30 July 2009

Erti sebuah Persahabatan

9 Respon
Buku teks Biologi dibiarkan terbuka.Pensel hanya dipegang tanpa ada gaya-gaya untuk menulis.Matanya bulat memandang ke arah buku itu.Dalam pandangannya itu.Tapi jelas terpancar dari riak wajahnya itu,dia bukan sedang berusaha memahami isi kandungan buku itu,tetapi seperti seseorang yang bermasalah.Sejak pulang dari sekolah tadi,tiada ukiran senyuman di wajahnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Misha,kenapa si Rita tu panjang je aku tengok muncungnya?" tanya Asma' kepada Misha,jiran katilnya.

" Entah,aku tengok sejak balik sekolah tadi macam tu ja.cuba la hang tegoq,tanya dia apa masalah dia.Aku tak berani aih nak bukak mulut kalau nampak dia masam-masam muka lagu tu" Jawab Hidayah sambil menjuihkan bibirnya ke arah Fatimah yang sedang termenung panjang itu.

" weih,aku pun tak berani la!" bertolak-tolak pula mereka ini.haih~

Akhirnya, si Asma' menuju ke arah Rita. Sambil memegang bahu Rita,dia memulakan bicaranya.

"Rita,kamu ada masalah ke? Cerita la kat kami.Kita kan dah macam adik-beradik.Takyah segan-segan.InsyaAllah,kami semua akan bantu sebaiknya."

Tiada butir kata langsung yang keluar dari mulut Rita.hanya sedu-sedan yang kedengaran.Semakin lama semakin kuat esakan itu. Kepala Rita 'hinggap' di bahu Misha. Risaunya tidak terkira pada sahabatnya, Si Rita itu.

"Rita,kenapa ni? Menangis lah sepuas-puasnya.Nanti kalau dah sedia nak cerita kat aku,kamu cerita je ye" Dicapainya Asma' sehelai tisu di atas katilnya dan terus dilapkan pada muka Rita.Lagak seperti seorang kekasih.

Ya,memang aku mengasihinya.Mengasihinya kerana Allah.Bersama-sama dia lah aku mengharungi susah senang dari kecil sehingga berumur 17 tahun ini.Kami ibarat adik-beradik.Sementelah ibu bapa kami masing-masing telah menemui ajal,kami ditempatkan di Rumah Penyayang ini.Rumah ANAK-ANAK YATIM.

Suasana kini diam.

"Asma', aku ni menyusahkan korang semua ke?" Rita bertanya kepada Asma',kepalanya didongakkan,memandang Asma'.

"Uish,mana ada! kenapa kamu cakap macam tu? Siapa yang cakap? Meh aku siat-siat kulit dia!" reaksi muka Asma' menunjukkan perasaannya yang sedang geram.

"Tak la, ke mana aku pergi pun, ramai yang ejek-ejek aku,hina-hina aku. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Aku tak ramai kawan. Siapalah yang nak berkawan dengan aku ni. Dahlah hodoh, tak pandai pulak tu" Luah Rita.

Muka Rita mengalami sedikit kecacatan kesan daripada kebakaran yang berlaku ke atas rumahnya.Ibu bapanya adalah mangsa kebakaran,meninggal di tempat kejadian.Betul, dia sering diejek-ejek oleh budak-budak nakal di sekolah. Walaupun sudah diberi amaran berkali-kali,mereka ni tak makan saman.Ramai juga kawan-kawan sekelas yang sering menjauhkan diri darinya.Tak tahu kenapa. Mereka ni berkawan atas dasar rupa kah?

Air mata Asma' pula yang jatuh berguguran.Sedih bila sahabat sendiri diperlakukan sebegini.Dia yakin,Rita sekarang sangat tertekan dengan keadaan yang dialaminya.Lagi-lagi peperiksaan SPM tinggal 2 bulan sahaja lagi.Banyak perkara yang masih mengganggu fikirannya.

"Asma', aku ada kamu,Misha dan budak-budak bilik ni sahaja.korang lah yang banyak bantu aku.Maaflah kalau selama kehadiran aku menyusahkan korang semua.Aku dah takde siapa-siapa.Terima kasih banyak-banyak ye Asma',korang semua...Aku rindu mak dengan ayah aku.."

Misha yang dari tadi mendengar perbualan mereka hanya memandang dari jauh.Ada juga butir-butir jernih yang keluar dari matanya.Dia semakin menghampiri mereka berdua.Mereka saling berpelukan.

"Rita,kamu jangan cakap macam tu lagi tau! InsyaAllah kami sentiasa ada bersama-sama dengan kamu.Kamu adalah sahabat dunia akhirat kami.Kami sayangkan kamu Fatimah.Jangan dihiraukan dengan perangai mereka itu.Kami sentiasa sokong kamu!" giliran Misha pula berkata-kata.Asma' di sebelah mengangguk tanda setuju.

