17 February 2009

0 Respon
hari ini 17 februari 2009. aku menghitung detik itu.lebih kurang 5 hari dari sekarang.ya,5 hari..InsyaAllah.moga segalanya urusan mereka dipermudahkan.AMIN..

21 februari 2009
12 pm waktu malaysia
KLIA


*all the best untuk exam esok..segala 'pergolakan' harap tidak mengganggu konsentrasi masing-masing.bittaufik wannajah~

16 February 2009

0 Respon
[[AZHAR PARK]]


khusyuk budak kecik ni main pasir.sampai shuk tangkap gambar berkali-kali pun tidak disedarinya


assalamualaikum wb.t..


hari ini sudah hari kedua persekolahan bermula.alhamdulillah sesi pembelajaran bermula dengan lancarnya walaupun pada mulanya nampak macam ramai yang 'blur' dek terlalu enjoy dengan cuti selama 2 minggu.hehe..hari ini juga adalah hari ketiga saya kurang sihat.tidak tahu apa sebabnya.harap-harapnya bukan masalah yang serius.doakan sy cepat sembuh ye.=)

minggu lepas,setibanya saya di mesir dari bumi jordan,rumah kosong.radin dan sahabat-sahabat dari jordan(yang menetap di rumah sy sepanjang keberadaan mereka di sini) pergi ke sinai dan dahab.keesokan malamnya baru mereka tiba di rumah.meriah tiba-tiba ada husna dani dan shukriah di rumah saya ni.habis kisah-kisah lama keluar.(husna dani was my classmate 501 and shukriah was my dormmate f4,f5).seronok!!satu perkataan yang boleh saya katakan apabila mereka ada.kami tidur lambat malam tu.konon-kononnya nak tengok cerita cartoon.sy tak ingat tajuk apa dan yang penting cartoon itu versi arab.tapi arab fushah.sy suka.tapi syuk tak mahu untuk teruskan tontonan.ingatkan nak tengok keesokan harinya.tapi.....hehe

12 februari 2009


pagi-pagi lagi,semua telah berbincang-bincang destinasi untuk disinggah pada sepanjang hari itu.keputusannya adalah, fathiyyah akan membawa kak nora,husna dani,sod dan syida ke genina mall manakala saya dan shukriah ber'dating' di hadiqah azhar(azhar park).kata shukriah,beliau mahu melihat-lihat kehijauan tumbuhan di mesir ini memandangkan di jordan kekurangan sumber alam yg itu.(betul,sy tk menafikan sebab saya sudah menyaksikannya sendiri.masa shuk cakap tu,baru sedar yang mesir banyak jugak pokok).

setibanya di hadiqah azhar itu(azhar park),kebetulan group huda juga dah sampai.tetapi,shukriah tetap mahu berjalan-jalan sendirian.tahun lepas,semasa musim bunga saya sudah ke tempat ini.subhanallah.banyak bunga dan pemandangan cantik.tapi kali ini saya pergi untuk kali keduanya pada musim sejuk pula.bunganya tak sebanyak masa saya pergi tahun lepas.kali ini puas ber'tawaf' di hadiqah itu.penat kaki melangkah.hati terhibur melihat kerenah dan telatah manusia yang pelbagai.takjub dengan keindahan Islam yang dipraktikal di sini,kesepaduan umat Islam itu juga.

terima kasih ye shukriah sebab sepanjang hari berjalan-jalan dari hadiqah ke kasr el-aini medical school kemudian ke ibn-hamidi seafood restaurant dan akhirnya 'tumbang' bersama-sama..hihi..nice journey~





* hari ini kelas embryology yang menarik.development of face~subhanallah
* sebentar lagi saya akan ke hospital.doktor akan tiba pada jam 1800.makanya saya dan aisyah pulang ke rumah dahulu selepas mengambil giliran.

