14 July 2010

demam?

4 Respon
DEMAM. Semalam balik dari Perlis setelah seharian berjalan, dari jam 7am sehingga 12am [puas hati.haha. dah la travel sorang-sorang], mengakibatkan sakit kepala yang amat sangat. sebaik sahaja sampai di rumah, terus tumbang dan tidur. paksa diri bangun pukul 5 pagi, selepas subuh sambung berehat. rehatkan badan yang lemah-lemah akibat demam, dan sakit kepala yang makin teruk pagi tu.

bangun tido, Alhamdulillah, badan dah segar. sakit kepala dah berkurang.

Buat rutin harian. tadi basuh karpet, panjat tingkap untuk bukak langsir, naik turun tangga beberapa kali untuk uruskan rumah. ceh, macam nak raya je.

sediakan dinner untuk parent.sikit je buat.

pukul 6.15 pm, saya keluar rumah, pergi Billion belakang rumah, topup, beli roti sebab selera nak makan nasik takde.jalan pulang, rasa badan dah lemah-lemah balik. aaa, demam ke? tapi tak la teruk pun. cool je depan mak abah. tak bagitau sakit pun.

balik rumah, terperap dalam bilik sampai tengah malam. masuk dapur, abang yat tanya, nak nasik goreng? seronoknye ada tukang masak. hikhik.Terima kasih :)

oh ya, result budak tahun 1 dah keluar. tapi saya takde perasaan apa-apa. ish, kenapa tahun ni punya perjalanan hidup kurang beremosi? Y__Y

Get well soon untuk mereka-mereka yang demam juga!

Esok akan keluar pula dengan Sakinah Rasat.
Lusa pula akan ke Kelantan.

asyik tak lekat kat rumah je, bila nak berehat. sepatutnya kita tak boleh ada masa lapang dan hobi. :D

11 July 2010

Jujurnya si kecil :)

0 Respon

Budak kecil selalunya jujur
amat jujur
kalau apa-apa yang keluar dari mulutnya itu, betul lah tu.

Terima kasih si kecil Ina
akak sayang kamu wahai si kecil
seronok bila mendakapmu, Ina

senang nak memujukmu tadi
akak belajar, kamu juga belajar

:)

++ off hp semalaman. serabut dan perlu lari sekejap. kembali pada Tuhan.
++ Thanks to Miss Anne with her big surprise! :D

08 July 2010

Suatu malam

0 Respon
Lokasi: Sebuah pejabat di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Masa: sekitar 8.15-9.45 malam

Di satu bilik, seorang wanita sedang tekun melakukan kerja, menaip-naip segala maklumat di komputer, mencetak, menulis-nulis. menyiapkan kerja pejabatnya, juga membuat panggilan serta menerima panggilan atas urusan kerja

Di satu bilik yang lain, seorang lelaki sedang menekan-nekan mesin kira, menulis-nulis di dalam buku catatannya. mungkin mengenai hasil kelapa sawit pada hari itu, berapa lori yang masuk keluar dari ladang.

Di satu sudut pula, seorang remaja perempuan, yang kelihatan amat bosan bermain-main komputer sambil membaca sebuah buku. akibat kebosanan yang melampau, remaja itu pun melulu keluar dari pejabat itu dan menuju ke kedai makan seorang diri. Si remaja itu pun meng'order' Teh Ais. Kemudian, terus pulang ke pejabat itu kembali. Lalu..

Si lelaki itu pun memandang dengan pandangan yang pelik dan agak tajam. Remaja itu pun terus duduk di hadapan komputer tempat asalnya tadi.

Berjalan-jalan juga si remaja itu di sekitar pejabat itu, melihat jadual tugasan. Jumaat dan Sabtu pagi, Sabtu dan Ahad malam? sibuk.

Si remaja itu pun bermonolog dalam hatinya, "Gigihnya kedua-dua ibu bapaku buat kerja. tak cukup dari pagi sampai petang, malam lagi disambung di pejabat juga."

9.45 malam, seorang kanak-kanak perempuan mengetuk ngetuk pintu pejabat menandakan dia sudah pulang dari kelas tambahannya.

Mereka sibuk dengan kerja, tapi tanggungjawab tak pernah diabaikan. Syukur kerana dikurniakan ibu bapa seperti mereka. Sayang mak dan abah!

