30 June 2010

Tiba

1 Respon
Alhamdulillah, saya sudah selamat tiba di pangkuan keluarga pada jam 8 malam tadi.

Tiba di KLIA pada jam 1630

Penerbangan KLIA-Penang adalah pada jam 1910.

Tiba di Penang: 1955

mencari kelibat-kelibat mereka di Penang International Airport, Bayan Lepas, nampak adik, abah dan emak. Terus menuju ke BM Tomyam, memandangkan tidak makan malam lagi ;)

Alhamdulillah, everything was going smooth. baik di Cairo [err.. banyak je masalah, Allah nak uji kejap je semalam. setel juga akhirnya] mahupun di Penang sendiri. Terima kasih Allah

Balik rumah macam-macam benda yang dilakukan. itu yang sampai pukul 5 pagi pun tak tidur lagi. esok petang, sudah ada kerja, perlu diselesaikan sehingga 6 Julai nanti. Moga dipermudahkan urusan saya.

Semoga cuti ini terus bermanfaat. Ingatkan saya jika saya terleka ye!

* Sangat comel tengok Si Nasrul tadi. cuak-cuak jumpa saya, saya pula memaksa dia mengikut saya. Maaf ye, nanti acik tak buat lagi ye! :P

29 June 2010

Selamat tinggal Cairo

3 Respon
Cairo-KLIA-Penang

Saya, Sakinah Rasat dan Amal Hanani akan bergerak pulang pada malam ini. Doakan segalanya selamat ye!

Mintak maaf atas salah silap, terima kasih segala jasa baik kalian selama ini.

kepada housemates saya yang masih meneruskan perjuangan untuk Pathology esok, selamat maju jaya! hehe~

Oh, saya akan merindui housemates, sahabat-sahabat saya di Mesir ini. Sungguh, tak tipu! :(

Manfaatkan cuti anda ye, walau di mana sahaja anda berada :)

*bakal tiba di Penang pada jam 8 pm, 30 Jun 2010.
*terima kasih si kecil yang mengingatkan tentang event pada 30 Jun nanti. Doakan.

Lots of love,
Noor Asyila

28 June 2010

Tamat

0 Respon
Alhamdulillah..

Berakhirnya oral untuk Pathology tadi, maka berakhirlah peperiksaan tahun 3 sesi 2009/2010 saya dan beberapa orang sahabat [untuk mereka yang awalkan exam, sebab tiket awal]. Kata syukur sahaja yang mampu diungkapkan tadi.

Kami bertawakkal dengan segala yang telah kami usahakan. Hanya kepadaNya kami berserah. Doakan kami yep!

Pagi tadi, selepas bangun tidur, ada suatu perasaan yang tak dapat digambarkan. bercampur baur. tapi bukan sebab exam, sebab lain. saya pun masih mencari-cari sebab tu. Salah satunya apabila mengenangkan tinggal beberapa jam sahaja lagi akan bersama-sama sahabat-sahabat di Mesir ini. Sedih. Nanti duduk rumah seorang diri, ada juga yang 'patah kaki' nanti. Sama-sama kuat untuk jaga diri. Juga, memikirkan perkara yang bakal berlaku pada 30 Jun nanti. Gembira berjumpa mak abah ina. Mungkin juga ada sedikit rasa gementar itu. Takpe, bertawakkal juga. Ameen..

Ok, saya nak ke Nil dan sambung beli barang sedikit untuk pulang ke Malaysia pada esok malam. Nanti kalau rajin, saya update lagi yep! :)

Kawan-kawan tahun 3 yang masih belum habis exam, selamat meneruskan perjuangan anda ye! Gagahkan diri untuk membaca buku Pathology. hehe~

All the best!

* selamat pulang buat kawan-kawan yang balik hari ini, malam ni dan esok :)
* Oh, sudah rasmi bergraduasi dari tahun 3 la ni kan? :P

26 June 2010

Usu kahwin

6 Respon
Hari ini 26 Jun 2010, Usu saya berkahwin [Usu adalah anak mak pengasuh saya masa kecil]. sedih tak dapat pergi! sangat~ :(

Dah lama tak tengok gambar-gambar terkini family saya [lagi 3 hari je kot nak balik]. Cuma tengok gambar lama je. kredit kepada Siti Hajar aka Along yang tangkapkan gambar-gambar ni semasa majlis siang tadi di Malaysia. Terima kasih Along :)



Noor Azrina, adik bongsu saya yang sudah semakin tembam!
Mak pengasuh saya, saya panggil Mak Jah dengan anak bongsunya, Pn Rosmahani
Encik Ibrahim, Ina, Abah dan Emak saya

Barakallah 'alaikuma.. selamat menjalani bahtera perkahwinan dengan sebaiknya usu! semasa kecil yang membesar bersama-sama dalam jagaan Mak Jah.

