Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

23 December 2011

Rezeki

1 Respon


Siapa sangka dalam perancangan awalnya lain,
perasaan berbelah bahagi
itu dan ini

akhirnya Allah kurniakan rezeki
dari arah yang tak disangka-sangka

Paling membahagiakan adalah apabila mendapat sokongan dan dorongan dari ibu bapa sendiri
Perasaan terharu itu tak pernah padam sampai sekarang

Tiada pujuk-pujuk, terus di'offer'
dalam hati, Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya
terus menangis 2-3 hari apabila teringat (hehe)

Teringat peristiwa semasa kami sekeluarga ke Pulau Aman, Penang

Abah: Ambil lah nombor telefon orang pengurusan kat sini, ada chalet. nanti boleh buat beriadah dengan 'kawan2' kat sini.

Saya: Ehh?


Tengok abah dan emak, muka tenang, tanda menyokong.

Abah, emak. Terima kasih.
Allah sahaja yang layak membalas
Semoga Allah mengganjari SYURGA FIRDAUS untuk kalian :')

Nota 1: Rezeki adalah qadar Allah yang tak boleh diubah.

Nota 2: Sabar itu indah :)


Nota 3: Ada ukhti pesan, " Syila, mintak sungguh2 pada Allah dan yakin yg Allah akan bagi SEMUA. sebab Allah je yg akan bagi SEMUA tu kat kita" terketuk apabila kadang2 timbul perasaan tak best tu. Astaghfirullah T_T


Nota 4: Tiada apa yg dapat diucapkan selain, Alhamdulillah, SubhanAllah, Allahu Akbar. Semuanya kuasa Allah :)

Nota 5: Jom baca Al-Kahfi!


mood: Terharu tak sudah-sudah.hehe

17 November 2011

Abah

2 Respon
Lama tak bercerita tentang kehidupan sendiri.

Epilog cerita bermula 2 minggu sebelum End Round Internal Medicine pada 3 November lepas. atau lebih tepat, sehari sebelum hari lahir saya kot.

Satu je perkara yang saya mohon banyak-banyak kat Allah, supaya Allah sentiasa melapangkan dada saya dalam setiap perkara yang saya lalui. Juga sifat SABAR yang berpanjangan.

Tipulah kan, kalau tidak terasa hati, dan kalau ikut nafsu ammarah, memang boleh naik tocang jugak lah kot.

Tapi sebab kita seorang Muslim, yang Islam dah tetapkan garis panduan seorang Muslim dan Mukmin itu berakhlak, maka perlulah kita sedaya upaya sehabis baik beriman dengan perkara itu.

ok, full stop :D

Kisah kedua;

Pada minggu exam itu, hati macam tak sedap, dan terus telefon abah.
Sebelum tu, dah telefon dah. Abah demam. tak sihat, kena hujan. Kesian abah. Emak pula jauh di Sedim. Hujung minggu je mak balik Junjung. Tapi masa tu, telefon sekejap je. Saya ada urusan kot masa tu.

(Emak sekarang kerja dan tinggal di Sedim, Kedah. Abah pula ketika itu, masih bekerja di Bukit Mertajam dan menetap di Junjung, Kedah. Walaupun daerah sama, tapi jarak jauh jugak lah kalau nak berulang)

Selang sehari atau dua lepas tu, saya macam tak sedap hati, nak telefon lagi, lagipun, semalam berbual sekejap je kan. Masa hubungi sana, abah jawab, dan abah nak solat.

Abah cakap, "orang cacat nak solat ni"

Saya macam pelik, dan handphone kemudian diserahkan kepada emak.

Emak: Mirul bagitau ka pasal abah?

Saya: Mana ada apa-apa, saja lah telefon, semalam kan cakap sekejap je. Abah kenapa? demam dah okay ke?

Emak: Baru balik klinik ni. Abah rasa kebas-kebas sebelah badan. Kaki lah tak boleh jalan. tak rasa apa-apa.

Saya: (Diam.terus berderai air mata) Doktor cakap apa?

Emak: Tekanan darah naik tinggi sangat. 180/120.

Saya: Allahu T___T

Emak: Takdak apa-apa lah, sikit je tu. doktor dah bagi ubat cair darah (anticoagulant). Nanti okay lah tu insyaAllah.

