.
Sebelum masuk lif,Zack kata "ala,ta surprise dah la.Radin dah bagitau.tadi Aimi ngan Aisyah dah call suruh buat itu ini.baru nak lambat-lambat sikit keluar dari rumah ustazah"
haha.gelak-gelak lah kami semalam.
Di masjid Rab'ah, tiba-tiba Aimi dan Fathy muncul dari belakang.terkejut! errr..masa ini ada adegan nangis-nangis terharu sikit. :P
Ok,mereka membawa saya naik tremco ke Awwal Abbas [Pizza King tempat destinasi].Radin dan Aisyah menunggu kami di stesen minyak di sana.
Sungguh saya segan!Huda ceritakan pada housemates saya! adoii..Maaf ye,saya MANJA.haha.tak celebrate pun sedih3.eh,sebenarnya sedih sebab hari lahir kita semua sibuk.rumah kosong masa 24 Oktober 2009 itu.huish~ sedih betul.dengan takde sapa yang wish.cuma Fathy je sebab ada Huda dan Cama di rumah masa malam tu.
Saya sayang kat ahli beit saya! Rancangan mereka untuk 'melukakan' hati saya berjaya sudah! namun begitu,ada yang susah hati melihat saya sedih-sedih.si dia itu juga 'depress' pabila melihat saya bermasam muka dan 'depress'.terima kasih lah.kudusnya hati kamu. :P
Terima kasih mak,abah sebab sentiasa bersabar melayan karenah anakmu ini
Terima kasih kepada yang mendoakan saya
Terima kasih kerana masih mengingati saya
Moga-moga saya,Raihana,Ainul dan Fairuz Aimi sentiasa najah dalam hidup dunia akhirat sentiasa mencuba menjadi yang terbaik buat diri serta memberi sumbangan kepada Islam dan bangsa Doakan kami!!
++ terima kasih hadiah [pendrive 4GB, handbag,mug macho, alat tulis,keychain] ++ terima kasih sms yang dikirim ++ terima kasih atas ucapan 'selamat hari lahir' , 'sanah helwah' dan ' hepi besday' ++ terima kasih kepada ahli rumah Hasanah dan Natasha yang secara tak langsung memberi ruang dan peluang untuk saya mengisi perut pada hari lahir ini :P
Buku teks Biologi dibiarkan terbuka.Pensel hanya dipegang tanpa ada gaya-gaya untuk menulis.Matanya bulat memandang ke arah buku itu.Dalam pandangannya itu.Tapi jelas terpancar dari riak wajahnya itu,dia bukan sedang berusaha memahami isi kandungan buku itu,tetapi seperti seseorang yang bermasalah.Sejak pulang dari sekolah tadi,tiada ukiran senyuman di wajahnya.
"Misha,kenapa si Rita tu panjang je aku tengok muncungnya?" tanya Asma' kepada Misha,jiran katilnya.
" Entah,aku tengok sejak balik sekolah tadi macam tu ja.cuba la hang tegoq,tanya dia apa masalah dia.Aku tak berani aih nak bukak mulut kalau nampak dia masam-masam muka lagu tu" Jawab Hidayah sambil menjuihkan bibirnya ke arah Fatimah yang sedang termenung panjang itu.
" weih,aku pun tak berani la!" bertolak-tolak pula mereka ini.haih~
Akhirnya, si Asma' menuju ke arah Rita. Sambil memegang bahu Rita,dia memulakan bicaranya.
"Rita,kamu ada masalah ke? Cerita la kat kami.Kita kan dah macam adik-beradik.Takyah segan-segan.InsyaAllah,kami semua akan bantu sebaiknya."
Tiada butir kata langsung yang keluar dari mulut Rita.hanya sedu-sedan yang kedengaran.Semakin lama semakin kuat esakan itu. Kepala Rita 'hinggap' di bahu Misha. Risaunya tidak terkira pada sahabatnya, Si Rita itu.
"Rita,kenapa ni? Menangis lah sepuas-puasnya.Nanti kalau dah sedia nak cerita kat aku,kamu cerita je ye" Dicapainya Asma' sehelai tisu di atas katilnya dan terus dilapkan pada muka Rita.Lagak seperti seorang kekasih.
Ya,memang aku mengasihinya.Mengasihinya kerana Allah.Bersama-sama dia lah aku mengharungi susah senang dari kecil sehingga berumur 17 tahun ini.Kami ibarat adik-beradik.Sementelah ibu bapa kami masing-masing telah menemui ajal,kami ditempatkan di Rumah Penyayang ini.Rumah ANAK-ANAK YATIM.
