29 September 2011

Lelaki Tanpa Hati

0 Respon


Surat seorang pemuda kepada Imam As-Syahid Hassan Al- Banna;

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksud adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat dan hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga tahu tempat-tempat samar atau keburukan. Seringkali dia merasa benar jika membaca perilaku seseorang dari wajahnya dan dia juga dapat memberi isyarat akan hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya, dia menyalaminya dan menggenggam erat tangannya dengan kuat, bahkan memeluknya. Namun, hatinya tetap kaku, beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kpd orng lain, "Jadilah kalian begini dan jadilah kalian begitu", serta menyebutkan dalil dan alasan, namun hatinya semakin keras dan tidak terpengaruh.

Dia tersenyum tatkala menerima berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan dan kesedihannya hanyalah reaksi semata, sedangkan hatinya tetap diam dan tidak tergoncang.

Dia berdiri menunaikan solat dan berusaha khusyuk, membaca al-Quran dan berusaha memberikan sepenuh perhatian padanya. Ketika menunaikan solat, membaca al-Quran dengan berlagu serta khusyuk melakukannya, orang disekelilingnya berkata, " MasyaAllah, Dia orang yang khusyuk".... Akan tetapi bila dia meraba hatinya, dia mendapatinya tuli dan tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.

Saya dianugerahi akal, tapi hati saya hilang. Saya merasakan fikiran saya menyala-nyala, bekerja, hidup dan menunjukkan keberadaannya. Akan tetapi, ketika saya ingin merasakan hal itu pada hati saya, sama sekali tidak menemukannya.


Balasan surat dari Imam As-Syahid Hasan al-Banna kepada pemuda tersebut;

Saudaraku, engkau bukan orang yang hatinya mati seperti yang engkau kira. Akan tetapi, engkau adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih, dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah engkau tidak menuduh dirimu dan tidak engkau ingkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat dan jauhnya tujuan, membuatmu mengganggap kecil urusanmu yang besar dan engkau mengharapkan tambahan untuknya..

Berteman dengan orang-orang khusyuk yang selalu merenung, berbaur dengan orang-orang yang selalu berfikir dan menyendiri, dekat dengan orang-orang yang bertaqwa dan soleh- yang dari mereka terpancar hikmah dan dari wajah mereka terpancar cahaya, dan hati mereka bertambah dengan makrifah - dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.

Carilah orang yang kondisinya membuatmu bangkit, perbuatannya membawamu berbuat baik dan jika engkau melihatnya maka engkau mengingati Allah.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia merubahnya sesuai dengan kehendak-Nya. Oleh itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman dan melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dari-Nya...

Wallahu a'lam

++ Saya sedang memikirkan bagaimana untuk menjadi kreatif?


06 August 2011

Kisah Awal Ramadhan 1432H

3 Respon

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni masuk hari ke enam berpuasa, Alhamdulillah.
Bermakna, hari ni juga saya akan terbang pulang ke Malaysia.
Ramai yang jumpa saya, semua tanya,

'tak balik ke?'

hehe, sebabnya saya ni muka lepas exam je terus cabut balik ke Malaysia ;p
Tahun ni je lambat sikit. nak ramadhan di sini, dan sudah pulang ke Malaysia semasa bulan 2 dahulu.

Tadi, saya dan radin merancang untuk berbuka di luar. Sebab hari ni hari terakhir saya berbuka sebelum pulang. Hehe. Kami ke satu restoren di Mohandesin. Nak dijadikan cerita, kalau nak makan di situ, perlu ambil set buffet yg berharga 86 LE untuk seorang. Maka, kami membuat keputusan untuk take away sahaja.

Semasa perjalanan pulang, tiba-tiba teksi berhenti, ada seorang pemuda menghulurkan air kotak kepada pakcik teksi, dan kemudian kepada kami yang berada di belakang. Tercengang-cengang saya. Sebab lama sangat tak rasa suasana Ramadhan kat sini, dah lupa (pertama dan terakhir adalah semasa tahun 1) dan tak ada feel masa tu. Saya rasa macam "Waaaah! baiknya dia ni!"

Kemudian, teksi itu berhenti lagi, seorang bapa dan anak kecil menghulurkan plastik berisi 3 biji kurma. Sebagai juadah berbuka. lengkap untuk alas perut sementara masih dalam perjalanan. Air buah-buahan dan kurma.

Ni3ma ajrul 3amilin

"sebaik-baik pahala buat mereka yang beramal"

Mereka sangat beramal dengan hadis ini,

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

SubhanAllah!

Ada satu kisah yang saya dengar,

'Kawan saya dah sediakan sekotak kurma semasa bulan ramadhan ni, khas untuk diberikan kepada mereka yang susah"

Nak amalkan tak kat Malaysia?
Walaupun sebiji kurma pun, dikira amalannya inikan pula makan yang besar-besar.

Semasa berjalan-jalan untuk ke rumah, Radin cakap,

'Syila, nanti masuk to do list cara nak didik anak, ajak anak buat benda baik macam pakcik tadi buat dengan anak dia. Nanti dah besar, anak tu tahu apa yang perlu dia buat"

:)

Saya sangat bahagia hari terakhir saya berbuka di sini.

