30 June 2009

1 Julai atau 2 Julai?

4 Respon
Assalamualaikum wbt..

*sambil melihat-lihat jari yang menaip*

--> fakta 1: sehari dua ini saya suka tengok jari mana yang saya gerakkan(buat kerja, etc:menaip@tekan suis lampu) sebabnya takut jari hantu yang jadi 'mangsa'.huu~ (huda je tawu keje pelik ni)

-->fakta 2: fobia dengan botol kaca

5.30pm, 29 Jun 2009

Aimi menelefon saya. Ingatkan nak cakap pasal Reunion. Rupanya berita yang 'sedih lagi dramatik' pula yang dapat. Tiket yang telah dikonfemkan semalamnya, tiba-tiba mengalami perubahan pula.Wakil Agensi itu telah menelefon Cik Aimi kita untuk memberitahu kami mengenai perubahan tersebut.

'You have 2 choices'
'Either 1st July-22th Sept or 2nd July- 26th Sept'

uish! saya hanya gelak-gelak bila Aimi sampaikan berita itu. Sori Aimi. bukan tak risau, sebab malas nak fikir. Dengan beg yang saya-rasa-tak-akan-habis-habis-dikemas itu, lega pun ada.

Tengahari tadi beriya-iya saya bising kat rumah tak nak balik Malaysia. Sekali dapat macam ni. Masin juga mulut saya ni ye.

Tadi saya di Sutuh bangunan. [tunggu pemegang kunci yang sanggup berjalan kaki dari Tahrir]

Sekarang turun untuk masuk ke rumah. Terus On kan komputer riba saya. Cepat-cepat menelefon emak saya.tapi mak tak dapat dengar suara saya. Tak lama kemudian, abah telefon guna handphone.

'Blablablabla....'

'Abah dah ambik cuti dah'

'boleh batalkan'

*geram mode*--> tiba-tiba bengang+terkilan dengan orang yang uruskan itu.

++ esok akan ke pejabat Agensi itu, uruskan pasal tiket last minute. -speechless-
++ doakan kami dapat balik malam nanti. harap-harap boleh extend tarikh pulang ke Mesir.
++ kena habiskan kemas jugak sekarang! waaaaa!!

Sahabat-sahabat Gen 51 SPM 2006, jemput melawat blog ini

27 June 2009

pembetulan (reunion)

6 Respon
Buat Gen50 SPM 06, ada pertukaran maklumat dari yang diberitahu sebelum ini.

Tempat: Gua Tempurung
Tarikh: 18 Julai 2009
Tempoh masa: balik hari
Target: 1 bas penuh (40 orang) -->maybe terpaksa campur

++ segala maklumat akan diberitahu kemudian. masih dalam perancangan =)
++ moga segalanya berjalan lancar dan diberkatiNya. Amin

sunyi

0 Respon
-curi kat blog fathy-
*rumah sunyi*

sebabnya semuanya mengadap komputer riba masing-masing

tambah pula dengan fathiyyah sekarang ini (masa saya tengah tulis post ini) dia masih dalam kapal terbang, bergerak pulang ke tanah air terchenta.

masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri.

lusa, ada yang mengajak bermain bola keranjang pagi itu di ARMA. bak kata Radin, bola Adidas memang bersedia untuk dimainkan.wee~ *tk janji nak pergi ke tak*

semalam. ada majlis Gen07.

di rumah KAMI (rumah kak husna)

ikhwah: masak mee kari (not bad -.-)
akhawat: kuih-muih dan air

tayangan video (ikhwah memang suka berlakon ye? lakonan last year lagi mantap)

makan-makan (dinner+supper at 11 pm)

bersalam-salaman

respect kat siapa-siapa yang stay sampai pukul 2 am.terima kasih kalian, jasa tak terbalas.