08 February 2009

jelajah jordan dan syria

0 Respon
[[JELAJAH JORDAN]]

assalamualaikum w.b.t...


hamdallah..selama 10 hari berada luar dari ardhul kinanah ni, merantau ke jordan dan syria, banyak pengalaman telah diperoleh..


hati-hati diikat dgn mahabbahNya..pelbagai pengajaran diambil dari pengembaraan kami di sana..insyaAllah..

setibanya di AMMAN AIRPORT,kami (sy,fathy,aisyah,husna,k.sharifah nurulhidayah,k.nadiah,k.mufidah,k.sakinah kamil,k.hafizah) dijemput oleh sahabat-sahabat dari jordan..gembira tak terkata apabila sahabat yg sudah hampir 2 thn tidak bersua,berkesempatan bersama mereka pada ketika itu.. =)

antara kawasan yg diziarahi ialah:

-umm
u qays
-ajloun-kota Ar-Rabad

-jerash
-Qasr Kharranah
-Qasr Amrah
-Gua Ashabul Kahfi
-Philadelphia (Jabal Qala'ah)
-Muzium kereta diraja Jordan

-Makam Nabi Yusha bin Nun
-Makam Nabi Syuaib a.s

-Tugu peringatan peperangan Karamah
-Laut Mati (hotspring)
-Mount Nebo (tempat persinggahan Nabi Musa a.s)
-Qasr Qatranah

-Mata air Nabi Musa a.s
-Kota Nabatean Petra
-Aqabah
-Wadi Rum


kebanyakan orang yg sy tanya tempat yg paling best masa JJ (Jelajah Jordan), rata-rata memberikan jawapan yang hampir sama..WADI RUM..

::sy bersama fathiyyah::::mesir dan jordan::
::aisyah,kak sakinah dan husna sedang 'study' peta::

::bergambar bersama pahlawan-pahlawan di Ajloun::
::mereka::(husna,aisyah,atiqah dan fathy)
::bersama sahabat-sahabat jordan::
::qasr kharranah::
::saya dan atiqah::
::koleksi kenderaan di Muzium Kereta Di Raja Jordan::
::Petra::
::kawasan di sekitar Petra::
::lagi kawasan Petra::
::kami::
::saya dan atiqah di Aqabah::
::husna dan aisyah::
::wadi rum::
::kami di wadi rum::
::track yg dilalui oleh jeep kami::
::batu::
::kami bertiga di ummu qays::


setakat ini sahaja..insyaAllah lepas ni akak menyusul pula kisah kami di Syria =.=


mahu kisah kami di jordan lebih lanjut, sila ke blog
fathiyyah ini..

salam..

27 January 2009

0 Respon
[[DESTINASI PELANCONGAN]]

jom kita teka nama tempat bagi gambar-gambar di bawah:


*sila tulis jawapan anda di ruangan komen =)


1).........................

2)......................


3).......................
4)......................


5).......................
6)......................

7).......................

8).........................

9)..........................

10)...........................

*dalam beberapa jam lagi,sy dan kawan-kawan akan menghadapi last paper,BIOCHEMISTRY..doakan ye..
*sesape yg dapat jawab semua ni dgn tepat,tahniah diucapkan~!! =P
*doakan sy dan beberapa org sahabat sy moga selamat pergi dan pulang..
*to all my dear friends,selamat bercuti..
*maklumat lebih lanjut boleh dilihat di sini

-sy mahu mencari keAMMANan di sana...JORDAN..28 jan- feb 2009


17 January 2009

exam

0 Respon


all the best to all my friends..
medicairo gen 7..
buat betul-betul..
jaga kesihatan..
doakan kejayaan semua..

kepada yg singgah di blog sy ni..
doakan kami ya..
berjihad selama 2 minggu dari 18hb jan sehingga 28hb jan..

salam~

*buat diri yg sedang mencari kekuatan,sy di sini sentiasa mendoakan kamu..moga kamu sentiasa di bawah inayahNya..amin Ya Rabb..=)


13 January 2009

hati menangis..