Dan sedih juga bila mengenangkan tadi hari terakhir untuk tahun ini bertarawih di Mesir.
Doa-doa yang dibaca semasa solat witir sangat lah menyentuh kalbu. Sangat merasakan bahawa mereka ikhlas dalam berdoa itu. Allah~

Semasa berjalan-jalan dalam supermarket Orange petang tadi, pekerja yang menjaga bahagian daging, ayam sedang membaca Al-Quran. Ramadhan sangat hidup!

Walaupun suasana itu seakan biasa di Mesir, tapi lagi ramai yang membacanya pada bulan Ramadhan ini di mana-mana sahaja mereka berada. Sedang menunggu Metro, bekerja, dalam teksi (mendengar bacaan Al-Quran) dan sebagainya, mereka hidup dengan Al-Quran.

Tazkirah tarawih semalam dan hari ini adalah berkisarkan Al-Quran

1) Baca satu huruf dalam Quran pun, sudah dikira 70 pahala, jadi hidupkanlah Ramadhan ini dengan Al-Quran. Ramadhan ini bulan Quran

2)
كانوا القرآن يمشي في الأرض

berulang-ulang kali imam membaca ayat ini.maksudnya adalah:

" Kamu adalah Al-Quran yang berjalan di atas bumi ini"

Huraiannya adalah, berakhlak lah kamu dengan Akhlak Al-Quran. Sepertimana Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran sebagai panduan dan manual hidup kita. di situ segalanya Allah dah perintah kan. Antara kita ini, mahu atau tidak beramal dengannya.


Alhamdulillah, segalanya selesai.
Doakan permusafiran saya dan sahabat saya dipermudahkan.
Juga keputusan peperiksaan yang bakal keluar dalam masa terdekat (kot)

Saya akan merindui Mesir. Berat hati nak tinggalkan bumi ini.
Cuma satu yang saya ingat pesan sahabat saya sebelum pulang ke Malaysia. Terima kasih kamu :)


01 August 2011

Guru saya (2)

0 Respon
Guru-guru SKCL 2 :)

Dari kiri:
Cikgu Rosniah, Cikgu baru (tak kenal), Ustazah Sazila, Ustaz Khalil, Motivator Amin Idris, Cikgu baru (tak kenal), Cikgu baru (tak kenal), Cikgu Saidatul, Cikgu Zainon



Ramadhan Kareem buat semua umat Islam di seantero dunia!

Sudah lama tidak kemaskini blog ini dengan hasil tulisan sendiri.
Nak sambung entry Guru saya yang tergendala dahulu.

Guru 2: Puan Rosniah Binti Zainol Abidin

Dari zaman abang sulung saya sehingga sekarang, beliau masih berkhidmat dengan setianya dan cemerlangnya di sekolah yang sama. Kagum dengan kegigihan beliau. Sangat!

Beliau mengajar pelajaran Sains. Zaman saya dahulu, panggil Cikgu Ros. Sekarang ni, Teacher Ros. Ya lah kan, zaman sudah berubah. pelajaran sains dahulu menggunakan bahasa melayu, kini bahasa inggeris. Maka panggilan untuk guru yang mengajarnya juga bertukar lah kan.

Beliau mula mengajar saya di sekolah dari darjah 5. tapi saya sudah mula tusyen dengan beliau dari darjah 4 kalau tak silap. Suaminya mengajar bahasa melayu, beliau mengajar Sains dan Matematik kot (lama sangat tinggal zaman sekolah rendah)


Semasa revolusi bulan Januari dahulu, beliau jugak lah yang risau-risau kan saya sehingga call ibu bapa s
aya. Terharu dapat cikgu macam ni. :')
Sampai sahaja di Pulau Pinang, ayah saya menceritakan semuanya dan saya pun mengkhabarkan tentang selamatnya saya tiba di tanah air. Terus dapat panggilan dari beliau.

Semasa sekolah rendah, beliau antara guru (selain cikgu Saidatul) yang banyak 'sokong' saya tatkala ada 'suara-suara' tak best semasa hari anugerah kecemerlangan semasa tahun 6. Banyak kisahnya, takpe. Itu kisah lama. Allah knows the best. Sebenarnya tak perlu ada dengki mendengki dan memerli atas kelayakan seseorang itu. Dan saya tahu, kenapa dan kenapa Allah tetapkan sedemikian, dan itu membuktikan siapa saya sekarang. Pilihan guru yang membuat keputusan tidak salah. Saya yakin! :')