"Dah,dah..jom ke kantin! aku belanja makan.Tapi sebelum tu,kita kena janji dulu yang kita akan sama-sama berusaha untuk exam kita nanti ya!"tutur Asma',semangat.

"baik!" serentak Misha dan Rita menjerit.

Suasana kembali ceria.

Aku sayang kamu semua!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota 1: Maafkan diriku andai tidak menjadi seorang yang bernama sahabat.
Nota 2: Sebenarnya nak buat entry lain.tiba-tiba lain pulak jadinya.Layaaan~
Nota 3: Geram dengan manusia-manusia yang 'bermain-main' di Jamming Studio tatkala azan Maghrib berbunyi dan kelas tuisyen dijalankan di bangunan sebelah.Tidakkah mereka ketahui bahawa mereka itu kurang adabnya?Grrr.....
Nota 4: Ya Allah,jauhi kami dari perkara-perkara syirik.
Nota 5: Ada orang nak potong hidung kalau tak dapat fullmark.memang tak dapat.so,sila tunaikan janji.waa~
Nota 6:Weekend is family time.Akan ke negeri kelahiran hujung minggu ini sambil makan angin.heh~

27 July 2009

Seharian bersama Iwan

5 Respon
017........ is calling

Ikin rupanya di talian.Dia sepupu saya yang sedang belajar di Matriks Changlun,Kedah.
Pak Ngah saya mengajak saya ke rumahnya di Kulim.

Pukul 12 tghari, Ikin dan PakNgah mai rumah,jemput saya.
kebetulan si Iwan,Kak Long dan Abg Nizam menyusul pula datang. (Oh,mereka adalah pensyarah di Politeknik Seberang Perai.pusat pengajian itu ditutup disebabkan oleh kes H1N1 selepas UiTM Penang)

Apa lagi,Si Iwan@Ikhwan yang ganas itu bertendang,bertumbuk dengan saya.Pada mulanya malu-malu,menyorok bila nampak saya.Lama-lama dah ada keserasian antara kami(eceh).Dari ruang tamu ke bilik Kak Ngah yang penuh teddy bear ke bilik Ikin berlari-lari (saya yg lari dari dia).Habis dicengkam muka saya,aksi-aksi kaki kat atas,tangan kat lantai semua ada.Ganas sungguh!

Kasihan lah makcik mu ini wahai Iwan.huhu~

Keluar juga aksi BIONIK dia tu.(oh,saya tak pernah tengok cerita ini). Sampai luka-luka jari manis belah kiri dia.dia kata saya yang buat.betul ke ek?kalau ye pun,mungkin terkena geseran cincin saya kat jari dia tu.Sori Iwan!


Keletihan bermain,masing-masing melelapkan mata pada waktu petang.Bertuah betul! Sempat lagi dia lompat kat saya masa saya tidur.isk3..Dia pula yang jadi mangsa kacau bila saya sudah bangun.Heh~

Jumpa lagi ye Iwan!

++ Comel tengok dia boleh pulak mulut terkumat-kamit menyanyi lagu tema Drama Aqso dan Madinah sambil mata masih lagi terpejam(baru terjaga dari tido)

++ Tiba di rumah pada jam 10 malam.
++ Risau pulak banyak institusi pengajian,pusat PLKN,sekolah ditutup sebab ada kes H1N1.Harap-harap tiada yang serius.Jaga Kesihatan semua!

25 July 2009

Perkahwinan~

3 Respon
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 27 kepada

Ismail Bin Haron

dan

Hasidah Binti Mat Isa

Semoga berbahagia selalu!hehe

*mak,abah akak dah belanja makan tadi kan?wahaha...kira hadiah la tu ek~
* jenuh cari gambar mereka,payah betul nak dapatkan yang best.haha.
*You Are My Sunshine~

24 July 2009

You Are My Sunshine

2 Respon
Tadi menjenguk ke blog Izzah Sakinah.
ada lirik You Are My Sunshine.
Lagu ni comel sangat-sangat!

You are my sunshine my only sunshine
You make me happy when skies are grey
You'll never know dear how much I love you
So please don't take my sunshine away

The other night dear as I lay dreaming
I dreamt that you were by my side
Came disillusion when I awoke dear
You were gone and then I cried

You are my sunshine my only sunshine
You make me happy when skies are grey
You'll never know dear how much I love you
So please don't take my sunshine away

You told me once dear there'd be no other
That no one else could come between
But now you've left me to love another
You have broken all my dreams

You are my sunshine my only sunshine
You make me happy when skies are grey
You'll never know dear how much I love you
So please don't take my sunshine away

Jimmie Davis



20 July 2009

Reunion Gua Tempurung Gen 51

22 Respon

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah kerana telah melancarkan segala apa yang telah saya dan sahabat-sahabat lain rancang.=)

18 JULAI 2009
5.30 am: mereka yang menaiki bas dikejut seawal ini. Terima kasih Shamel kerana sanggup mengorbankan kredit mengejut mereka semua.haha

6.45 am: Fathiyyah mengambil kami(Asyila, Fatin Nadiah,Hidayah, Sarah, Aisyah Saleh, Fiqi) di UIA, menghantar kami ke LRT PUTRA.

