assalamualaikum wb.t..
hari ini sudah hari kedua persekolahan bermula.alhamdulillah sesi pembelajaran bermula dengan lancarnya walaupun pada mulanya nampak macam ramai yang 'blur' dek terlalu enjoy dengan cuti selama 2 minggu.hehe..hari ini juga adalah hari ketiga saya kurang sihat.tidak tahu apa sebabnya.harap-harapnya bukan masalah yang serius.doakan sy cepat sembuh ye.=)
minggu lepas,setibanya saya di mesir dari bumi jordan,rumah kosong.radin dan sahabat-sahabat dari jordan(yang menetap di rumah sy sepanjang keberadaan mereka di sini) pergi ke sinai dan dahab.keesokan malamnya baru mereka tiba di rumah.meriah tiba-tiba ada husna dani dan shukriah di rumah saya ni.habis kisah-kisah lama keluar.(husna dani was my classmate 501 and shukriah was my dormmate f4,f5).seronok!!satu perkataan yang boleh saya katakan apabila mereka ada.kami tidur lambat malam tu.konon-kononnya nak tengok cerita cartoon.sy tak ingat tajuk apa dan yang penting cartoon itu versi arab.tapi arab fushah.sy suka.tapi syuk tak mahu untuk teruskan tontonan.ingatkan nak tengok keesokan harinya.tapi.....hehe
12 februari 2009
pagi-pagi lagi,semua telah berbincang-bincang destinasi untuk disinggah pada sepanjang hari itu.keputusannya adalah, fathiyyah akan membawa kak nora,husna dani,sod dan syida ke genina mall manakala saya dan shukriah ber'dating' di hadiqah azhar(azhar park).kata shukriah,beliau mahu melihat-lihat kehijauan tumbuhan di mesir ini memandangkan di jordan kekurangan sumber alam yg itu.(betul,sy tk menafikan sebab saya sudah menyaksikannya sendiri.masa shuk cakap tu,baru sedar yang mesir banyak jugak pokok).
setibanya di hadiqah azhar itu(azhar park),kebetulan group huda juga dah sampai.tetapi,shukriah tetap mahu berjalan-jalan sendirian.tahun lepas,semasa musim bunga saya sudah ke tempat ini.subhanallah.banyak bunga dan pemandangan cantik.tapi kali ini saya pergi untuk kali keduanya pada musim sejuk pula.bunganya tak sebanyak masa saya pergi tahun lepas.kali ini puas ber'tawaf' di hadiqah itu.penat kaki melangkah.hati terhibur melihat kerenah dan telatah manusia yang pelbagai.takjub dengan keindahan Islam yang dipraktikal di sini,kesepaduan umat Islam itu juga.
terima kasih ye shukriah sebab sepanjang hari berjalan-jalan dari hadiqah ke kasr el-aini medical school kemudian ke ibn-hamidi seafood restaurant dan akhirnya 'tumbang' bersama-sama..hihi..nice journey~
* hari ini kelas embryology yang menarik.development of face~subhanallah
* sebentar lagi saya akan ke hospital.doktor akan tiba pada jam 1800.makanya saya dan aisyah pulang ke rumah dahulu selepas mengambil giliran.

0 Respon:
Post a Comment