Ok, abaikan kisah di atas. hihi


Satu yang cukup membuatkan saya terharu.
Semasa cuti musim panas tahun lepas, kebetulan saya pergi beraya di Perak dan menginap di sebuah hotel di Sitiawan. Saya pun mesej lah kedua-dua guru saya (Cikgu Saidatul, dan cikgu Rosniah) ni tentang kehadiran saya di situ, dengan harapan dapat berjumpa dengan mereka. Tetapi cikgu Saidatul ada di Tapah. Maka tiada rezeki untuk berjumpa lah macam tu. Cikgu Rosniah pula, kebetulan pergi ke Manjung pagi tu, untuk membeli barang. Sitiawan dan Manjung sebelah-sebelah je. Apabila saya sudah check out hotel, beliau masih berada di Manjung. Saya dan keluarga bergerak ke Manjung untuk breakfast dan ke rumah sepupu saya di sana. Cikgu pula ke Sitiawan, ke supermarket yang berdekatan dengan hotel saya itu. Bersilang-silang dah. Kecewa juga lah tak dapat berjumpa. Saya pun meneruskan perjalanan ke rumah sepupu saya. Sedang-sedang makan dan berehat di rumah sepupu saya, tiba-tiba dapat panggilan dari cikgu Rosniah, bertanyakan alamat rumah sepupu saya. Beliau nak juga berjumpa.Sudah dalam perjalanan katanya. Tak lama kemudian, beliau sampai dari apabila ditanya, dari mana, beliau cakap

Tadi dah sampai kat Kampung Koh dah pun. tapi bila fikir-fikir semula, rasa macam kena jumpa jugak, sebab lepas ni tak tahu bila lagi dapat jumpa

Kampung Koh tu dah separuh jalan dah nak sampai ke rumah beliau di Seberang Perak tu. Sanggup cikgu patah balik. Kasih guru terhadap anak muridnya. huu~ :')
Tersenyum lebar dan rasa terharuuu sangat apabila dapat guru yang sebegini. Walaupun sudah lama saya tinggalkan zaman sekolah rendah, tapi hubungan masih baik.

Alhamdulillah. Allah lah yang mengikat hati-hati kami.


Satu
yang saya pegang dalam diri. walaupun zaman sekolah rendah kita sudah lama ditinggalkan, tapi mereka lah yang banyak mendidik kita. Dari tadika ke sekolah rendah, itu adalah fasa untuk membentuk 'manusia'. Teringat kata-kata seorang murabbiyah,

Kalau saya jadi pemerintah, gaji termahal adalah guru tadika (dan sekolah rendah juga bagi pendapat saya sendiri)

Saya setuju sangat dengan beliau. Kalau dari kecil, unsur-unsur tak baik dah menyerap masuk dalam diri budak-budak kecil, rosak lah besarnya. Guru yang mendidik anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang sangaat tinggi. Mendidik dengan sebaiknya, dengan izin Allah, besarnya menjadi s
yabab/ fatayaat yang hebat!

Guru-guru lain, saya tak lupakan jasanya. Semua guru yang pernah mengajar dari tadika sehingga zaman universiti ini adalah murabbi yang hebat-hebat semua. Dari mereka saya belajar erti kehidupan, tidak putus asa dalam hidup. Dari mereka juga banyak unsur tarbiyah yang saya dapat. Terima kasih Allah kerana kurniakan mereka yang baik hati budi! Sayang mereka kerana Allah


## Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fatin Fasihah yang meninggal dunia pada malam 1 Ramadhan. Sempatkah kita sempurnakan Ramadhan kali ini dan berjumpa dengan Ramadhan tahun akan datang?

## Alhamdulillah, dapat sambut Ramadhan kedua di bumi Anbiyaa' ini. teruja nak sambut. Tapi dapat 5 hari sahaja. Masa tahun 1 dahulu, takde feel sangat nak sambut ramadhan kat sini. Duduk pun terpencil nun jauh di Fustat, tak dapat suasana sebenar Ramadhan tu.

## 4 hari bermusafir, penuh dengan sukaduka serta hikmah. Sayang semua


Andai ada air mata yang mengalir hari ini, kenangkan lebih banyak air mata yang pernah mengalir dahulu sehinggakan ada darah dan nyawa yang terkorban.

Moga terus kuat semua!


19 July 2011

Dua sisi

0 Respon
Dua sisi,
Hamba yang diperjalankan.
Satu sisi berupa keyakinan dan semangat.
Dia menetapkan matlamat dan targetnya yang menjulang tinggi.
Dia aturkan jalan dan cara menjadi tangga untuk didaki.
Dia harus cekal, tabah dan sentiasa memotivasi diri, agar jangan berhenti memijak anak-anak tangga yang serupa.
Dia harus sabar dengan pengulangan yang mungkin mendera jiwa dan jasadnya.
Kerana satu sisi yang dia miliki ini adalah sisi berupa perjuangan dan kemenangan!

Dua sisi,
Hamba yang diperjalankan.
Sisi yang satu lagi ini berupa penyerahan dan keinsafan.
Dia hanya hamba yang digerakkan, jauh dari kesempurnaan.
Nikmat dan kekuatan yang dimiliki adalah milik Tuhan dan harus diraikan dengan kesyukuran dan ketaatan.
Sisi inilah yang menyucikan hati, yang menjadi sisi ketenangan dan keharmonian.
Sisi ini harus menanangis kalau melakukan dosa dan kesilapan.
Sisi inilah yang harus sentiasa mampir dengan Tuhan...

-anonymous-

11 July 2011

Misi Ramadhan bermula!

4 Respon
Pagi di Kaherah, Mesir
4.45am
11 Julai 2011

20 hari lagi untuk menyambut Ramadhan.