Suasana kini diam.
"Asma', aku ni menyusahkan korang semua ke?" Rita bertanya kepada Asma',kepalanya didongakkan,memandang Asma'.
"Uish,mana ada! kenapa kamu cakap macam tu? Siapa yang cakap? Meh aku siat-siat kulit dia!" reaksi muka Asma' menunjukkan perasaannya yang sedang geram.
"Tak la, ke mana aku pergi pun, ramai yang ejek-ejek aku,hina-hina aku. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Aku tak ramai kawan. Siapalah yang nak berkawan dengan aku ni. Dahlah hodoh, tak pandai pulak tu" Luah Rita.
Muka Rita mengalami sedikit kecacatan kesan daripada kebakaran yang berlaku ke atas rumahnya.Ibu bapanya adalah mangsa kebakaran,meninggal di tempat kejadian.Betul, dia sering diejek-ejek oleh budak-budak nakal di sekolah. Walaupun sudah diberi amaran berkali-kali,mereka ni tak makan saman.Ramai juga kawan-kawan sekelas yang sering menjauhkan diri darinya.Tak tahu kenapa. Mereka ni berkawan atas dasar rupa kah?
Air mata Asma' pula yang jatuh berguguran.Sedih bila sahabat sendiri diperlakukan sebegini.Dia yakin,Rita sekarang sangat tertekan dengan keadaan yang dialaminya.Lagi-lagi peperiksaan SPM tinggal 2 bulan sahaja lagi.Banyak perkara yang masih mengganggu fikirannya.
"Asma', aku ada kamu,Misha dan budak-budak bilik ni sahaja.korang lah yang banyak bantu aku.Maaflah kalau selama kehadiran aku menyusahkan korang semua.Aku dah takde siapa-siapa.Terima kasih banyak-banyak ye Asma',korang semua...Aku rindu mak dengan ayah aku.."
Misha yang dari tadi mendengar perbualan mereka hanya memandang dari jauh.Ada juga butir-butir jernih yang keluar dari matanya.Dia semakin menghampiri mereka berdua.Mereka saling berpelukan.
"Rita,kamu jangan cakap macam tu lagi tau! InsyaAllah kami sentiasa ada bersama-sama dengan kamu.Kamu adalah sahabat dunia akhirat kami.Kami sayangkan kamu Fatimah.Jangan dihiraukan dengan perangai mereka itu.Kami sentiasa sokong kamu!" giliran Misha pula berkata-kata.Asma' di sebelah mengangguk tanda setuju.
"Dah,dah..jom ke kantin! aku belanja makan.Tapi sebelum tu,kita kena janji dulu yang kita akan sama-sama berusaha untuk exam kita nanti ya!"tutur Asma',semangat.
Nota 1: Maafkan diriku andai tidak menjadi seorang yang bernama sahabat. Nota 2: Sebenarnya nak buat entry lain.tiba-tiba lain pulak jadinya.Layaaan~ Nota 3: Geram dengan manusia-manusia yang 'bermain-main' di Jamming Studio tatkala azan Maghrib berbunyi dan kelas tuisyen dijalankan di bangunan sebelah.Tidakkah mereka ketahui bahawa mereka itu kurang adabnya?Grrr..... Nota 4: Ya Allah,jauhi kami dari perkara-perkara syirik. Nota 5: Ada orang nak potong hidung kalau tak dapat fullmark.memang tak dapat.so,sila tunaikan janji.waa~ Nota 6:Weekend is family time.Akan ke negeri kelahiran hujung minggu ini sambil makan angin.heh~
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah kerana telah melancarkan segala apa yang telah saya dan sahabat-sahabat lain rancang.=)
18 JULAI 2009 5.30 am: mereka yang menaiki bas dikejut seawal ini. Terima kasih Shamel kerana sanggup mengorbankan kredit mengejut mereka semua.haha
6.45 am: Fathiyyah mengambil kami(Asyila, Fatin Nadiah,Hidayah, Sarah, Aisyah Saleh, Fiqi) di UIA, menghantar kami ke LRT PUTRA.
7.30 am: tiba di KL Sentral
8.15 am: bergerak ke Gua Tempurung
aktiviti dalam bus: sharing,taaruf..pengalaman masing-masing. ambil light breakfast. *ada manusia curi suratkhabar Berita Harian saya!