Saya: .... Ok lah, Assalamualaikum wbt.

Saya pada ketika itu, memang kelu lidah. tak tahu nak cakap apa. Sebab air mata ni laju je jalan. Dalam hati, memang doa banyak-banyak kat Allah, untuk abah tersayang :')

Setiap hari, setiap pagi, saya telefon. Sampai masuk dalam mimpi, pasal abah dan keluarga. Punya lah teringat dan homesick kan.

Oh ya, pada ketika itu, saya pun demam jugak. Saya ni memang anak abah lah kan. hee

Dalam otak, masa tu, memang nak balik Malaysia je winter ni. tak pun, masa raya haji yang cuti seminggu tu. Hati memang tak tenteram. Kita duduk jauh kan. Rasa macam terkejut je tiba-tiba jadi macam tu. Tapi ditenangkan diri, sebab Allah ada, teman ada :)

2 hari lepas tu, sehari sebelum exam (hari rabu), call pagi-pagi, (kat Malaysia, tengahari dah), call abah, abah cakap, tengah daftar, nak masuk ward.

Huu, berambu lagi air mata masa tu. Yang teman abah masa tu, adalah abang sulung dan adik bongsu yg baru balik dari sekolah. Emak masih di Kedah. Abah di hospital KPJ, Bandar Perda,Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Petang tu, emak baru bergerak dari Kedah ke Penang. Dalam sejam jugak kot perjalanan. Emak tak teman pun malam tu, berulang ke Junjung-Bukit Mertajam.

Hati saya, masa tu, sayu sangat. Alhamdulillah, masih lagi dapat tahu priority untuk study masa tu. huu

Ke kelas, kadang-kadang, saya hipokrit gembira-gembira dengan kawan-kawan :D

Pernah sekali tu, masa cakap dengan abah,

Saya: Abah, akak rasa nak balik lah winter nanti

Abah: Tak payah lah, bukan teruk sangat pun. Simpan lah duit tu.

Saya: (Diam lagi. menangis) Hurm, takpelah. (nada merajuk sebenarnya. hee)

Kena selalu ingatkan diri, Allah yang akan jaga abah dan family. Kena yakin dan tawakkal. Sungguh-sungguh.

Abah masuk wad, 3 hari. hari keempat, sehari sebelum raya, abah dibenarkan pulang. Blood pressure abah pun dah banyak turun. Alhamdulillah, alhamdulillah, Alhamdulillah. Suara ceria, dan sakatan2 abah, dah kembali semula. Itu adalah hadiah dari Allah untuk saya. Nikmat yang tak terhitung. Terima kasih Allah! :')

Sejak mula Paediatrics hari Ahad lepas, saya tak call pun rumah. Bukan tak ambil tahu. Bila balik kelas, badan dah penat, terus tido kejap lepas asar. bangun pun, dah pukul 4 lebih, abah dengan mak mesti dah tido. Pagi-pagi nak telefon, kadang-kadang terlupa, kadang-kadang tak sempat sebab pukul 6 dah mula bersiap-siap ke kelas yang bermula jam 7.

Pagi tadi abah call, pukul 4.28am. Saya dah bangun, tapi saya tak perasan pun abah call. Saya tengah bersiap-siap nak subuh kot masa tu. Tapi memang niat nak call pun hari ni. Sebab hari Khamis, kelas mula pukul 830 am.

Abah: Haa, baru bangun tidoq ka?
Saya: Mana ada, baru lepas solat subuh.
Abah: Awat lama tak call?
Saya: T___T (bersalahnya)

dan blablablaa....

Selepas waktu kelas, saya terus call abah, sebab satu keluarga berkumpul di Junjung pada Khamis malam jumaat. Boleh cakap dengan semua orang sekali :)

Abah kata, abah nak beli basikal. nak exercise kaki tu. suruh abah jalan banyak-banyak, biar aliran darah jadi elok dan kaki jadi kuat semula.

