18 March 2011

Back to normal

Bismillahirrahmanirrahim..

Blog ditinggalkan tanpa apa-apa kemaskini. sebabnya adalah tiada idea.

Sudah 10 hari di Bumi Mesir, Alhamdulillah setakat ini masih tenang dan dengan harapan supaya tenang hingga ke akhirnya


Masih selamat ke kelas, pulang ke rumah dari universiti walaupun keseorangan :)


Penduduk tempatan menjalankan aktiviti seperti biasa.

Nampak riak gembira di wajah mereka tatkala saya bertanyakan mengenai suasana Mesir sekarang ini.


"Alhamdulillah, masr kuwais diwaqti. Ma fisy muzoharat"
(Alhamdulillah, Mesir bagus/baik sekarang ni. tiada demonstrasi)

Mabrouk Ya Ahlul Misr!

Antara perubahan yang terdapat di Mesir adalah:

1. Pokok, tiang elektrik, bangunan dicat dengan mural bendera Mesir
2. Tong-tong sampah sudah disediakan sebagai alternatif untuk menjaga kebersihan (hee)
3. Bayar internet kat TE Data, dapat diskaun yang agak banyak. Katanya disebabkan revolusi dapat diskaun :D
4. Disebabkan baru sampai di Mesir, penduduk tempatan sangat menyambut kedatangan kami, senyum.

Kesesakan jalan raya masih di takuk yang lama, bahkan rasa makin sesak sebab polis yang bertugas makin berkurang -.-"

Alhamdulillah, kelas Al-Quran akan bermula pada pagi ini.Tinggal beberapa sesi lagi. Doakan ye.Semoga urusan hari ini dipermudahkan :)

Kelas Arab akan bermula semula Ahad ini insyaAllah

Rindu kat murabbi, sheikhah hebat di sini.

Saya selamat insyaAllah di sini. Terima kasih atas segala doa,nasihat, tajaan sepanjang-panjang bermulanya revolusi, evakuasi dan sekembalinya ke bumi anbiya' ini.

Terima kasih Allah, Ibu bapa, keluarga, JPA, kerajaan Malaysia, Muslimin Muslimat :)

++ Alhamdulillah, dah ada new stuff, dipesan orang, gunakan sebaiknya dengan niat beribadat.
++ Entry pasal revolusi tak buat-buat sampai sudah. halalkan boleh tak? tkde mood nak tulis pasal tu. sapa-sapa yg nak tahu, boleh PM saya yep.

Wassalam wbt.

1 Respon:

Asra said...

Alhamdulillah 'ala kulli haal. :)