7.30 am: tiba di KL Sentral

8.15 am: bergerak ke Gua Tempurung

aktiviti dalam bus:
sharing,taaruf..pengalaman masing-masing.
ambil light breakfast.
*ada manusia curi suratkhabar Berita Harian saya!

10.45 am: tiba di Gua Tempurung (hanya kelibat kami yang menaiki bas kelihatan)

Di Perkarangan Gua Tempurung:

kami pihak muslimat berkumpul di satu tempat untuk makan-makan nasi lemak+roti kaya yg telah disediakan oleh Shamel and the geng

sambil menunggu rombongan dari UTP dan geng Aisyah Tahir.mereka lambat sedikit.tapi tidak mengapa.dimaafkan.heh

12.30 pm: ekspedisi dimulakan.yeay!!

kami diberi penerangan oleh pakcik guide kami. ada world cup,hantu,kereta,monyet dll.sori,saya tak nampak sangat apa-apa yang pakcik tu tunjuk.kerana keterlupaan untuk memakai cermin mata. dengar je la ye. untuk makluman lagi,saya tk nampak juga manusia-manusia dalam gua tu.maaf ye.

ada satu tempat tu, kami terpaksa menggelongsor untuk turun ke bawah. masa inilah kita dapat lihat sikap kerjasama dan sokongan dari semua. yang membantu untuk sambut sahabat-sahabat di bawah. takut-takut ada yang terlajak gelongsor.huhu..bangga dengan semua

kemudian,kawasan yang berair.huh.basah baju-baju.kawasan sempit yang memerlukan kami merangkak,'berenang'.haha..new experience.mungkin gara-gara ini menyebabkan almost muslimat sakit-sakit badan.salah satu sebab, mungkin tidak warm up sebelum memulakan ekspedisi.

panorama gua batu kapur yang mengasyikkan.kadang kala menjumpai batu kristal, kawasan wind tunnel yang kami rasa tk nak keluar dari kawasan tu.mana entah datangnya angin tu.Subhanallah.=)

terima kasih Mr Monofar yang menangkap gambar-gambar eksklusif dalam gua.

3.00 pm: keluar dari Gua Tempurung.sempat lagi tangkap gambar.hee~

4.15 pm: bergerak ke Lata Kijang. rombongan bas, kereta Paan, Geng UTP je yang dapat join. Nani,Adilah,Nadiah,Aisyah Tahir, Farieha, Raudhah, Fathin Izzati, kawan Nani(Shasha dan seorang lagi) tak dapat sertai kami ke Lata Kijang.huhu.terkilan sedikit.tkpela.terima kasih korang sebab sudi datang dari jauh.=D

5.00 pm: tiba di Lata Kijang.baru nak makan tengahari.(maaf sebab muslimat lambat bersiap)

aktiviti bebas.
Muslimin bermandi manda di air terjun
Muslimat bermain game, bertukar cerita, menyediakan roti sosej, tangkap-tangkap gambar.

6.30 pm: Majlis diadakan.Ucapan, tangkap gambar semua yang hadir. terima kasih bro yang tolong ambilkan gambar kami!

7.00 pm: bergerak pulang ke KL Sentral.

maaf kepada yang rasa tidurnya terganggu dek kerana kekecohan manusia-manusia dalam bas tu. heh~

9.45 pm: tiba di KL Sentral.kami menunaikan solat Jama' Takhir di surau.

kami berpisah di situ.sedihnya.setiap pertemuan diakhiri dengan perpisahan.Redha.
Terima kasih tak terhingga sebab sudi datang.Sayang korang semua!
InsyaAllah jika diizinkan,tahun-tahun akan datang,kita buat lagi best ye!
moga-moga pertemuan ini diberkati Allah..

Sebenar-benarnya ini kali pertama menguruskan program begini.tetapi hasil pertolongan Aizuddin Paiman,Megat,Shamel,Aimi dan lain-lain,Alhamdulillah berjaya juga diadakan.tak tahulah apa feedback mereka.harapnya baik-baik belaka.

mungkin akan diperbaiki segala kekurangan pada masa-masa akan datang.
plan terpaksa diubah last minute.sebab nak cari tempat picnic yang best.tapi ok je kan kat Lata Kijang tu?