++ Radin, kesian tengok radin tensi-tensi buat video semalam. waa! lappy tu kena dimanjakan lagi kot,baru tak buat hal~

++ tengah malas nak update lagi ni. sekian~

++ bye-bye fathy! dah sampai roger kami di Cairo ni ya!


26 June 2009

Update pendek

3 Respon
Assalamualaikum..wbt

cuma update pendek.

24 Jun

hepi 17th besday Muhammad Adzmin bin Ismail!
study elok2..
SPM dah dekat..
hadiah nanti kat Malaysia~

25 Jun

tamatlah peperiksaan yang bermula 3 bulan yang lalu.
lega kah? entahlah..tawakkal a'la Allah.doakan yang terbaik buat saya dan sahabat-sahabat yang lain

senior dan junior,berjuang habis-habisan 27 Jun ni! ~kami dah habis dulu~ daa

4 pm: conference YM.harap2 lancar rancangan tu.

7.15pm: menuju ke ARMA untuk bacaan Yaasin dan Tahlil beserta solat hajat.

26 Jun

Jamuan Batch Gen 07
tempat: rumah KAMI
masa: selepas maghrib

27 Jun

tak tahu lagi. --> mungkin City Star bersama Huda Mustoffa

28 Jun

meeting bersama AJK BPP akhawat.

++ kak Gie, Fathy, kt da update dah ni. nah,nah!haha
++ sorry, tk dapat nak update dengan baik. sibuk sedikit. >.<
++ beg pun tak abis kemas lagi. daa~

21 June 2009

Al kisah selepas exam.

13 Respon
Sepatutnya meng'update' 3 jam yang lepas,tetapi katil memanggil-manggil saya.heh.

2 hari lepas,berkesempatan menonton movie Perempuan Berkalung Sorban.cerita Indonesia.dengan kelajuan internet yang sederhana dan mampu juga untuk meng'loading' 12 part kat YouTube sekaligus. dah lama dah cerita ni. cuma tiba-tiba tangan gatal untuk menonton cerita itu walaupun buku Histology tidak lagi habis dihadam ketika itu dan exam pula hanya pada hari lusanya. selamba betul!

pelakon yang saya cam adalah Si Bawang Putih. Nia Ramadhani kalau tak silap nama dia.dia heroin.

Hero nya saya tk pasti siapa.

bukanlah mahu menceritakan keseluruhan jalan cerita itu,tetapi pengajaran yang paling penting.

1. Lelaki perlulah menghormati wanita dan jangan menjadikan kaum Hawa ini sebagai 'binatang'
2. Wanita juga perlu pandai mengawal emosi. walau menderita mana pun, tidak wajar untuk kita lakukan perkara yang di luar kawalan+haram di sisi Syarak
3. Rata-rata yang menonton cerita ini mengatakan lelaki yg kedua(selepas bercerai) itu sungguh Cool dan menenangkan. No offense ok! >.<

ok sudah.sudah..kalau nak tahu cerita ni lebih lanjut,sila tonton sendiri.hehe..

****************
setiap kali menelefon mak dan abah di Malaysia tu, mesti musim buah-buahan yang disebut-sebut. sekarang ni musim buah durian eh? mak cakap,pokok durian di kampung (kat Kulim) dah luruh. pagi tadi sahaja, dapat 4-5 biji. (eh, sikitnya! pokok pun 2-3 batang je). Mane entah sesatnya pokok durian 2-3 batang tu tiba-tiba muncul kat tepi sungai tu. yang saya ingat tahun lepas, mak ngan abah saya akan ke kampung tu setiap hujung minggu. sarapan di luar, kemudian terus ke Kulim.dekat sangat rumah saya dengan kampung saya tu. kalau tak mak abah saya, pakngah saya yang akan ke sana. Adik beradik pun 3 je.kalau maklong saya, tak kot nak pergi. dia kat Bukit Gantang tu. pokok manggis,rambutan,langsat,durian berlambak-lambak tepi rumah.huhu.

takpe,insyaAllah dalam masa 9 hari lagi ni, sempat lagi nak rasa buah-buahan tu. tak sempat nak habis lagi kan musim buah dalam tempoh sesingkat ini? hihi.

perihal kampung di Alor Star pula. takde langsung pokok durian atau rambutan atau langsat. yang ada cuma bendang kat belakang rumah Pak Ngah( belah abah) dan Pak Jang saya tu. dah menguning ke padi di belakang rumah tu? (errr..)

apa-apa je lah. yang penting, insyaAllah kalau dipanjang umur, saya akan ke dua-dua kampung saya di Kulim dan Alor Star itu melihat sendiri perubahan-perubahan di sana.hih.

++ saya sedang memikirkan mangsa buli saya masa saya balik ni. Cikgu Anne ngan sepupu kat USM tu.boleh??

++ tadi habis exam pukul 9 jugak. tinggal 1 lagi.tak sabar rasanya untuk menghabiskan yang satu tu.tapi yang satu tu la (Physiology) yang paling mencabar. harap-harap dapat soalan yang mudah.

++ saya rasa dalam masa 5 hari selepas 25 Jun ini, hari bakal menjadi sibuk. ada program dan tugas-tugas yang perlu diselesaikan sebelum saya pulang ke tanah air.

MySpace

baca buku ni sampai juling! haha..mata kartun ni buat saccadic movement la. =.=

oh ya! satu promosi untuk sahabat-sahabat KISAS SPM 06
--> ada satu plan untuk buat reunion. ini atas persetujuan beberapa manusia yang join conference YM hari tu la.

tempat: Gua Tempurung,Perak
masa : awal bulan 8 (hari sabtu, 8 @ 15 Ogos 2009)
sasaran: semua ex-KISASIAN SPM 06 (muslimin dan muslimat)
target: sekurang-kurangnya 40 orang muslimat (1 bus), asing-asing bus. tamau campur.
objektif: nanti akan diberitahu di Yahoo Group ok? kalau ada sesiapa yang setuju, sila respon atau kasik nama kat saya (Asyila) @ Aimi Jamaludin.

yang menjalankan tugas~

19 June 2009

HidayahMu kudamba

7 Respon
Terasa ada kekurangan dalam rutin hidup saya.ya,memang ada yang tak kena.saya berfikir sejenak.mencari di mana silap itu.saya 'lapar'.bukan kerna gastric juice yang merembes-rembes yang menyebabkan saya 'lapar'. Jiwa saya yang 'lapar'. Saya perlukan 'makanan' rohani untuk mengurangkan apa yang saya rasa ini. Jauh sungguh saya dengan Al-Khaliq.

"Ya Tuhan Yang Maha Pengampun, hamba ini lalai, leka dengan segala nikmat duniawi yang telah Engkau kurniakan ini. Silap diri ini sendiri. Ampuni hambaMu ini Ya Allah. Jangan Engkau tarik kembali hidayah yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Jangan biarkan aku terumbang-ambing di dunia ini sendirian. Aku perlukan bantuanMu. Semoga aku sentiasa berada di jalan yang diredhaiMu"

Astaghfirullah..

mata yang basah, menangis kerna KEHENDAK diri tidak dipenuhi
lidah yang hanya banyak di'basah'kan dengan perkara-perkara lagho

aku perlukan ini..

mata yang banyak menangis kerna sering mengingati mati, dosa-dosa menggunung tinggi..
lidah yang sentiasa mengalunkan zikrullah, bercakap soal Agama, permasalahan ummah..

bantulah daku..pimpinlah daku..

++ teringat zaman sekolah yang mengajarku apa itu erti tarbiyah. =)

***************************************
Muslimah hari esok akan kembali merenung hari semalam. Bukan semalam yang hampir, tetapi kelmarin yang jauh

saya petik ayat ini dari kitab 'Muslimah Hari Esok' karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi. saya pinjam dari Cik Roommate saya. Syukran Ya Ukhti. buku ini memang menarik. walaupun nipis,ringkas tetapi isinya padat. saya baru baca separuh. selepas menelaah kitab Histology tadi. nanti saya akan sambung lagi.

sedikit kisah menarik yang ingin saya kongsikan di sini.

wahai Muslimat..

contohilah Khansa'

Ummu kepada 4 orang anak lelaki yang mana beliau menginginkan kesemua anaknya mati syahid.(ini selepas kehidupan beliau memeluk agama Islam)

beliau mengarahkan 4 orang anaknya untuk menyertai Peperangan Al-Qadisiah yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, beliau mengingatkan anak-anaknya supya sentiasa mara tanpa berundur ke belakang, terus tetap melangkah tanpa ragu-ragu untuk mencapai mencapai Syahid di jalan Allah. Tatkala ada antara mereka yang lemah semangatnya, beliau tidak putus mengingatkan mereka supaya meneruskan perjuangan..

Betapa tingginya iman beliau tatkala menerima berita kehilangan 4 orang putera sekaligus. Beliau tidak menangis.tidak juga beliau meratapi dengan ratapan jahiliyyah.dengan keimanan mengatasi kesedihan, beliau mengucapkan kata-kata ini..

Segala puji bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kematian mereka dan menjadikan mereka sebagai pemberi syafaat bagiku di akhirat kelak
Kental sungguh hati si ibu,Khansa', wanita yang pada jahiliyyahnya dia hampir membunuh diri tatkala saudara tirinya, Sakhr meninggal dunia tetapi apabila telah memeluk agama Islam, peribadi beliau sangat mengkagumkan.

kisah ini membuatkan saya teringat pada Ummu Ammar.beliau redha dengan kematian anaknya itu.InsyaAllah, Syurga itu tempat arwah.Amiin..

semangat si ibu ini perlu dicontohi oleh semua wanita. banyak lagi sejarah Islam (kelmarin yang jauh) yang boleh dijadikan iktibar.

jika mahu menjadi seperti mereka, Islahkan diri dahulu. Jadi yang terbaik dan contoh teladan buat anak-anak kita. =)

--> buat semua muslimat dan bakal zaudj ku, nanti kita hantar permata hati kita belajar berenang, memanah dan menunggang kuda ya! biar mereka jadi pejuang Syiar Islam yang hebat. InsyaAllah. =P

Dan Allah tidak akan menunda(kematian) seseorang apabila kematiannya datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan
-Al-Munafiquun:11-

selamat pagi semua!

Asyila
0500
19 Jun 2009

17 June 2009

Tag dari Emhoho

14 Respon

1.Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

2.Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini

1. seorang yang macho. beliau adalah satu geng dengan chep+radin

2. senyap je pun.datang rumah dia, serius je muka.haha

3. Dunia Plurk merapatkan ukhuwah kami. lol =.=

4. ada keturunan cina

5. nama beliau ni special sikit. ada 'hoho' kat belakang tu. EMHOHO. nak tahu kenapa? pegila temuduga beliau.hehe

3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

1. baru je pagi tadi menghabiskan misi sebelum pulang ke Malaysia. oh apa ya misi-misi itu? saya perlu lunaskan 'hutang' saya pada emak saya. belajar masak kek coklat, kek pisang, cheese cake. Alhamdulillah. akhirnya tahu juga saya buat semua itu.paling penting, dah tak kekok guna oven. selalunya akan 'lari' dari oven. sebab oven panas. O.O

2. akan pulang ke Malaysia pada 1 Julai 2009, 3 am

3. ingatkan balik Malaysia kali ni adalah balik paling melenggang dari tahun lepas.tetapi jangkaan meleset. ramai pula yang memesan itu dan ini. padahal ini adalah kali kedua pulang ke Malaysia. InsyaAllah. doakan segalanya lancar ya.

