15 July 2010

Barakah

Kaki melangkah ke tempat itu
Aura Biah Solehah terasa
damai, tenang

Semakin dekat dengan tempat 'temujanji' itu,
makin banyak pula mata yang memandang kami
SEGAN

Oh, solehahnya mereka

Disambut dengan senyuman
Kami disapa
"Assalamualaikum kak"
Tangan dihulur, kami menyambut lalu berjabat.
dicium tanda hormat oleh mereka

"Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah"
[Riwayat Abu Dawud]

kecil-kecil lagi mereka. comel! :D

Sheikh kami, Ustaz Muhammad mengajak masuk ke kelas
proses pembelajaran diterangkan, diatur
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat-Mu atas apa yang telah diberikanNya kepada kami

Terima kasih Allah kerana beri kami peluang untuk menjadi sebahagian dari warga Maahad 'Adawiyah Islamiyah :)

"Bye bye kakak!"
*senyum*

"Bye adik-adik, minggu depan kita jumpa lagi ye!"

Keluar dari tempat barakah itu, panjang fikirnya,

"Aku mengimpikan zuriat sesolehah mereka. Mereka adalah generasi Du'at yang amat diperlukan ummah masa kini.Mereka adalah pelapis Khadijah Al-Khuwailid, Aisyah Humaira', Asma'. Ameen"

"Adik-adik, tuntut dan kutip ilmu sebaik mungkin ye di sini. mungkinkah nanti kita akan berjumpa di Mesir? siapa tahu kan?" monologku dan jika ada rezeki, akan kuungkapkan kata-kata ini di depan mereka kelak :)

p/s: Terima kasih sahabat! :)

0 Respon: