06 July 2009

Kempen Cintai Alam Sekitar!

Selepas Maghrib, ke AEON [akhirnya tercapai hasrat untuk ke tempat ni,baru je tulis tadi] sekejap. pergi money changer.duit Malaysia tadek. duit USD dan Egypt Pound saja ada dalam purse saya. ^.^

masuk Jusco,cari buku tulis untuk homework saya semasa cuti ni. cari pen 2-3 batang. ke kaunter, cashier tu cakap,

'dik,hari ini takdak plastic bag naa'

muka sedikit terkejut seraya berkata, ' awat kak?saya tak taw apa-apa pun'

' Pulau Pinang kan ada buat kempen cintai alam sekitar, nak kurangkan penggunaan plastik. tapi Jusco pun baru hari ni start' dengan senyuman yang terukir di bibir, cik cashier itu menerangkannya.

'ooo...'

perghh..rasanya memang kena up to date dengan isu-isu dan kempen kerajaan ni.buat malu je tataw tadi. tak boleh nak buat alasan yang saya-baru-je-dok-sini-tiga-hari-mana-nak-taw. uish,jangan tiru ok! >.<

nasib baik bawak beg.boleh lah nak sumbat buku nota kecil dan beberapa batang pen itu. 2 buku nota yang besar hanya pegang di tangan sahaja.

bagus-bagus! lain kali,kalau nak pergi JUSCO, kena bawak beg sendiri. Jom sama-sama kita menyokong kempen cintai alam sekitar!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

naik turun escalator tadi.kesesatan sorang-sorang dalam AEON tu. emak suruh ke kedai buku POPULAR.

ambil kesempatan untuk menjenguk buku-buku yang menarik.saya teringat akan cara yang dilakukan oleh seorang kawan di alam maya untuk menghabiskan masa cutinya.terima kasih!

kepala saya menerawang ke tempat lain.sungguh saya tidak fokus langsung pada buku-buku yang terdapat dalam POPULAR itu. peristiwa yang berlaku pada siang tadi benar-benar memberi impak besar pada diri. ah,sudahlah.tak kisah pun.cuma sekarang masih ada 1,2 perkara yang masih lagi merunsingkan fikiran. bilalah kemelut ini akan berakhir? [ceh,macam besar sangat je masalah]

Hanya dapat membaca tajuk novel-novel yang terdapat pada rak buku. Association area saya langsung tidak berfungsi. baca sinopsis buku pun langsung tidak melekat di otak saya. aish,mengapakah?

tapi, ada satu tajuk buku yang menarik perhatian saya.Kulit buku menarik.warna ungu.dengan wanita yang bertudung litup dan ala-ala berniqob menjadi penghias kulit novel.

Warkah Cinta Berbau Syurga
Karya A.Ubaidillah Alias. saya tak tahu bagaimana jalan ceritanya. beli sahaja. ada satu lagi novel yang terdapat pada aras yang sama dengan novel ini, iaitu novel Bidadari Paderi. Novel yang berkisarkan semangat perjuangan membela nasib bangsa dan agama. Itu apa yang saya sempat baca la. Tapi saya tak beli. Mungkin satu hati nanti, saya akan memiliki novel tersebut.

Mata terpaut pada satu kitab tulisan Dr.Muhammad Abdul Yamani.versi Melayu kitab Khadijah,Cinta Abadi Kekasih Nabi. Ya, saya mahu menjadi setabah Khadijah, sesetia Khadijah, berjuang seperti Khadijah. Serikandi yang telah dijanjikan akan dimasukkan ke dalam Syurga. =)

Tip-tip Efektif Pimpinan Rohani Al-Ghazali Buat Remaja. Menarik. saya cuba habiskan ketiga-tiga buku ini dalam masa cuti ini. Oppss ada satu lagi buku yang saya tinggalkan di Malaysia disebabkan tidak punya cukup ruang. hee~

Nasib baik duit yang ditukarkan tadi, digunakan untuk membeli buku ini. sayangi duit anda~ =P

Sahabat,tolong ingatkan aku andai aku lalai.

++ terima kasih kerna memberi ruang dan peluang untuk saya mengenali seseorang itu. InsyaAllah saya akan bantu. =)

++ janganlah jetlag lagi!

12 Respon:

farieha said...

huhu..kempen alam sekitar??bagus jugak die buat rakyat msia ni sedar sikit pasal alam sekitar kita yg dah tergugat..kat egypt ad ke kempen2 camni syila??

Noor Asyila said...

huu~mesir?

entah,mcm tkde la plak.huhu

tu la sokong gak buat kempen cmni.lupe plak nak amek pamplet die

itzz g0oddd!! said...

ha tulah syila lain kali balik tu amik tau ape yg berlaku kat ngr.ni dok je ke dalam umah.. tula org wat kempen pun xtau!

[MH] said...

fathy pon balun 3 buku ari tu..hlovate,ramlee awang murshid dgn tariq bin ziyad :D

princess said...

syilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


rindu pajeri laa syilaaa...

kat mesir ade gak kempene ni..tp nme die kemepen makcik kedekut nak bg plastik..hihi..

Noor Asyila said...

to ijud:

haa..ko tk abes2 nak kenakan aku ek!

xpe,ada ubi ada batas,ada hari aku balas!cis3!haha

yela2,pasni aku amik taw sal kempen2 nih.mcm la tanjung karang ko tu ko amik taw sgt.pandai ckp org!

Noor Asyila said...

to fathy:

waahh..best3..hlovate cite ape?nti kt nak cari gak buku hlovate tuh!

xpon bawak balik mesir je nti ek~hehe

Noor Asyila said...

to princess huda:

haha..rindu ek?g la masak tuh.sori tk masakkan masa last day tu.malas byk!

tu kempen gak ke?haha

Anonymous said...

mari menggune beg tangan untuk letak ikan.
><

Noor Asyila said...

to arina:

ngaa~guna beg RM50++ untuk letak ikan boleh?haha

kelas gitu ikan tuh!

farieha said...

waaa..memang hig class btol tu nk gne handbag untuk letak ikan...mak datin pon x wat cmtu..maybe anak datin buat kot..ha3

Noor Asyila said...

to faryha:

haha..anak datin mane plak nak buat cmtuh?

kalau anak datin yang kerek mybe buat camtuh kot.ngee~