Entry ni khas saya tujukan untuk Asiah Abdullah,my best friend~
Asiah ni still belajar kat pasum..next wik dia ada final exam(kalau tak silap kita la)..oh ya!!1 april tu dia punya birthday yang ke 19tahun..*sori asiah,kite tak dapat nak bagi apa2 pun..jauh sangat lah..
Asiah ni dalam dilemma nak pilih bidang apa lepas habis pasum ni..so,now I’ll tell u about medicine..u ask me to encourage u to choose medicine rite??hmm..memang tough..lepas betul2 berkecimpung dalam bidang ni,medical life sangat2 mencabar dan u need to be patient..
Meh kite cerita pasal sistem belajar kat mesir ni..kite ni tak tahu sangat system belajar kat Malaysia tu. Kalau kat mesir ni,untuk tahun 1 dan 2,kitorang akan belajar 4 subjek which are anatomy,histology,physiology and biochemistry..kitorang tak ikut semester tapi macam sekolah2 pulak..ada mid year exam and final exam..lepas final exam ni la,start summer break(yang cuti 3 bulan tu,dan masa kite akan balik ke Malaysia)
Physiology
macam mana ye nak terangkan??ni la yang kite belajar..
-blood
-autonomic nervous system
-nerves and muscles
-respiration
-circulation(so far,diz topic is da most difficult èsangat rumit bila belajar tentang physiology of the heart..tapi,kalau dah dapat faham,memang sangat2 puas hati) kita akan belajar setiap benda dalam heart tu.yang paling best kalau belajar intergrated..masa tengah belajar physilogy of the heart,untuk subjek anatomy pun belajar heart,pastu histology pun sama..dapatlah kait2kan sikit2..
subjek ni best and it will help us to understand more about how the systems in our body work..rasanya kalau kat Malaysia tu,banyak depend kat diri sendiri je bila belajar..kitorang kat sini macam kat sekolah,kena suap je selalu..hehe..senang sikit kot,prof banyak tolong..
anatomy
topik2 yang kita dah belajar untuk 1st year ni:
upper limb
thorax
lower limb
general embryology
upper limb:
start dengan belajar tulang2 yang termasuk dalam upper limb(clavicle,scapula,humerus,ulnar,radius),lepas tu baru belajar muscles yang.memang banyak nama2 muscle yang nak kena hafal.anatomy ni memang kerjanya menhafal je la..kalau tak hafal,tak bole jawab soalan..hehe..then,baru belajar nerves,arteries and veins.
thorax:
structures kat tulang rusuk,heart,lungs,trachea dan lain2..
lower limb macam upper limb
general embryology:
process pembentukan embryo tu..mula2 belajar tension je sebab tak tahu macam mana la sequence sebenar..huhu..tapi alhamdulillah sekarang dah dapat catch up.
histology:
subjek ni dipandang ringan kebanyakan student..sebabnya subjek yang perlu dibaca je..insyaallah faham.tapi tak elok lah macam tu kan..nanti ada practical exam tengok slide,baru gelabah..hehe..kena hafal LM(light microscope) dgn EM(electron microscope)..banyak belajar structure secara detail la..hujung minggu,kitorang ni sibuk buat ‘pertandingan melukis dan mewarna’..hehe..sebabnya,untuk practical session masa hari sabtu,kena lukis structure cells..hehe
biochemistry:
Ala2 chemistry la.Cuma dia ni ceritakan chemistry yang lebih berkaitan kepada medic(eh,betul ke ape yang kita tulis ni??huhu)..masa 1st term dulu,belajar bolehlah dikatakan senang,sebab simple je apa yg belajar..contohnya; carbohydrate, lipid, protein, immunoglobulin, hemoglobin and myoglobin.tapi bila dah masuk 2nd term ni,belajar tentang DNA structure,agak peninglah bila masuk kelas.kadang2 blur dalam kelas..bila fikir2,best jugak belajar benda remeh ni,tu yang saya lebih focus untuk belajar 2nd term ni.hehe
Sekarang ni,kite dgn kawan2 yang lain tengah struggle for final exam.takut sangat..setakat ni,dah lepas 2 practical exam,biochemistry and physiology semalam..amat2 lega bila dah habis..
Kat mesir ni,ada banyak universiti..kat kaherah,ada 3 universiti yang student Malaysia dihantar belajar..cairo u,ain shams u and azhar u..azhar jarang2..JPA banyak hantar kat cairo u.kalau kat mansurah u,banyak private student kat sana..alexandria u banyak student tajaan MARA..ada lagi universiti2 yang pernah dihantar oleh JPA iaitu tanta u dan zaqaziq u..sekarang dah takde pihak JPA hantar student kat situ..tahun depan rasanya jumlah student medic kat kaherah sendiri akan bertambah,maknanya bertambahlah ahli persatuan perubatan,bertambahlah populasi rakyat Malaysia kat mesir ni..diharapkan dengan pertambahan ahli perubatan,akan meningkatkan juga kualiti doktor2 muslim yang bakal dilahirkan dari mesir ni (bukan disebabkan pembiayaan pengajian yang murah di mesir ni,kalau nak katakan sara diri kat sini dah meningkat naik dan rasanya macam lagi mahal barang2nya dari Malaysia..)
*asiah,nanti kita cerita pulak macam mana kehidupan di mesir ni ye..kita tak boleh cerita panjang2,sibuk nak exam la..
*saya rindu la kat family..tak sabar nak balik Malaysia..di saat2 saya mempunyai masalah,saya perlukan mak dan abah sebagai tempat mengadu selain tempat pengaduan utama ialah Allah..