27 March 2008

wahai bakal zaujd ku

Wahai bakal zaujd ku,
Ingin aku bertanya perihaldirimu,
Bagaimanakah keadaan iman danamal solehmu tika ini?,
Sudahkah engkau sujud menyembah ilahi?
Adakah engkau telah memberi makanan buatjiwa dan hatimu?

Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balikhijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-hentimengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memiliki rijalyang hebat,

Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yangfana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yangsementara.

Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera danpermata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi khaliqyang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akan dilihatNya.

Sebelum kau menyambut akad dari walidkesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan wanitayang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akandijadikan pembantu di sayap kiriperjuanganmu,
Berjanji bahawa kau mengejut aku dimalam hari untuk tahajud dan mendambacinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan sunnah habibullah di teratak kita,

Wahai kekasih Allah,
Aku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allahbuatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luhmahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidakberjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di kerajaan akhirat nanti
Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,Kita pasti akan bersatu jua…..

2 Respon:

Din Paiman said...

salam alaik, hurm ko wat sendiri ker ?? ahsanti...
hurm pasnih lh jd cam ghafirah idris, rauf, dan yg seangkatan..
selamat mau jaya~!!

Anonymous said...

uit...
ko dh ade calon dh ke?
hehehe~
meh kenalkan kat kite...
(^_^)V
klu nak ikut jejak langkah Husna, silekan...
haha