Misi Ramadhan sudah bermula

Alhamdulillah, tahun ini dapat berpuasa di bumi Anbiya' ini setelah kali terakhirnya pada tahun 1 (2007). Tapi tidaklah 30 hari di sini. Alhamdulillah, dengan hanya beberapa hari itu adalah nikmat besar. (kenapa tak tinggal di Mesir terus je? :P )

Ambil peluang keberkatan dan keizzahan Ramadhan di sini ;)

Saya masih tidak berkesempatan menyambut Ramadhan di Mekah (sebab ramai menunaikan umrah pada Ramadhan ini) Semenjak ditempatkan sementara di Jeddah semasa revolusi Februari lepas, hati terpanggil-panggil untuk menjejakkan kaki ke sana. Di Jeddah, nampak signboard yg bertulis Mekah dan Madinah. Mekah yang jauhnya kurang daripada 1 jam perjalanan (orang kata) dari Jeddah itu, rasa macam ruginyee tak dapat ke sana je terus. T_T

Tidak mengapa, bila sudah tiba saatnya, saya akan ke sana kembali. Mudah-mudahan. Ameen Ya Rabb!

Ramadhan kurang dari sebulan, bersediakah kita?

Mari hidupkan suasana Ramadhan mulai sekarang! Mulakan 'gear' dan rebut pahala Ramadhan ini dengan sebaiknya.

Allahumma Ballighna Ramadhan
Allahumma Ballighna Ramadhan
Allahumma Ballighna Ramadhan


Orang lain countdown untuk pulang ke Malaysia, kita countdown yang sampai dahulu(Ramadhan) sebelum pulang ke Malaysia. hehe :D


p/s:

## tinggal beberapa hari sebelum subjek terakhir untuk peperiksaan akhir ini (14 Julai 2011). Moga terus diberikan kekuatan.

## sangat serabut dengan isu Malaysia sekarang ini. dan buat saya stress!

## Kalian, semoga berjaya untuk Dinner 26 Julai nanti ye. Moga hadaf kalian tercapai. Doakan dari jauh :)

## saya suka buat entry tergantung kan? untuk 'Guru saya' tu, lepas exam jika diizinkan Allah, saya sambung ok?









0357
11 Julai 2011

03 July 2011

Guru saya

0 Respon


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dah habis 3 subjek (tak termasuk oral Forensic&Toxicology pada 5 Julai nanti) setakat hari semalam. Ramai yg lega mungkin lepas habis written exam semalam. tak terkecuali saya :)

Sejam terakhir semasa menjawab soalan semalam, fokus untuk menjawab soalan dah berkurang. Tiba-tiba Allah uji dengan sakit. Habis exam, tangkap-tangkap gambar batch. Balik rumah terus terbaring atas katil sehingga maghrib. Nak bangun pun, tak berdaya. Takpe, baru sikit. Housemates tolong, hehe. best~ Pagi ini pula, sakit kepala. Doakan saya sentiasa dikurnikan nikmat sihat sehingga habis exam dan selamanya sihat ye supaya dapat tunaikan tanggungjawab yang sangat banyak sebelum ajal menjemput saya. Betullah kalau nikmat sihat ditarik, nak beribadat pun takde semangat. T__T

p/s: Terima kasih Wani yg call dari Saad tanya khabar saya. terharu k! :D

Ni Pau dan kuih apa entah (makanan korea kot) yang Wae buat. sila terliur dan jeles ;P

Entry ni saya pendam dari tengah study untuk Forensic&Toxicology. Sebab F&T sangat lah banyak dan memeningkan kepala, saya tangguhkan dahulu hingga ke hari ni (sepatutnya semalam).

Tengah-tengah study, saya teringat guru-guru sekolah rendah saya. Saya masih rapat dengan mereka. Alhamdulillah. Macam mana boleh rapat? Guru-guru saya di sekolah saya, kebanyakannya adalah isteri atau suami kepada kawan-kawan ibu bapa saya semasa di Perak dulu. Dan mereka mengajar saya adik beradik dari abang-abang saya, sehingga ke saya dan adik saya :)

Yang paling saya rapat ada 2,

Guru 1: Puan Saidatul Akma

Beliau adalah guru Matematik saya. Antara faktor saya boleh rapat adalah saya suka sangat subjek Matematik (dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.tapi taktau kenapa ambik Medic =.=" ) Beliau adalah guru kelas saya dari darjah 4 hingga 6. Alhamdulillah, sepanjang darjah 4-6, prestasi semakin baik dan mula serius untuk belajar. Oh, kecik-kecik dulu saya nerd tau.Skema sangat saya rasa. Dan jadual belajar lagi tersusun dari sekarang T__T.