4. tahun 2 adalah tahun mencabar. memang mengajar saya erti kesabaran, tabah dan menjadi seorang yang kuat. homesick je tahun ni. tahun 1 takde la plak. siap rasa tanak balik Malaysia tahun lepas

--> tapi radin, kt tk bole terima dgn apa yg radin ckp pasal keadaan kt masa malam oral exam utk biochemistry hari tu. uish~ saya mahu membantah!

5. kalau emhoho sudah kemas beg, saya belum lagi. tengah tunggu Radin turunkan beg yang dah berhabuk dari atas almari. saya takut untuk turunkan sendiri lantaran diri ini yang lebih 'tinggi' dari cik roommate saya. cuma mengelak kejadian yang tidak diingini terjadi. >.<

6. abah saya pernah kasik sms ni. 'akak mimpi ka apa?' sebagai balasan kepada sms saya 'selamat hari bapa' pada 16 Jun hari tu. saya tak salah. mak saya yg cakap 16 Jun.saya pun ikut je la. sori abah. seronok buli abah.haha..(teringat kejadian 2@3 minggu lepas, habis kena gelak dengan ahli beit)

7. seronok melayan kerenah semua 'hero-hero' darjah 6 semasa cuti tahun lepas.

8. masih tinggal 2 oral exam.tapi malasnya MasyaAllah..tolong nasihatkan saya banyak!

9. saya sedang berusaha untuk contact kembali kawan-kawan sekolah rendah dan sekolah menengah (SMKA Sultan Azlan Shah). saya rindu bangat sama mereka. ingat nak buat reunion sama-sama balik ni.tapi semua tak cuti..haih~

10. masih lagi belajar untuk 'bangun' semula selepas 'jatuh' dalam sebulan yang lepas. Gambate Syila!

10 org bkl kne tag:

1. Arina
2. Ainul Arina
3. Aimi Athirah
4. Huda Mustoffa
5. Roommate comel, Radin Rahmah
6. Megat Kulim. ^.^
7. Rasyiid
8. Kak Alia
9. Ain Farhana
10. Fais Azli si ketua batch medicairo07 yang berdedikasi. >.<

sekian sahaja jawapan tag kali ini.

sebenarnya bertimbun-timbun tag yang tak jawab.nanti I check balik draft blog ye. tengok2 balik.hehe

ada manusia yang tengah berbara-bara semangatnya nak main basketball.semalam baru beli bola kat City Star.esok pagi-pagi nak main kat bawah.ada sapa2 nak join?

16 June 2009

16 June

14 Respon
Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,pukul 9 tadi selesai sudah oral exam untuk subjek Biochemistry.saya dan Aisyah lambat juga ke lab tadi.pukul 8.10 am baru tiba di Universiti.bergoyang kaki dahulu di rumah.(mentang-mentang rumah dekat dgn U) masuk-masuk lab dah penuh dah dengan budak2 batch.

pergghhh..lambat dah kita ni Aisyah.adeh..

di satu sudut, nampak saudari Ayu Amiza sedang 'ditemu bual' oleh seorang Professer wanita.saya tk ingat nama beliau.tapi beliau pernah mengajar sekali sahaja.

dalam hati terdetik..

'amboi, bestnye Ayu.pukul 8 datang U, 8.15 da boleh balik rumah'

masa tu masih kelam kabut kerana ada doctor practical(mungkin) menyuruh kami melihat nombor group kami.bergegas ke tingkat 3.

mata melilau kat satu kertas berbahasa arab.cari punya cari...2095..haa,dah jumpa.group 11.

makcik tu cakap kat atas.naik atas balik.huh! pening kepala saya.bertambah pening.aaaa!!

tunggu punya tunggu.