Mohon seribu kemaafan kepada semua andai ada kekurangan sepanjang saya dan sahabat-sahabat lain menguruskan Reunion ni.

segala kritikan insyaAllah akan diterima dengan hati terbuka. =)

ada sedikit gambar yang dipaparkan.malas nak edit dan letak kat celah-celah tulisan ni.maaf ye~

sumber gambar boleh didapati di sini:

http://s440.photobucket.com/albums/qq129/zisasic/Reu%20Gua%20Tempurung%202009/?

Shamel: http://www.facebook.com/photo.php?pid=2127826&id=736987146&comments#/album.php?page=1&aid=94461&id=736987146

Zetty: http://www.facebook.com/album.php?aid=2029149&id=1476150533&saved#/album.php?aid=2028646&id=1002607405&ref=nf

Paan: http://www.facebook.com/album.php?aid=2029149&id=1476150533&saved#/album.php?aid=2032808&id=1227506265&ref=nf

Asyila: http://www.facebook.com/album.php?aid=2029149&id=1476150533&saved#/album.php?aid=2029149&id=1476150533

Amiruddin: http://www.facebook.com/album.php?aid=2029149&id=1476150533&saved#/album.php?aid=2014073&id=1351908120&ref=nf




ex- classmate 403

::Muslimin::

::Muslimat::

ni la Gua yang kitorang masuk!haha



Banner sponsored by Mr Monofar








K.A.M.I


Jumpa lagi nanti!

15 July 2009

Doakan selamat!

2 Respon
Penang-Pudu-UIA-Gua Tempurung-Rumah Fathy(Gombak)-UM-Klang-Penang

inilah perancangan saya untuk beberapa hari ni.tak tahu jadi atau tidak.harap-harapnya jadi la.

Pudu: Hidayah,Aisyah akan jemput saya

UIA: tempat persinggahan+ gosip-gosip dengan mereka yang telah lama tidak berjumpa

Gua Tempurung: Ekspedisi+Reunion Gen 51

Rumah Fathy: rumah fathy laa...hehe

UM: berjumpa dengan Asiah + bercadang untuk menyelap masuk ke dalam kuliah perubatan mereka.(harap-harap berjaya)

Klang: nak buat surprise kat mak angkat saya dan kalau ada teman,akan ke KISAS.

Doakan perjalanan saya selamat.kalau tidak jadi tu,memang takde rezeki la tu.
Saya pun tidak tahu bila saya akan pulang ke Penang.

++ hari ni best! abah hepi, mak hepi dan saya pun hepi! terima kasih emak,abah! Alhamdulillah.syukurlah dengan apa yang saya peroleh walaupun angka 8 itu disorokkan oleh Allah daripada saya gapai angka itu.heh

-i'm off to KL-

12 July 2009

Solat

2 Respon
situasi 1:

sebelum solat jumaat:

"weii bangunlah solat jumaat jom!" Ahmad separa menjerit ketika mengejut sahabatnya.

"ye2..nanti aku bangun la!" masih menggeliat tanpa punya niat untuk bangun pun.

selepas pulang dari solat jumaat:

kelihatan mereka yang tidur tadi,sedang bersuka-ria bermain game.


situasi 2:


di tempat membeli belah:

"aku nak pegi surau.nak solat asar" kata Abu

"Abu, kalau aku tunggu luar je, tak solat boleh tak?" Karim bertanya sambil sengih-sengih.

dengan senang lenang tanpa rasa bersalah, dia pon menunggu si Abu di luar surau.


situasi 3:

ketika waktu Maghrib menjelma

" Cepat sikit! aku nak mandi ni" kerah si Black sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air.

ketika itu Rahim sedang mandi.

Rahim yang baru selesai solat Maghrib bertanya kepada Black.

"ko nak ke Masjid ke?"

"aku nak main futsal lepas ni.aku dah lambat ni!"

Rupa-rupanya kelam kabut si Black tu untuk berkejar ke gelanggang futsal.bukannya untuk bersolat Maghrib.


situasi 4:


"Jom solat!" Aminah mengajak Sarah,teman yang baru dikenalinya.

"I tak boleh solat" laju mulutnya melancarkan kata-kata itu sambil tangannya menaip mesej di telefon bimbitnya.

suasana menjadi senyap sunyi. Seperti malaikat sedang lalu.

Sarah memandang Aminah, " Frankly speaking, I memang jarang solat. sebab nenek I dekat sini ni cina. kita nak solat pun tak tau mana satu kiblat,tempat tu bersih ke tidak.I kalau dekat kolej dulu, I senang je solat."

Aminah mendengar dengan tenang.

"kalau dalam situasi U ni,memang susah sikit. hmm takpelah, U pelan-pelan. mungkin U cuba untuk memahamkan nenek U dulu."

Aminah tidak terus menhentam alasan-alasan yang diberi.dikhuatiri akan terus tidak boleh diterima pula. Tetapi hatinya lega, kewajipan mengajak solat sudah ditunaikan.harapnya dia tidak menipu.Dan Sarah juga berterus-terang dengan situasi dia sebenarnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

4 situasi ini menunjukkan betapa ringannya golongan ini memandang kewajipan bersolat.hmm..kita sibuk mengejar duniawi, tidak pada ukhrawi.pelbagai alasan diberikan.

Kesal! Terkedu dengar cerita ini dari kawan. Sedih bila saudara Muslim kita berperangai sebegini.Ye,manusia biasa tidak sempurna.sentiasa melakukan kesilapan.tetapi bagaimana mahu hidayah itu datang andai kita tidak berusaha ke arah itu.

kepada mereka yang hadapi situasi begini, biarlah berbuih mana mulut kamu, teruskan mengajak dan terus mengajak. jangan putus asa ya!Jadilah Da'ie yang berhikmah.=)

'Ya Allah, janganlah engkau membolak balikkan hati kami.Usahlah engkau tarik hidayahMu dari insan kerdil ini'

06 July 2009

Kempen Cintai Alam Sekitar!

12 Respon
Selepas Maghrib, ke AEON [akhirnya tercapai hasrat untuk ke tempat ni,baru je tulis tadi] sekejap. pergi money changer.duit Malaysia tadek. duit USD dan Egypt Pound saja ada dalam purse saya. ^.^

masuk Jusco,cari buku tulis untuk homework saya semasa cuti ni. cari pen 2-3 batang. ke kaunter, cashier tu cakap,

'dik,hari ini takdak plastic bag naa'

muka sedikit terkejut seraya berkata, ' awat kak?saya tak taw apa-apa pun'

' Pulau Pinang kan ada buat kempen cintai alam sekitar, nak kurangkan penggunaan plastik. tapi Jusco pun baru hari ni start' dengan senyuman yang terukir di bibir, cik cashier itu menerangkannya.

'ooo...'

perghh..rasanya memang kena up to date dengan isu-isu dan kempen kerajaan ni.buat malu je tataw tadi. tak boleh nak buat alasan yang saya-baru-je-dok-sini-tiga-hari-mana-nak-taw. uish,jangan tiru ok! >.<

nasib baik bawak beg.boleh lah nak sumbat buku nota kecil dan beberapa batang pen itu. 2 buku nota yang besar hanya pegang di tangan sahaja.

bagus-bagus! lain kali,kalau nak pergi JUSCO, kena bawak beg sendiri. Jom sama-sama kita menyokong kempen cintai alam sekitar!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

naik turun escalator tadi.kesesatan sorang-sorang dalam AEON tu. emak suruh ke kedai buku POPULAR.

ambil kesempatan untuk menjenguk buku-buku yang menarik.saya teringat akan cara yang dilakukan oleh seorang kawan di alam maya untuk menghabiskan masa cutinya.terima kasih!

kepala saya menerawang ke tempat lain.sungguh saya tidak fokus langsung pada buku-buku yang terdapat dalam POPULAR itu. peristiwa yang berlaku pada siang tadi benar-benar memberi impak besar pada diri. ah,sudahlah.tak kisah pun.cuma sekarang masih ada 1,2 perkara yang masih lagi merunsingkan fikiran. bilalah kemelut ini akan berakhir? [ceh,macam besar sangat je masalah]

Hanya dapat membaca tajuk novel-novel yang terdapat pada rak buku. Association area saya langsung tidak berfungsi. baca sinopsis buku pun langsung tidak melekat di otak saya. aish,mengapakah?

tapi, ada satu tajuk buku yang menarik perhatian saya.Kulit buku menarik.warna ungu.dengan wanita yang bertudung litup dan ala-ala berniqob menjadi penghias kulit novel.

Warkah Cinta Berbau Syurga
Karya A.Ubaidillah Alias. saya tak tahu bagaimana jalan ceritanya. beli sahaja. ada satu lagi novel yang terdapat pada aras yang sama dengan novel ini, iaitu novel Bidadari Paderi. Novel yang berkisarkan semangat perjuangan membela nasib bangsa dan agama. Itu apa yang saya sempat baca la. Tapi saya tak beli. Mungkin satu hati nanti, saya akan memiliki novel tersebut.

