22 December 2009

Hijau

15 Respon
Wajah ceria si pengantin baru

Abang Ajib dan err.. [saya tak tau nama akak ni]

Ni Kak Ani [sepupu saya] yang berkahwin tahun lepas.

Ni si kecil Ina. comel! :)


Mabrouk 'Alaikum :)

++ Abang Ajib,nanti Syila balik Malaysia,perkenalkan kakak ni dekat Syila ye.hehe

++ Abang Ajib ni anak kepada sepupu saya. Baru berkahwin pada hari Sabtu yang lepas [19 Disember 2009]. Selamat Pengantin Baru.Moga peroleh keberkatanNya

++ Anak Pak Ngah saya, dua-dua guna tema hijau.wah3~ keluarga hijau ni.
[Adakah saya perlu memilih tema hijau untuk masa hadapan? :P]

++ Kenapa ye ramai yang memilih tema hijau? hmm~

20 December 2009

Cemerlang!

3 Respon

Sikap orang cemerlang:


Niat yang betul
Ada wawasan dan matlamat
Berani dan sanggup berkorban
Sentiasa menambah ilmu
Perhatian terfokus
Daya tahan yang tinggi
Bersifat warak
Sabar
Mencontohi orang berjaya
Tekun dalam membina kerjaya
Manfaatkan masa muda
Amanah dan jujur
Bekerja secara berpasukan
Sentiasa muhasabah diri

* Syukran Ya Mu'allimah! Ana Uhibbuki Fillah. Wahasytinii awii <3 <3
* Tahniah Radin! cita-cita tercapai! janji akan dilaksanakan,InsyaAllah :)
* Jom sama-sama menjadi orang cemerlang dunia AKHIRAT! :D


08 December 2009

Tahniah!

2 Respon

Tahniah dan Takziah kepada AJKT baru yang telah diumumkan nama mereka semalam. Ramai yang menanti-nanti keputusan pilihan raya keluar. Ada yang tunggu tepat jam 2100.tapi tak muncul-muncul pun.Kata mereka [AJK JPP], ada mesyuarat. takpe lah,dimaafkan :D


Dari Gen 7 sendiri,ada 7 orang yang menjadi AJKT PERUBATAN! 4 daripadanya adalah auto-AJKT dan 3 muka baru

Mereka adalah:

Siti Nur Redzuani Shafii
Sabihah Inche Ibrahim
Muhd Hazwan Rusli

Radin Rahmah Radin Monawir
Aimi Athirah Azmi Murad
Ahmad Ibrahim Yahaya
Mohd Khairul imdad Muhammad Yusuff

Selamat menjalankan tugas ye kalian! :D

haha..skema gile ayat-ayat atas ni~

sebenarnya nak ucapkan 'TAHNIAH' kat Radin sebab 3 orang anak buah dia dari Jabatan Perhubungan Awam BPP ditarik jadi EXCO PERUBATAN. Sila cari orang baru ye :P *evil laugh*

haaa..sapa suro hang lobi anak buah sendiri? :P

ni entry nak kenakan roommate sendiri ni.Radin ni bercita-cita untuk pegang jawatan Timbalan Bendahari untuk sesi depan.

Adakah hasrat beliau ini akan tercapai?

kita nantikan keputusan mesyuarat AJKT nanti ye.

p/s: Radin,doa la banyak2 ye kalau nak pegang Timbalan Bendahari dan kalau kamu nak merasa kita belanja makan! hehe :D

++ ok,mid year exam diawalkan.haih~ cuak3!

05 December 2009

Tundukkan HATI

1 Respon


Jom renung sebuah kisah benar ini ^_^


Ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita.ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya maka pergilah lelaki itu bersamanya.Sesampainya di kampung yang sunyi ketika orang-orang kampung telah tidur, maka lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itupun menyahut,
"Lihat,apakah orang-orang telah tidur semuanya?"

Dengan demikian,lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak.Setelah jelas semua orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, "Benar,semua orang telah tidur."

Lalu wanita itu bertanya, "Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini, Dia juga tidur?"

Lelaki itu menjawab,
"Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur."

Wanita itu lalu berkata,
" Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidu lelap dan tidak melihat kita.Oleh kerananya,Dia lebih berhak kita takuti."

Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana takutkan Allah. Dia segera pulang ke rumahnya dan bertaubat.

Setelah dia meninggal dunia, ada seseorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, :
"Apakah yang dilakukan Allah kepadamu?" Lelaki itu menjawab, "Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosaku."

-dipetik daripada Kitab Mukasyafah al-Qulub,karangan Imam al-Ghazali,muka surat 7-


++ Tundukkan dan ikhlaskan hati dalam setiap aktiviti perhambaan kita kepada Allah SWT :)