Bila cakap dengan emak, abah. masing-masing cakap pasal partner masing-masing. Konon-konon kutuk, tapi sayang kan kan? :D
Hehe, comel sangat. Tau je laaa, dua-dua tak berpisah lettewwww~ ;p

Doakan abah saya semakin sembuh. Dan dapat jalani kehidupan dengan sebaiknya.
Sakit itu kifarah dosa dari Allah, dan di dalamnya terdapat 1001 hikmah. Dan saya dapat jumpa beberapa hikmah tersebut. Terima kasih Allah! ;)

## Sebak sikit masa tulis cerita ni
## Paediatrics sangat best! Doktor Paeds sangat-sangat ceria dan friendly!
## InsyaAllah, dah dapat rentak untuk round kedua ini. Kena sangat-sangat menghargai waktu, sebab kerja sangat banyak berbanding masa yang ada. Kan? :)
## Lepas raya haji yang lepas, ada buat sesuatu yg tiba-tiba. Doakan ye :)
## Saya kan, tiba-tiba takut nak ada anak, bila dah masuk round Paeds ni. Huu~
## Baru dapat berita, abah dah ditukarkan ke Sik, Kedah. Aih, pening dah saya. nanti nak duduk mana masa balik Malaysia? Sik, Sedim atau Junjung?


Semoga semua pembaca dapat ambil ibrah dari kisah ini.
Ujian yang Allah bagi kat kita, Allah tahu, kita mampu nak tanggung. Dan makin jadikan kita Muslim yang kuat!

Sekian,

24 November 2010

Sakat

2 Respon
Ini dialog permulaan bila abah call saya dari Malaysia,

"Assalamualaikum abah, kenapa call? Rinduuuu akak ek? Tanak ngaku lah tu"

Pastu masing-masing gelak.
Suka sakat abah macam ni bila dia telefon

pastu abah akan jawab ni,

"Saja ja call, nanti tak call, muncung pulak anak kesayangan abah ni"

* dapat gelaran anak kesayangan abah tu dari adik saya si Ina. sebab kami dua pakat kenakan dia :P

Heee..

Ini pula reaksi abah bila saya call dari Mesir,

"Assalamualaikum ya akak, awat call? Rinduuu abah ka? Dekat-dekat muncung je (hehe), kalau jauh baru nak teringat-ingat, rindu abah"

Haha, amek ko, kena sakat balik dengan abah.
Takde lah mengaku kan,
Tapi dalam hatiiii, RINDU tu tak pernah hilang, rasa nak balik Malaysia je, huhu

Tengok gambar ibu bapa tiap-tiap hari dan masa, dapat pahala besar kan?
Juga dapat redakan rasa rindu.
Walaupun jauh, tapi dekat di hati
Oke, oke, saya mengaku yang saya rindu mereka di Malaysia.

Edited:

ni Puan Fathiyyah post kat wall FB sy,

"Syila, tengok gambar SUAMI dapat pahala apa.. teeettt!"


ye, memang tengok gambar suami dapat pahala, tapi saya takde suami lagi, tak boleh lah nak buat macam tu kan :P



* Penuh dinding depan meja study saya dengan gambar-gambar raya dengan keluarga. 3 kali beraya di perantauan, 3 edisi gambar ada ditampal :D

* Semalam yang mencipta sejarah. huhuk.

* Hari ni masuk hari ke 3 belajar subjek baru, Ophthalmology :)

08 July 2010

Suatu malam

0 Respon
Lokasi: Sebuah pejabat di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Masa: sekitar 8.15-9.45 malam

Di satu bilik, seorang wanita sedang tekun melakukan kerja, menaip-naip segala maklumat di komputer, mencetak, menulis-nulis. menyiapkan kerja pejabatnya, juga membuat panggilan serta menerima panggilan atas urusan kerja

Di satu bilik yang lain, seorang lelaki sedang menekan-nekan mesin kira, menulis-nulis di dalam buku catatannya. mungkin mengenai hasil kelapa sawit pada hari itu, berapa lori yang masuk keluar dari ladang.

Di satu sudut pula, seorang remaja perempuan, yang kelihatan amat bosan bermain-main komputer sambil membaca sebuah buku. akibat kebosanan yang melampau, remaja itu pun melulu keluar dari pejabat itu dan menuju ke kedai makan seorang diri. Si remaja itu pun meng'order' Teh Ais. Kemudian, terus pulang ke pejabat itu kembali. Lalu..

