Maaflah, tak berkesempatan nak menulis blog tambahan pula idea tiada, malas juga datang menjengah. -.-"
Alhamdulillah a'la kulli hal, semalam yang membuatkan mood saya rasa nak senyum-senyum je hari ni. dan sedih juga untuk 'berpisah' dengan seseorang yang dah lama bersabar dengan kami selama 2 tahun setengah!
Pesan beliau semalam,
"Saya nak, nanti balik Malaysia jadi doktor dan jadi guru Quran. Jadi guru Quran kepada sesama sahabat doktor, jururawat, dan lagi best bila doktor ajar pesakit Al-Quran"
Perasaan mengaji Al-Quran masa kecil-kecil dulu dengan belajar Al-Quran dengan orang Arab (sheikh) pula tu, lain. Lain sangaaat!
Mereka faham Quran lagi mendalam. Kita akan dapat Tafsir, Nuzul Ayat, Tajwid dan ilmu Quran itu semasa sambil-sambil mengaji. Bagaimana mereka menceritakan satu perkataan itu dengan mendalam jika dibandingkan kita hanya membaca terjemahan Al-Quran itu secara direct.
Sungguh, bahasa Arab itu sangat lah penting!
Ustazah Effat dan Ustazah Jihad selalu ulang-ulang ayat ini.
“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran (dalam) berbahasa Arab,agar kamu mengerti” [Yusuf 12:2]
Nampak tak kepentingan belajar bahasa arab itu?
Ustazah Effat juga pesan;
Al-Hadis (mafhum)
"Al-Quran dalam setiap orang mukmin itu bukanlah seperti air yang mengalir (hilang), tetapi hendaklah tetap dalam dadanya"
"Kalau nanti Al-Quran diangkat, jangan sampai kita kelam kabut nak cari Kalam Allah itu baru nak baca, tapi hafazan-hafazan itu yang akan menjadi bekalan untuk kamu pada ketika itu"
"Hafal lah Al-Quran walaupun satu ayat, itu dah 'cantik' dah"
"Nanti dah habis nanti, sambung hafal Quran ye, sesama sahabat tasmi'"
Beginilah cara ustazah memotivasikan kami untuk menghafal Kalam Allah yang mulia ini. Sabarnya ustazah mendidik kami. *terharu*
Kita ni rasa bacaan macam dah bagus dah, tapi jangan berhenti belajar Al-Quran. Banyak lagi mutiara-mutiara ilmu dalam Al-Furqan itu yang kita kena pelajari.
Mari jadi pencinta Al-Quran!
Mari belajar Bahasa Arab! :D
p/s: update pendek je. nak kena tarik nafas panjang-panjang untuk biasakan diri menulis entry yang bermanfaat. Maaf.
Tak lupa, untuk sahabat seperjuangan saya, Iman Dashuki dan Mahfuzah Abdul Halim :)
Moga kebaikan demi kebaikan hadir pada masa-masa akan datang. Doa. Amin
Jumu'ah Mubarakah, Al-Kahfi jangan lupa :)


1 Respon:
menggelabah habis kalau termula ayat dengan permulaan yg qobih..
(akibat xmendalami BA)
adeih
Post a Comment