10.45 am: tiba di Gua Tempurung (hanya kelibat kami yang menaiki bas kelihatan)
Di Perkarangan Gua Tempurung:
kami pihak muslimat berkumpul di satu tempat untuk makan-makan nasi lemak+roti kaya yg telah disediakan oleh Shamel and the geng
sambil menunggu rombongan dari UTP dan geng Aisyah Tahir.mereka lambat sedikit.tapi tidak mengapa.dimaafkan.heh
12.30 pm: ekspedisi dimulakan.yeay!!
kami diberi penerangan oleh pakcik guide kami. ada world cup,hantu,kereta,monyet dll.sori,saya tak nampak sangat apa-apa yang pakcik tu tunjuk.kerana keterlupaan untuk memakai cermin mata. dengar je la ye. untuk makluman lagi,saya tk nampak juga manusia-manusia dalam gua tu.maaf ye.
ada satu tempat tu, kami terpaksa menggelongsor untuk turun ke bawah. masa inilah kita dapat lihat sikap kerjasama dan sokongan dari semua. yang membantu untuk sambut sahabat-sahabat di bawah. takut-takut ada yang terlajak gelongsor.huhu..bangga dengan semua
kemudian,kawasan yang berair.huh.basah baju-baju.kawasan sempit yang memerlukan kami merangkak,'berenang'.haha..new experience.mungkin gara-gara ini menyebabkan almost muslimat sakit-sakit badan.salah satu sebab, mungkin tidak warm up sebelum memulakan ekspedisi.
panorama gua batu kapur yang mengasyikkan.kadang kala menjumpai batu kristal, kawasan wind tunnel yang kami rasa tk nak keluar dari kawasan tu.mana entah datangnya angin tu.Subhanallah.=)
terima kasih Mr Monofar yang menangkap gambar-gambar eksklusif dalam gua.
3.00 pm: keluar dari Gua Tempurung.sempat lagi tangkap gambar.hee~
4.15 pm: bergerak ke Lata Kijang. rombongan bas, kereta Paan, Geng UTP je yang dapat join. Nani,Adilah,Nadiah,Aisyah Tahir, Farieha, Raudhah, Fathin Izzati, kawan Nani(Shasha dan seorang lagi) tak dapat sertai kami ke Lata Kijang.huhu.terkilan sedikit.tkpela.terima kasih korang sebab sudi datang dari jauh.=D
5.00 pm: tiba di Lata Kijang.baru nak makan tengahari.(maaf sebab muslimat lambat bersiap)
aktiviti bebas. Muslimin bermandi manda di air terjun Muslimat bermain game, bertukar cerita, menyediakan roti sosej, tangkap-tangkap gambar.
6.30 pm: Majlis diadakan.Ucapan, tangkap gambar semua yang hadir. terima kasih bro yang tolong ambilkan gambar kami!
7.00 pm: bergerak pulang ke KL Sentral.
maaf kepada yang rasa tidurnya terganggu dek kerana kekecohan manusia-manusia dalam bas tu. heh~
9.45 pm: tiba di KL Sentral.kami menunaikan solat Jama' Takhir di surau.
kami berpisah di situ.sedihnya.setiap pertemuan diakhiri dengan perpisahan.Redha. Terima kasih tak terhingga sebab sudi datang.Sayang korang semua! InsyaAllah jika diizinkan,tahun-tahun akan datang,kita buat lagi best ye! moga-moga pertemuan ini diberkati Allah..
Sebenar-benarnya ini kali pertama menguruskan program begini.tetapi hasil pertolongan Aizuddin Paiman,Megat,Shamel,Aimi dan lain-lain,Alhamdulillah berjaya juga diadakan.tak tahulah apa feedback mereka.harapnya baik-baik belaka.
mungkin akan diperbaiki segala kekurangan pada masa-masa akan datang. plan terpaksa diubah last minute.sebab nak cari tempat picnic yang best.tapi ok je kan kat Lata Kijang tu?
Mohon seribu kemaafan kepada semua andai ada kekurangan sepanjang saya dan sahabat-sahabat lain menguruskan Reunion ni.
segala kritikan insyaAllah akan diterima dengan hati terbuka. =)
ada sedikit gambar yang dipaparkan.malas nak edit dan letak kat celah-celah tulisan ni.maaf ye~
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
saudara Akram semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Alhamdulillah. Ibu bapa beliau juga sudah tiba di Bumi Anbiya' ini. Maghrib tadi, mereka berada di rumah bawah kami.
teruskan mendoakan saudara Akram dan Rahman. InsyaAllah keadaan akan kembali pulih. kepada saudara Fitri dan Saif, kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan. mereka mungkin physically sihat, tetapi mengalami trauma. hmm..kawan-kawan memainkan peranan penting. takpe,kami sentiasa sokong kalian
dengar cerita. wakil medicaro07 ada menyumbangkan gift kepada mereka berempat. >.<
++ semalam saya dimarahi oleh saudara Hafiz Adam. err..sori ye atas kecuaian-kecuaian semasa bekerja.huhu.tak disengajakan.terima kasih atas teguran dan tunjuk ajar.lain kali jangan la marah-marah camtu! takpe,Radin ada..boleh diadu..dia lagi tinggi kedudukannya.ngee~
++ Radin, jangan jeles ye~huhu....
Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat.Laksana anak-anak akhirat..melihat dunia dari jendela akhirat.. [Ammar Zul, kalam_puncak]
ini kawan-kawan batch saya di Faculty of Medicine, Cairo University, Egypt
*ramai kan?*
lokasi:sekitar kawasan Univesiti masa: 9 Jun 2009 (lebih specific, selepas habis exam Psychology tadi) ++ kanak-kanak medicairo07, cari la gambar korang sendiri!
Terima kasih sahabat.. kerana membantu.. kerana sentiasa bersama.. harungi suka duka..
hampir dua tahun sudah.. dari Fustat sehinggalah ke Mounira, mahupun Sayeda Zeinab, Saad Zoughlul Juga di Darussalam, Giza serta Malikussolih tapi tetap juga ikatan se'batch' itu ada (harapnya)
maafkan andai ada yang terkasar bahasa.. maafkan andai tingkah lakuku mengguris perasaan kalian.. kalian sememangnya sahabat yang baik..
kukuhkan lagi ukhuwah kita bersama.. semoga hubungan ini sentiasa berada di bawah lembayung RahmatNya.. semoga ia kekal sehingga ke akhir hayat..
Amin..
++ aaa..percubaan tak berjaya! sebab tengah happy mode ni. tkpela, cuba lagi lain kali. ++ tinggal oral sahaja. doakan kami agar kami dapat perform depan prof dengan baik.tak gugup.huhu ++ yeay! mahu masak kek coklat lepas ni. mahu??
ni gambar muslimat 501.arina yang hujung sekali.berkaca mata,tudung cream.baju maroon.
sahabat bertepuk tampar semasa di KISAS. mula rapat ketika ditempatkan dalam satu kelas yang sama,501 teman berkongsi cerita dari zaman sekolah sampai ke universiti. susah nak faham dia ni. makin lama makin 'complicated'. diam-diam ubi berisi budak ni.hmm~
tercapai juga hasrat saya ketika kedatangan saya ke JORDAN pada cuti musim sejuk akhir bulan 1 baru-baru ni.salah satu tujuan saya,menziarahi ARINA dan sahabat-sahabat lain.dapat juga jumpa si kembar saya si AINUL ARINA (ni arina yang lain).
kami berjumpa ketika hari kedua saya di JORDAN.sebelum naik bas untuk menyertai Jelajah Jordan.dengan tahap rabun saya ni,saya masih lagi dapat cam insan bernama ARINA.hehe.berlarian saya mendapatkan budak tu.kami berpelukan.bergenang air mata!dah lama tak jumpa.pelukan dilepaskan apabila kami terpaksa naik bas(sebab kami adalah orang yang paling lambat).fikir saya,lepas ni insyaAllah dapat jumpa lagi.
setibanya di Amman,saya membeli sim card sana,terus menelefon dan mesej budak ni.berceloteh panjang tapi disekat pula dengan kematian bateri handphone dia.dengki la tu.haish~
kadang-kadang dalam bas dari satu tempat ke satu tempat lain,ber'sms' sahaja kami.sebelum ke Syria,sempat lagi bergayut panjang.dia sakat saya,saya sakat dia.bagus betul kami ni~
kami tidak dapat berjumpa lagi lepas pagi tu.sebabnya masing-masing berjaulah ke Syria cumanya group kami berbeza.tak terserempak langsung kat sana.hmm..takpelah,tkde rezeki.
Arina,bila2 kita jumpa lagi eh.nanti balik Malaysia bulan 8,jemputlah ke Penang.kot-kot la ada kenduri kendara dari kita ke,ko datang la ye.kita jemput awal-awal ni! hihi
buat sahabatku Arina, moga segala impianmu tercapai. moga apa yang kamu lakukan seiring dengan redha Ilahi. moga kamu berbahagia dengan kehidupan kini dan mendatang. moga mendapat jodoh yang baik. moga mendapat zuriat yang cumel2 dan soleh solehah. jaga diri di bumi Syam itu.kita sentiasa doa dan ingat kamu..
“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”