Terima kasih mak dan abah ;)

++diagnosis saya mengenai penyakit abang saya betul! hoho~ tak sangka. selepas perah-perah otak, ingat balik pelajaran tahun 2&3. Alhamdulillah bermanfaat. dah sampai ke tahap ainul yaqin?

++ Sekarang sudah pukul 3 pagi. pukul 11 malam tadi, saya sudah mengantuk, tapi bila fikirkan satu urusan itu, terus tak boleh lena, Alhamdulillah, ada yang membantu insyaAllah.

++ Hari ni Jumaat. Sayyidul Ayyam. :)

06 July 2010

P

8 Respon
Assalamualaikum wbt

Seminggu sudah berada di Bukit Mertajam ini. Alhamdulillah, masa telah dihabiskan dengan sebaiknya insyaAllah. penuh dan padat jadual sehari-harian. hari ini, selepas jam 11 pagi, agak lengang sedikit. makanya, saya pun cuba lah membuat sesuatu yang berfaedah. jadi bibik sepenuh masa. hari ini baru berkesempatan nak masuk dapur betul-betul. hehe :D

Tahun ni, saya wajib ambil ujian JPJ setelah tak sempat nak buat ujian tu tahun lepas. tertangguh, nama masuk dalam waiting list sahaja. sedih mula-mula, tapi dah redha. :)

sampai sahaja Malaysia, abah terus bagi lesen L yang di'renew', dan cakap,
'ok, esok ada latihan memandu pukul 2.30 ptg'

erkk.. tengah penat-penat badan lagi, dah kena pergi latihan. semenjak 1 julai sampai 4 julai, tiap-tiap hari lah berlatih memandu. memang lupa skill pun. waktu mula-mula cikgu tu suruh buat, rasa nak menangis sebab tak ingat langsung. aish~

kalau tak, cadangnya, 5hb nak pergi lagi, tapi ada emergency yang menyebabkan saya sekeluarga ke Perak tiba-tiba pada pagi semalam. tak berlatih lah. seharian runsing pasal test JPJ tu, memang rasa tak nak pergi pun. sebab langsung tak bersedia.

bila saya fikirkan prestasi saya masa buat latihan sendiri-sendiri tu, memang menunjukkan tanda takkan lulus aka gagal. buat sambil lewa pun masa tu, sebab ada adik kat sebelah, gelak-gelak tengok amin belajar kereta jugak. tapi dia dah cekap dah. T__T

Hari ni, saya ke Pusat latihan memandu Melati dengan hati yang takde perasaan. bertawakkal sahaja. pelbagaikan niat. ada misi penting yang diingatkan kepada saya, yang menyebabkan saya bersemangat untuk memandu. Alhamdulillah, semuanya lancar. rasa macam magic je tibe-tibe smooth je semuanya. Allah tolong saya untuk saya capai misi itu. Semoga perlakuan dan tindakan saya selepas ini tak lari dari niat itu. Amin..

Dan mulai hari ini, saya berjanji akan menjadi pemandu berhemah!

[haha, korang yang baca ni, jangan gelak ye, dah umur 21 baru nak ambil lesen. nak buat macam mana, abah saya tak bagi ambil lesen awal-awal T__T ]

satu perkara yang merunsingkan telah terlerai. Alhamdulillah. ada lagi beberapa perkara. Moga dipermudahkan. Ameen Ya Rabb.

Esok Penang cuti! yeay! masa untuk bersama-sama keluarga :D

30 June 2010

Tiba

1 Respon
Alhamdulillah, saya sudah selamat tiba di pangkuan keluarga pada jam 8 malam tadi.

Tiba di KLIA pada jam 1630

Penerbangan KLIA-Penang adalah pada jam 1910.

Tiba di Penang: 1955

mencari kelibat-kelibat mereka di Penang International Airport, Bayan Lepas, nampak adik, abah dan emak. Terus menuju ke BM Tomyam, memandangkan tidak makan malam lagi ;)

Alhamdulillah, everything was going smooth. baik di Cairo [err.. banyak je masalah, Allah nak uji kejap je semalam. setel juga akhirnya] mahupun di Penang sendiri. Terima kasih Allah

Balik rumah macam-macam benda yang dilakukan. itu yang sampai pukul 5 pagi pun tak tidur lagi. esok petang, sudah ada kerja, perlu diselesaikan sehingga 6 Julai nanti. Moga dipermudahkan urusan saya.

Semoga cuti ini terus bermanfaat. Ingatkan saya jika saya terleka ye!