'alahai,lambatnya turn aku
.'

group lain dah nak habis dah.perasaan cemburu menguasai diri.Aisyah di sebelah menenangkan saya.takpe, kejap je tu.

buku terus dibaca.sambil telinga dipasang.mendengar soalan2 yang keluar dari mulut profeser lelaki di hadapan saya.(tapi, saya bukan ditemubual dengal prof tu pun!)

huh! kali ini kadar kawalan amat tinggi.sesiapa yang sudah habis ditemubual itu, mereka akan diikuti oleh seorang doktor praktikal demi memastikan soalan-soalan yang ditanya oleh prof tadi tidak bocor.hehe..takpe je..

lebih kurang pukul 8.45 am, nama saya disebut.

fuh fuh..tarik nafas..maniskan muka..=)

'what is....blablablablabla..'

ada la dalam 6-7 soalan.

ayat yang dinanti-nantikan..

'ok,thank you Asyila.you can go now.'

Alhamdulillah...

**************

10.45 am

'semua sila bersiap ye!' jerit 'kakak' kami.

'ye..ye..nak bersiap la nih!' mata masih mengadap laptop, tangan masih ligat menekan papan kekunci.

'ok semua, pelbagaikan niat kita nak keluar ni kerana apa!'-->thanks for this reminder..

11 am

ke stesen metro Sayeda Zainab di belakang rumah kami.

12 pm

tiba di City Star. berpanas sebentar dalam perjalanan berjalan kaki untuk pergi ke tempat tu.(takpe,panas dunia ni sikit je..akhirat nti,sejengkal je matahari atas kepala kita)

*tanak terlibat dlm pergaduhan dalam tremco tadi.blah camtu je.

berjalan-jalan sekitar city star sehingga pukul 4.30 ptg.penat2..niat di hati pada mulanya untuk makan malam kat food court sana je.tetapi ada halangan-halangan tertentu.takpela,tkde rezeki..boleh jimatkan duit. =P

5 pm

pulang ke rumah dengan menaiki teksi berwarna kuning. semua terlelap dek kerana kepenatan yang amat sangat sehingga patella-rasa-macam-nak-tercabut je plus kepeningan kepala yang merosakkan mood untuk bershopping.

++ sempat ke Cinnabon merasai strawberry banana milk shake. ^.^
++ saya dan aisyah hanya masuk ke kedai-kedai dan saya pula sibuk mencuba pelbagai kasut yang harganya 300 LE ke atas. cuba je,nak beli tak mampu. kasut termahal cuba tadi adalah berharga 735 LE. (bapak mahal.baik makan je dari beli kasut ni)
++ esok mahu ke Hussein pula.beli hadiah untuk mereka di Malaysia~

Hari ini hari lahir yang ke 26 tahun Cik Wani@Anne.hehe..

beliau adalah guru PLKN saya.sampai sekarang baik dengan beliau.rindu benar saya dengan dia ni.tahun lepas tak sempat jumpa.harap-harap cuti kali ini, sempat la nak lepaskan rindu ini.selalu berkongsi cerita.

*sekarang beliau still jadi cikgu PLKN tapi dah berpindah pusat dari Sik ke Baling.

hepi besday cikgu anne!

take care.

Ummu Ammar ada menulis sesuatu dalam blog anakandanya.silakan membaca --> Dalam Jiwa Hamba

15 June 2009

KHABAR PEMERGIAN

0 Respon

Tersentakku dari lamunan
mendengarkan satu perkhabaran
sahabat yang amat ku sanjungi
telah pergi untuk selamanya

sebak rasa hatiku
tak tertahan lagi kesedihan
kucuba tabahkan diriku
namun air mata jatuh berlinangan

hadirmu disambut dengan senyuman
pergimu ku iringi tangisan
ku relakan pemergian mu
kerana Tuhan lebih menyayangi
dirimu oh teman

Tak mungkin ku lupakan
wajah riangmu penuh kemesraan
kita terpaksa berpisah di dunia yang fana
ku harap kau kan tenang di sana..