Si lelaki itu pun memandang dengan pandangan yang pelik dan agak tajam. Remaja itu pun terus duduk di hadapan komputer tempat asalnya tadi.

Berjalan-jalan juga si remaja itu di sekitar pejabat itu, melihat jadual tugasan. Jumaat dan Sabtu pagi, Sabtu dan Ahad malam? sibuk.

Si remaja itu pun bermonolog dalam hatinya, "Gigihnya kedua-dua ibu bapaku buat kerja. tak cukup dari pagi sampai petang, malam lagi disambung di pejabat juga."

9.45 malam, seorang kanak-kanak perempuan mengetuk ngetuk pintu pejabat menandakan dia sudah pulang dari kelas tambahannya.

Mereka sibuk dengan kerja, tapi tanggungjawab tak pernah diabaikan. Syukur kerana dikurniakan ibu bapa seperti mereka. Sayang mak dan abah!

Terima kasih mak dan abah ;)

++diagnosis saya mengenai penyakit abang saya betul! hoho~ tak sangka. selepas perah-perah otak, ingat balik pelajaran tahun 2&3. Alhamdulillah bermanfaat. dah sampai ke tahap ainul yaqin?

++ Sekarang sudah pukul 3 pagi. pukul 11 malam tadi, saya sudah mengantuk, tapi bila fikirkan satu urusan itu, terus tak boleh lena, Alhamdulillah, ada yang membantu insyaAllah.

++ Hari ni Jumaat. Sayyidul Ayyam. :)

30 June 2010

Tiba

1 Respon
Alhamdulillah, saya sudah selamat tiba di pangkuan keluarga pada jam 8 malam tadi.

Tiba di KLIA pada jam 1630

Penerbangan KLIA-Penang adalah pada jam 1910.

Tiba di Penang: 1955

mencari kelibat-kelibat mereka di Penang International Airport, Bayan Lepas, nampak adik, abah dan emak. Terus menuju ke BM Tomyam, memandangkan tidak makan malam lagi ;)

Alhamdulillah, everything was going smooth. baik di Cairo [err.. banyak je masalah, Allah nak uji kejap je semalam. setel juga akhirnya] mahupun di Penang sendiri. Terima kasih Allah

Balik rumah macam-macam benda yang dilakukan. itu yang sampai pukul 5 pagi pun tak tidur lagi. esok petang, sudah ada kerja, perlu diselesaikan sehingga 6 Julai nanti. Moga dipermudahkan urusan saya.

Semoga cuti ini terus bermanfaat. Ingatkan saya jika saya terleka ye!

* Sangat comel tengok Si Nasrul tadi. cuak-cuak jumpa saya, saya pula memaksa dia mengikut saya. Maaf ye, nanti acik tak buat lagi ye! :P

29 June 2010

Selamat tinggal Cairo

3 Respon
Cairo-KLIA-Penang

Saya, Sakinah Rasat dan Amal Hanani akan bergerak pulang pada malam ini. Doakan segalanya selamat ye!

Mintak maaf atas salah silap, terima kasih segala jasa baik kalian selama ini.

kepada housemates saya yang masih meneruskan perjuangan untuk Pathology esok, selamat maju jaya! hehe~

Oh, saya akan merindui housemates, sahabat-sahabat saya di Mesir ini. Sungguh, tak tipu! :(

Manfaatkan cuti anda ye, walau di mana sahaja anda berada :)

*bakal tiba di Penang pada jam 8 pm, 30 Jun 2010.
*terima kasih si kecil yang mengingatkan tentang event pada 30 Jun nanti. Doakan.

Lots of love,
Noor Asyila

25 May 2010

MALAS & Rindu kot~

2 Respon
Assalamualaikum wbt..

Lama tak jenguk blog ni. Maaflah biarkan ia bersawang. Malas kot~

Selalunya musim peperiksaan adalah musim 'mengecat' blog ni. tapi kali ni saya malas~ tengok tu, MALAS lagi. :P

saya tak rajin macam MAKCIK ni untuk cat-cat blog saya.
nak edit link dekat blog pun MALAS.

Saya rindu dekat Amin dan adik Ina saya! sangat-sangat~

Mereka lah teman bergaduh, teman jalan-jalan, teman tidur sekali, teman saya makan malam-malam, teman 'burung hantu' kat bilik saya.

Balik ni abang Mirul saya dah janji nak buat pillow talk dengan saya :D

Balik ni abang Yat saya pun dah janji nak buat projek besar kami :P

Amin dah dekat dengan saya! hujung minggu boleh jenguk dia selalu~

Saya boleh teman mak dengan abah di office setiap malam selasa dan khamis! sementara tunggu Ina balik tuisyen.

Saya boleh teman mak tidur masa abah pergi outstation~

Rindu dekat Ina.
" Akak tak boleh online masa adik nak tidur. akak kena tutup lampu, tidur dengan adik!"

kalau saya tak buat apa yang dia mintak tu, dia akan tepuk badan dia sendiri. macam dodoi diri sendiri la. *mintak belas kasihan la tu*

Sayang dekat family saya!

ni entry 'sakit rumah' tau!

satu lagi, saya ada janji nak pergi UTP semasa cuti ni ^__^. ada siapa2 mau join?

lagi sebulan setengah lagi nak balik! tak sabar oke~

p/s: terima kasih dekat orang yang mimpi kite malam tadi, mimpi shopping baju labuh sama-sama. tak bersua lagi pun, sudah termimpi-mimpi. :P . tak sabar nak jumpa. sayang kamu! :D

++ sahabat-sahabat, all the best ye untuk final exam [written] yang stat 5 jun nanti! bertempur!!!

++ kesian kat abah yang 'dipaksa' oleh saya untuk buat sesuatu. tapi anak dia tak sedar pun :P. sayang abah dengan mak yg kena terima call saya tiap2 hari, sampai tak tau nak sembang apa dah.

17 March 2010

Baby

2 Respon

Tahniah Kak Ani, Kak Liza [ini 2 orang sepupu saya yang berkahwin pada masa yang lebih kurang sama] atas kehadiran cahaya mata yang pertama!

Juga buat Kak Uda, atas kelahiran Arissa Balqis :D


Moga-moga, mereka ini adalah permata yang boleh kita gilap untuk mencapat matlamat dan impian kita pada masa hadapan, untuk Islam :)

Ada masa dan peluang, saya akan jenguk baby kalian apabila di Malaysia nanti. InsyaAllah, untuk Arissa Balqis yang berada di Gombak juga, saya akan lawat! :D

++ Jadual final year exam dah keluar T_T
++ Jom tengok Teaser Cairo Sport's Day di
SINI


28 January 2010

Pesan Emak

6 Respon

Telefon bimbit dimatikan sebab bateri sangat low dan dah bising-bising suruh charge. dalam sejam juga lah. dalam 3.55 am, saya on kan semula telefon bimbit sebab rasa macam ada mesej masuk.ceh, instinct kuat. betul, ada mesej masuk. dari emak saya

" Kerjaya doktor bukannya mudah kerana banyak cabaran. Family bangga bila ada anak yang memilih profesion ini. Jangan cepat putus asa. Kami di sini sentiasa mendoakan akak tabah adapi cabaran di sana. Amin "

oh, oh.. sangat terharu membaca sms dari emak ni.

tiba-tiba teringat perihal pada hari sebelum itu. saya telefon emak, minta restu untuk exam pada keesokan harinya. mengadu juga susah, payah, penat ambil Medik ni. mesti mak susah hati kan. bersalah pula.

apa-apa pun, memang emak dengan abah lah yang selalu bagi nasihat semua. Terima kasih banyak-banyak!

Pagi tu jawab exam dengan semangat yang tinggi! wah,wah! :P

++ Ina akhirnya mengaku yang dia merindui kakak dia ni
++ Yeay! Atiqah, Arina, Akmal Asyiqien nak datang Mesir!
++ Rasa macam nak balik Malaysia winter ni.hmm..hmm..
++ Saya sedang belajar menerima dan belajar jadi matang. Tempoh masih lama mungkin [hopefully sempat] :)

22 December 2009

Hijau

15 Respon
Wajah ceria si pengantin baru

Abang Ajib dan err.. [saya tak tau nama akak ni]

Ni Kak Ani [sepupu saya] yang berkahwin tahun lepas.

