13 January 2009

hati menangis..

hati menangis...
pabila mengingatkan kesalahan lampau..
adakah dia punya peluang untuk kembali ke 'zaman' itu..

hati menangis...
pabila melihatkan kekejaman zionis terhadap saudara-saudaranya..
adakah mereka tidak punya belas kasihan?
bodohnya mereka kerana bertindak zalim sebegitu rupa..

hati menangis..
pabila banyak lagi hak diri dan hak insan sekeliling yang tidak tertunai..
maafkan dia kerna jadi begitu..
dia cuba 'islah'kan diri dia..

hati menangis..
pabila diri dipandang 'jelek' oleh orang..
tatkala dia tidak mampu melakukan itu ini..
diri hanya mampu tersenyum tika itu..

hati menangis..
pabila teringat kata-kata nasihat bonda dan ayahandanya..
sebelum dia berpisah jauh merentasi benua..
'belajar rajin-rajin..jaga diri'

hati menangis..
pabila teringat pelukan dari ibunya..
yang disaksikan oleh 6 pasang mata yang turut menghantarnya..
dia rindu pada bondanya..
rindu sangat-sangat..
nasihat yang tak putus-putus diberikan tatkala dia lemah..
dijadikan sebagai pembekal semangat untuk berdepan dengan hari muka..


hati menangis..
pabila terasa-rasa lagi usapan di kepala oleh abangnya..
seperti baru semalam dia berpisah dengan abangnya..
kelu lidah untuk berbicara..
hanya dengan air mata cara mereka berkomunikasi..


bersabarlah duhai hati..
usahlah berduka selalu..
buangkan semua yang keruh-keruh itu jauh darimu..
buangkan segala prasangka buruk..
mulakan hidup baru..
senyumlah bersama-sama insan di sekelilingmu..
mereka sayangkan kamu..=)

asyila
1520
130109

0 Respon: