Berakhirnya oral untuk Pathology tadi, maka berakhirlah peperiksaan tahun 3 sesi 2009/2010 saya dan beberapa orang sahabat [untuk mereka yang awalkan exam, sebab tiket awal]. Kata syukur sahaja yang mampu diungkapkan tadi.
Kami bertawakkal dengan segala yang telah kami usahakan. Hanya kepadaNya kami berserah. Doakan kami yep!
Pagi tadi, selepas bangun tidur, ada suatu perasaan yang tak dapat digambarkan. bercampur baur. tapi bukan sebab exam, sebab lain. saya pun masih mencari-cari sebab tu. Salah satunya apabila mengenangkan tinggal beberapa jam sahaja lagi akan bersama-sama sahabat-sahabat di Mesir ini. Sedih. Nanti duduk rumah seorang diri, ada juga yang 'patah kaki' nanti. Sama-sama kuat untuk jaga diri. Juga, memikirkan perkara yang bakal berlaku pada 30 Jun nanti. Gembira berjumpa mak abah ina. Mungkin juga ada sedikit rasa gementar itu. Takpe, bertawakkal juga. Ameen..
Ok, saya nak ke Nil dan sambung beli barang sedikit untuk pulang ke Malaysia pada esok malam. Nanti kalau rajin, saya update lagi yep! :)
Kawan-kawan tahun 3 yang masih belum habis exam, selamat meneruskan perjuangan anda ye! Gagahkan diri untuk membaca buku Pathology. hehe~
All the best!
* selamat pulang buat kawan-kawan yang balik hari ini, malam ni dan esok :)
* Oh, sudah rasmi bergraduasi dari tahun 3 la ni kan? :P

0 Respon:
Post a Comment