lepas tu,kami ke masjid untuk menunaikan solat jama’ taqdim maghrib isya’,menikmati makan malam di situ juga.destinasi seterusnya ialah Israel-mesir border.dr.israq ada menerangkan entang tempat yg kami lalu tu.ada hotel Hilton kat situ,yg berada di kawasan Israel.memang betul2 dekat sangat dengan Israel.kawasan paling berbahaya!
kak suhaila dan kak liana(musyrifah kami) memberitahu yg kitorang akan ke Dahab,tempat penginapan kami.dalam 10.30 malam,kami sampai dan check in kat bilik kami.lepas tu kami terus meninjau2 kawasan Dahab tu.kami mencari tempat makan.makanan agak mahal dan standard la memandangkan itu adalah tempat pelancongan.sekali makan,tak sah kalau tak lebih 25LE ke atas untuk seorang.kami makan di Al-Fanaar Restaurant.saya,chep,aimi dan fathiyah order 2 kufta with rice,2 chicken grill..sebagai tambahan,ada sup dgn garlic bread,isyh(roti)..best sgt.seperti biasa,diorang akan memuji2 negara Malaysia.terselit jugak rasa bangga!dalam pukul 12.15,kami pulang ke bilik untuk berehat,selepas menempuh perjalanan yg sangat panjang.=)
28 januari 08
Bermula hari baru..dgn plan nak bershopping dan explore Dahab!!pagi2 lagi kami dah keluar mencari sarapan.takde tempat yg best utk breakfast la..so,kami berjalan2,tangkap gambar kat tepi2 pantai Dahab.budak laki dijadualkan balik ke cairo pada pagi tu.sebab program kitorang tak bercampur laki perempuan tapi just bertembung di kawasan penginapan di Dahab.sambil jalan2,kami mencari kedai yg ada menyediakan perkhidmatan menyewa basikal.malang sungguh nasib kami,tunggu kat depan kedai tu,tak jugak buka2.last2 kami pergi ke Ghazala Market membeli 2 Molto(roti crosssaint) dan air kotak strawberi.kami pun pergi jlan2 cari kedai basikal yg lain.jeles sangat tengok kawan2 yg lain dah dapat basikal!!cari sampai ke hujung tak dapat2,semuanya telah disewa oleh budak2 malaysia.huhu..takpelah,takde rezeki.kat alex pulak kot nak cycling.kak suhaila cakap nak kena bagi kunci bilik kat dia pukul 11 pagi.jam masa tu dah pukul 10.15pgi,so kami shopping dulu la.saya berhabis 145LE..on the way balik ke bilik,Shama ajak kami naik jeep,pusing kawasan sekitar Dahab.mula2 berat hati jugak la sebab dah nak dekat pukul 11.nasib baik ramai..takdelah risau sangat.menurut kata driver jeep tu,perjalanan kami akan mengambil masa 1 jam.tapi kami just minta setengah jam je.kesuntukan masa.kami dibawa ke Blue Lagoon.sangat cantik dan menakjubkan!!subhanallah..
Ammu tu bawak kami ke puncak bukit yg dari atas tu,kami boleh tengok seluruh kawasan Dahab.best sangat.tapi sayangnya sekejap je..shukran ya ‘amm
Di puncak bukit di dahab..
Lepas tu,terus pulang ke bilik,kemas apa yg patut,dan bertolak ke tempat penginapan di kaki gunung musa dalam pukul 12.30pm.dalam perjalanan ke tempat peninapan,singgah di maqam nabi saleh,maqam nabi harun dan kawasan lembu samiri..sampai di tempat penginapan tu dalam pukul 5.10ptg.berehat2..kawasan di situ sangatlah sejuk!!tak terkata..tambah pulak dengan angin yg bertiup kencang..nak tidur sebelum mula mendaki pun agak terseksa.tak boleh nak tidur..