* Sangat comel tengok Si Nasrul tadi. cuak-cuak jumpa saya, saya pula memaksa dia mengikut saya. Maaf ye, nanti acik tak buat lagi ye! :P

29 June 2010

Selamat tinggal Cairo

3 Respon
Cairo-KLIA-Penang

Saya, Sakinah Rasat dan Amal Hanani akan bergerak pulang pada malam ini. Doakan segalanya selamat ye!

Mintak maaf atas salah silap, terima kasih segala jasa baik kalian selama ini.

kepada housemates saya yang masih meneruskan perjuangan untuk Pathology esok, selamat maju jaya! hehe~

Oh, saya akan merindui housemates, sahabat-sahabat saya di Mesir ini. Sungguh, tak tipu! :(

Manfaatkan cuti anda ye, walau di mana sahaja anda berada :)

*bakal tiba di Penang pada jam 8 pm, 30 Jun 2010.
*terima kasih si kecil yang mengingatkan tentang event pada 30 Jun nanti. Doakan.

Lots of love,
Noor Asyila

28 June 2010

Tamat

0 Respon
Alhamdulillah..

Berakhirnya oral untuk Pathology tadi, maka berakhirlah peperiksaan tahun 3 sesi 2009/2010 saya dan beberapa orang sahabat [untuk mereka yang awalkan exam, sebab tiket awal]. Kata syukur sahaja yang mampu diungkapkan tadi.

Kami bertawakkal dengan segala yang telah kami usahakan. Hanya kepadaNya kami berserah. Doakan kami yep!

Pagi tadi, selepas bangun tidur, ada suatu perasaan yang tak dapat digambarkan. bercampur baur. tapi bukan sebab exam, sebab lain. saya pun masih mencari-cari sebab tu. Salah satunya apabila mengenangkan tinggal beberapa jam sahaja lagi akan bersama-sama sahabat-sahabat di Mesir ini. Sedih. Nanti duduk rumah seorang diri, ada juga yang 'patah kaki' nanti. Sama-sama kuat untuk jaga diri. Juga, memikirkan perkara yang bakal berlaku pada 30 Jun nanti. Gembira berjumpa mak abah ina. Mungkin juga ada sedikit rasa gementar itu. Takpe, bertawakkal juga. Ameen..

Ok, saya nak ke Nil dan sambung beli barang sedikit untuk pulang ke Malaysia pada esok malam. Nanti kalau rajin, saya update lagi yep! :)

Kawan-kawan tahun 3 yang masih belum habis exam, selamat meneruskan perjuangan anda ye! Gagahkan diri untuk membaca buku Pathology. hehe~

All the best!

* selamat pulang buat kawan-kawan yang balik hari ini, malam ni dan esok :)
* Oh, sudah rasmi bergraduasi dari tahun 3 la ni kan? :P

26 June 2010

Usu kahwin

6 Respon
Hari ini 26 Jun 2010, Usu saya berkahwin [Usu adalah anak mak pengasuh saya masa kecil]. sedih tak dapat pergi! sangat~ :(

Dah lama tak tengok gambar-gambar terkini family saya [lagi 3 hari je kot nak balik]. Cuma tengok gambar lama je. kredit kepada Siti Hajar aka Along yang tangkapkan gambar-gambar ni semasa majlis siang tadi di Malaysia. Terima kasih Along :)



Noor Azrina, adik bongsu saya yang sudah semakin tembam!
Mak pengasuh saya, saya panggil Mak Jah dengan anak bongsunya, Pn Rosmahani
Encik Ibrahim, Ina, Abah dan Emak saya

Barakallah 'alaikuma.. selamat menjalani bahtera perkahwinan dengan sebaiknya usu! semasa kecil yang membesar bersama-sama dalam jagaan Mak Jah.

Oh, tadi selepas oral Pharmacology, saya bersama-sama Aisyah, Radin, Aimi Athirah, dan Huda ke Pizza Plus. 'bersarapan' pada jam 12 tengah hari. Memandangkan ini adalah hari terakhir untuk bersama-sama, berjumpa, kami meluangkan masa dengan berbincang pelbagai perkara. Perkara utama adalah POLITIK. hehe, sudah besar rupanya kami ini. Masalah pergolakan itu ini. huh~

Alhamdulillah, oral tadi, Dr Amal sangat baik! bagi 20 markah macam tu je. hehe.. mereka yang bertuah adalah dari nombor 2089 sehingga 2109.