Ni si kecil Ina. comel! :)


Mabrouk 'Alaikum :)

++ Abang Ajib,nanti Syila balik Malaysia,perkenalkan kakak ni dekat Syila ye.hehe

++ Abang Ajib ni anak kepada sepupu saya. Baru berkahwin pada hari Sabtu yang lepas [19 Disember 2009]. Selamat Pengantin Baru.Moga peroleh keberkatanNya

++ Anak Pak Ngah saya, dua-dua guna tema hijau.wah3~ keluarga hijau ni.
[Adakah saya perlu memilih tema hijau untuk masa hadapan? :P]

++ Kenapa ye ramai yang memilih tema hijau? hmm~

21 October 2009

Nostalgia Syawal

8 Respon


Nostalgia 1:


Masa tu masih kanak-kanak lagi.adik saya yang Adzmin tu pun masih kecil.tak masuk sekolah rendah lagi rasanya.tak ingat bila.Keluarga saya dan Keluarga Paksu saya beraya di Alor Star.Seperti kebiasaan,kami akan berkonvoi berjalan raya.Orang-orang tua bergosip di dalam rumah.Kami yang kecil-kecil ini [saya,Tarmizi(sepupu),Adzmin dan Atiqah(sepupu)] bermain-main di luar.rumah di tengah-tengah sawah padi.kebetulan pula masa itu hujan.makanya,lecak la tanah di luar rumah Mak Lang saya itu.ada satu 'lubuk' di hadapan rumah mak lang saya,kami bermain-main di tepi itu dan tiba-tiba Adzmin tergelincir ke dalamnya.Memang kelam kabut lah masa itu.Cepat-cepat kami mencari kayu untuk adik saya tu paut.hampir separuh badan juga la tenggelam.Memang rasa antara boleh diselamatkan atau pun tidak.Sadis betul! Alhamdulillah,semuanya selesai.kayu cepat dipaut.Semua menarik nafas lega.Memang semua dah serik dah nak main kat situ!

p/s: mizi,ko ingat lagi tak peristiwa ni?


Nostalgia 2:


Semasa saya kecil juga.Zaman tadika-tadika mungkin.Peristiwa malam raya.

Pelita elok dipasang di tepi-tepi jalan.seronok! Zaman kanak-kanak yang sangat teruja untuk berkejar-kejaran,bermain bunga api,mercun.[nama je paksu tu polis,mercun dan bunga api layaaann je..anak polis 2x5]haha

Di tengah kesyokan bermain bunga api,tiba-tiba saya rasa ada benda yang meyelinap masuk kat selipar saya.maksudnya kaki saya berada atas bendalah tu la.sambil memercik-mercik.MERCUN!! menjerit tak ingat apa dah masa tu.bertuah sungguh budak-budak yang main mercun tu.sepupu saya yang main.BULAT,nama panggilan.dah kahwin pun sekarang ni.naya ja dia kena marah dengan abah saya,pak2 menakan.kaki saya dah lebam-lebam dah akibat terkena mercun tu.meletup kat kaki saya juga.haih~ memang sakit tak terhingga.menangis teresak-esak itu benda wajib la bila dah jadi macam tu.

Tapi bila ingat balik peristiwa tu,macam best pulak.kelakar pun ada.

Pengajaran dari cerita ini adalah jangan main mercun! kalau nak main,pastikan kat depan tu tiada manusia.aniaya orang je.huhu


Nostalgia 3:


Yang ini berlaku pada raya ketiga baru-baru ini.macam cerita 'I know what U did Last Raya' pula.

