14 July 2010

demam?

DEMAM. Semalam balik dari Perlis setelah seharian berjalan, dari jam 7am sehingga 12am [puas hati.haha. dah la travel sorang-sorang], mengakibatkan sakit kepala yang amat sangat. sebaik sahaja sampai di rumah, terus tumbang dan tidur. paksa diri bangun pukul 5 pagi, selepas subuh sambung berehat. rehatkan badan yang lemah-lemah akibat demam, dan sakit kepala yang makin teruk pagi tu.

bangun tido, Alhamdulillah, badan dah segar. sakit kepala dah berkurang.

Buat rutin harian. tadi basuh karpet, panjat tingkap untuk bukak langsir, naik turun tangga beberapa kali untuk uruskan rumah. ceh, macam nak raya je.

sediakan dinner untuk parent.sikit je buat.

pukul 6.15 pm, saya keluar rumah, pergi Billion belakang rumah, topup, beli roti sebab selera nak makan nasik takde.jalan pulang, rasa badan dah lemah-lemah balik. aaa, demam ke? tapi tak la teruk pun. cool je depan mak abah. tak bagitau sakit pun.

balik rumah, terperap dalam bilik sampai tengah malam. masuk dapur, abang yat tanya, nak nasik goreng? seronoknye ada tukang masak. hikhik.Terima kasih :)

oh ya, result budak tahun 1 dah keluar. tapi saya takde perasaan apa-apa. ish, kenapa tahun ni punya perjalanan hidup kurang beremosi? Y__Y

Get well soon untuk mereka-mereka yang demam juga!

Esok akan keluar pula dengan Sakinah Rasat.
Lusa pula akan ke Kelantan.

asyik tak lekat kat rumah je, bila nak berehat. sepatutnya kita tak boleh ada masa lapang dan hobi. :D

4 Respon:

al-bagani said...

rajin tul jenjalan...
singgah laa sekolah skali...

[MH] said...

<3

Sharifah Syahirah TSM said...

syafakillah.
aihh. seronok ke sana ke mari.
drive ke public transport ni?
seronok betul....
jeles2~

Noor Asyila said...

ruhul jadid:
:)
ke sekolah? y mana? SMKASAS ke KISAS? tkde dlm perancangan.tkde kawan, so tk pegi la kot :D

Fathy:
:)

Chep:
Jzkk chep :)
seronok, penat tapi puas hati :D
public transport and ada org lain yg drive kan. hehe