Lama tak berjumpa dengan beliau semenjak saya bersekolah menengah, yakni dari tingkatan 1-5. Tingkatan 2, saya dan keluarga sudah berpindah dari Perak ke Penang, maka semakin susahlah untuk berjumpa dengan cikgu. Sebelum saya 'terbang' ke Mesir ni, saya ambil kesempatan untuk berjumpa dengan guru-guru saya di SKCL 2. Ramai yang dah berpindah. Mencari-cari kelibat guru matematik saya ni, tiada. Tak silap, saya ada beritahu beliau yang saya akan datang, beliau sudah berpindah ke bilik khas SPBT. Saya bersama sahabat saya, Adjla (yang dah lama juga tidak berjumpa) ke sana. Bersembang sakan dengan cikgu. Macam-macam cerita keluar~

Selepas itu, hanya berhubung melalui telefon sahaja, sehinggalah akhir tahun 2, apabila emak dan abah membawa saya ke kawasan Teluk Batik dan Lumut, ambil angin sekejap. Kebetulan beliau memang akan ke rumahnya yang tetap di Manjung setiap kali hujung minggu, maka saya ambil kesempatan untuk berjumpa. Baru buat temujanji pagi tu kalau tak silap. Allah beri peluang untuk kami berjumpa, Alhamdulillah ^__^.

Itu adalah yang terakhir berjumpa sehingga kini, harapnya ada kesempatan lepas ni. Setiap kali pulang, tak pernah terlupa untuk adakan niat ke Perak, ziarah guru-guru. Tapi selalu tak sempat. Sama ada saya sendiri mahupun family saya. Bukan dekat Perak-Penang kan?

Setiap kali balik, mesti ada hadiah yang sampai ke rumah saya melalui pos laju. Dari cikgu Saidatul. Oh, terharuunyaa. Cuti summer tahun 2, saya dapat Telekung dan baju t-shirt labuh. Cikgu kata,

saya bagi telekung, nanti masa solat, awak ingat saya, dan boleh doakan cikgu

Aah, sehingga sekarang apabila pakai telekung itu, saya teringatkan beliau. Besar impaknya kan?

Cuti summer tahun 3 pula, saya dapat sebuah buku. Tak sempat-sempat lagi nak habiskan bacaan. Tajuknya, Travelog seorang Daie'



Baru baca suku. sekarang dah habis tahun 4 dah. cane ni? cuti ni habiskan~
Cikgu sangat memahami saya!~

Terima kasih cikgu!

Kalau dulu, sembang dengan cikgu, pasal Matematik sahaja, sekarang ni, dah boleh share pasal kawen-kawen dah ;P

Dia share macam mana dia kenal dengan suami, proses bertunang dan sehingga berkahwin. :D

Semasa revolusi bulan 1 lepas, dia antara yang risaukan saya. Beliau cuba menghubungi saya, tapi gagal kerana line telefon yang disekat, nak mesej pun tak sampai. Allahuu~ hanya doa yang beliau panjatkan pada Allah untuk keselamatan saya. :')

Sampai Malaysia, terus saya hubungi beliau. Lega sangat!

Harap-harapnya lepas raya, dapat ke sekolah, ziarah guru-guru lagi. Moga Allah mudahkan!

Hari tu saya mesej cikgu,

Saya: Cikgu, rinduuu lah kat cikgu.
Cikgu: Waah, patut lah bulu mata cikgu asyik jatuh je.
:D


++ Sambung entry lain hari, dah penat.hehe ^_^
++ Jom study! Sudah-sudahlah tu berehat >.<
++ Dear kamu yang jauh di mata dekat di hati (yang call tadi) , always remember, "if Allah brings you to it..Allah will brings you THROUGH it". I know how hard it is. Be strong!

16 June 2011

Ceramah pagi

3 Respon
Alhamdulillah, tengah pagi ni berkesempatan dengar ceramah pagi kat radio IKIM.fm :)

Maka, nak berkongsi serba sedikit mana yang dapat.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Bismillahirrahmanirrahim..

Seseorang itu, apabila ada rasa kehambaan, apabila diuji, dia akan rasa dia layak diuji


Ada seorang Imam berkata (tak ingat Imam mana)

Seseorang itu dikira memberontak dengan Allah, apabila dia menghilangkan kebiasaan yang ada dalam dirinya

Contohnya,
Kita diberi ujian, kita masuk bilik, berkurung dalam bilik lama-lama. atau bunuh diri atau macam-macam yang pelik kita buat, beerti kita memberontak dengan Allah pada ketika itu.

Cubaaa bayaangkan betapa banyak kita dah buat benda-benda tak selalu kita buat apabila kita down???

Ada satu kisah ini,

Ada seorang hamba Allah, membeli sebiji tembikai dan membawanya pulang ke rumah, tatkala si isteri memotong buah tembikai itu, rupanya tawar. Si isteri pun berang.

Si suami berkata,
"Kamu marah dengan siapa? Dengan saya? saya membeli buah tembikai ini, dengan harapan buah itu manis, begitu juga dengan penjual dan petani. Semua mahu yang terbaik. Kamu marah begini, beerti kamu marah, memberontak dengan Allah"

Ulang lagi,

Seseorang itu, apabila ada rasa kehambaan, apabila diuji, dia akan rasa dia layak diuji

Jom fikir-fikirkan dan Selamat beramal! :D

p/s: tak sempat tengok gerhana bulan. Tapi tengok video pun dah rasa sebak, kalau tengok live, lagi lah kan? SubhanAllah!