(aphique, 12/6/09, 0120)

*credit to pemilik blog ini (penulis lirik+penyanyi mungkin) serta Copuk (utk remake)*

--> HA, da letak kredit dah ni. nak lagi? nah 10LE!!
--> utk mendengar lagu ini, klik kat blog ini (kat atas)

14 June 2009

Tukar lagi...

13 Respon
Saya tengah rajin ni.tukar template

dalam musim exam ni, 2 kali dah tukar.huhu..
yang ritu,suram colour dia.
so, tukar lah yang lain..

++ Fathy mahu jahit tudung lagi siang nanti. saya sudah siap jahit kedua-duanya!yeay~ I menang.nanti Fathy belanja ais krim kat kite ye..

++ ah, satu misi tertangguh semalam. disebabkan kekurangan satu bahan. aiyaa~

Hening pagi

0 Respon
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

saudara Akram semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Alhamdulillah. Ibu bapa beliau juga sudah tiba di Bumi Anbiya' ini. Maghrib tadi, mereka berada di rumah bawah kami.

teruskan mendoakan saudara Akram dan Rahman. InsyaAllah keadaan akan kembali pulih.
kepada saudara Fitri dan Saif, kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan. mereka mungkin physically sihat, tetapi mengalami trauma. hmm..kawan-kawan memainkan peranan penting. takpe,kami sentiasa sokong kalian

dengar cerita. wakil medicaro07 ada menyumbangkan gift kepada mereka berempat. >.<

untuk update terbaru, sila rujuk:

pemberita terhebat+ berdedikasi
Ayu Amiza

++ semalam saya dimarahi oleh saudara Hafiz Adam. err..sori ye atas kecuaian-kecuaian semasa bekerja.huhu.tak disengajakan.terima kasih atas teguran dan tunjuk ajar.lain kali jangan la marah-marah camtu! takpe,Radin ada..boleh diadu..dia lagi tinggi kedudukannya.ngee~

++ Radin, jangan jeles ye~huhu....

Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat.Laksana anak-anak akhirat..melihat dunia dari jendela akhirat..
[Ammar Zul, kalam_puncak]

MySpace

asyila
0218
14 Jun 2009

12 June 2009

Dari Cairo

0 Respon
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... melihat dunia dari jendela akhirat."
[Ammar Zul, kalam_puncak]

saya suka quote ni.melompat dari satu blog ke satu blog, ramai yang menulis quote ni.

pagi-pagi, tengok offline message:

Eckm insyaAllah takde pape. Cuma brain edema yang menyebabkan seizure tersebut dah berkurang. Aman insyaAllah operate malam ini. Doakan keduanya setel.- hafizadam-

dalam hati mengucapkan Syukur.Alhamdulillah..

untuk cerita lanjut, baca ni

HAFIZ ADAM
BERITA HARIAN
BLOG ARWAH

doakan saudara Akram sedar dari koma.
harap tiada apa yang berlaku.

09 June 2009

Terima Kasih Sahabat-sahabat!

12 Respon
ini kawan-kawan batch saya di Faculty of Medicine, Cairo University, Egypt
*ramai kan?*

lokasi: sekitar kawasan Univesiti
masa: 9 Jun 2009 (lebih specific, selepas habis exam Psychology tadi)
++ kanak-kanak medicairo07, cari la gambar korang sendiri!


Terima kasih sahabat..

kerana membantu..
kerana sentiasa bersama..
harungi suka duka..

hampir dua tahun sudah..
dari Fustat sehinggalah ke Mounira, mahupun Sayeda Zeinab, Saad Zoughlul
Juga di Darussalam, Giza serta Malikussolih
tapi tetap juga ikatan se'batch' itu ada (harapnya)

maafkan andai ada yang terkasar bahasa..
maafkan andai tingkah lakuku mengguris perasaan kalian..
kalian sememangnya sahabat yang baik..

kukuhkan lagi ukhuwah kita bersama..
semoga hubungan ini sentiasa berada di bawah lembayung RahmatNya..
semoga ia kekal sehingga ke akhir hayat..