0 Respon
hati menangis...
pabila mengingatkan kesalahan lampau..
adakah dia punya peluang untuk kembali ke 'zaman' itu..

hati menangis...
pabila melihatkan kekejaman zionis terhadap saudara-saudaranya..
adakah mereka tidak punya belas kasihan?
bodohnya mereka kerana bertindak zalim sebegitu rupa..

hati menangis..
pabila banyak lagi hak diri dan hak insan sekeliling yang tidak tertunai..
maafkan dia kerna jadi begitu..
dia cuba 'islah'kan diri dia..

hati menangis..
pabila diri dipandang 'jelek' oleh orang..
tatkala dia tidak mampu melakukan itu ini..
diri hanya mampu tersenyum tika itu..

hati menangis..
pabila teringat kata-kata nasihat bonda dan ayahandanya..
sebelum dia berpisah jauh merentasi benua..
'belajar rajin-rajin..jaga diri'

hati menangis..
pabila teringat pelukan dari ibunya..
yang disaksikan oleh 6 pasang mata yang turut menghantarnya..
dia rindu pada bondanya..
rindu sangat-sangat..
nasihat yang tak putus-putus diberikan tatkala dia lemah..
dijadikan sebagai pembekal semangat untuk berdepan dengan hari muka..


hati menangis..
pabila terasa-rasa lagi usapan di kepala oleh abangnya..
seperti baru semalam dia berpisah dengan abangnya..
kelu lidah untuk berbicara..
hanya dengan air mata cara mereka berkomunikasi..


bersabarlah duhai hati..
usahlah berduka selalu..
buangkan semua yang keruh-keruh itu jauh darimu..
buangkan segala prasangka buruk..
mulakan hidup baru..
senyumlah bersama-sama insan di sekelilingmu..
mereka sayangkan kamu..=)

asyila
1520
130109

09 January 2009

0 Respon
assalamualaikum wb.t..

minta maaf pada sesiapa yg mengunjungi blog ni..tiada pembaharuan dilakukan selama 2 minggu.huhu.sekarang ni saya menulis untuk tidak membiarkan 'kata hati' ini 'bersawang'..

9 jan-sudah dua minggu zionis laknatullah melancarkan serangannya kepada bumi Palestin..menurut sumber,

[MAP] 6.00 pagi(waktu Mesir). Jumlah mangsa yang syahid berikutan perang yang masih berterusan di Gaza meningkat ke angka 776, manakala 3150 cedera termasuk yang kritikal.

sama2 kita mendoakan saudara mara kita di sana.hulurkan bantuan yang kalian mampu.lakukan tanggungjawab kalian sebagai MUSLIM..berdoa,menderma (darah@wang@harta benda), boikot produk yang keuntungannya akan disalurkan kepada ISRAEL, sentiasa 'update' dengan berita-berita terkini mengenai Palestin.

http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/

lihatlah betapa kejamnya zionis,betapa sengsaranya saudara-saudara kita di sana.pasti mengalir air mata kalian apabila melihat gambar-gambar ini.


'Ya Allah, Engkau bantulah rakyat Palestin..kembalikanlah keamanan di bumi tersebut..berikan kemenangan kepada umat Islam..Tabahkan hati-hati mereka,kuatkan semangat juang mereka..'

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dalam sebulan dua ni, ada 3 orang sepupu saya bertunang dan seorang yang sudah selamat diijabkabul..tahniah ye kalian(masuk kali ni,dah 5 kali tk dapat pegi kenduri kahwin sepupu-sepupu saya..kenapala buat masa sy di mesir?? :-( )

-a'kid (ehem,dapat kawan sekola menengah ea..tahniah~!!)
-kak ani (buat kenduri nanti masa syila balik malaysia ea)
-ajib (ajib,kalau nak sambung belajar kat mesir,cakap taw)
-bulat (selamat menjadi suami orang pada 28 dis baru-baru ini..selamat pengantin baru)


(sori,sy memang tak ingat nama penuh mereka ni.dari kecik panggil nama mereka macam ni)

sekarang ni,kami dah start 'study leave'..kawan-kawan,manfaatkan masa yang ada.study well..harapnya,kita sama-sama 'najah' untuk tahun 2 ni. :-)