29 januari 08
Hari bermula pada jam 0000..bersiap2 untuk mendaki gunung sinai dalam keadaan cuaca yg sangat sejuk tu.menunggu2 sampai pukul 1.50am,barulah kami disuruh naik bas.pukul 2 lebih baru bertolak ke kawasan permulaan pendakian.sebelum mendaki,Dr.Najib(senior tahun 2) bagi briefing.kod yg kami perlu ingat ialah MEDIC.bila ditanye sape,jawab MEDIC.naik ke atas beramai2,last2 berpecah jugak.sebab ramai yg berhenti rehat di tengah2 pendakian.penatla..jauh sangat.start pendakian dalam pukul 2.35am.saya berpecah dengan chep,aishah,fathy dan aimi.saya banyak juga naik sorang2.takde sape2 orang Malaysia sekeliling saya.takut juga..bila dah jumpa kawan2 yg lain,saya ikut la.angin tiup sangat kencang,pasir pun sampai masuk mata.memang dah ditolak pun.saya stop,bongkokkan badan..sampai di check point yg terakhir,Dr.Najib suruh tunggu kawan2 yg kat belakang.saya duduk,rehat2 jap..makan coklat.dia cakap,nak naik atas dalam 30 minit je lagi.memang berbunga2 hati ni.bila sampai kat satu tempat,kena naik tangga sebanyak 3750.dasyat tu!!tangga dia tak la proper sangat.masa naik tangga tu,saya memang ada terfikir antara hidup dengan mati je say ani.angin kencang tu hampir2 menolak saya ke gaung yg berbatu2.saya terpaksa berhenti berkali2 untuk sampai ke puncak.ada yg sampai nangis2.kesian saya tengok.nasib baik ada kawan2 yg tolong bagi semangat..mana tak nye..angin kuat,sejuk,dan penat!!saya naik bersama2 mahfuzah dan sakinah sobri.tak berani saya nak naik sorang2..takut jadi apa2 musibah yg tak diingini.saya sampai kat atas dalam waktu subuh.masuk kat tempat solat di puncak tu,pendaki2 muslim sedang menunaikan solat subuh berjemaah.saya terlambat sikit..alhamdulillah berjaya sampai di atas…pergantungan hidup saya hanya pada Allah di saat2 genting itu..saya dan pendaki2 yg lain berada di puncak sinai tu,menunggu matahari terbit.subhanallah,sangat menakjubkan bila tengok sikit-sikit matahari tu naik.ada juga yg ambil kesempatan merakam detik2 manis tu.tak lama lepas tu,kami beramai2 turun semula.saya dan kawan2 serumah saya turun lambat sikit.sempat lagi tangkap gambar..sebabnya,saya terpisah dgn diorang dalam perjalanan naik ke puncak.huhu.nak turun pun sangat mencabar.angin bertiup tak sudah2,dan menurut kata senior,tahun ni lah senior kami cakap yg angin paling kuat tahun ni.berapa kali terjatuh bila turun tu.tapi alhamdulillah selamat.kami antara last group sampai di kaki gunung sinai tu.mana tak nye,asyik2 tangkap gambar.dari pukul 7 turun,sampai bawah pukul 10 pg.balik ke tempat penginapan,kemas2 barang,pastu plan nak tidur.tapi tak sempat.pukul 12pm dah nak kena bergerak ke tempat penginapan satu lagi.kat situ,kami tumpang solat jama’ taqdim zohor asar dan lunch.perjalanan pulang menyaksikan semua penumpang2 bas tidur dgn nyenyaknya..hehe..semua penat.singgah di satu tempat,bertujuan nak bagi peluang kepada sesiapa yg belum menunaikan solat lagi dan membeli makanan.lepas tu,kami menuju ke ‘uyun musa.sekejap je singgah memndangkan dah maghrib dan cuaca tak berapa baik.’uyun tu kat tengah2 padang pasir dan ada ribut pasir kat situ.kami berhenti di Barlev Line,tempat peperangan mesir Israel,terdapatnya kubu2 israel.ada askar2 arab yg menceritakan peristiwa yg berlaku dan diterjemahkan oleh Dr.Hamdan(senior tahun 5).bas yg kami naiki jugak ada lalu di dalam Suez Canal(kawasan atas tu ialah Terusan Suez).dalam bas,Dr.israq dan kak suhaila ada menceritakan ‘hikmah kembara’ ni.salah satu cara nak mengenali seseorang adalah dengan bermusafir..dan saya memperolehinya..sampai di ARMA,lebih kurang pada pukul 11 malam.student2 yg tinggal di fustat dan sayeda zainab akan dihantar pulang terus ke tempat masing2.senang sikit kerja..=)akhirnya selamat sampai di rumah yg kurindui..hehe..

0 Respon:
Post a Comment