Showing posts with label elektif. Show all posts
Showing posts with label elektif. Show all posts

05 August 2010

Pengalaman di Hospital Seberang Jaya

3 Respon
Assalamualaikum wbt.

Hari ini sudah masuk hari keempat sebagai pelajar elektif di O&G Department.

Semangat yang naik turun. :-l

Day 1:

Keseorangan. terus ke Pejabat Pentadbiran Hospital Seberang Jaya, melaporkan diri. Menyerahkan surat kepada kerani di situ, dan mereka menyuruh saya tunggu kerana mereka ada perhimpunan bulanan. Dalam beberapa minit kemudian, 3 orang wanita masuk, sambil memegang labcoat.

"Pelajar seperti saya mungkin", saya bermonolog.

Kemudian, ada seorang perempuan cina, duduk di sebelah saya, juga seorang lelaki cina. saya duduk di tengah-tengah. berbual dengan mereka berdua, kedua-duanya pelajar perubatan di Rusia.

Pada jam 9 pagi, surat untuk Ketua Jabatan untuk posting masing-masing sudah siap. Kami masing-masing ke Jabatan yang ditetapkan. Saya dan Heah [pelajar lelaki cina itu] ke O&G Department.

Kami berjumpa dengan Dr. Shamini. Kami sepatutnya berjumpa dengan Dr.Juliana, tetapi dia tidak kelihatan. makanya, kami berdua melihat seorang doktor pakar yang sangat baik hati, Dr. Samuel. Kami panggil Dr.Sam. Dia sangat rela hati mengajar kami. Mula-mula memang tak faham. belajar O&G pun belum. Nasib baik si Heah sudah belajar, lepas doktor terangkan tu, saya minta Heah terangkan semula pada saya. Tengok doktor scan, cek fetus position, fetal heart activity [guna daptone], perkara utama yang perlu dikenalpasti semasa physical examination seperti blood pressure, thyroid level dll. muka saya sangat blur la masa tu kan, yang menjawabnya hanya Heah. Thanks Heah!

Kemudian, kami ke Labour Room. Ada nurse yang panggil kami untuk lihat seorang wanita berbangsa India yang sedang bersalin. Excited! ni kali kedua kot selepas 3 tahun yang lepas. Betapa susahnya dia untuk melahirkan anak, sampai kena marah dengan sister. Dah letak air 'magic' pun susah jugak. [nota kaki: air magic=air selusuh]

Dari bersalin, keluarkan placenta&membrane, dan jahit kami tengok. Masa tengah tengok nurse tu jahit, mata dah berpinar dah. rasa macam tak stabil. cepat-cepat bergerak. pergi ke bilik sebelah pula, ada lagi yang sedang berusaha untuk lahirkan anak. Berdiri. Pandangan jadi kabur, gelap dan telinga pun macam berdesing. Tiada tenaga, lemah dan pucat! Yang saya ingat, kali terakhir jadi macam ni semasa darjah 6 semasa perhimpunan. Terus saya duduk dan picit-picit kepala sendiri. Tak mahu biarkan diri terjatuh, nanti segan dekat doktor dan nurse. Agak-agak dah ok, saya bangun dan Heah tanya, 'pening ke?'.

Lepas lunch, kami ke Antenatal Ward. Ikut round doktor-doktor di situ. Bosan. Berniat untuk cabut dan lari.haha, memang buat betul-betul pun. pukul 3, dah balik. :D

Letih yang amat! Malam tu, tidur dengan sangat awal, dalam pukul 10 malam. minta emak kejutkan pukul 3 pagi, tapi terlajak jadi 4.30 pagi. Gara-gara paksa diri untuk study O&G sikit-sikit. *rasa macam dah mula life macam kat mesir* :D

Day 2:

Tunggu Heah di depan wad 9 dan 10. Ikut round doktor MO dan HO. tak faham pun. ikut je la diorang. Lepas habis round, saya ke katil seorang kakak ni.

Saya tanya sebab dia masuk wad. Dia kata, mula-mula ada pendarahan, then doktor detect ada ketumbuhan, Sebesar ibu jari. Saya mengagak itu adalah polyp. Memang polyp. Kakak tu cerita, doktor tarik polyp tu guna tali@benang la. Menarik, nak tengok one day kalau ada kes, moga ada peluang. Baru 7 bulan mengandung.

Ada lagi 2 orang wanita bersama dengannya. Mereka banyak tanya asal usul saya, belajar, lahir mana, plan masa depan. Sambil bual tu, ada seorang kakak tu, adalah Ex-KISAS SPM '93. Sekarang sedang sambung belajar, ambil PhD di USM. Tak sangka! seronok jugak lah. Banyak yang mereka nasihatkan pada saya.

Paling penting, pasal senyum

"Nanti dah jadi doktor, senyum tau, baru hilang beban pesakit, beban sendiri pun hilang"

Dia pun ceritalah, doktor-doktor O&G ni, baik-baik. Ya, tak dinafikan, memang mereka baik-baik. takde pun yang garang-garang.

Dia tambah lagi, nanti nak cari jodoh, cari yang dekat, nanti senang nak balik kampung, jenguk mak ayah. apply kerja kat Hospital Seberang Jaya juga. hehe, InsyaAllah kak, perancangan memang begitulah!

Sentiasa optimis, positif dengan apa yang berlaku. Jaga iman.