Mata terpaut pada satu kitab tulisan Dr.Muhammad Abdul Yamani.versi Melayu kitab Khadijah,Cinta Abadi Kekasih Nabi. Ya, saya mahu menjadi setabah Khadijah, sesetia Khadijah, berjuang seperti Khadijah. Serikandi yang telah dijanjikan akan dimasukkan ke dalam Syurga. =)

Tip-tip Efektif Pimpinan Rohani Al-Ghazali Buat Remaja. Menarik. saya cuba habiskan ketiga-tiga buku ini dalam masa cuti ini. Oppss ada satu lagi buku yang saya tinggalkan di Malaysia disebabkan tidak punya cukup ruang. hee~

Nasib baik duit yang ditukarkan tadi, digunakan untuk membeli buku ini. sayangi duit anda~ =P

Sahabat,tolong ingatkan aku andai aku lalai.

++ terima kasih kerna memberi ruang dan peluang untuk saya mengenali seseorang itu. InsyaAllah saya akan bantu. =)

++ janganlah jetlag lagi!

'Hadiah'

6 Respon
1. Bekas kekasih saya adalah :
kalau saya perempuan,jawapannya lelaki.
kalau saya lelaki,jawapannya perempuan.
kan3?

2. Saya sedang mendengar :
pelakon cilik bercakap-cakap dalam cerita Geng Bas Sekolah [Ina yang bukak channel Ceria ni]

3. Mungkin saya patut:
ke AEON.haha..perabih duit.

4. Saya suka :
menyakat Ina sampai dia akan mencebikkan mulut dia lantas dia akan menangis

5. Sahabat-sahabat baik saya :
membantu saya dalam susah dan senang. Terima kasih kamu semua!

6. Saya tak paham :
kenapa masih ada manusia yang berpura-pura baik dengan saya padahal dia ada perkara yang disembunyikan dari pengetahuan saya.

7. Saya kehilangan:
kucing kesayangan saya 'Si Merah' semasa saya darjah 6

8. Ada yg berkata:
Cinta itu buta.betul ke? haha..[sori,tadek jawapan yang lebih waras keluar dari otak]

9. Makna nama saya :
Cahaya .....................

10. Cinta itu adalah :
Sesuatu yang dianugerahkan oleh Pencipta kita tetapi kita sebagai hambaNya jangan salah gunakan kurniaan ini. =)

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
ada manusia masih tidur.ngaa~

12.Saya akan cuba :
memanfaatkan masa cuti ini dengan sebaiknya

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
abadan abada

14. Telefon bimbit saya :
masih bertahan sehingga sekarang.makanya tiada alasan untuk menukar telefon bimbit baru.hihi.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
tengok jam kat handphone yang sentiasa jadi teman sepanjang tidur

16. Saya paling tak suka apabila :
menghadapi manusia yang hipokrit

17. Pesta/Parti adalah :
besday party.best dapat makan kek yang sedap.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
tikus kecil.haha

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
bawah 20.orang kata kalau dah ada angka 2 kat depan tu,dah tua.kan3?

20. Hari ini :
Ina teman saya kat rumah.dia tak pergi sekolah.

21. Malam ini saya akan :
bersama-sama keluarga menonton TV. >.<
eh,malam ni abah saya ajak makan kat luar.

22. Esok pula saya akan :
keseorangan di rumah

23. Saya betul2 ingin:
cepat habis tahun 6

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
tak tengok cermin lagi rini.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
tempat yang best untuk shopping!

26. Makanan Barat atau Jepun :
tak suka dua2.tk suka makan benda-benda pelik

27. Bilik yang terang atau gelap :
bilik terang= miosis [constriction of the pupil]
bilik gelap= mydriasis [dilatation of the pupil]

28. Makanan segera adalah :
maggi,indomie,mi sedap.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
'adik,bukak la channel Ria!'

30. Siapa yang anda nak Tag?
tanak tag sape2..sekian

*terima kasih paan sebab kasik hadiah ni.sori bertangguh.
*kak nadiah, nanti syila jawab tag akak tu ye.

03 July 2009

Perjalanan anak perantau

17 Respon
Cairo-Bahrain-KL-Nilai-Penang

Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Akhirnya selamat juga menjejakkan kaki di tanah air ini.

terus mencari public phone untuk memaklumkan kepada mak dan abah yang anaknya sudah tiba.Ternyata mereka lebih awal menunggu saya sejak 8.30 pagi tadi. Mereka bergerak pukul 4 pagi dari Bukit Gantang ke KLIA.

Saya bersama-sama Chep dan Aimi bergerak ke Balai ketibaan dengan mask yang tak tanggal-tanggal.(mengikut kata dan nasihat sahabat-sahabat yang telah tiba di Malaysia awal dari kami)

Baru keluar dari operation room.ngaaa~


Terima kasih Chep dan Aimi.Nanti kita jumpa lagi ye kalau dipanjangkan umur.

