28 June 2008

practical exam

0 Respon


Assalamualaikum

Dah lama tak menulis secara serius..actually mahu menulis pasal final exam yg sangat2 dirasai sejak april dulu..bermula dari practical exam..saya dah tak ingat jadualnya..sampailah tarikh tamat secara rasminya pada 28 jun ni..


Ada apa dengan final exam??

Mungkin ada yang merasakan,apa je dgn final exam..huhu..kerisauan yg keamatan menyelubungi semua student medic di mesir ni(yang saya tahu la)..apabila diberi briefing oleh saudara saif(ketua batch tahun 2 perubatan medic),5 subjek yakni physiology,anatomy,histology,biochemistry dan English perlu lulus..hmm maknanya kalau computer lesson tak payah lah lulus..ish,tapi tak baik macam tu..kan ke senang(ye ke??)..kalau sesiapa yang gagal,orang2 tersebut perlu ‘repeat paper’ pada bulan September..sesiapa pula yg gagal untuk kali kedua,dia perlu carry paper tu untuk tahun kedua..aduhh memang susahlah macam ni sebab silibus tahun dua amatlah berat!!atau..sesiapa yg demam masa exam dijalankan,bolehlah buat surat dan berikan kepada dekan untuk membuat permintaan penangguhan peperiksaan..haaa satu lagi,sesiapa yg berhasrat untuk tangguh exam dgn alas an tak bersedia lagi pun boleh..hehe..


::Practical exam::

Semuanya masih relax sebab silibus yang perlu dibaca hanya sedikit..
Contohnya:


Physiology:

baca daripada buku praktikal je+hafal jawapan sekali..ada dua sesi untuk subjek ni..satu written n satu lagi eksperimen..paling menyeronokkan apabila exam yg paling cuak,hanya disoal dgn 1 soalan oleh dr.akeef dan terus dapat markah!!untuk written exam pula,kami perlu menghadapi exam yang selama sejam itu untuk soalan2 yg dirasakan perlu dijawab lebih dari sejam..(kelam kabut dibuatnya)


Biochemistry:

paling seronok!!sebabnya,hanya perlu menghafal scheme yg doctor bagi n eksperimen yg dah selalu diulang2 semasa practical class..rasanya cara sebegitu sangatlah effective..semua student akan melakukan eksperimen dalam masa yg sama..berkongsi bahan kimia(hydrochloric acid,alpha napthol,fehling a,fehling b dan sebagainya) dan setiap seorang mendapat 2 solution yang perlu ditentukan..selepas semuanya selesai,kawan2 saya bising2 sebab rupa2nya selang2 je orang,solution yg sama..hehe..takpe2..at least kita dah berusaha kan kawan2??


Histology:

Sesi tengok slide..ahli beit rumah saya mengumpul duit untuk membeli slide(cells ang tissue) dan microscope..beratus jugak habis..160+350=510..agak2 dalam seorang 85LE..alhamdulillah duit yg dikeluarkan itu berbaloi..boleh guna lagi untuk tahun2 depan..kata senior2,tahun 3 paling banyak kita guna microscope untuk usha parasit kot..nak dijadikan cerita jugak,masa exam histology tu,saya tak bawak pun spec..mati saya!!ye la,nak tengok slide show yg banyak gle..free2 jek terbang markah tu..tapi alhamdulillah..mata saya still dapat tengok dgn agak jelas(untuk benda2 yg besar)..huhu..pengajarannya adalah..jangan mengada2 taknak pakai spec masa exam!!huhu..


Anatomy:

Paling last exam.. tapi subjek ni la yg paling banyak kena hafal..adoi..origin,insertion,nerve supply,actions..hmm tu la..amik lagi medic..haha..saya tak menyesal pun..nasib baik lah gap dia jauh..masa gap tu la saya dan ahli beit yg lain pergi ke shubra(asfour cristal),untuk bershopping barang2 yg nak dibawa pulang..amboi,mentang2lah baru dapat elaun.masa tu jugaklah saya baru baik demam.kawan2 saya siap pesan “ko ni,baik2..dahlah baru baik demam,nanti demam balik”..begitulah keprihatinan yg ditunjukkan oleh beberapa org sahabat saya..terima kasih diucapkan..hehe..alhamdulillah,Allah telah permudahkan saya untuk menghadapi exam tu..


14 June 2008

wajah baru..semangat baru...

4 Respon
assalamualaikum w.b.t
baru je lepas habis oral exam untuk subjek anatomy tadi..
doakan saya dapat full mark ye...
thanks to all my friends yang banyak sangat bagi semangat tatkala diri ni menjadi begitu lemah(akibat kemalasan untuk mengulang balik baca buku)...
lepas habis exam tadi(saya antara orang yg terakhir),terus menuju ke cyber cafe..
tujuan utamanya adalah untuk melihat tag yg disuruh oleh arina(betul ke ayat ni??)
then,usha2 sket..fikir2..rase macam nak tukar template blog ni..
nak update banyak benda setelah lama terbiar..huhu..
oh ya..seribu2 penghargaan buat kawan saya yg 'bersusah payah' mencari nama untuk blog saya ni..kasihan dia..
**kepada dia:kite guna tau nama yg ko bagi tu..
***ade lagi 3 oral exam akan menyusul..bermakna gak,3 minggu lagi nak balik!!
****kepada arina,radin..kite akan jawab tag yg korang kasi tu..jgn sedih2 ye..hehe
undur diri dulu~

10 June 2008

maaf

0 Respon
assalamualaikum w.b.t

kepada sesiapa yg singgah di blog ni,saya nak minta maaf sangat2 kerana dah lama tak 'update' blog ni atas sebab perlu memberi sepenuh perhatian pada final exam ni..

selepas ni,hanya tinggal 'oral exam'..

14 jun-anatomy
18jun -biochemistry
23jun -histology
28jun -physiology

sape2 yg lalu kat blog saye ni,doakan la ye..


*tak sabar nak habis exam!!
**cuak menunggu result exam..tawakkal a'lAllah..
***kepada husna dani,HAPPY BIRTHDAY!!kite doakan kamu panjang umur dan berjaya dunia akhirat..paling penting,cepat2 dapat jodoh..aminn..