09 June 2011

Jangan kacau

7 Respon
Salam wbt,

Alhamdulillah,

hampir sebulan berulang-alik ke Central Telekom ni Saad Zaghloul untuk menguruskan masalah line telefon kami, dengan kerenah yang bermacam-macam, akhirnya selesai juga pada hari isnin lepas, tetapi line internet pula bermasalah. Sehingga pakcik makcik di central telekom tu, dah kenal dah saya, radin dan wae ;P

urusan line internet pula, terima kasih buat Effa dan seorang senior yang sudi meluangkan masa untuk mencuba untuk betulkan line.

Terima kasih semua, yang sudi menumpangkan kami serumah, merempat di rumah-rumah kalian, menumpang internet. Gara-gara musim peperiksaan, nota-nota banyak yang dikongsikan. sedikit tekanan kerana antara yang lambat tahu :'(

Moga-moga dengan ujian yang Allah bagi ini, semakin meninggikan lagi tahap sabar kami. Sabar itu mana ada hadnya, cuma kita yang nak atau tidak untuk cuba bersabar kan? :)

Secara rasminya, Final exam untuk pelajar tahun 4 akan bermula pada hari Ahad ini, 12 Jun 2011.

12 Jun 2011- 17 Julai 2011

Ini tempoh musim peperiksaan, maka, izinkan saya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran saya (eceh :P )

Saya minta maaf atas segala salah silap, yang sengaja mahupun tidak.

Nak berkongsi apa yang saya dapat pagi tadi :)

"Tertundanya pemberian setelah engkau mengulang-ulang permintaan, janganlah membuatmu berpatah harapan. Allah menjamin pengabulan do'a sesuai dengan apa yang Dia pilih buatmu, bukan menurut apa yg engkau pilih sendiri, dan pada saat yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yg engkau ingini"

[Al-Hikam, Ibnu 'Athaillah As-Sakandari]


Kerana Allah tahu yang terbaik :)
Serahkan pada DIA, setelah kita berusaha. Tawakkal.


Bittaufiq wannajah buat sahabat, adik-adik, kakak abang yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan! Saling mendoakan ya!

p/s: sebulan sebelum exam, saya buat benda separa gile, haha. nasib baik recover masa nak exam ni dan tak terganggu, alhamdulillah :D

20 May 2011

Satu Perkataan

2 Respon


Alhamdulillah

Hanya ini yang mampu saya ungkapkan,
walau apa pun jua yang Allah berikan, saya syukur

dan mungkin,

pada masa akan datang, kami akan menjadi seorang insan yang lain.
Insan yang lebih hebat dari sekarang insyaAllah.

Terima kasih, Allah.
Terima kasih, kamu
Terima kasih, mereka

dan minta maaf..

Yakin lah, Allah tahu yang terbaik selepas kita meminta yang terbaik :)

Asyila,
4.11pm
Saad Zaghloul

13 May 2011

Pengajaran semalam dan hari ini :)

1 Respon
Alhamdulillah a'la kulli hal, Allah masih kurniakan kesihatan yang baik untuk diteruskan kehidupan ini.

Semakin hari semakin bertambah tanggungjawab. Kesibukan tidak berkurang walaupun dah habis MeM :P

Tapi tidak mengapa, sibuk itu nikmat,

Cuma mampu memohon pada DIA Yang Maha Memiliki dan Berkuasa, moga-moga Allah memberkati setiap detik waktu yang saya lalui ini.

Semalam macam-macam dapaaat!

Nak share nih. :D

1. Bayangkan, kita dan si sahabat ni, ada aim yang sama, tapi dia terlebih dahulu Allah berikan kejayaan pada dia. Apa perasaan kita masa tu? Sedikit sebanyak mesti ada rasa cemburu kan.

'Alaa, kenapa aku tak dapat lagi, dia dah dapat dah?'
Mula lah nak down kan, macam-macam fikir. Tak boleh macam tu, apa-apa pun, SYUKUR yang pertama. Syukur apabila diberi nikmat dan syukur apabila diberi ujian dengan berSABAR. Susah kan nak buat macam tu? Kena mujahadah kuat-kuat, diperingatkan selalu. Allah akan kurniakan rezeki buat kita dalam pelbagai cara, cuma tunggu dan lihat, Allah kan Maha Mengetahui :)

2. Ada orang ingatkan saya,

Allah kan bertindak mengikut sangkaan hambaNya
Contohnya, kalau kita jawab exam macam teruk kan, selalunya akan terdetik dalam hati, 'Habislaa, mesti result aku teruk punya lah'.
Nah, nanti Allah bagi lah result yang teruk kat kita. Cakap camtu lagi kan?

Kalau orang tanya, exam macam mana?

"Tengok lah, kalau baik, baiklah. kalau teruk, teruklah"
Jangan cakap macam ni, tapi optimis. kalau kita yakin kita dah usaha yang terbaik, Tawakkal kepada DIA. Kalau Allah tak bagi masa sekarang, ada lah tu yang Allah nak ajar kita, nak tegur kita mana-mana yang kurang sepanjang tempoh usaha tu. Lagipun, Kejayaan itu bukanlah sebagai kayu pengukur usaha yang kita buat, tapi usaha itu sebagai asbab sahaja untuk mendapatkan kejayaan tu. Kejayaan itu milik DIA, sudah ditentukan pun untuk kita ni bagaimana nasib untuk masa akan datang. Maka, jangan putus asa ya!