*teringin saya nak jumpa dgn akim.dah setahun lebih dah umur budak kecik tu.konfem dia tak kenal sy.masa balik malaysia tahun lepas tk berkesempatan jumpa dengan dia.dengar cerita,akim tu dah pandai cakap n aktif (tapi tak boleh kalahkan ikhwan-->anak kak long)



ni la akim(saya tk ingat nama penuh dia,panjang sangat..)cumel kan??
pesanan buat akim:akim,nanti cik balik,jangan tk kenal cik ye?huhu



ni pulak ikhwan.panggil dia 'wan'.sangat lasak dan aktif.(dah berapa banyak dah pinggan2 kat rumah pecah sebab dia).gambar ni diambil masa birthday dia.nampak kek kat belakang tu.ni muka excited dia lepas dapat buku 'baby word'..hihi

*semalam,8 january adalah hari lahir roommate saya,cik radin rahmah bt radin monawir..dah masuk 20 tahun dah..takde belas2 dah ye~(kami lambat lagi..masih muda)hehe..

selamat hari lahir radin..moga cepat dapat jodoh~kih3

*jangan perlekehkan ketidakmampuan seseorang dalam sesuatu.ada sebab dia tak lakukan sedemikian

28 December 2008

0 Respon
salam maal hijrah..

tahun hijriah yang baru tiba ini membuatkan kita teringat pada sirah Junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W...bagaimana pahit getir baginda berusaha untuk menyebarkan dakwah,agama Allah,bagaimana proses penghijrahan itu berlaku.ancaman-ancaman yang menggugat keamanan baginda..Alhamdulillah,apabila tiba di Madinah..baginda disambut dengan 'tala'albadru a'laina...'.betapa gembiranya penduduk madinah menerima kedatangan kekasih Allah itu,sebagai pembawa rahmat,cahaya dalam kehidupan baru mereka.=)

1430 H..

dalam umat Islam menanti-nantikan kedatangan tahun baru ini, Israel laknatullah telah merosakkan segala perancangan, harapan umat Islam. Tahun baru yang sepatutnya diraikan dalam keadaan gembira, bertukar menjadi tragedi berdarah..sedih,pilu apabila berita sebegini sampai ke telinga umat Islam. pejuang-pejuang Palestin yang berhadapan dengannya pastilah lagi sedih tatkala mereka kehilangan ahli keluarga tercinta, namun kami yakin bahawa mereka tetap kental dan kuat untuk terus mempertahankan tanah umat Islam,bumi Palestin..begitu liciknya perancangan yang dibuat oleh zionis itu..membiarkan 1430H dibuka lembaran barunya dengan tragedi keji yang mereka lakukan..

serangan demi serangan dilakukan.

wahai zionis, tidak puas lagikah kau menyeksa saudara mara kami?
apa lagi yang kamu mahukan?

wahai umat islam,
bangkitlah kalian daripada mimpi-mimpi indah..
sedarlah bahawa..
saudara-mara seakidah kalian amat memerlukan keprihatinan,bantuan kalian..
mereka mahu doa dari kalian..
ayuh!! jadilah kita seperti mereka, pejuang-pejuang Palestin..
tidak mudah gentar dengan apa jua yang datang..
mereka tetap tabah..
syahid satu cita-cita..

"Ya Allah,Engkau tabahkanlah hati saudara-mara kami..kuatkan diri mereka hadapi semua ini..tinggikan darjat mereka kerna mereka telah berjuang demi agamaMu.."

1430H baru melabuhkan tirainya..sama-samalah kita membuka buku baru..menetapkan azam baru.berhijrah ke arah yang lebih baik..penulis 'kata hati' ini memohon teguran dan tunjuk ajar pembaca sekalian..=)

*suka sy apabila kita lebih awal lagi menyambut 1430H daripada 2009..sambut dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun..dengan peringatan-peringatan buat diri yang sentiasa alpa..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

manusia,
jangan kamu berjanji..
jika kamu memungkiri..

manusia,
jangan kamu mudah menyebarkan kata-kata fitnah..
kerna itu bisa merosakkan segalanya..

manusia,
jangan kamu ungkit kisah lalu..
kerna itu bisa mengaibkan diri..


*ingatkan nak sambung lagi,tapi idea tk kuar2..mahu minta bantuan seseorang untuk mengarang benda-benda puitis ini..erkk,sori fathy klw ada yg ala-ala tulisan kamu,ada sebab kita tulis benda ni..

12.31am
29 disember 2008
asyila

27 December 2008

tazkiatunnafs

0 Respon

assalamualaikum wbt..


sudah lama tidak mencoretkan apa-apa dalam 'kata hati' ini..mahu sahaja pemilik blog ini menulis di sini,tapi tiada tajuk untuk diutarakan..
bukan macam pemilik 'from the inside' tu.

sekarang semua pelajar di mesir dan jordan berada dalam 'fatrah imtihan'.kurang dari sebulan sahaja lagi tempoh yang ada untuk mengulangkaji subjek2 yang ada.mohon sahabat2 sekalian mendoakan kami moga semuanya berjaya..

tatkala diri dilanda kegelisahan,
pasti ada yang membantu..

insyaAllah..


adulah,rintihlah pada Yang Maha Esa..
mohonlah segala kesulitan dipermudahkanNya


walaupun pahit diri hadapi masalah itu,
tidak mengapalah..
husnu zon pada setiap yang berlaku..


sama-sama muhasabah diri..

setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah
[al-Hadid:22]

agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri [al-Hadid:23]

terima kasih pada insan yang sentiasa bersama-sama saya ketika saya sedih,gembira..
hilangkan segala keserabutan,rungkaikan satu persatu permasalahan..
begitu optimis insan itu..
kagum..

maaf andai diri ini tidak bisa menjadi seoptimis dirimu..
diri ini akan cuba perbaiki diri..
terima kasih sekali lagi..

*hari ni tiba-tiba sy semangat meng'update' 'kata hati' ini..tadaaa...dah ada lagu dan 'plurk'.hehe

3.46pm
27 disember 2008
asyila

20 December 2008

tag oleh huda n ayu

0 Respon
[[ditag oleh huda n ayu]]

1. What is the relationship of you and him/her?
ayu:
friend

huda:
friend

2. Your 5 impressions towards him/her.
ayu:
cumel
talkative
garang
dedikasi
penyayang

huda:
charming
penyayang
sensitive..hehe
she can be a gud housewife..(kpd yg berkenaan,toksah risaw2 ye..huhu)
pendengar yg setia

3. The most memorable things he/she had done for you.
ayu:
masa my besday thn ni,beliau datang kat sy,tiba2 dia peluk sy..wish besday.sgt terkejut n merasakan pelukan yg penuh kasih syg dari ayu..(masa tu kat nadi muaawalun)..ayu,thanks..amat2 terharu

huda:
masa besday tahun ni,dia buatkan sy kek coklat..kononnya surprise,tp wani dah 'terbocorkan' rahsia tu kat saya..

4. The most memorable things he/she have said to you?
ayu:
dia kata sy baik hati kat blog dia..haks

huda:
huda,ko ingat tk apa yg ko cakap masa raya haji baru2 ni??klw ko ikhlas,terima kasih banyak2..hihi

5. If he/she become your lover, you will..
ayu n huda:
andaikata sy ni laki,beruntung dapat ayu n huda..hihi..mestila sy akan menyayangi mereka..

6. If he/she become your enemy, you will..
ayu n huda:
tk tego langsung..merajuk

7. If he/she become your lover, he has to improve on his/her..
ayu:
ke'ayu'an

huda:
kurangkan sensitif tu..nanti sume org lari..huhu

8. If he/she become your enemy, the reason is..
ayu n huda:
rasanya tk perlu kot nak jadi enemy ni..

9. The most desirable thing to do on him/her is?
ayu:
no idea la..nanti2 la ea

huda:
nak jadi pengapit masa dia kawen..seryes ni~!!

10. The overall impression of him/her is..
ayu n huda:
perfect

11. How do you think the people around you will feel about you?
hoho..tataw la plak..kna tye diorg sndiri

12. The character of you for yourself is?
erkk..complicated gak kot

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
serabut..be systematic k..

