Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni masuk hari ke enam berpuasa, Alhamdulillah.
Bermakna, hari ni juga saya akan terbang pulang ke Malaysia.
Ramai yang jumpa saya, semua tanya,
'tak balik ke?'
hehe, sebabnya saya ni muka lepas exam je terus cabut balik ke Malaysia ;p
Tahun ni je lambat sikit. nak ramadhan di sini, dan sudah pulang ke Malaysia semasa bulan 2 dahulu.
Tadi, saya dan radin merancang untuk berbuka di luar. Sebab hari ni hari terakhir saya berbuka sebelum pulang. Hehe. Kami ke satu restoren di Mohandesin. Nak dijadikan cerita, kalau nak makan di situ, perlu ambil set buffet yg berharga 86 LE untuk seorang. Maka, kami membuat keputusan untuk take away sahaja.
Semasa perjalanan pulang, tiba-tiba teksi berhenti, ada seorang pemuda menghulurkan air kotak kepada pakcik teksi, dan kemudian kepada kami yang berada di belakang. Tercengang-cengang saya. Sebab lama sangat tak rasa suasana Ramadhan kat sini, dah lupa (pertama dan terakhir adalah semasa tahun 1) dan tak ada feel masa tu. Saya rasa macam "Waaaah! baiknya dia ni!"
Kemudian, teksi itu berhenti lagi, seorang bapa dan anak kecil menghulurkan plastik berisi 3 biji kurma. Sebagai juadah berbuka. lengkap untuk alas perut sementara masih dalam perjalanan. Air buah-buahan dan kurma.
Mereka sangat beramal dengan hadis ini,

Ni3ma ajrul 3amilin
"sebaik-baik pahala buat mereka yang beramal"
Mereka sangat beramal dengan hadis ini,
SubhanAllah!
Ada satu kisah yang saya dengar,
'Kawan saya dah sediakan sekotak kurma semasa bulan ramadhan ni, khas untuk diberikan kepada mereka yang susah"
Nak amalkan tak kat Malaysia?
Walaupun sebiji kurma pun, dikira amalannya inikan pula makan yang besar-besar.
Semasa berjalan-jalan untuk ke rumah, Radin cakap,
'Syila, nanti masuk to do list cara nak didik anak, ajak anak buat benda baik macam pakcik tadi buat dengan anak dia. Nanti dah besar, anak tu tahu apa yang perlu dia buat"
:)
Saya sangat bahagia hari terakhir saya berbuka di sini.
Dan sedih juga bila mengenangkan tadi hari terakhir untuk tahun ini bertarawih di Mesir.
Doa-doa yang dibaca semasa solat witir sangat lah menyentuh kalbu. Sangat merasakan bahawa mereka ikhlas dalam berdoa itu. Allah~
Semasa berjalan-jalan dalam supermarket Orange petang tadi, pekerja yang menjaga bahagian daging, ayam sedang membaca Al-Quran. Ramadhan sangat hidup!
Walaupun suasana itu seakan biasa di Mesir, tapi lagi ramai yang membacanya pada bulan Ramadhan ini di mana-mana sahaja mereka berada. Sedang menunggu Metro, bekerja, dalam teksi (mendengar bacaan Al-Quran) dan sebagainya, mereka hidup dengan Al-Quran.
Tazkirah tarawih semalam dan hari ini adalah berkisarkan Al-Quran
1) Baca satu huruf dalam Quran pun, sudah dikira 70 pahala, jadi hidupkanlah Ramadhan ini dengan Al-Quran. Ramadhan ini bulan Quran
2)
berulang-ulang kali imam membaca ayat ini.maksudnya adalah:
" Kamu adalah Al-Quran yang berjalan di atas bumi ini"
Huraiannya adalah, berakhlak lah kamu dengan Akhlak Al-Quran. Sepertimana Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran sebagai panduan dan manual hidup kita. di situ segalanya Allah dah perintah kan. Antara kita ini, mahu atau tidak beramal dengannya.
Alhamdulillah, segalanya selesai.
Doakan permusafiran saya dan sahabat saya dipermudahkan.
Juga keputusan peperiksaan yang bakal keluar dalam masa terdekat (kot)
Saya akan merindui Mesir. Berat hati nak tinggalkan bumi ini.
Cuma satu yang saya ingat pesan sahabat saya sebelum pulang ke Malaysia. Terima kasih kamu :)

3 Respon:
:')
seronok baca cerita syila..
kat sini,solat terawihnya berimamkan org mesir..makin teringat kat mesir..hehe
selamat bermusafir..jaga diri yer~
(mula bimbg,sape nak jaga radin..haha)
jangan risau!! Radin baik-baik aje di sini. hehe
Best Ramadan tanpa fesbuk! Tapi tak bukak fesbuk tak nampak la entry ini. haha
Post a Comment