3. Dalam masa saya sangat memerlukan orang untuk berkongsi masalah (selepas Allah insyaAllah), dalam masa yang sama, 2-3 orang post dan tag saya di FB semalam. semuanya cakap RINDU kat saya. Oh, sweeeeetttnyeee! Allah mentautkan hati-hati kami dalam masa yang sama semalam. Masa itu jugaklah, dapat call Kak Nad kite, tetamu datang berkunjung. Tetamu itu kan rahmat dari Allah :)

Bukan nak taajub dengan macam-macam yang jadi semalam, tapi lepas renungkan apa yang jadi secara langsung atau tidak langsung, memang super duper baik lah Allah ni! terdetik sikit, Allah bagi. Terima kasih ALLAH!

4. Dapat tips kahwin. Opss ;P

5. Dalam perjalanan ke kelas Quran terakhir pagi tadi, nampak syabab-syabab Mesir berkumpul bersama bendera Palestin, 2 biji bas yang akan ke Palestin. Nampak barang-barang makanan yang akan dibawa ke sana. Juga, semasa pulang pun begitu, ramaaai lagi. Selepas solat zohor, ustazah ajak tengok solat Jumaat yang bertempat di Medan Tahrir melalui televisyen. Himmah* orang arab ni luarbiasa. Sungguh, kita rasa nak mengalir bila dengar khutbah yang disampaikan oleh khatib (Sheikh dari Al-Azhar). Nasib baik Arab Fushah, senang nak faham. Jeles tengok mereka yang berpeluang ke sana, Semoga Allah permudahkan kalian! Dan kami mahu mengikut jejak langkah kalian..

6. Ada majlis kat Markaz Ihya' Arabi (tempat belajar bahasa Arab) petang tadi, datang lewat sedikit kerana keletihan selepas seharian keluar dari jam 6.30 pagi. Ada makan-makan, main kuiz, berkenalan dengan warga Perancis yang sangaaat fasih berbahasa Arab (huh, jeles!). Kuiz yang menambah ilmu insyaAllah, banyak dapat tadi :). Banyak muka bebudak tahun 4 je tadi ;P
Jazakumullah khairan kathira untuk semua..

Sekian sahaja yang dapat dikongsi. Semoga peroleh sedikit sebanyak pengajaran juga.

# Renungan bersama:-

Nikmat mana lagi yang kamu mahu dustakan?
Kita dengan Allah dah setel?


## Wahai sahabat, saya yakin kamu faham saya bila saya gembira, bila saya sedih. Sebab dah kenal lama kan? :')

Nak curi,

Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don't say.
Sayang kamu..

## Banyaknye jumpe baby yang comel2 hari ni, geraaaam! Sorilah overexcited plak bile jumpe baby. ngee :D

## Selamat Hari Lahir Ayu Amiza! :)


06 May 2011

Al-Quran

1 Respon
Bismillahirrahmanirrahim..

1 bulan 3 hari tak menulis. Ni pun bukan nak update pasal ibu,bapa tu. Adeh, separuh2 tulis.
Maaflah, tak berkesempatan nak menulis blog tambahan pula idea tiada, malas juga datang menjengah. -.-"

Alhamdulillah a'la kulli hal, semalam yang membuatkan mood saya rasa nak senyum-senyum je hari ni. dan sedih juga untuk 'berpisah' dengan seseorang yang dah lama bersabar dengan kami selama 2 tahun setengah!

Pesan beliau semalam,

"Saya nak, nanti balik Malaysia jadi doktor dan jadi guru Quran. Jadi guru Quran kepada sesama sahabat doktor, jururawat, dan lagi best bila doktor ajar pesakit Al-Quran"


Perasaan mengaji Al-Quran masa kecil-kecil dulu dengan belajar Al-Quran dengan orang Arab (sheikh) pula tu, lain. Lain sangaaat!

Mereka faham Quran lagi mendalam. Kita akan dapat Tafsir, Nuzul Ayat, Tajwid dan ilmu Quran itu semasa sambil-sambil mengaji. Bagaimana mereka menceritakan satu perkataan itu dengan mendalam jika dibandingkan kita hanya membaca terjemahan Al-Quran itu secara direct.

Sungguh, bahasa Arab itu sangat lah penting!

Ustazah Effat dan Ustazah Jihad selalu ulang-ulang ayat ini.
“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran (dalam) berbahasa Arab,agar kamu mengerti” [Yusuf 12:2]

Nampak tak kepentingan belajar bahasa arab itu?

Ustazah Effat juga pesan;

Al-Hadis (mafhum)

"Al-Quran dalam setiap orang mukmin itu bukanlah seperti air yang mengalir (hilang), tetapi hendaklah tetap dalam dadanya"
"Kalau nanti Al-Quran diangkat, jangan sampai kita kelam kabut nak cari Kalam Allah itu baru nak baca, tapi hafazan-hafazan itu yang akan menjadi bekalan untuk kamu pada ketika itu"
"Hafal lah Al-Quran walaupun satu ayat, itu dah 'cantik' dah"
"Nanti dah habis nanti, sambung hafal Quran ye, sesama sahabat tasmi'"

Beginilah cara ustazah memotivasikan kami untuk menghafal Kalam Allah yang mulia ini. Sabarnya ustazah mendidik kami. *terharu*

Kita ni rasa bacaan macam dah bagus dah, tapi jangan berhenti belajar Al-Quran. Banyak lagi mutiara-mutiara ilmu dalam Al-Furqan itu yang kita kena pelajari.