Hati terketuk dengan nasihat kakak ni. Sangat friendly! Terima kasih banyak-banyak! :D

Pagi itu, saya dan Heah ke OT [Operation Theater], untuk melihat LSCS [Lower Segment Caesarian Section]. Ada 3 kes hari tu, tapi terlepas yang pertama. Sempat lihat yang kedua dan ketiga je. Pengalaman menarik! :D

Petang tu, Heah ajak saya berdiskusi dengan seorang doktor HO yang bernama Lim. Tanya tips belajar, how to manage life, yang penting, enjoy in everything what you do. Dia datang ke hospital pagi tu pukul 4.30 pagi dan ada on call, pulang ke rumah selepas jam 2 petang keesokan harinya. Oh, sangat penat!

Pulang dengan perasaan yang puas. Cukup untuk hari ini! banyak perkara baru belajar.

Day 3:

Kami ke Klinik Pakar 1. Tiba-tiba terjumpa Dr. Shamini. kena marah lah kami pagi tu. nasib baik tak rasa apa-apa. salah kami juga. tapi lepas tu rasa macam nak gelak plak. *macam jahat plak*

Duduk di Labour Room dari pagi sampai petang atas arahan Dr Shamini. Sangat penat sebab saya pakai salah kasut. tak sesuai untuk orang yang kena berdiri lama dan berjalan ke sana sini.

Berkenal-kenalan dengan nurse yang baik hati. Paling rapat dengan Kak Amyra. Ke sana sini saya ikut dia.

Hari tu, ada 3 normal deliveries. kalau yang primate, konfem-konfemlah susah nak bersalin. sangat mengambil masa yang panjang. Kena bg ubat untuk induce delivery. Hari ni, saya tak pitam dah. dah biasa, sampai bosan plak nak tengok orang bersalin.huhu.

Hari tu, ada satu kes single parent, means that mengandungkan anak luar nikah. Baca buku pink dia, saya sedih. takde nama suami. saya agak ia anak luar nikah. betul lah. sedih dan sebak. saya cuba dekatinya, sembang-sembang, bagi nasihat sikit-sikit. ikut scan kat klinik Pakar 1. Dapat pengalaman macam mana nak jadi profesional.

Semasa pulang dari klinik Pakar 1, terjumpalah pula dengan Dr Shamini. Dia tanya saya sama ada dah berjumpa dengan Dr Juliana atau tidak. Bila saya cakap, 'tak', dia buat muka geram dengan reaksi nak cubit saya. Tapi dia takde dah nak marah-marah. Heah yang beriya-iya cakap taknak terserempak, tapi nasib saya pulak yang kena. takpe, ok je :D

Pulang ke rumah dengan hati yang tak berapa best. dengan harapan, dapat berjumpa lagi dengan patient tadi tu.

Day 4:

Saya dan Heah lambat ke Hospital hari ini. Cadangnya awal-awal pagi ni nak ikut pelajar Penang Medical College buat round and teaching session. tapi tak jadi. Kami ikut round Dr.Yuhainov dan doktor yang lain di Antenatal ward. Dah dapat arahan dari doktor pakar, maka untuk minggu seterusnya, sudah ada plan.

Habis sahaja round, Heah ajak ke Klinik Pakar 1, ke Combined Clinic. Ada Dr Samuel dan Dr Syafiq Husni. Combined Clinic ni, untuk pregnant woman yang ada penyakit lain. Seriously, sangat menarik!

Belajar diagnose dan cara ambil history. Tak belajar O&G, tapi untuk general disease, semua pernah belajar. Ada jugak yang kantoi-kantoi dengan doktor. tak dapat jawab soalan tu, short form tak ingat. kena gelak kot dengan doktor. haha. tapi tak kisah, mereka sangat best!

Tadi ada HbH disease [thalassemia], PDA [Patent Ductus Arteriosus], SLE [Systemic Lupus Erythematosus], Acute Cholethiasis, thyrotoxicosis [ni common in pregnancy].

Tak sedar pun dah pukul 1 tengahari. Cepat betul masa berlalu. Saya rasa, hari ini adalah hari yang paling best. Then, ke labour room. mencari juga patient semalam, sudah tiada, cari namanya di antenatal dan postnatal, tiada juga. sudah pulang ke rumah agaknya. doa saya insyaAllah ada untuk anda.

Tadi kami diuji macam-macam oleh seorang HO tu, macam biasa, tak dapat jawab. hehe, dia suruh baca buku kat rumah. :D
*memang tak boleh tinggal membaca walaupun semasa cuti, memang lupa habis lah.otak berkarat*

Esok sudah hari kelima. Minta mak ambil dalam waktu zohor. Rasanya esok takde apa-apa kot. Kalau ada PCM student, saya akan ikut. :)

Sekian sahaja. maaflah ayat tunggang langgang. cuma untuk catatan pengalaman saya. supaya tak lupa dan boleh ambil iktibar mana-mana.

Doakan semangat saya tak turun walaupun dikecam hebat oleh doktor di sana kerna saya bukan clinical student lagi.

Thanks a lot Heah! Esok merupakan hari terakhir Heah akan berada di O&G Department. After this, he will be at Medical Department. Dia sangat rajin dan bersemangat tanya itu ini kat doktor. Hoho, saya perlu ambil semangatnya untuk terus survive sorang-sorang nanti.

* Pengalaman paling best bila sembang dengan dia tentang agama dan pendapat dia tentang isu anak luar nikah. :)

* Selamat malam Malaysia