14. The most ideal person that you wanne be is
isteri solehah kepada seseorang yg diimpikan..insyaallah..=D

15. For the people who likes you, say something about them?
like u too..

16. 10 people to tag
1.arina
2.kak marini(kalau akak nk jawab laa..tp tkde paksaan)
3.megat(teringin sangat dak ni nak dapat tag..nah2,amek ko..)
4.ainul arina
5.sum1 yg sy sendiri akan cakap kat dia..wajib jawab ye~
6.radin(sure dak ni tk kan jawab..dia sangaaaat bz)
7.huda(nak tag balik ye~)
8.-kosong-
9.-kosong-
10.-kosong-

17. Who is no. 2 having relationship with?
beliau adalah hamba Allah..beliau selalu berhubungan dgn Allah melalui ibadahnya..(klw yg detail2 tentang beliau,tataw sgt.sebab baru kenal)

18. Is no. 6 a male or female?
female

19. If no. 3 and no. 5 were together, would it be a good thing?
hoho..for sure..memang baik pun..

20. How about no. 5 and no 6?
erk..no comment..tp sy akan jeles

21. What is no. 1 studying about?
medicine at JUST

22. Is no. 4 single?
ainul?single kot..hehe..

23. Say something about no. 3
sedare belah mak..kawan sy gak..belaja kat canada..

p/s:arina,nanti2 kalau kita free,kita jawab la tag kamu tu ye..(itu pun kalau..tk pon kita jawab tag kamu tu kat jordan,betul2 depan mata kamu)

15 December 2008

kau bernama sahabat

0 Respon
[[kau bernama sahabat]]


sahabat..
teringat aku akan saat kita mula-mula berkenalan..
indahnya memori itu..
aku begitu rindukannya..
aku mahu kenangan itu berulang kembali..

katamu..
itu masa zaman 'kanak-kanak' kita..
kenangan hanya tinggal kenangan..
susah untuk kita ulanginya semula..
susah senang yang dilalui bersama..

bila aku sakit..
kau nasihatkan aku..
kau berikan aku ubat..

bila aku ada masalah..
kau sediakan bahu utk aku 'curahkan' segala tangisan ini
kau beri kata2 semangat..

tapi..
itu dulu...

sekarang..
kata kau,masing-masing dah masuk alam 'dewasa'..
banyak benda yg lebih penting untuk diusahakan..

aku sedih..
aku tahu..
kau tengah sedih..
aku yg buat kau sedih..
aku kejam..
aku tk patut buat macam tu..
aku tk patut tuduh kau macam tu..
kau maafkan aku ye..
aku tahu..
sukar utk kau lakukan sedemikian..
biarlah masa yg menentukan segalanya
ya..aku hanya berserah segalanya kembali seperti biasa..
cuma pesanku..
andai kau dah buang aku jauh-jauh..
aku tak kisah..
aku nak kau tahu..
yg aku sentiasa doakan kebahagiaan,kejayaan kau..



6.53pm
15 disember 2008
asyila

12 December 2008

[[kerinduan itu]]

0 Respon
kerinduan itu satu perasaan
selalunya hadir dari hati seorang insan
mungkin kadang mengundang kebaekan
tapi sering menghadirkan kegelisahan

kerinduan itu menyerang sanubari
ia bagaikan memagari diri sendiri
mungkin ia ingin mengajari
namun apa itu kerinduan masih belum kusedari

kerinduan itu sememangnya menyeksa
bila berhadapan tiada kalam terkuasa
bila berjauhan rasa diri langsung berdosa
hakikat kini kerinduan itu berleluasa

kerinduan itu mungkin indah
pabila ia pada paksi jannah
peroleh rahmah dari rabbul izzah
langsungan dari mardatillah

kerinduan itu tiada mampu terbicara
sememangnya hakikat manusia biasa
mungkin pertimbangan nafsu yang dimara
tapi pertimbangan akal terselit sentiasa