Mari jadi pencinta Al-Quran!

Mari belajar Bahasa Arab! :D

p/s: update pendek je. nak kena tarik nafas panjang-panjang untuk biasakan diri menulis entry yang bermanfaat. Maaf.

Tak lupa, untuk sahabat seperjuangan saya, Iman Dashuki dan Mahfuzah Abdul Halim :)

Moga kebaikan demi kebaikan hadir pada masa-masa akan datang. Doa. Amin

Jumu'ah Mubarakah, Al-Kahfi jangan lupa :)

03 April 2011

Ibu, Bapa

0 Respon
Dari riwayat Abu Hurairah RA, bahawasanya ada seorang anak laki-laki datang kepada Rasulullah SAW.

Ia berkata,
''Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Kemudian ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia masih bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Bapakmu.''

(HR Bukhari dan Muslim).
+++++++++++++++++++

A father finds special fulfillment in his relationship with his daughters for the prophet Muhammad said of his youngest daughter:

“Fatimah is a part of me and i am a part of her. her happiness is my happiness and her pain is my pain.”
++++++++++++++++++

++ Teaser untuk post terbaru saya akan datang. Tunggu sehingga tamat ENT End Round Exam Rabu ini insyaAllah. Moga diberikan kekuatan dan ilham oleh Allah untuk menulis dan berkongsi.


++ Bittaufiq wannajah sahabat tahun 4! :)

18 March 2011

Back to normal

1 Respon
Bismillahirrahmanirrahim..

Blog ditinggalkan tanpa apa-apa kemaskini. sebabnya adalah tiada idea.

Sudah 10 hari di Bumi Mesir, Alhamdulillah setakat ini masih tenang dan dengan harapan supaya tenang hingga ke akhirnya


Masih selamat ke kelas, pulang ke rumah dari universiti walaupun keseorangan :)


Penduduk tempatan menjalankan aktiviti seperti biasa.

Nampak riak gembira di wajah mereka tatkala saya bertanyakan mengenai suasana Mesir sekarang ini.


"Alhamdulillah, masr kuwais diwaqti. Ma fisy muzoharat"
(Alhamdulillah, Mesir bagus/baik sekarang ni. tiada demonstrasi)

Mabrouk Ya Ahlul Misr!

Antara perubahan yang terdapat di Mesir adalah:

1. Pokok, tiang elektrik, bangunan dicat dengan mural bendera Mesir
2. Tong-tong sampah sudah disediakan sebagai alternatif untuk menjaga kebersihan (hee)
3. Bayar internet kat TE Data, dapat diskaun yang agak banyak. Katanya disebabkan revolusi dapat diskaun :D
4. Disebabkan baru sampai di Mesir, penduduk tempatan sangat menyambut kedatangan kami, senyum.

Kesesakan jalan raya masih di takuk yang lama, bahkan rasa makin sesak sebab polis yang bertugas makin berkurang -.-"

Alhamdulillah, kelas Al-Quran akan bermula pada pagi ini.Tinggal beberapa sesi lagi. Doakan ye.Semoga urusan hari ini dipermudahkan :)

Kelas Arab akan bermula semula Ahad ini insyaAllah

Rindu kat murabbi, sheikhah hebat di sini.

Saya selamat insyaAllah di sini. Terima kasih atas segala doa,nasihat, tajaan sepanjang-panjang bermulanya revolusi, evakuasi dan sekembalinya ke bumi anbiya' ini.

Terima kasih Allah, Ibu bapa, keluarga, JPA, kerajaan Malaysia, Muslimin Muslimat :)

++ Alhamdulillah, dah ada new stuff, dipesan orang, gunakan sebaiknya dengan niat beribadat.
++ Entry pasal revolusi tak buat-buat sampai sudah. halalkan boleh tak? tkde mood nak tulis pasal tu. sapa-sapa yg nak tahu, boleh PM saya yep.

Wassalam wbt.

07 March 2011

Mahu dan suka

0 Respon
".. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Al-Baqarah:216


Allah itu Maha Mengetahui tentang segala apa yang berlaku sama ada itu baik atau buruk bagi kita. Dialah yang menentukan qadha' dan qadar diri kita.

Tak semestinya apa yang kita mau, kita dapat (Abang Yat, 2011)

Sungguh, nak hadapi sesuatu kenyataan itu bukan mudah.
Ketahui lah bahawa ini adalah satu liku dalam jalan kehidupan.
Dan ia masih belum berakhir!

Sila berlapang dada~~

++ Masih menunggu panggilan dari JPA untuk mengetahui tarikh pulang ke Cairo. Berkemungkinan besar 9@10@11 Mac. Doakan ye! :)

++ Sila usaha lagi. Mata dah letih, kepala jangan sakit lagi hari ni ^_^