* Chep cakap tadi:
- Musafir seelok-eloknya bermula hari Khamis
- Musafir sekurang-kurangnya bertiga. kalau keseorangan atau berdua, akan ada syaitan bersama mereka
- Kena lantik ketua musafir (kitorg lantik Aimi)

* Doa banyak-banyak semasa musafir. Doa orang bermusafir ini dimakbulkan Allah.InsyaAllah

Tengok Ina, da gemox! haha
Awal-awal lagi saya dah kena buli dengan Amin. waaa!

budak tembam tengah merajuk!

Cairo International Airport (1.00pm waktu Mesir)

Nasib baik semua urusan berjalan lancar.
Terima kasih si pemandu dan kawan pemandu. =)

Mannama,Bahrain ( 7.00 pm waktu Bahrain)

Transit 2 jam sahaja. turun sahaja dari flight Cairo-Bahrain, terus ke Gate 32 untuk flight Bahrain-KL.
Kapten mengumumkan penerbangan dari Bahrain ke KL adalah 7 jam 11 minit.
2 jam terakhir tu dah terasa bosan dengan penerbangan yang lama tu. *bila la nak sampai ni*

KLiA (9.30 am waktu tempatan)

semua penumpang sudah bergerak untuk keluar dari flight.
Ramai juga warga Malaysia yang satu flight dengan kitorang.
Seronok jumpa dengan orang sama bangsa dengan kita.

Nilai

Mak ajak ke sana.
Mak suruh saya pilih apa yang saya nak (bersinar-sinar muka bila ditawar sebegitu.Terima kasih emak!)

Nilai-Bukit Mertajam

Tak diam kereta masa dalam perjalanan ke Bukit Mertajam (kecuali waktu semua tidur)
2 kali jugak abah berhentikan pemanduannya. Mengantuk mungkin!
Minum-minum di R&R Tapah. Jumpa Nabil Raja Lawak. Ngaaa~
Beli nombor baru kat situ. (oh,saya dah tak guna nombor lama ye.siapa-siapa yang nak nombor baru, mintak personally kat saya)
Tengok bumi Malaysia yang masih lagi banyak pokok-pokok hijau. *senyum*

sampai di Bukit Mertajam: 7.30 pm

Pesanan buat:
Radin: Jaga bilik, jaga teddy bear kite semua tuh.haha
Huda: Sori pasal ke'childish'an before kite balik hari tu. ngee~
Aisyah: Selamat menjadi ULAT BUKU!

mereka bertiga: Jaga rumah elok-elok. Belajar Arab baik-baik. ^.^

Rindu Mesir dah? hmmm...

01 July 2009

Akhirnya 2 Julai

3 Respon
Assalamualaikum wbt..

Hamdallah, setelah berurusan dengan 'pakcik' agensi itu, akhirnya kami menetapkan untuk memilih untuk pulang ke tanah air pada 2 Julai 2009. Huh! Sedih ke? daa~takde perasaan pun.

*malas nak kemas beg*

*jeles dengan mereka yang balik lambat*

Sungguh! saya cemburu dengan mereka yang balik lewat. kenapa entah.

Tahun ini dirasakan cepat sangat berlalu.huu~adakah saya sudah memenuhi masa saya ini dengan sebaiknya? -->muhasabah diri balik

Esok saya akan balik Malaysia dengan penerbangan Gulf Air pula.

Cairo-Bahrain: 1545
Bahrain-Kuala Lumpur: sampai di KLIA 0940 (3 July) --> ada sape2 nak jemput saya? >.<

Alkisahnya, sepatutnya saya akan pulang ke Malaysia pada 1 Julai bersama-sama dengan Chep,Aimi,Liyana dan 2 orang junior (Shamirul dan Imran) guna flight Egypt Air. Last minute ditukar. Tinggal Liyana dan 2 orang hero itu.

Doakan saya,Aimi dan Chep selamat sampai Malaysia. Moga urusan kat airport nanti mudah dan berjalan dengan lancar. Sini sahaja.mahu sambung kemas barang-barang.daa~

nanti update di Malaysia ye.^.^

Asyila
2247
1 Julai 2009

30 June 2009

1 Julai atau 2 Julai?

4 Respon
Assalamualaikum wbt..

*sambil melihat-lihat jari yang menaip*

--> fakta 1: sehari dua ini saya suka tengok jari mana yang saya gerakkan(buat kerja, etc:menaip@tekan suis lampu) sebabnya takut jari hantu yang jadi 'mangsa'.huu~ (huda je tawu keje pelik ni)

-->fakta 2: fobia dengan botol kaca

5.30pm, 29 Jun 2009

Aimi menelefon saya. Ingatkan nak cakap pasal Reunion. Rupanya berita yang 'sedih lagi dramatik' pula yang dapat. Tiket yang telah dikonfemkan semalamnya, tiba-tiba mengalami perubahan pula.Wakil Agensi itu telah menelefon Cik Aimi kita untuk memberitahu kami mengenai perubahan tersebut.