" it is your grade [sambil menulis 20 di kertas itu], then u choose any topic and ask yourself [answered by yourself too]"

Alhamdulillah, rezeki kami. Syukur!

Tinggal lagi 1 oral! Pathology! doakan yang terakhir ini adalah yang terbaik yep!

Seronok ke nak balik? hmm, banyak perkara juga yang merunsingkan. moga terus-terusan dapat menjaga diri.

22 June 2010

Oral pula

1 Respon
Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua! [haha]

Alhamdulillah, written sudah selesai, tinggal 4 lagi oral. semuanya paling banyak, gap sehari je

bermula esok, Microbiology [jadual oral saya dan beberapa kawan, lain dengan jadual sebenar]

23 Jun: Microbiology
24 Jun: Parasitology
26 Jun: Pharmacology
28 Jun: Pathology

I'm looking forward 30th June 2010! :D
[hari tu boleh pula ada perasaan takmo balik.haih~]

Tak sabar nak jumpa adik Ina saya! Dia sangat comel kalau banyak bercakap. [dia memang kuat cakap pun]. Hari tu telefon dia,

"Hmm, akak balik 30 haribulan kan? Ok, mak dah siapkan kerja untuk kita berdua"
Oh, tidak!

Memang tiap-tiap hari saya bekerja untuk budak kecik ni,
dodoi dia masa tido
hantar dia depan pintu tempat tuisyen
sediakan baju kat dia kalau nak pergi mana-mana
teman dia main game
masak untuk dia kalau lapar tengah2 malam
....................
[manja gile kot budak ni]

Yang paling penting, dia dah 11 tahun, dan boleh jadi teman saya untuk berjalan-jalan! yeay! :D

tapi kena berjuang dengan oral ni dulu ye. tak boleh ambil ringan walaupun 'hanya' oral. Silalah jadi rajin wahai Asyila~

++ ok,ni entry merapu. sudah-sudah, jom study!
++ Amin dah start belajar kat tempat baru hari ni. All the best my bro! :)

18 June 2010

Realiti

0 Respon

Sepatutnya, kita tak boleh lari dari realiti. walaupun ia pahit, tapi ia adalah sesuatu yang kita perlu berdepan.

Hempedu yang menjadi madu. Suatu teguran, biarpun perit sedikit untuk diterima, tetapi manisnya akan kita rasa selepas itu. bahkan lagi lama rasa manis itu daripada rasa pahit.

Tak boleh serahkan begitu sahaja, tanpa usaha.Teruskan berjihad dan bersabar!

Jangan tuduh yang bukan-bukan, keseronokan yang sementara itu terpaksa ditinggalkan demi keseronokan abadi akan datang. kena faham itu!

Ada satu perkara yang tidak boleh digesa-gesakan kerana masih banyak yang perlu dipelajari, diubah, diperbaiki sebelum mencapai matlamat itu.

++ terima kasih my dear Fathiyyah kerana sudi tukar 'langsir' baru ini. dia yang pilih, dia yang edit. katanya, nampak lagi matang. ye ke? ;)

++ 2-3 jam yang ter'distracted', tapi juga dihargai untuk muhasabah. terima kasih. :)

++ 21 Jun last paper untuk written! tak sabar menanti 30 Jun :)

16 June 2010

Satu Amanah

1 Respon
Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untukNya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dariNya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cintaNya
Oh cintaNya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasihMu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
DariMu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

Lagu: Faizal Os
Lirik: Faizal Os
Nyanyian: Hijjaz

++ semasa dalam perjalanan nak ke universiti tadi, saya nampak seorang pakcik dan anak[mungkin juga cucu] berlari-lari mengejar bas hijau. bersungguh-sungguh lari. bila dah berjaya sampai kat bas tu, saya nampak pakcik dan budak perempuan tu turun semula. salah bas rupanya. tampak riak kekecewaan di muka mereka. dengan panas, berkejar untuk mendapatkan bas tu. hati tersentuh. Itu cara Allah nak mengajar saya semasa dalam sibuk-sibuk menghafal segala macam nama ubat tadi. Terima kasih Allah! :)

10 June 2010

Susah

3 Respon
semua orang yang keluar dewan tadi, semua merungut

'Microbiology susah'

oh..oh

maka, saya pun berkata

'memang susah pun. Sekian"

lepas ni, berusaha untuk Pharmacology pula ye?
kita tawakkal padaNya. kita dah usaha sungguh-sungguh.
yakin! doa banyak-banyak!

Next: Pharmacology: 16 & 17 Jun 2010

07 June 2010

Semangat

5 Respon
Korang, kalau rasa macam down study kan, korang ingat masa depan, orang akan cakap macam ni dekat anak-anak korang. hehe :P

"Ibu kamu ni pejuang yang kental, hari-hari yang sukar, dia hadapi dengan sabar, adunya pada ayah sedikit, tapi pada Allah sangat banyak. Pujukan ayah tak semanis pujukan dari bisikan semangat Tuhannya.Jadi hati ayah tenang bersama ibumu kerana dia wanita kental, dia mampu untuk menjadi lulusan medik. Menjadi ibu kamu pun dia mampu, inikan pula jadi lulusan medik"

saje-saje je update. bosan ke?
Sila jadi rajin untuk study Microbiology!
Sila berusaha dengan gigih! yeah!

Next: 10th June 2010, Microbiogy

01 June 2010

Al-Aqsa

3 Respon

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah..

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang penuh Raksasa.

Wahai Tuhan yang bersifat murka.

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab. Wahai Tuhan yang mengarakkan awan. Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab. Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Dan Menangkan kami ke atas mereka.

kekejaman Israel laknatullah
Adakah kita cakna dengan perkara ini?
Masih boleh bersuka ria dengan keseronokan dunia?

"Israel mmg tak berperaturan, jangan hairan. memang konvoi LL4G sudah bersedia, memang mereka awal-awal lagi impikan syahid, mereka pergi bukan dengan jiwa yg tertanya-tertanya. Kita skrg ni yg perlu bakar api jihad, sedarkan orang-orang yang lalai. memang skrg masanya kita berusaha utk Gaza n Islam seluruhnya"
-quote dari emel-

Mereka sedang berjihad di sana, kita di sini pula bermujahadah
berusaha untuk meningkatkan kegemilangan Islam

Ya, Islam pasti menang,pasti, kerna itu janji Allah tapi bukan hanya dengan bersenang lenang, goyang kaki untuk dapatkan kemenangan itu.Hatta Rasulullah sendiri pun bersusah payah untuk sebarkan Islam, inikan pula kita?

Tidakkan rugi mereka yang hanya duduk bergoyang kaki itu, apabila Islam menang, mereka hanya menjadi orang yang 'bertepuk tangan' tanda meraikan kemenangan itu dan berkata "Oh, Islam dah menang". Ruginyaaa..

Janganlah jadi mereka yang ini
Bahkan, bangunlah, bangkitlah!
Kita berusaha jadi Muslim yang menyumbang juga.semuanya kerana untuk mencapai Redha Nya.

Semoga Allah permudahkan urusan konvoi LifeLine4Gaza dan hancurkan musuh Allah, Israel. Amin..

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu

Palestina Tercinta-Shoutul Harakah

++ Cepat je Allah alihkan perhatian saya kepada perkara ini dari perkara yang saya risaukan kelmarin [selama beberapa hari]. huhu,terima kasih kepada yang memujuk. panggilan dari IRC,UTP tu yang special.terima kasih Kak Nad. :D

++ Selamat hari lahir buat abang saya, Amirul, Fathiyyah, Nuruul Huda, dan semuanya pada hari ini, 1 Jun.

++Semoga semangat ini kekal dalam diri kami.

29 May 2010

Y__Y

6 Respon
Perbualan berlaku pada suatu malam, selepas solat maghrib.

X: Eh Syila, kenapa mata sembam?
Saya: Err.. Err.. menangis kot [bukan sebab stay up ye]
X: Huhu, kite pun nak nangis jugak
Saya: Haa.. meh, meh..nangis dengan kita. tido kat bilik ni malam ni.
X: Tapi, tak boleh menangis..

Terus si X keluar dari bilik saya.
X, saya memang nak ajak kamu tidur bilik saya semalam. Tapi segan nak ajak direct, ajak masa tengah-tengah sembang semalam.bosan lah tidur sorang-sorang.

Huhu.. Allah tengah uji benda yang paling dekat dengan saya. iaitu hati.
Sama ada nak terus lemah, dihanyut dengan masalah itu ataupun jadi kuat?
Oh, mestilah saya nak jadi kuat!
Allah kan suka Mukmin yang kuat
tapi sukarnyaa.. saya perlukan dan sentiasa perlukan pertolongan Allah untuk jadi kuat.
Saya cuba cari medium untuk jadi kuat.
Doakan saya ye?