Alkisahnya,keluarga saya dan keluarga Pak Ngah saya bersama-sama ke rumah Mak Long saya di Bukit Gantang.Selepas makan tengahari,saya,Ikin dan Ina[sepupu saya] ke sungai sambil memakai baju raya.Kak Long,Ajim,Ina[adik saya] serta Ikhwan ke sungai terlebih dahulu.kami bertiga berniat untuk mengambil wudhu' untuk solat zohor.Air sungai makin cetek.dah tak best dah.pada hari itu,kami membuat sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ni.meng'explore' sungai itu sampai ke belakang.dulu takut,sebab dalam serta dengar cerita-cerita ada ular la apa la [biasa la,kecik-kecik dulu mudah sangat percaya orang cakap]. usha-usha kat dalam sungai tu,ada udang sikit,ikan sikit.tapi tak tangkap pon.sebab tak bawak sauh.hee~

Ok,sedang kami bersiap-siap hendak berwuduk,tiba-tiba ternampak lah seekor kambing putih di atas tebing tinggi sungai itu.macam kelam-kabut je kambing tu.Dengan tidak semena-mena,kambing itu pun melompat lah ke dalam sungai.Hilang punca atau pun dia tengah sawan lompat dari tempat tinggi.haa..dia melompat ke atas badan dan kepala Ikin!! warghhh!!sakitnya..tertiarap si Ikin itu ke dalam air sungai.Maka,basah kuyup la dia bersama baju rayanya itu.Kambing putih yang gemuk lagi bertanduk itu berlari ke arah saya dan Ina pula.Menjerit-jerit lah kami.Orang di depan tu[Ajim,Kak Long,Ikhwan dan Ina] dengar lah jeritan kami.tapi takde apa-apa pun.jauh kami berjalan masuk ke dalam sungai itu.Tak lama kemudian,kambing itu pun muncul di hadapan mereka dan berlakulah adegan lari-lari ke tebing atas.Cuma Ajim yang tunggu kami.

Kelakar-kelakar juga.cuma kami je yang tahu perasaan cemas masa itu.haha

Memang kenangan yang tak boleh dilupakan.Naik rumah,semua kecoh pasal kambing itu.Ikin jadi bahan.kasihan.nasib baik tk jadi apa-apa yang teruk.Saya tak dapat bayangkan kalau kambing tu lompat ke atas saya.masuk hospital dan tak balik-balik Mesir lagi kot.huhu~

Wahai Encik Kambing,kalau nak lompat,lompat la kat tempat lain.takkan ko terkejut kot tengok 3 orang anak dara kat tengah-tengah sungai tu kot.haih~

p/s: eh kambing,ko jantan ye? 0_o

++ sori ye lambat cerita pasal raya ni.dah habis dah pun syawal..

03 August 2009

3 dalam 1

11 Respon
Assalamualaikum wbt..

1 Ogos 2009

Mendapat jemputan ke walimah NorJannah (kakak Muhammad Nor Farhan aka Paan) di Manjung. Secara jujurnya,ini kali pertama saya ke kenduri kahwin sejak saya pulang ke Malaysia sebulan yang lalu.Makan nasik kenduri.Sedap..sedap..lama tak makan.Ada menu istimewa semasa kenduri itu (bak kata DJ kenduri tu) iaitu ayam organik HPA.ngaa~

Kedatangan saya dan keluarga ke sana sama waktu dengan ketibaan pengantin yang serba kehijauan.Khemah pun hijau >.< .Smart2! Budak-budak UTP tidak dapat hadirkan diri sebab kena kuarantin.*simpati* Terima kasih Paan.Nanti tunggu jemputan walimah dirinya sendiri pula ya!

Budak merajuk yang tiba-tiba muncul di depan mata saya



Bergerak ke Lumut.Check-in hotel dan berehat sebentar.

Jam 1600,kami sekeluarga menuju ke Teluk Batik yang sudah 6-7 tahun tidak ke sana.Banyak perubahan.Lumut juga.sempat berpicnic selama sejam setengah.



Jam 1730,sesuatu yang saya tunggu-tunggu.Saya ke rumah seseorang yang saya sayang,rindu.Yang selalu memberi semangat ketika saya memerlukannya. Hanya mampu tersenyum apabila nampak seseorang yang bertudung labuh keluar dari pintu rumahnya di Fasa 3B.Bahagia.Itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan perasaan tika itu.Mahu sahaja menjerit "Cikgu Saidatul!!!".Tapi mulut terkunci.Meluru ke arah cikgu Saidatul yang sedang mendukung anak bongsunya yang berumur setahun dan bersalaman.Comel!

Cikgu Saidatul Akma adalah guru Matematik dan guru kelas saya sejak darjah 4 sampai darjah 6 di SKCL 2.Seseorang yang amat berjasa pada diri saya.Seseorang yang lemah lembut dan sabar ketika mengajar.Sayang cikgu! Bersembang dengan cikgu pasal cerita terbaru cikgu-cikgu sekolah rendah dahulu.Anak teacher Zarina yang berumur 12 tahun sedang terlantar kesakitan akibat kanser tulang yang dihadapinya.Saya diam sahaja ketika itu.Sama-sama doakan dia ya.Moga-moga ada harapan lagi untuk sembuh. Sekejap sahaja singgah di rumah cikgu.

Tahun-tahun depan, ada rezeki kita jumpa lagi ya! (Sungguh,sms yang cikgu berikan malam itu sangat-sangat menyentuh jiwa!Terima kasih cikgu!)

Berjalan-jalan sekitar Lumut.banyak gambar yg diambil.




2 Ogos 2009

Pagi itu,saya ke pantai keseorangan.menikmati udara pagi.sudah kelihatan juga mereka yang memancing di sana.Di tepi pantai itu juga,saya menelefon seseorang yang akan meninggalkan tanah air dan menetap di Myanmar untuk sebulan.(ikut mak dia la).Seseorang itu adalah si Princess.Waa!rindulah kami nanti.Jangan lupa ya janji kamu!hehe..

Tiba di Penang pada 1800 selepas singgah di pelbagai tempat.Pantai Remis,Ayer Tawar,Bukit Gantang.Penat..penat..sakit kepala.tiba-tiba ada motion sickness pulak.

++ Sori,merapu banyak.huu~

27 July 2009

Seharian bersama Iwan

5 Respon
017........ is calling

Ikin rupanya di talian.Dia sepupu saya yang sedang belajar di Matriks Changlun,Kedah.
Pak Ngah saya mengajak saya ke rumahnya di Kulim.

Pukul 12 tghari, Ikin dan PakNgah mai rumah,jemput saya.
kebetulan si Iwan,Kak Long dan Abg Nizam menyusul pula datang. (Oh,mereka adalah pensyarah di Politeknik Seberang Perai.pusat pengajian itu ditutup disebabkan oleh kes H1N1 selepas UiTM Penang)

Apa lagi,Si Iwan@Ikhwan yang ganas itu bertendang,bertumbuk dengan saya.Pada mulanya malu-malu,menyorok bila nampak saya.Lama-lama dah ada keserasian antara kami(eceh).Dari ruang tamu ke bilik Kak Ngah yang penuh teddy bear ke bilik Ikin berlari-lari (saya yg lari dari dia).Habis dicengkam muka saya,aksi-aksi kaki kat atas,tangan kat lantai semua ada.Ganas sungguh!

Kasihan lah makcik mu ini wahai Iwan.huhu~

Keluar juga aksi BIONIK dia tu.(oh,saya tak pernah tengok cerita ini). Sampai luka-luka jari manis belah kiri dia.dia kata saya yang buat.betul ke ek?kalau ye pun,mungkin terkena geseran cincin saya kat jari dia tu.Sori Iwan!


Keletihan bermain,masing-masing melelapkan mata pada waktu petang.Bertuah betul! Sempat lagi dia lompat kat saya masa saya tidur.isk3..Dia pula yang jadi mangsa kacau bila saya sudah bangun.Heh~

Jumpa lagi ye Iwan!

++ Comel tengok dia boleh pulak mulut terkumat-kamit menyanyi lagu tema Drama Aqso dan Madinah sambil mata masih lagi terpejam(baru terjaga dari tido)

++ Tiba di rumah pada jam 10 malam.
++ Risau pulak banyak institusi pengajian,pusat PLKN,sekolah ditutup sebab ada kes H1N1.Harap-harap tiada yang serius.Jaga Kesihatan semua!

25 July 2009

Perkahwinan~

3 Respon
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 27 kepada

Ismail Bin Haron

dan

Hasidah Binti Mat Isa

Semoga berbahagia selalu!hehe

*mak,abah akak dah belanja makan tadi kan?wahaha...kira hadiah la tu ek~
* jenuh cari gambar mereka,payah betul nak dapatkan yang best.haha.
*You Are My Sunshine~