Oh, tadi selepas oral Pharmacology, saya bersama-sama Aisyah, Radin, Aimi Athirah, dan Huda ke Pizza Plus. 'bersarapan' pada jam 12 tengah hari. Memandangkan ini adalah hari terakhir untuk bersama-sama, berjumpa, kami meluangkan masa dengan berbincang pelbagai perkara. Perkara utama adalah POLITIK. hehe, sudah besar rupanya kami ini. Masalah pergolakan itu ini. huh~

Alhamdulillah, oral tadi, Dr Amal sangat baik! bagi 20 markah macam tu je. hehe.. mereka yang bertuah adalah dari nombor 2089 sehingga 2109.

" it is your grade [sambil menulis 20 di kertas itu], then u choose any topic and ask yourself [answered by yourself too]"

Alhamdulillah, rezeki kami. Syukur!

Tinggal lagi 1 oral! Pathology! doakan yang terakhir ini adalah yang terbaik yep!

Seronok ke nak balik? hmm, banyak perkara juga yang merunsingkan. moga terus-terusan dapat menjaga diri.

22 June 2010

Oral pula

1 Respon
Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua! [haha]

Alhamdulillah, written sudah selesai, tinggal 4 lagi oral. semuanya paling banyak, gap sehari je

bermula esok, Microbiology [jadual oral saya dan beberapa kawan, lain dengan jadual sebenar]

23 Jun: Microbiology
24 Jun: Parasitology
26 Jun: Pharmacology
28 Jun: Pathology

I'm looking forward 30th June 2010! :D
[hari tu boleh pula ada perasaan takmo balik.haih~]

Tak sabar nak jumpa adik Ina saya! Dia sangat comel kalau banyak bercakap. [dia memang kuat cakap pun]. Hari tu telefon dia,

"Hmm, akak balik 30 haribulan kan? Ok, mak dah siapkan kerja untuk kita berdua"
Oh, tidak!

Memang tiap-tiap hari saya bekerja untuk budak kecik ni,
dodoi dia masa tido
hantar dia depan pintu tempat tuisyen
sediakan baju kat dia kalau nak pergi mana-mana
teman dia main game
masak untuk dia kalau lapar tengah2 malam
....................
[manja gile kot budak ni]

Yang paling penting, dia dah 11 tahun, dan boleh jadi teman saya untuk berjalan-jalan! yeay! :D

tapi kena berjuang dengan oral ni dulu ye. tak boleh ambil ringan walaupun 'hanya' oral. Silalah jadi rajin wahai Asyila~

++ ok,ni entry merapu. sudah-sudah, jom study!
++ Amin dah start belajar kat tempat baru hari ni. All the best my bro! :)

18 June 2010

Realiti

0 Respon

Sepatutnya, kita tak boleh lari dari realiti. walaupun ia pahit, tapi ia adalah sesuatu yang kita perlu berdepan.

Hempedu yang menjadi madu. Suatu teguran, biarpun perit sedikit untuk diterima, tetapi manisnya akan kita rasa selepas itu. bahkan lagi lama rasa manis itu daripada rasa pahit.

Tak boleh serahkan begitu sahaja, tanpa usaha.Teruskan berjihad dan bersabar!

Jangan tuduh yang bukan-bukan, keseronokan yang sementara itu terpaksa ditinggalkan demi keseronokan abadi akan datang. kena faham itu!

Ada satu perkara yang tidak boleh digesa-gesakan kerana masih banyak yang perlu dipelajari, diubah, diperbaiki sebelum mencapai matlamat itu.