* Syila kena yakin semuanya selamat. Ingat Allah je, takyah ingat benda tu.*

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"

Al-'Ankabut: 2

dan ke sekian kalinya, saya tenang, InsyaAllah..

" Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan bermaksud hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

An-Nisa': 100

Semalam sembang dengan Kak Nad @Atikah Nadeeya. Dia cakap

" haa, awak fikir la selalu, lagi fikir, lagi jadi. ayokk"
terus cuak..ok, ok, saya tak fikir dah

hari ini dah ok sikit. moga berkekalan..

semalam Kak Nad share cerita best. pasal " Atikah dan suami-suaminya yang mati terbunuh"
nak tahu?

*saya malas nak edit.baca je lah ye*

Atikah: huhu
kite tgh bace
buku
cerita2 inspirasi utk kecermelangan diri wanita
7:48 PM penyair yang cantik cerdas dan merupakan isteri kepada abdullahbin abu bakar as-siddiq
name die
ATIKAH
heeee
bersemngat terus!
:)
best lah buku ni
kite pinjam kat IRC kemarin
hee
me: wah2
atikah~
cerdas
7:49 PM cantik
huhu
ade tak nama asyila?
haha
mustahil sungguh
Atikah: huhu
tapi atikah ni
cam jahat je
die ade suara sedap
selalu syair kat abdullah
hingga
abdullah tu lalai
tak gi kerje
7:50 PM selalu berdua2 an je
huhu
me: pastu ada org tego kan?
Atikah: abu bakar as-siddiq la tegur
kate kat anak die
7:51 PM hai,,,abdullah
apakah kau akan menjamak semua solat2 mu
and at 1 stage
abdullah tu ceraikan atikah
huhu
bile cerai
abdullah tu
cm sedih
tak lalu makan
kurus
pucat
7:52 PM abu bakar as-siddq kate gi kawen balik
so abdullah pon kawen..n hadiahkan sebidang kebun
dengan syaarat
takleh kain sesape selain die
till 1 day
Abdullah tu meninggal
atikah duk sorg2
7:53 PM lamaran die tolak
sebab die still rase terikat ngan janji abdullah
so Abu bakar kate
pulangkan kebun tu dan boleh lah
kawen lain sebab dah tade terikat ngan janji2
huhu
tak habis bace
7:54 PM _tajuk cerita tu _
suami-suami Atikah yang mati terbunuh
:(
haha
cam sedih pulak name kite
me: haha.jgn la sedih

7:55 PM Atikah kendian kawen ngan Umar Al-Khattab
till Umar tu meninggal
:)
waaaa~~~
me: wah,hebatnya suami diaa
beruntung kan, dpt kawen dgn org yg hebat
Atikah: pastu next husband
zubair bin awwam
7:56 PM pastu
zubair meninggal
7:57 PM ade lah cerite die
huhu
pastu Ali bin Abi talib pinang Atikah pulak
pastu Atikah
anta surat kate kat Ali
7:58 PM "bukannya aku tidak menghormati sepupu Rasulullah SAW, tetapi aku khuatir dirimu kelak akan menjadi korban pembunuhan pula. Semua suamiku sebelum ini selalu mati terbunuh.Dan aku tidak ingin yang demikian menimpa dirimu"
pastu ali reply
7:59 PM "Barangsiapa yang ingin mati syahid dengan cepat kahwinila Atikah"
huuuu
pastu Atikah terima lamaran Husain Bin Ali bin Abbi talib
sebab dorg percaya ucapan Ali bin Abi talib
8:00 PM bhwa sapa saja yang ingin mati syahid supaya menikah ngan Atikah
suami terakhir Atikah adalah Husian bin Ali bin Abi Talib
8:01 PM kerana setelah kematiannya, Atikah menolah lamaran dari marwan dengn berkata
"Aku tidak ingin lagi mempunyai mertua setelah Rasullullah.Itulah hidup Atikah."
seorg penyair yang cantik,cerdas yang banyak diingini lelaki
8:02 PM Semua yang pernah menjadi suaminya selalu mati sebagai syuhada,meskipun mereka belum lama menjdi suami isteri
Akhirnya Atikah meninggal pada tahu 40 hijrah
the end
:)


orang yang bernama Atikah, hebat :)
ok, hari ni nak g lari rumah orang kot. hehe, dah janji pun.
ttfn~

doakan saya jadi rajin-rajin eh!
seminggu lagi nak exam! ~~