Syukur!
Perbualan saya dan Tem di YM
Asyila: Tem, bila result keluar ni. dah putus asa dah tunggu
Tem: Entah, putus asa jugak. esok kot
Asyila: Aah kot, macam tahun lepas, lepas subuh bukak internet, baru keluar kan?
Tem: Aah, kita tunggu esok je lah.
Asyila: Ok tem, nak tido dulu lah. nitey, wassalam
Badan dah letih, tapi dok mengadap lappy lagi. baca artikel, lompat-lompat blog.
tiba-tiba.. [dalam pukul 1 pagi Malaysia]
Tem: Syila!
Asyila: Ye?
Tem: Result dah keluar. cepat-cepat tengok!
Asyila: oo.. [Gulp! tibe2 tangan terketar-ketar tekan keyboard lappy]
Tem: Dah dapat ke?
Asyila: Belom2, lembap plak loading. kejap. [tunggu loading. ok, dah siap loading, cari nombor budak malaysia. Lost. banyak sgt nama nya
Asyila: Tem, budak2 malaysia kat page berapa?
Tem: Jap, saya pun lost jugak,tadi dah jumpa. Haaa.. bukak page 83.
Asyila: Owh, ok2. [cuak, cuak, dengan lafaz Bismillah, cari nama saya dan ID saya]. Alhamdulillah. Lega dan Syukur! Rezeki.
Terus menjerit kat tem masa tengok result tu. Syukur yang amat. Rezeki Allah untuk saya. nak kata usaha masa final tu, memang tak layak kot nak dapat macam ni. sungguh, saya sangat main-main dan asyik down je masa tempoh study week tu. macam tak study pun. Kita usaha sikit, tapi Allah bagi 'hadiah' besar untuk saya dan kawan-kawan.
Penantian selama 3 tahun. Alhamdulillah tercapai. sedikit demi sedikit cara pembelajaran untuk Medik saya hadam dan aplikasi. Ambil pengajaran.
Antara Nikmat dan Ujian. Allah bagi dalam 2 hala. Perlu berhati-hati dengan 2 perkara ini agar tidak terus terleka pada masa depan.
Antara Kegembiraan dan Kesedihan. Saya lebih rasa kesedihan dan kerisauan semalam. gembira sekejap. tapi kesedihan lagi lama. saya tak boleh tidur semalam. hampir pukul 4 pagi baru boleh lelapkan mata. Saya tidur ditemani air mata. Sedih dan serabut. banyak perkara yang fikirkan semalam.
Akibat tidur lewat semalam, makanya segala soalan abah pagi tadi, jawab sambil lewa.
"Akak, result dah keluar?"
"Hmm.. dah"
"Dapat apa?"
"******"
"oo, berapa subjek yang ******?"
sambil tangan menunjukkan nombor. tak larat mulut nak cakap
Tak silap saya, abah saya ada salam2 saya sambil ucap tahniah. pastu saya tido balik. haha, apa punya anak.
Maaf ye abah, nanti balik rumah nanti, akak cerita semuanya ye. Terima kasih atas segala doa dan sokongan kalian.
I wish I could be there with them!
Pagi tadi Sakinah telefon, ajak pegi makan-makan. dia datang jemput naik motor beliau. apa lagi, kami melebihi had laju yang ditetapkan.ngeh2. meletup-letup volcano tadi. lepak lama kat situ sampai beberapa orang keluar masuk kedai. adeh, buat macam kedai sendiri. macam setahun tak jumpa, padahal baru hari khamis lepas jumpa. thanks my official driver~ wuwu

8 Respon:
mkcik gmbr controversy...
tahniah ye syilaa. :)
penantian slame 3 tahun ea?hee..
impian bersame tercapai!!Alhamdulillah..
amboi makcik,
siap letak gambar tu.
haha.
yang pasti, smlm tak berjaya sebab saya lebih lagi dari anda.
ye, saya mengakui keibuan anda.
bagilah 70 markah.
selamat berehlah esok.
=)
eh, dah mumtaz ni belanja la pasembur padang kota satu! sedapnya.
tak jumpa lah kat sini yg mcm tu.
T___T
congratz syila!
mantapnyer result. huhu.. ^_^
isy, lamanya tak jumpa. rindu plak~
fuiyo!
tahniah ye, Syila. klu dekat leh belanje hehe
tahniah2..
hati-hati la dok merempit tu..hek2
ada bakat kerja kat kindergarden nih. =)
kenapa plak sedeyh nih? lawak betul bila ingat dialog smalam.. tungu punya tunggu.. tak sia2 penantian semalam...
all da best!
@princess:
gambar kontroversi kan? hehe suke2 :D
Alhamdulillah, impian bersama tercapai. usaha lebih lagi utk masa akan dtg yep!
@chep:
haha, ni gambar utk chep, sila save eh! :P
dapat 70 markah? ada lagi 30 markah utk masa depan kan? hehe.
kite ke yg kena belanja? meh la dtg penang dl.insyaAllah akan dibelanja :D
@Ainul Arina:
tak mantap, biasa2 je. semua milik Allah. Dia berkuasa utk memberi dan menarik semuanya ikut apa yg Dia kehendaki :)
Itu la, lama tk jumpa. bila mau sambut besday sama2 nih?
@Rossarina:
erk, ni lagi sorg, kena belanja eh?
btw, thanks~
@Hazwan:
thanks :)
cik kinah yg merempit. bukan saya.
kenapa kerja? bukan ada bakat utk jadi ibu dah ke? lol :P
@Term:
sedih, ada konflik diri.huhu
tau tkpe, mmg lawak pon. terima kasih term, kerana menjadi penunggu setia. haha
congrats...
Post a Comment