++ terima kasih my dear Fathiyyah kerana sudi tukar 'langsir' baru ini. dia yang pilih, dia yang edit. katanya, nampak lagi matang. ye ke? ;)

++ 2-3 jam yang ter'distracted', tapi juga dihargai untuk muhasabah. terima kasih. :)

++ 21 Jun last paper untuk written! tak sabar menanti 30 Jun :)

16 June 2010

Satu Amanah

1 Respon
Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untukNya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dariNya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cintaNya
Oh cintaNya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasihMu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
DariMu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

Lagu: Faizal Os
Lirik: Faizal Os
Nyanyian: Hijjaz

++ semasa dalam perjalanan nak ke universiti tadi, saya nampak seorang pakcik dan anak[mungkin juga cucu] berlari-lari mengejar bas hijau. bersungguh-sungguh lari. bila dah berjaya sampai kat bas tu, saya nampak pakcik dan budak perempuan tu turun semula. salah bas rupanya. tampak riak kekecewaan di muka mereka. dengan panas, berkejar untuk mendapatkan bas tu. hati tersentuh. Itu cara Allah nak mengajar saya semasa dalam sibuk-sibuk menghafal segala macam nama ubat tadi. Terima kasih Allah! :)

10 June 2010

Susah

3 Respon
semua orang yang keluar dewan tadi, semua merungut

'Microbiology susah'

oh..oh

maka, saya pun berkata

'memang susah pun. Sekian"

lepas ni, berusaha untuk Pharmacology pula ye?
kita tawakkal padaNya. kita dah usaha sungguh-sungguh.
yakin! doa banyak-banyak!

Next: Pharmacology: 16 & 17 Jun 2010

07 June 2010

Semangat

5 Respon
Korang, kalau rasa macam down study kan, korang ingat masa depan, orang akan cakap macam ni dekat anak-anak korang. hehe :P

"Ibu kamu ni pejuang yang kental, hari-hari yang sukar, dia hadapi dengan sabar, adunya pada ayah sedikit, tapi pada Allah sangat banyak. Pujukan ayah tak semanis pujukan dari bisikan semangat Tuhannya.Jadi hati ayah tenang bersama ibumu kerana dia wanita kental, dia mampu untuk menjadi lulusan medik. Menjadi ibu kamu pun dia mampu, inikan pula jadi lulusan medik"

saje-saje je update. bosan ke?
Sila jadi rajin untuk study Microbiology!
Sila berusaha dengan gigih! yeah!

Next: 10th June 2010, Microbiogy

01 June 2010

Al-Aqsa

3 Respon

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah..

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang penuh Raksasa.

Wahai Tuhan yang bersifat murka.

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab. Wahai Tuhan yang mengarakkan awan. Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab. Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Dan Menangkan kami ke atas mereka.

kekejaman Israel laknatullah
Adakah kita cakna dengan perkara ini?
Masih boleh bersuka ria dengan keseronokan dunia?

"Israel mmg tak berperaturan, jangan hairan. memang konvoi LL4G sudah bersedia, memang mereka awal-awal lagi impikan syahid, mereka pergi bukan dengan jiwa yg tertanya-tertanya. Kita skrg ni yg perlu bakar api jihad, sedarkan orang-orang yang lalai. memang skrg masanya kita berusaha utk Gaza n Islam seluruhnya"
-quote dari emel-

Mereka sedang berjihad di sana, kita di sini pula bermujahadah
berusaha untuk meningkatkan kegemilangan Islam

Ya, Islam pasti menang,pasti, kerna itu janji Allah tapi bukan hanya dengan bersenang lenang, goyang kaki untuk dapatkan kemenangan itu.Hatta Rasulullah sendiri pun bersusah payah untuk sebarkan Islam, inikan pula kita?

Tidakkan rugi mereka yang hanya duduk bergoyang kaki itu, apabila Islam menang, mereka hanya menjadi orang yang 'bertepuk tangan' tanda meraikan kemenangan itu dan berkata "Oh, Islam dah menang". Ruginyaaa..

Janganlah jadi mereka yang ini
Bahkan, bangunlah, bangkitlah!
Kita berusaha jadi Muslim yang menyumbang juga.semuanya kerana untuk mencapai Redha Nya.

Semoga Allah permudahkan urusan konvoi LifeLine4Gaza dan hancurkan musuh Allah, Israel. Amin..

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu

Palestina Tercinta-Shoutul Harakah

++ Cepat je Allah alihkan perhatian saya kepada perkara ini dari perkara yang saya risaukan kelmarin [selama beberapa hari]. huhu,terima kasih kepada yang memujuk. panggilan dari IRC,UTP tu yang special.terima kasih Kak Nad. :D

++ Selamat hari lahir buat abang saya, Amirul, Fathiyyah, Nuruul Huda, dan semuanya pada hari ini, 1 Jun.

++Semoga semangat ini kekal dalam diri kami.