-kerinduan itu tulus hati kepada yang mengerti-

09 December 2008

0 Respon
galeri gambar sepanjang sambutan hari raya aidil adha semalam~

muka happy lepas siap potong daging..

daging unta~
kambing2 yg dikorbankan..alhamdulillah
junior2 tersayang..hehe
hoho..
senior tahun 3
kami berenam..aisyah je takde..

alhamdulillah..sambutan kali ni meriah..
doakan saya dan sahabat2 lain di sini ya~

08 December 2008

salam eidul adha

0 Respon
[[salam eidul adha]]
sy beraya dgn kanak2 riang ni~


takbir raya sedang berkumandang di rumah saya ni,kawan2 sedang menyiapkan juadah hari raya.(sy bukan pemalas ye..kerja sy dah selesai tengah malam tadi)..kami buat plan last minute utk masak nasi tomato dan popia goreng..ingatkan nak buat juga nasik himpit dgn kuah kacang,tp ada beberapa masalah yg tak dapat dielakkan.hihi..

semalam lepas zohor,sy terdengar dah ada orang yg bertakbir.ada seorang junior bertanya kat sy,'akak,kat sini orang start bertakbir bila??'.utk raya qurban ni,kt bole start bertakbir lepas subuh 9 zulhijjah..=)kpd junior tersebut,jangan terkejut ye~*jadi tk masakan awk semalam??*

masuk kali ni,dah masuk 2 kali sy menyambut eidul adha di bumi anbiya' ni.alhamdulillah,kenangan manis yang tk dapat dilupakan.tahun lepas,kami menjadi pengembala kambing dan unta tatkala pengembala asalnya pergi bersembahyang raya.tahun ni,tkde dah budak2 medic yg bertukar profesion menjadi pengembala..huhu..

tengah malam tadi(6.30 pg waktu malaysia),sy sudah menelefon insan2 kesayangan.sy telefon mak,mengucapkan slmat hari raya.sy rindu sangat kat mak..itu yg sy telefon beliau almost everyday.sy sangat2 perlukan dia,lagi2 dalam keadaan sekarang ni.i need her supports,advices..haih~

lepas ni,sy dan ahli beit sy yg terchenta(chep,radin,fathy,aimi..) akan ke hayyu asyir utk kerja2 menghiris daging.rumah kami ditugaskan utk shift ke 2,pada jam 1.30 ptg..

terima kasih kerana sudi membaca repekan di pagi raya(sy bosan sebenarnya ni)..

*sy sangat jeles sama mizi(sepupu sy),raya aji ni dia beraya di alor star bersama family nya.slalu paksu sy beraya kat johor.'cu,nape tk balik masa aidilfitri masa syila ada ritu??' *merajuk mode*

kullu sanah wentu tayyibin~












04 December 2008

0 Respon
salam..

minggu ni amat2 hectic,sibuk..sy sangat2 penat..tapi sy berharap kepenatan tu berbaloi dan ada keberkatan,tiada keluhan..even sibuk macam mana pon,sy pastikan sy mendapat rehat yg cukup.kan3 radin~huhu..

2 minggu sebelum raya haji lagi,masyarakat arab mesir ni susah sibuk2 memasang khemah,penuh kambing biri2 di tepi2 jalan.lembu juga.betapa meriahnya mereka menyambut raya qurban ni.belum lagi tgok mereka merayakannya.*sy menanti saat itu*

kami,warga mesir mendapat cuti selama seminggu sempena eidul adha yg akan muncul tk lama lagi.harapnya cuti ini bermanfaat untuk sy dan semua..bukak je 'skola',ada satu lagi exam..histology pulak.bertimbun2 kena cover histology tu.doakan sy ye~siap ada drawing lagi..(ni yg lemah ni).subjek physiology juga mungkin akan diadakan juga.cuma bersedia awal2 saja.nanti tk perlu kelam kabut.

*internet kat rumah sy sekarang ni tengah mengong2 la..saya dengan rendah diri,mahu meminta maaf pada yg berkenaan.bukan tk mahu reply ym cepat2,tp internet yg bermasalah..kejap2 'dc'.maaf ye~