'You have 2 choices'
'Either 1st July-22th Sept or 2nd July- 26th Sept'

uish! saya hanya gelak-gelak bila Aimi sampaikan berita itu. Sori Aimi. bukan tak risau, sebab malas nak fikir. Dengan beg yang saya-rasa-tak-akan-habis-habis-dikemas itu, lega pun ada.

Tengahari tadi beriya-iya saya bising kat rumah tak nak balik Malaysia. Sekali dapat macam ni. Masin juga mulut saya ni ye.

Tadi saya di Sutuh bangunan. [tunggu pemegang kunci yang sanggup berjalan kaki dari Tahrir]

Sekarang turun untuk masuk ke rumah. Terus On kan komputer riba saya. Cepat-cepat menelefon emak saya.tapi mak tak dapat dengar suara saya. Tak lama kemudian, abah telefon guna handphone.

'Blablablabla....'

'Abah dah ambik cuti dah'

'boleh batalkan'

*geram mode*--> tiba-tiba bengang+terkilan dengan orang yang uruskan itu.

++ esok akan ke pejabat Agensi itu, uruskan pasal tiket last minute. -speechless-
++ doakan kami dapat balik malam nanti. harap-harap boleh extend tarikh pulang ke Mesir.
++ kena habiskan kemas jugak sekarang! waaaaa!!

Sahabat-sahabat Gen 51 SPM 2006, jemput melawat blog ini

27 June 2009

pembetulan (reunion)

6 Respon
Buat Gen50 SPM 06, ada pertukaran maklumat dari yang diberitahu sebelum ini.

Tempat: Gua Tempurung
Tarikh: 18 Julai 2009
Tempoh masa: balik hari
Target: 1 bas penuh (40 orang) -->maybe terpaksa campur

++ segala maklumat akan diberitahu kemudian. masih dalam perancangan =)
++ moga segalanya berjalan lancar dan diberkatiNya. Amin

sunyi

0 Respon
-curi kat blog fathy-
*rumah sunyi*

sebabnya semuanya mengadap komputer riba masing-masing

tambah pula dengan fathiyyah sekarang ini (masa saya tengah tulis post ini) dia masih dalam kapal terbang, bergerak pulang ke tanah air terchenta.

masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri.

lusa, ada yang mengajak bermain bola keranjang pagi itu di ARMA. bak kata Radin, bola Adidas memang bersedia untuk dimainkan.wee~ *tk janji nak pergi ke tak*

semalam. ada majlis Gen07.

di rumah KAMI (rumah kak husna)

ikhwah: masak mee kari (not bad -.-)
akhawat: kuih-muih dan air

tayangan video (ikhwah memang suka berlakon ye? lakonan last year lagi mantap)

makan-makan (dinner+supper at 11 pm)

bersalam-salaman

respect kat siapa-siapa yang stay sampai pukul 2 am.terima kasih kalian, jasa tak terbalas.

++ Radin, kesian tengok radin tensi-tensi buat video semalam. waa! lappy tu kena dimanjakan lagi kot,baru tak buat hal~

++ tengah malas nak update lagi ni. sekian~

++ bye-bye fathy! dah sampai roger kami di Cairo ni ya!


26 June 2009

Update pendek

3 Respon
Assalamualaikum..wbt

cuma update pendek.

24 Jun

hepi 17th besday Muhammad Adzmin bin Ismail!
study elok2..
SPM dah dekat..
hadiah nanti kat Malaysia~

25 Jun

tamatlah peperiksaan yang bermula 3 bulan yang lalu.
lega kah? entahlah..tawakkal a'la Allah.doakan yang terbaik buat saya dan sahabat-sahabat yang lain

senior dan junior,berjuang habis-habisan 27 Jun ni! ~kami dah habis dulu~ daa

4 pm: conference YM.harap2 lancar rancangan tu.

7.15pm: menuju ke ARMA untuk bacaan Yaasin dan Tahlil beserta solat hajat.

26 Jun

Jamuan Batch Gen 07
tempat: rumah KAMI
masa: selepas maghrib

27 Jun

tak tahu lagi. --> mungkin City Star bersama Huda Mustoffa

28 Jun

meeting bersama AJK BPP akhawat.

++ kak Gie, Fathy, kt da update dah ni. nah,nah!haha
++ sorry, tk dapat nak update dengan baik. sibuk sedikit. >.<
++ beg pun tak abis kemas lagi. daa~