Amin..

++ aaa..percubaan tak berjaya! sebab tengah happy mode ni. tkpela, cuba lagi lain kali.
++ tinggal oral sahaja. doakan kami agar kami dapat perform depan prof dengan baik.tak gugup.huhu
++ yeay! mahu masak kek coklat lepas ni. mahu??

08 June 2009

=.=

11 Respon
~study group atas padang~

~ study kat Abou Shakra sambil menunggu makanan yang di'order' sampai~
model berdua ini adalah cik huda dan cik cama

Lama juga tak update blog ni. Anatomy punya pasal. kena puasa sekejap la.huhu.macam Em Hoho.tapi dia dah bukak puasa semalam lepas habis exam. saya baru bukak puasa tengahari ni.masa orang tengah sibuk-sibuk baca pyschology. errr..tak habis lagi baca sebenarnya. gatal tangan untuk membuka laptop dan ter'online' lah sekarang ni (nota: egypt time: 12 pm)

sebenarnya saya sangat cemburu dengan mereka-mereka di Malaysia! kenapa ya? sekarang cuti sekolah. makanya ramailah yang membuat kenduri-kendara di sana. sama ada bertunang atau pun berkahwin. tidak terkecuali sepupu-sepupu saya. minggu lepas di Alor Star, Kak Liza (anak Pak Andak) selamat menjadi isteri orang. entah, saya tak kenal pun siapa suami dia. dia bertunang semasa hari raya ke 3 tahun lepas. Sabtu( 6 Jun 09) pula Kak Ani pula berkahwin. tempatnya di Temerloh. tak pernah-pernah saya sampai kat rumah Pak Teh saya tu. dulu masa Kak Lin kahwin, saya tiada juga. ada perkampungan ilmu di KISAS. kali ni, Kak Ani kahwin, saya di Mesir. korang semua sabotaj Syila ek?? adeh3.. jeles gile!

masalahnya sekarang,

Reunion keluarga sebelah abah saya. yang dari Alor Star, Johor, Penang semua datang! ceh3.. tak puas hati!!! (haha..tak masal-masal je buat luahan hati kat blog ni)

sekarang mereka berada di Perak pula. ada kenduri lagi katanya. isk3..
(sabau je la, siapa suruh apply belajar kat luar negara. padan muka!)

esok last Written paper. Psychology. doakan saya dan kawan-kawan lain. tamau carry ini subjek!
masih berusaha menghabiskan nota-nota Psychology ini kerananya tidak pernah membacanya sebelum ini. Rata-rata subjek ini dipandang enteng oleh kami semua. isk3.. jangan tiru gaya kami. adik-adik, sila bersedia dari awal ye!


~meja study saya~

meja study sekadar hiasan.haha. mana tak nya, dah teddies tu occupy meja saya. aada buku medic, ada kitab Qiraat, Al-Quran atas tu. tak boleh saya nak study kat situ (main reason sebab teddies). ada lagi teddies atas katil, itu semua mereka katakan sebagai penyibuk! kadang-kadang bangun tidur dah tercampak kat bawah. haish~ mereka ni.

++ saya seorang yang nomad sepanjang musim peperiksaan ini. mangsanya adalah rumah Huda, bilik Aimi, bilik Aisyah dan ruang tamu.bilik sendiri masih menjadi pilihan. terima kasih Radin, terima kasih semua! ^.^

'Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. kekuatan ini dipinjamkan Dia untuk aku. Ya, untuk hambaNya ini. kadang-kadang yang masih lagi bertatih, memerlukan bantuan manusia di sekelilingnya.jatuh,bangun,kemudian jatuh lagi.penat.kanak-kanak tak pernah kenal erti putus asa itu.aku patut contohi mereka'

MySpace