12 July 2009

Solat

situasi 1:

sebelum solat jumaat:

"weii bangunlah solat jumaat jom!" Ahmad separa menjerit ketika mengejut sahabatnya.

"ye2..nanti aku bangun la!" masih menggeliat tanpa punya niat untuk bangun pun.

selepas pulang dari solat jumaat:

kelihatan mereka yang tidur tadi,sedang bersuka-ria bermain game.


situasi 2:


di tempat membeli belah:

"aku nak pegi surau.nak solat asar" kata Abu

"Abu, kalau aku tunggu luar je, tak solat boleh tak?" Karim bertanya sambil sengih-sengih.

dengan senang lenang tanpa rasa bersalah, dia pon menunggu si Abu di luar surau.


situasi 3:

ketika waktu Maghrib menjelma

" Cepat sikit! aku nak mandi ni" kerah si Black sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air.

ketika itu Rahim sedang mandi.

Rahim yang baru selesai solat Maghrib bertanya kepada Black.

"ko nak ke Masjid ke?"

"aku nak main futsal lepas ni.aku dah lambat ni!"

Rupa-rupanya kelam kabut si Black tu untuk berkejar ke gelanggang futsal.bukannya untuk bersolat Maghrib.


situasi 4:


"Jom solat!" Aminah mengajak Sarah,teman yang baru dikenalinya.

"I tak boleh solat" laju mulutnya melancarkan kata-kata itu sambil tangannya menaip mesej di telefon bimbitnya.

suasana menjadi senyap sunyi. Seperti malaikat sedang lalu.

Sarah memandang Aminah, " Frankly speaking, I memang jarang solat. sebab nenek I dekat sini ni cina. kita nak solat pun tak tau mana satu kiblat,tempat tu bersih ke tidak.I kalau dekat kolej dulu, I senang je solat."

Aminah mendengar dengan tenang.

"kalau dalam situasi U ni,memang susah sikit. hmm takpelah, U pelan-pelan. mungkin U cuba untuk memahamkan nenek U dulu."

Aminah tidak terus menhentam alasan-alasan yang diberi.dikhuatiri akan terus tidak boleh diterima pula. Tetapi hatinya lega, kewajipan mengajak solat sudah ditunaikan.harapnya dia tidak menipu.Dan Sarah juga berterus-terang dengan situasi dia sebenarnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

4 situasi ini menunjukkan betapa ringannya golongan ini memandang kewajipan bersolat.hmm..kita sibuk mengejar duniawi, tidak pada ukhrawi.pelbagai alasan diberikan.

Kesal! Terkedu dengar cerita ini dari kawan. Sedih bila saudara Muslim kita berperangai sebegini.Ye,manusia biasa tidak sempurna.sentiasa melakukan kesilapan.tetapi bagaimana mahu hidayah itu datang andai kita tidak berusaha ke arah itu.

kepada mereka yang hadapi situasi begini, biarlah berbuih mana mulut kamu, teruskan mengajak dan terus mengajak. jangan putus asa ya!Jadilah Da'ie yang berhikmah.=)

'Ya Allah, janganlah engkau membolak balikkan hati kami.Usahlah engkau tarik hidayahMu dari insan kerdil ini'

2 Respon:

[MH] said...

Nak tak nak,mmg kena terima hakikat dan realiti ni

Izzuddin Yussof said...

ianya realiti, tapi jangan sekadar terima tanpa bertindak....

apa lagi yang ada kepada seorg muslim tu jika solatnya pun sudah tidak dijaga...